PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Tuesday, October 16, 2012

Berdakwah Kepada Haiwan



Bismillahirrahmanirrahim…

“Ok. Abang nak korang duduk dalam kumpulan. Korang kena pergi ke area bendang belakang ni. Tangkap binatang yang berikut”

1.       2 ekor pepatung berlainan warna
2.       Seekor Belalang
3.       Seekor Ikan
4.       Seekor katak

Lebih kurang macam nil ah ayat aku kat adik2 yang ikut berprogram bersama aku beberapa bulan lepas. Aku pun tak berapa ingat sangat dah ayat penuhnya. Mungkin sebab faktor usia kut. Haha. Ok lupakan tentang usia aku. Kembali kepada gelagat adik2 ni. Tergelak jugak aku tengok gelagat masing2. Mungkin sebab ramai darinya datang dari kelurga di Kota Metropolitan. So tak berapa mengerti teknik nak tangkap semua binatang tu dengan baik. Macam2 ade yob!!

Sebenarnya aktiviti hanya aktiviti santai yang ingin di isi masa riadah. Saja bagi diorang jalan2 pusing bendang sambil tangkap binatang yang ada. Tapi time tengok gelagat diorang aku terfikir tentang satu perkara. Perkara yang ingin aku kongsi kali ini.

Mad’u itu pelbagai ragam

Bayangkan yang binatang tadi tu adalah bahan dakwah (mad’u). Pergh.. Macam2 perangai. Ada yang suka terkinja2 melompat, Ada pulak yang suka terbang bebas, Ada pulak yang lincah kat alam dia yang berbeza dengan alam kita. Begitu juga manusia. Masing2 ada gelagat sendiri. Ada kerenah sendiri.

Berdakwah kepada Haiwan

Menangkap haiwan di atas juga seperti ingin berdakwah kepada mad’u kita. Bukan boleh kromo je. Macam nak tangkap pepatung. Kalau kita gopoh. Memang akan terbang la pepatung tu. Macam ikan pulak. Mungkin kita kena guna Alat Bantu Berdakwah untuk tangkap dia. Gunakan je teknologi yang ada untuk berdakwah kepada mad’u yang berspesis ikan ni. Haha.

“Dakwah Bridge” need to construct!

Ok. Ni takde kaitan dengan haiwan di atas. Ni tentang manusia. Jambatan dakwah tu perlu di bina. Jambatan yang menghubungkan si dai’e dan mad’u. Tanpa sedar kita mampu membina Jambatan bershopping, Jambatan bersukan, Jambatan melepak dengan kawan2 kita. Namun kita gagal membina Jambatan dakwah dengan mereka. Seharusnya semua jambatan di atas ni perlu di bina prior to construct Jambatan dakwah. Biarlah kita bersukan, melepak, bershopping dengan kawan2 kita tu tapi sebenarnya kita ada “udang di sebalik batu” iaitu ingin mengajak mereka untuk menjadi lebih baik. Ada kawan aku tu, he spent 3 months hang out with his officemate before he can start USRAH with them. 3 bulan membina jambatan sebelum terbinanya jambatan dakwah. Berbaloi bukan?


Kesimpulan

Aku yakin dengan kata2 sahabat aku dulu. Dakwah ni methodnya adalah manusiawi namun matlamatnya adalah ilahi. Method dalam berdakwah harus selari dengan kehendak mad’u kita selagi tidak menyimpang dari garisan syariat. Juga harus jelas tujuan utama dakwah itu. Pastinya menyeru kepada Ilahi. Sekian sahaja coretan untuk kali ini.

Selamat Berdakwah wahai MANUSIA!!

Wallahualam…

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang