Usair bin Jabir berkata:
Biasanya ‘Umar al-Khaththab apabila datang pasukan (pejuang) bantuan daripada Yaman, dia akan bertanya kepada mereka sama ada di kalangan mereka ada seorang yang bernama Uwais bin ‘Amar. Sehingga ke satu ketika beliau bertemu dengan Uwais bin ‘Amar.
Lalu beliau bertanya: “Andakah Uwais bin ‘Amar?”
Orang itu menjawab: “Ya.”
‘Umar bertanya lagi: “Daripada Murod, kemudian daripada Qarn?”
“Ya” jawab orang tersebut.
‘Umar bertanya lagi: “Apakah anda memiliki belang (di badan) lalu kamu sembuh kecuali satu bahagian sebesar duit sedirham?”
Orang itu menjawab: “Ya.”
‘Umar bertanya lagi: “Adakah anda memiliki ibu?”
Orang itu menjawab: “Ya.”.
Lantas ‘Umar berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Akan datang kepada kalian Uwais bin ‘Amar bersama pasukan bantuan daripada Yaman. (Dia) daripada Murod, kemudian daripada Qarn. Dia dahulunya memiliki penyakit belang lalu telah sembuh daripadanya kecuali satu bahagian sebesar satu dirham. Dia memiliki seorang ibu yang dia selalu berbakti kepadanya. Seandainya dia bersumpah dengan nama Allah, nescaya Allah akan mengabulkan sumpahnya itu. Jika kamu mampu memintanya memohon ampun untuk kamu, maka lakukanlah.”Berkata ‘Umar: “Mintakanlah ampun untuk aku.”Maka Uwais meminta ampun untuk ‘Umar.[1]
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2542 (Kitab Fadha’il al-Shahabah, Bab keutamaan Uwais al-Qarni).
Tudia... Bukan main lagi tinggi darjat orang yang berbuat baik dengan ibu bapa. so ape lagi kome?? moh buat baik dengan ibu bapa.
** HJ bermaksud hadith jumaat. Setiap Hari jumaat aku akan kongsikan satu hadith untuk tatapan bersama.
Lagi hadith di : http://aminhusain85.blogspot.com/2013/03/kedudukan-ibubapa-dalam-islam.html

No comments:
Post a Comment