PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, September 9, 2012

Perihal Jauh dan Dekat

Bismillahirrahmanirrahim..

15 tahun lepas. Time tu kita kecik lagi. Dapat pergi ke pekan berdekatan pun dah rasa jauh. Apa tah lagi kalau pergi ke lawatan sambil belajar kat KL. Rasa dah jauuuuhhhh sangat...

Tapi sekarang. Setakat pergi KL. Apa ada hal?? Nak pergi ke sabah pun sejam lebih je. Yang jauh semakin dekat.

Dahulu kala. Tok dan opah kita nak pergi haji terasa jauuuh sangat. Ambil masa berbulan2 untuk sampai ke sana.

Tapi sekarang. Tak rasa jauh mana pun. nak kapal terbang rasa dekat je.

Masa terus berlalu. yang jauh akan terasa semakin dekat. yang time kita kecil dahulu rasa jaraknya amat jauh. Kini terasa dekat je. Kini kalau ada sanak saudara yang belajar kat luar negara pun dah tak terasa jauh. dah boleh skype la katakan..

 Ni semua kerana kemajuan teknologi yang semakin pesat kini. 

Tapi cuba kita fikirkan ...

Jika kita kecil dahulu kita berasa jauh dengan Allah. Adakah kini kita sudah terasa dekat dengan Allah??

Ya. Kita berjaya membangunkan aspek lahiriah kita. namun Kita ternyata gagal untuk membangunkan aspek rohaniah kita. Rohaniah kita mundur. tiada penambahbaikan. Jika dahulu terasa jauh. kini tiada bezanya. malah lebih parah jika kita terasa semakin jauh!!

Muhasabah bersama. Pelbagai cara kita lakukan untuk merasa dekat dengan insan tersayang. tapi sejauh mana kita berusaha untuk merasa dekat dengan Yang Maha Penyayang?? Ingatlah...

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"
 (Al-Baqarah 2:186)

Juga Hadith Qudsi.

Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.
(Shahih Muslim No.4832)

Bukankah hakikatnya Allah itu dekat?? Ayuh dekatkan diri kepadanya!!!

Wallahualam....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang