Bismillahirrahmanirrahim…
Baru2 ni aku ditanyakan mengenai apa kezaliman yang telah di buat oleh UMNO kepada rakyat Malaysia. Kalau korang apa yang korang listkan? Nak list memang banyak la kan. Maklum la manusia ni memang tak akan pernah rasa puas hati dengan perkara sekleling yang berlaku. Ada je perkara yang dirasakan dizalimi. Ye dok?
Tapi bagi aku ada satu kezaliman yang BESAR yang telah UMNO buat dekat aku sepanjang ak menghirup udara pentadbiran penjajah pasca penjajahan ni. Mereka mentadbir Negara ini. Mereka memajukan Negara ini. Tetapi mereka meMUNDURkan Muslim di sini!!
Aku di zalimi sedari darjah 1
Kekejaman yang besar yang dapat aku rasakan adalah sistem pendidikan yang SEKULAR!! Mereka mengasingkan agama dan ilmu dunia. Bab agama biar orang agama je belajar. Orang yang tak belajar agama terbiar je…
Cuba korang hitung berapa tahun korang telah dididik dalam dalam sistem pendidikan di Malaysia ni. Kalau aku aku telah dididik selama 15 tahun dalam sistem pendidikan formal di Malaysia. (Tadika tak masuk la ye). Sistem pendidikan kita langsung tidak selari dengan apa yang terkandung dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan yang di asaskan oleh DS Anwar Ibrahim. Falsafah kita menyatakan sepatutnya semakin tinggi kita belajar maka semakin dekat kita kepada tuhan.
Cantik bukan falsafah kita? But sekarang kita tengok pula realiti berlaku sekarang. Adakah kita semakin dekat dengan yang maha pencipta? Adakah terealisasi apa yang ingin diprodukkan dari sistem pendidikan sekarang ni?
Bagi aku langsung haprak pun tak membantu mendekatkan kita kepada Allah. Makin tinggi belajar makin dekat konon. Makin tinggi makin jauh dari Allah ada la.. Cuba kome ingat balik bila last kome belajar agama secara formal? Kalau aku dulu time kat matrik. Tu pun just lulus n gagal je. Yang belajar agama yang betul2 effect result pun time kat sekolah menengah dulu.
Kerajaan belum benar2 zalim?
Tapi aku agak sedih bila ada pihak yang menyatakan kerajaan belum betul2 zalim dengan sistem pendidikan sekarang. Alasannya adalah kerajaan tak pernah halang rakyatnya untuk belajar agama. Kita harus jelas bahawa sememangnya tanggungjawab ulul amri adalah mencorakkan rakyatnya. Mereka seharusnya menyuruh dan menyediakan jalan untuk kita selaku rakyat ini mendekatkan diri kepada Allah.
Jangan kita lupa apakah punca kejatuhan khilafah islam pada tahun 1924 dahulu. Bukankah sistem SEKULAR menjadi puncanya. Diketuai oleh Mustafal Kamal durjana yang berpendidkan SEKULAR itu lah menjadi punca tumbangnya kerajaan Turki Uthmaniah ketika itu. Lantas ketika itu naiklah kepimpinan ZALIM yang mencorakkan pemikiran SEKULAR di Turki. Apakah sistem SEKULAR itu berbeza dengan SEKULAR yang diamalkan di Malaysia kini? Apakah masih belum cukup lagi kita menyatakan kerajaan kita tidak zalim?
Merenung Masa Depan
Lihat Malaysia 20 tahun lagi. Ketika itu mungkin kita sudah beranak pinak. Apakah kita rela melihat anak kita belajar dalam sistem yang sebegini rupa? Yang menjauhkan anak kita dari agama? Ketika itu tegarkah kita menyatakan kerajaan TIDAK ZALIM kerana MENJAUHKAN anak saya dari Allah. Saya dan anak saya yang BERSALAH sebab kami tak usaha sendiri mencari ilmu agama. Kerajaan TIDAK ZALIMI kami langsung kerana mereka berjaya menyedikan kemajuan DUNIA kepada kami.
Kesimpulan
Sudah terang lagikan bersuluh. Ternyata sistem pendidikan kini menzalimi rakyat. Bukan kezaliman jasmani tetapi kezaliman rohani. Sesungguhnya kezaliman rohani itu lah yang lebih perit bagi pencinta ilahi. Tapibersyukurlah kerana kita masih lagi berpeluang untuk memastikan generasi akan datang tidak di SEKULARkan pemikirannya. Terpulang kepada anda. Pen dan kertas undi ada di tangan anda.
UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA!!
Wallahualam…
1 comment:
yeezy shoes
adidas yeezy
louboutin
air jordans
michael kors outlet
russell westbrook shoes
golden goose outlet
jordan shoes
moncler
nike x off white
Post a Comment