PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, May 20, 2010

The road must taken!!

Berusaha dan meletakkan pengharapan solid to our God. itu je yang perlu dilakukan sekarang selaku insan yang baru habis belajar di alam universiti. Pilihan jalan yang terlampau rencam. Silap pilih jalan maka masa depan pun mungkin tersilap. Kalau masa depan kat dunia ni yang tersilap je takpe. takut masa depan di depanNya kelak yang tersilap. parah tu.

Dunia ni memang penuh dengan pilihan. maka memang subjek kemahiran membuat keputusan amat bersesuaian diambil untuk taraf U3. Tibe je kan.. silap2. sebenarnya istikharah amat diperlukan sekarang. Bukan untuk kamu je tapi aku kamu dia dan mereka. masing2 perlu melakukannya. Tambah2 kondisi aku sekarang ni. masih memikirkan untuk sambung belajar ataupun terus bekerja.

Adui..susah gak ni. Adakah dengan aku bekerja terus aku mampu memastikan kelangsungan perkara yang aku usahakan berjalan lancar untuk aku? Maka istikharah lah jawapannya. istikharah..istikharah..doa..tawakal kepada dia yang Maha Esa. so untuk entry kali ni mari kita belajar tentang solat istikharah. semoga kita sama2 dapat mengambil seberapa banyak manfaat daripada pengisian kali ni..Ada ke nabi suruh kita buat solat sunat ni?? Cara nya? bacaannya??


- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).



Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Sekadar ni je la ek? semoga pilihan yang kita buat dalam kehidupan ni adalah yang terbaik untuk kita. Dan percayalah pilihan Allah adalah yang paling terbaik untuk kita. Andai masih ragu dengan pilihan yang telah kita buat maka adukannya kepada yang maha mendengar. Dia mengetahui segalanya. Semoga pilihan aku dan kamu adalah yang terbaik untuk aku, kamu, dia, mereka dan yang paling penting untuk agama.

wallahualam...

2 comments:

cahaya_ketenangan said...

istikharah hanya satu pembuka jalan..tak semestinya jawapan..bertanyalah juga pada yang lebih berpengalaman..jgn asyik menanti jwpn istikharah saje ye..(bajet pakar je kite ni..:p)

wallahua'lam :)

Zulgeologist said...

inah : wah..bagus2..patut la inah banyak bertanya pada abg zul..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang