PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Monday, September 24, 2012

Jom wujudkan suasana beragama



Bismillahirrahmanirrahim…

Lihatlah disekililing anda. Suasana di sekeliing anda. Camne? Aman? Serabut? Wangi? Busuk? Iman? Nafsu? Amal? Hiburan? Adakah wujud suasana beragama? Adakah anda berasa selamat dengan suasana itu? Adakah anda mampu menjadi hamba yang baik dalam keadaan suasana sebegitu?

Suasana Dulu dan Kini

Dulu. Time kat sekolah rendah. Dekat dengan ibu bapa. Suasana belajar agama tu ada. Aku dan adik beradik pula tiap2 hari ada mengaji dengan opah kami. Masuk pula sekolah menengah lagi la alhamdulilllah. Aku belajar kat SMK A Kerian. Nama pun sekolah agama. So suasana Beragama tu memang wujud la. Masuk zaman matrikulasi pula. Suasana beragama tu dah makin kurang. Harap kat diri sendiri je. Kat Universiti pun sama. Mujur aku Allah tunjukkan jalan untuk aktif dengan kelab kerohanian seterusnya dipilih untuk bersama dengan geng2 usrah pulak.

Itu cerita aku. Cerita kome kena kome sendiri la duk ingat balik. Haha. Tapi semua tu dah tinggal sejarah. Kini dah masuk zaman bekerja. Zaman bekerja ni sangat lain. Suasana berubah. Nak jaga solat berjemaah pun terkadang tu memerlukan mujahadah yang tinggi.

Penting ke??

Memang sangat penting!! Ce kome bukak baju kome sekarang. Lepas tu pergi campak kat dalam lori sampah. Lepas tu ambik balik baju tu. Pastu tarik nafas dalam2. Amacam. Harum ke tak? Haha. Sama juga dengan kalau kita campak kat dalam tempat yang wangi. Segalanya akan mempengaruhi. Pengalaman aku sendiri. Time mula2 kerja dulu. Suasana beragama tu takde sebab aku sorang2 tercampak kat johor. Akibatnya memang la dapat dijangka. Boleh dapat rasa yang benda kat dalam hati ni semakin berkarat. Iman terasa semakin berkurang. Amal pula semakin malas dilakukan.

Camne nak buat nih??

Sebenarnya kita sendiri yang kena wujudkan suasana tu. Mula dengan bangun tidur. Lepas subuh tu. Bukak laptop. Pasang zikir. Dengar je sampai kita tertidur balik. Haha. Nak pergi kerja pun sama. Kalau naik kereta di samping dengar celoteh JOHARA mahupun Mak Neng n Mak Banang. Kadang2 try la buka IKIM skali sekala. Paling best bukak pukul 8.20 pagi. Ada doa dhuha. Sedap wooo…. Kat tempat kerja pula sambil2 buat kerja tu.Ce cuba kekadang zikir kat dalam hati ke. Ingat kat nabi ke kadang2. Malam pula pergi ke masjid. Dapat seminggu sekali pun jadi la. Sebelum tidur pula ce try baca Al Mulk. Tapi tobat malas kan?? Haha… Dakpe boh.. Mung g bukak laptop je. Dengor je pun jadi le…  Sebenarnya benda yang aku tulis kat atas ni semuanya ibadah yang simple belaka. Tapi kalau KALAU TAK DAPAT BUAT SEMUA, JANGAN TINGGAL SEMUA. Kena usaha sikit la nak wujudkan suasana beragama nih.
 
Jom Buat USRAH

Yang kat atas ni semua buat secara individu. Ni aku nak kongsi sikit yang boleh buat dengan kawan2. Nama nya korang bubuh la apa2. Borak agama, Sembang santai agama, Diskusi islam ke. Lantak le. Yang penting dalamnya ada cakap tentang Allah dan Islam. Aku lebih suka panggil dengan istilah usrah. Alhamdulillah Allah memberi kekuatan kepada kami nak buat Usrah bersama2.  Aku buat dengan kawan sekerja  dan kawan serumah. Yang kawan serumah dah istiqamah tiap minggu dan kawan sekerja baru je start balik setelah hampir setahun tak buat.Terok kan? Setahun tu… haha..  Alhamdulillah sambutan yang diterima adalah teramat baik!!! Diorang semua nak benda ni. Masing2 merasakan kepentingannya. Tajuk yang dipilih pula bukan le yang berat pun. Yang santai2 je. Yang penting ada isi yang bermanfaat.
 
 Family day tahun lepas.hampir semua dari dalam gambar ni join USRAH.

Harapan Aku

Jadilah pemula kepada suasana itu. Menjadi pemula bukan bererti kita adalah orang yang terbaik. Tetapi menjadi pemula adalah bererti kita ingin menjadi lebih baik dan ingin MELIHAT RAKAN KITA TURUT MENJADI LEBIH BAIK. Bayangkan muka kenalan korang sekarang. Mereka juga seperti kalian yang ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada di dalam diri. Kita Cuma perlu memulakan agar aktiviti “perkongsian” itu bermula.

Sekian sahaja dari aku. Mohon doakan aku dan rakan2 yang lain istiqamah dalam melaksanakan perkara ini. Sesungguhnya kami adalah Hamba Allah yang ingin menjadi Hamba Allah yang lebih baik. Biarlah dengan asbab Usrah ini mampu membuatkan terwujudnya suasana Bergama dalam hidup kami. Moga Allah permudahkan segala urusan kami dan urusan kamu.

Wallahualam..

p/s : Muhasabah dari ucapan hari jadi yang aku terima 2 tahun lepas.

Seorang Muslim Haraki adalah muslim yang dapat mengembangkan nilai2 perjuangan di tengah masyarakat dan dia adalah pembawa risalah islamiah dalam kehidupan ini. Mereka semuanya adalah manusia2 yang hidup di tengah masyarakat, bergaul dengan mereka, bermuamalah dengan mereka melalui gambaran Al Quran dan sabda Rasulullah saw”

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang