PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, October 14, 2012

Rakan : Hubungan yang perlu dihangatkan



Bismillahirrahmanirrahim..

Ok. Aku perlu mengakui. Aku mungkin orang yang agak sentimental kot. Mudah sangat merindui kenangan lalu. Ni semua angkara pemilik blog INI . pergi komen kat album lama dia tentang kenangan kat Kolej ibu Zain dulu. Kan dah tersentimental dah hari ni. Haha

Dari sekolah rendah sampai ke zaman UKM. Rakan yang rapat tu akan bersilih ganti. Rakan yang lama tu akan kekal dalam ingatan. Untunglah ada medium facebook sekarang ni. Masih ada medium untuk melihat perkembangan rakan2 lama. Di mana mereka sekarang dan kadangkala bertegur sapa.

Cuba kita ambik masa sekejap. Bayangkan wajah2 kawan yang kita rapat sejak kecil sampai sekarang. Pasti ada beberapa wajah yang bersilih ganti akan terpampang kat minda masing2. Namun perlu dipersoalkan apa yang kita buat untuk memastikan wajah2 itu takkan luput dalam ingatan kita. Sekarang mungkin ya. Masih jelas. Kalau dah 20 tahun lagi? Masihkan jelas ingatan kepada mereka?

Hangatkan semula hubungan

Untuk aku. Ada beberapa kelompok rakan yang aku amat rapat. Namun tetap perlu dihangatkan hubungannya. Ni aku nak story sikit.

SKLLK : Ni kawan Sekolah Kebangsaan Layang-Layang Kiri. Apa yang kami pernah buat adalah raya 2 tahun lepas kami berjaya jugak lah kumpul balik ramai2. Bukannya mudah sebenarnya. Walaupun duduk sekampung tapi masing2 dah ada kehidupan sendiri. Tapi Alhamdulillah berjaya juga. Cuma tunggu la lama sikit. Dah sejuk sikit nanti. Hangatkan balik. Jumpa balik ramai2…

SMKAK : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian. Ni aku rasa yang paling baik pernah aku dan kawan2 buat. Alhamdulillah dah berjaya buat reunion kali kedua. Database setiap orang pun dah hampir penuh. Ada jugak aktiviti untuk membantu adik2 kat sekolah yang kami rangka. Kira 2 in 1 la. Sambil eratkan hubungan kami. Erat juga hubungan dengan sekolah disamping menabur bakti di sekolah lama.

KMP : Kolej Matrikulasi Perlis. Adoih.. Ni macam loser sikit. Sampai sekarang kami gagal nak berkumpul. Tertamanya kawan2 dari F2T2. Takpe2. Sabor2.. Nanti ada la tu..

Kawan2 UKM :

Kolej Ibu Zain : Waaaa… Ni antara kawan2 terbaik yang aku pernah jumpa! Macam2 benda kami buat sama2. Walaupun sekarang ni masing dah sibuk dengan kerjaya. Tapi kadang2 kami sempat juga main badminton bersama2. Futsal ke. Kena pulak memang diorang ni ada sewa rumah kat Bangi. So no problem la kalau aku nak pergi jumpa diorang ni.

Geologi : Ni kawan segeologist. Untuk yang bekerja kat area Lembah Klang takde la terasa sangat jauhnya. Dulu boleh kata setiap minggu ada main futsal. Tapi sekarang ni ahli yang tinggal kat Lembah Klang ni dah makin berkurang. Lama tak main dah. Nak cerita tentang futsal ni. Dulu pernah aku baru balik dari kedah. Penat drive. Malam tu ada futsal. Aku terus drive ke sana dalam keadaan penat tu. Bukan sebab nak main sangat pun. Tapi sebab kat sana ada kawan2 yang aku hargai perhubungannya. Cewwahhh..

Kawan GMUKM : Ni geng politikus kampus. Kawan seperjuangan. Yang sekarang ni dah bersepah2 kat Malaysia ni . Namun ada satu peluang yang amat baik untuk jumpa balik semua ni. Masanya adalah ketika masing2 kahwin. Untuk rekod sememangnya kawan2 aku dari kelompok ni yang mendahului carta kawan2 yang dah kawin. Masing2 awal.. baitul Muslim la katakan..

Ok. Sekadar tu je la. Yang kawan yang masih di depan mata sekarang ni malas aku nak cerita. Tunggu la silih berganti jugak nanti.

Kesimpulan

Bagi aku. Persahabatan adalah satu benda yang sangat perlu dihargai. Namun perhubungan itu adakalanya akan sejuk.  Lakukanlah apa sahaja untuk menghangatkan hubungan itu. Kerana mereka yang menjadi kawan kita adalah mereka2 yang sangat berharga.


## Biarlah apa orang nak kata. Hakikatnya. Aku sayang kawan aku kerana Allah..

Sekian..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang