PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, May 26, 2010

say "Booo" to mahasiswa...

Hampir seminggu tak update blog. bersawang habis blog aku ni. takpe la cuba cuci2 sikit ni.huhu. terlampau banyak perkara yang aku nak suarakan dalam blog ni. Ye la dah 6 hari tak update ada la benda yang nak dikongsi.

Tapi aku terasa macam nak bagi pandangan untuk isu yang dibangkitkan dalam slot Suara Siswa semalam. Entah sakit apa aku semalam, tiba2 je tengok program tu. sebab takde program lain yang best time tu kut.huhu. So layan je la..Isu yang dibincangkan adalah tentang kes buang bayi dan persoalan yang dibangkitkan adalah prihatinkah siswa??

jawapan tu macam subjektif.memang ada yang prihatin. ada gak yang tak prihatin. Tapi ada pulak golongan yang macam prihatin tapi sebenarnye tak prihatin.korang teka la siapa yang aku maksudkan tu..tapi dalam golongan2 ni aku rasa ada yang dominan. Siapa yang dominan? sila baca sampai habis...

Jom kita tekan butang reverse dalam gejala buang bayi ni..bermula dengan buang bayi - mengandung - berzina - meraba raba - bercinta - pergaulan bebas - kurang didikan agama. Ops cukup setakat itu..

So kurang didikan agama tu salah siapa? Mak? Ayah? Ketua Kampung? Ustaz? Cikgu? Guru Besar? Kementerian pendidikan? Jakim? Mufti? Menteri Besar? Perdana Menteri?. Wah ramai sangat orang dengan pelbagai posisi kat malaysia ni. Semua ni salah kalau masih lagi bertindak mengikut nafsu dan akal. ternyata pembanggunan material kat malaysia ni semakin maju. Semua pihak perlu memikirkan tetang misi ni. Tapi bila berbincang bab pembanggunan kerohanian hanya geng2 agama2 ni je la yang kena duk fikir. Satu jenayah kita bersama yang menyumbang kepada masalah buang bayi ni adalah penularan aktiviti tak berfaedah dalam kalangan masyarakat kita.

Mari kita lihat jenayah yang turut disumbangkan oleh golongan cerdik pandai kat malaysia ni. Siswa yang kononnya yang menjadi pemikir untuk memartabatkan bangsa. Oh satu lagi statement yang tak bagus. sebab martabat bangsa tu perlu ke kalau bangsa dimartabat tetapi agama dirembat? apa yang siswa buat untuk membangunkan kerohanian? ni jawapan dia "kami ada jugak buat forum la" "surau kat setiap kolej dah ada" " program agama pun kami buat jugak la" " Kursus kawen pun kami dah buat". Uish banyak betoi program yang mahasiswa buat kan?? Aku pun akui juga. Tapi program2 lagha buat juga. konsert pun mesti ada setiap sem. Pertandingan tarian kena buat. Karaok wajib buat. Buat kerja sampai bertepuk bertampar antara laki pompuan. Kononnya nak mewujudkan semangat kerjasama. Cet porrah...

Teringat panel ke 3 dari Universiti Malaya yang memegang exco sukan dan kebudayaan semalam yang bercakap nampak sangat hanya menggunakan fikiran. tak menggunakan akal. Geram pulak aku dengar dia cakap semalam. aku cuba recall balik apa dia cakap "kami menari ni nak released tension" "Memang ada kami yang pakai lengan pendek, baju ketat2 tapi ...(x ingat lak.hehe)" "kami bermesra bertepuk bertampar tu atas dasar kerja " macam2 lagi la kata mengikut akal yang dikatakan. Ni jawapan aku.. KEPALA HOTAK KO!! cakap macam orang takde iman je. cuba la fikir sikit tu bukan pergaulan bebas ke namanya tu? tu pun tak boleh fikir ke? geram gila aku dengar dia cakap semalam. kenapa la budak2 UM undi dia hari tu? adui...eh2 dah melalut dah aku. sori la korang menjadi mangsa.huhu

Tu la peranan siswa sebenarnya. Ternyata golongan yang mempunyai akal yang bijak. Tapi hakikatnya bertindak mengikut akal tidak dapat mengatasi kehebatan bertindak mengikut iman. So aku nak letak kat hujung ni menyatakan mahasiswa sesungguhnya tidak prihatin tentang masalah ni berdasarkan mahasiswa masih membiarkan program yang tak berfaedah menjalar dalam perbukitan ilmu itu sendiri. Aku selaku mahasiswa pun sendiri dapat melihat situasi ni kat kampus aku sendiri. tapi nasib baik aku dah habis belajar. So pandai2 la korang nanti ye mahasiswa..hehe..

sekian..wallahualam...

Thursday, May 20, 2010

The road must taken!!

Berusaha dan meletakkan pengharapan solid to our God. itu je yang perlu dilakukan sekarang selaku insan yang baru habis belajar di alam universiti. Pilihan jalan yang terlampau rencam. Silap pilih jalan maka masa depan pun mungkin tersilap. Kalau masa depan kat dunia ni yang tersilap je takpe. takut masa depan di depanNya kelak yang tersilap. parah tu.

Dunia ni memang penuh dengan pilihan. maka memang subjek kemahiran membuat keputusan amat bersesuaian diambil untuk taraf U3. Tibe je kan.. silap2. sebenarnya istikharah amat diperlukan sekarang. Bukan untuk kamu je tapi aku kamu dia dan mereka. masing2 perlu melakukannya. Tambah2 kondisi aku sekarang ni. masih memikirkan untuk sambung belajar ataupun terus bekerja.

Adui..susah gak ni. Adakah dengan aku bekerja terus aku mampu memastikan kelangsungan perkara yang aku usahakan berjalan lancar untuk aku? Maka istikharah lah jawapannya. istikharah..istikharah..doa..tawakal kepada dia yang Maha Esa. so untuk entry kali ni mari kita belajar tentang solat istikharah. semoga kita sama2 dapat mengambil seberapa banyak manfaat daripada pengisian kali ni..Ada ke nabi suruh kita buat solat sunat ni?? Cara nya? bacaannya??


- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).



Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Sekadar ni je la ek? semoga pilihan yang kita buat dalam kehidupan ni adalah yang terbaik untuk kita. Dan percayalah pilihan Allah adalah yang paling terbaik untuk kita. Andai masih ragu dengan pilihan yang telah kita buat maka adukannya kepada yang maha mendengar. Dia mengetahui segalanya. Semoga pilihan aku dan kamu adalah yang terbaik untuk aku, kamu, dia, mereka dan yang paling penting untuk agama.

wallahualam...

Tuesday, May 18, 2010

i'm Back with....

Alhamdulillah aku baru selesai bertapa. Balik rumah hari sabtu lepas. Sepanjang pertapaan aku memang banyak pengajaran yang aku dapati. Aku tak dapat bertapa lamae sebab kena uruskan adik aku ni. Nyibuk je dia..haha

Ada satu benda yang aku dapat dari pertapaan aku yang amat2 tepat kena kat mata kepala aku sendiri. Ianya mengenai fitnah yang berlaku dalam perjuangan islam..Aku malas nak ulas panjang2. Senang cerita macam ni la. Ianya mengenai betapa pentingnya peranan menimba ilmu. Berapa kerat antara kita yang sudi menhadiri majlis ilmu. kadangkala meeting lebih banyak dari ke majlis ilmu. Kalau tak pergi meeting gerak kerja pun mesti ada benda lain yang berjaya mengalahkan the power of majlis ilmu.

Aku pun akui benda tu gak. Dah umur senja ni baru terhegeh2 nak mencari ilmu.(senja di alam mahasiswa). pergh.. banyak gila tak tau. padahal benda basic je pun. tu pun tak tau ke?? LEMAH!! ish3x.. satu fitnah kepada perjuangan telah dilakukan oleh aku..

So lepas ni semoga Allah permudahkan aku dan kamu untuk menghadiri taman2 syurga yang berlungguk2 di sekitar kediaman kita sekarang. Cari lah ilmu sebanyaknya untuk menjadi bekal kita kelak. Tak kira la bekal dalam beramal mahupun berdakwah. Tu je la. Takleh lama2 ada tugas membawa adika aku lepas ni. Sekadar mencuci habuk di blog aku yang dah bersawang ni..

wallahualam..

Sunday, May 2, 2010

Di sebalik 1 MEI. RAHSIA MEREKA..

Ketibaan 1hb Mei amat dinanti-nantikan oleh semua pekerja awam dan swasta seluruh dunia. Tarikh lebih popular oleh kebanyakan orang sebagai tarikh Hari Pekerja kerana ia merupakan hari cuti bagi semua pekerja-pekerja yang ‘makan gaji’.

1 Mei juga adalah hari ‘kegusaran’ bagi sesetengah pemimpin kerajaan di mana-mana negara dunia kerana ia merupakan tarikh kebiasaan kesatuan-kesatuan sekerja melakukan mogok umum, bantahan, perhimpunan dan sebagainya. Maka tarikh 1 Mei bukanlah tarikh favourite bagi sesetengah pemimpin kerajaan.

Hubungkait 1hb Mei dan Yahudi

Terdapat banyak peristiwa sebenarnya yang berlaku pada 1hb Mei ini, tetapi artikel ini khusus untuk memilih peristiwa-peristiwa yang berkaitan Yahudi sahaja. Apabila kita membuat perkaitan fakta di situ akhirnya dapat disimpulkan rasionalnya 1hb Mei itu dipilih.
Ia bukanlah suatu maklumat baru tetapi penulis cuba memberi suatu perk

sambungan bacaan di : http://isiukm.blogspot.com/2010/05/hari-buruhapa-sebenarnya-yang-dirayakan.html

Saturday, May 1, 2010

Kalam terakhir

Malam ni aku akan meninggalkan bumi UKM khususnya KIZ. banyak kenangan kat sini. Dari muka sememeh sehingalah jadi macho macam sekarang..haha. sebenarnya aku takde papepun nak cerita cuma nak memohon maaf kepada semua yang mengenali aku..Macam yang korang tau yang aku ada 3 golongan yang aku rapat kat UKM ni..

Pertamanya untuk teman2 sekolej. Mohon maaf andai ada tersalah ke pape ke..dah nak tinggalkan kolej ni dah sebagai pelajar yang menyayangi kolej nye.cewwah. Tapi papepun selamat tinggal kolejku bersama penghuninya yang memang sangat2 muhibbah. Seronok n beruntung aku dapat kolej yang kecik2 camni. muka sume boleh cam..huhu

Seterusnya untuk geologist. Kenangan indah 3 tahun kita bersama memang akan menjadi kenangan yang sangat best. Kesatuan yang sangat hebat sehingga dicemburui oleh budak2 kos lain. Kita bergerak bersama selama ni. lepas ni masing2 akan membawa haluan masing2. Apa2 pun selamat menghadapi dunia sebagai geologist yang betul2 asli. Ingatlah dunia memerlukan kita.haha

Yang ke 3 nye ialah teman2 yang bersama dalam gerakan islam. Semoga pertemuan kita dirahmati. banyak sangat pengalaman dan pengajaran yang aku dapat sejak bergerak secara aktif dalam gerakan selama setahun ni. rasanya tak cukup lagi ilmu dan kekuatan diri untuk menghadapi dunia luar yang lebih rencam dari kat sini. papepun semoga semua kita thabat di jalan yang sukar tetapi indah ini..

Sekian saja untuk entri terakhir aku menggunakan jaring UKM ni.huhu. Nanti kita jumpa lagi. Lepas ni aku mungkin tak update sekitar 2 hingga sebulan. Aku nak pergi BERTAPA untuk menyiapkan diri menghadapi dunia luar yang lebih rencam. doakan aku selamat pergi dan pulang.

wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang