Bismillahirrahmanirrahim…
Sekarang ni aku dalam usaha untuk menghabiskan pembacaan
buku “Mukmin Profesional” karangan Ust Pahrol Juoi. Memang terbaeekk buku tu.
Tapi baru baca dalam separuh buku je. Total ada 300 lebih muka surat. Memang mencabar
untuk dihabiskan. Malas siott… haha
T.kasih kepada si pemberi hadiah. Buku mahal memang jarang aku beli.haha
Tertarik aku untuk berkongsi satu pengajaran didalamnya.
Ketika aku rasa down dengan kerja yang aku tak berapa minat sekarang ni. Datang
pula satu motivasi yang aku kira agak membantu aku.
Situasi :
Seorang wartwan
bertanya kepada 3 orang pengikat bata tentang pekerjaan mereka.
Soalan : Apa yang
saudara sedang lakukan??
Jawapan pekerja A :
Aku tengah ikat bata la. Buta ke hape??!
Jawapan pekerja B :
Aku sedang menulis angka dalam slip gaji aku.
Jawapan pekerja C :
Aku sedang membina sesuatu agar orang ramai dapat memanfaatkannya kelak.
Soalan yang sama. Namun
jawapan yang berbeza.
Tengok si pekerja A. ternyata beliau hanya bekerja kerana
tiada option lain aka terpaksa.
Si pekerja B pulak hanya ingin menerima. Iaitu ingin
menerima gaji di setiap hujung bulan.
Namun bagi pekerja C. Dia lebih bersifat memberi. Ya.
Memberi sesuatu walaupun kecil agar boleh dimanfaatkan kelak.
Agak2 kome la kan. Yang mana satu akan melaksanakan kerja
dengan yang paling terrbaek sekali?? Ternyata
pekerja C lah yang akan melakukan dengan yang terbaek. Kerana dia bukan semata2
ingin menerima. Namun lebih hebat dari itu iaitu ingin MEMBERI.
Bagaimana pula kita sekarang? Adakah apa yang kita lakukan
kini adalah benar2 untuk memberi? Ya memang benar memberi itu adalah satu
perkara yang amat sukar untuk dilakukan. Kita lebih selesa duduk dalam posisi
menerima. Namun perlu diingat orang yang memberi adalah orang yang bermanfaat
kepada orang di sekitarnya. Oleh itu motivasikan diri dengan Hadith ini.
Diriwayatkan dari Jabir
berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak
ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi
manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)
Selamat menjadi orang yang bermanfaat!!
Wallahualam…
**Blog Ustaz Pahrol : http://genta-rasa.com/
No comments:
Post a Comment