Bismillahirrahmanirrahim…
Baru2 ni aku share satu gambar berkaitan dengan serangan samseng yang
menyerang golongan mahasiswa yang berkhemah di dataran Merdeka. Malamnya pula
aku mengambil keputusan untuk melihat apa yang mahasiswa di sana sedang buat.
Keesokan harinya aku tengok kat wall aku dah banyak orang komen yang
berkaitan dengan isu PTPTN ini. Atau lebih tepat lagi isu serangan samseng ni.
Agak panas jugak le komen2 tu. Kadang2 nak baca pun malas. Lebih bersifat emosi
je lebih. Haha..
So aku pun decide untu mengutarakan pandangan aku mengenai PTPTN ni dan
isu samseng ni. Sebenarnya tentang PTPTN ni aku dah ulas sebelum ni. Mungkin
kome boleh baca balik. Kat sini aku just nak tegaskan balik apa pandangan aku
je.
PTPTN : Mansuh atau tidak?
Mampu atau Tidak?
Aku lebih suka untuk menjawab persoalan kedua tu terlebih dahulu.
Pandangan aku kita memang sangat mampu untuk membiaya pelajaran percuma kepada
rakyat Malaysia. Bukan dari duit petronas tu pun kita dah mampu buat bro. Cukup
sahaja guna duit yang dibazirkan akibat ketirisan dan ketidaktelusan pemimpin
kita dalam mentadbir urus wang rakyat itu.
Mansuh atau tidak itu pula seperti yang aku perkatakan sebelum ni. Bagi
aku tidak perlu mansuh. Rakyat tidak perlu terlalu dimanjakan dengan semuanya
percuma. Yang aku sebagai ex student PTPTN ni perlukan adalah 0% interest. Itu
sudah cukup adil bagi kedua belah pihak. Tapi aku lebih memberat untuk
berpendapat bahawa di situ ada manfaat jika pihak kerajaan mampu menjadikannya
sebagai pinjaman boleh ubah. Juga ingin ditegaskan bukan semata2 untuk yang
dapat 1st class degree sebab yang bijak2 nih dah d sponsor oleh
biasiswa lain. Aku menyarankan kepada yang dapat 3.0 keatas cukup sekadar
membayar 75% dari pinjaman yang di pinjam. Secara tidak langsung akan
membuatkan student berlevel sederhana ni lebih rajin untuk belajar.
Samseng : Adakah itu budaya
kita?
Masuk pula isu samseng. Aku amat terkilan apabila membaca komen yang
mengatakan itulah balasan yang mesti diterima oleh pelajar yang berkhemah
itu. Di mana letaknya pemikiran kita
sebagai manusia? Apa kesalahan yang besar yang dibuat oleh pelajar2 tersebut?
Lebih baik la pergi ke kelab malam pergi pukul jantan yang merosakkan maruah
perempuan melayu kita tu.
Sedangkan banyak pemimpin dan penyokong UMNO yang lain pun masih mampu
berpemikiran rasional untuk menilai kejadian ini. Jika benar tindakan memukul
tu adalah satu tindakan yang benar dan mahasiswa itu adalah pelaku kesalahan
yang besar mengapa kejadian ini tidak di hebahkan di media arus perdana? Sudah
pasti kerana ini adalah satu tragedi yang memalukan pihak pemerintah maka kisah
ini disenyapkan.
Kesimpulan :
Akhirnya ada 2 benda yang aku nak simpulkan dari karutan aku kat atas
ni.
1.
Yakin pembelajaran boleh diberi percuma namun
aku lebih prefer dijadikan pinjaman boleh ubah.
2.
Budaya Samseng langsung tidak boleh diterima di Negara
kita ni. Biaq pi la geng mana pun yang buat.
Sekadar itu untuk kali ini.. Bersama ini aku sertakan
gambar2 hasil lawatan aku pada malam tersebut..
Wallahualam..
Sangat suka peringatan nih!
Khemah diorang
DSAI pun datang rupanya malam tuh
Monyet pun ready untuk BERSIH. Korang?
No comments:
Post a Comment