PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, March 31, 2010

Changerion under mantainence...

Time aku sibuk menyiapkan tesis hari tu. Ade sesorang bertanya kat aku tentang persoalan yang macam dia nak sangat tahu jawapannye. Time tu aku sibuk kan. So tak sempat la jawab. Die suh jawab kat dalam blog aku. So hari ni agak free membuatkan jemari ini ingin menari menaip apa yang perlu dirungkai oleh kekusutan dimindanya.. putitis tak aku??haha

dia : rsenye dulu dato ni lain kan n skrg dah berubah

aku : ape yang lainnye?

dia : berubah kepada yg lebih baik la. ni dr cerita2 kt blog la kan2?

aku : hmm nampak gayanye gitu la.. alhamdulillah

dia : ok

aku :soalannye?

dia : huhu.cmne ye nk istiqamah bila kita dh tetapkn yg kita nk berubah? xpernah ke rasa goyah?

Kat atas ni rentetan YM..so sekarang aku kena menunaikan kata aku untuk menjawab soalan ni. Kalau nak jawab secara teorinye macam tak best je. So aku rase baik aku jawab atas pengalaman aku la ek. ntah pape je aku ni..haha. Aku jawab soalan kedua dulu ye..

Persoalanye. tak pernah ke rasa goyah? kompom2 la ade kan. iman ni kan berkurang dan bertambah. Banyak kali gak la aku melakukan kesalahan demi kesalahan. Tipu la kalau cakap dalam sehari ada antara kita yang tak melakukan kesalahan a.k.a dosa ni. Pasti ada punya la. cuma apa yang kita boleh buat adalah meminimumkan kesalahan tersebut di samping memohon keampunan ke atas dosa2 tersebut..Untuk mengelakkan rasa goyah kena la istiqamah lantas tiba masanya menjawab soalan pertama tadi..huhu

"Istiqamah cemerlang sekolah gemilang"

eh2..tetibe mempromosikan motto sekolah aku lak.haha. Camne ye nak istiqamah dalam perubahan. kat bawah ni aku listkan apa yang aku buat la ek? berdasarkan pengalaman yang keciput aku ni.huhu

1. Pertamanya kena la paham dulu nak berubah sebab pe? sebab dunia ke? sebab Allah ke? ke sebab pompuan???kantoi!! hehe

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Al-Khattab RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2.Dalam kita berubah ni kita kena menghindarkan diri dari segala yang berkait dengan kemaksiatan yang mengundang bisikan syaitan. Dulu time aku terjun di arena kapel mengapel ni semamangnya di hati ada rase nak berubah. Tapi hipotesis ditolak setelah mendapat keputusan yang dijangkakan akibat dari banyak pembolehubah yang dimanipulasi lantas efek kepada pembolehubah bertindak balas..haha..bahasa saintifik sikit. Jadinye nak cakap kat sini. elakkan cinta ntah pape ni untuk istiqamah..

3. Dalam nak berubah ni kena ada yang mengingatkan. Kita lak kena bersikap open minded bila dinasihati. jangan cepat melatah. Dan aku mengalaminya bile terlaghakan terjerat diri bergambar ber2 dengan pompuan bukan muhrim. semoga dosa aku diampuni dan aku berterimakasih yang menegur tu. Nampak kan pentingnya sahabat2 yang dekat dan mampu menegur? seorang teman yang baik bukan hanya pandai menjaga hati sahabatanya tapi perlu menyayangi kerana ALLAH swt. so cari la sahabat2 anda yang benar2 sahabat..got it??

4. Seterusnya cari la usrah mahupun jemaah gerakan islam. Nak di jadikan cerita selepas tsunami besar melanda kisah percintaan aku, aku mula tercari2 usrah mahupun jemaah. Aku pun post buletin kat Friendster time tu. Terima kasih kepada yang menjemput dan mengajak. Akhirnya aku menemui jalan yang aku nak. Usrah dan gerakan ni penting sebagai satu motivasi dan peringatan kat kita. aku sendiri dapat tengok perubahan besar yang berlaku terhadapa sahabat2 aku yang berintimak dengan jemaah tabligh.. Solid perubahan die..siyes wa cakap lu..huhu

5. Rentetan dari point ke 4 ni. Aku nak highlight kan menyertai jemaah. Cukup ke hanya menyertai dan hanya menjadi ahli lelap? Bila dah jadi ahli lelap tu la yang membuatkan kita nak istiqamah tu susah. Aku akui aku pun bukan kerap sangat join aktiviti jemaah ni. Tapi cuba gak la. nanti kata futur lak..haha.. Bile kite komited dengan jemaah makanya kan banyak program yang mengingatkan kita sebagai aktivis islam? x ke dengan mengaktiviskan diri tu akan menyebabkan kita kite aktif3x?? hehe

6. Mempergiatkan usaha dalam berdakwah. Memang kita ni bukan baik sangat pun dalam nak berdakwah. Tapi kalau nak tunggu baik dan faqih macam ulama2' besar la kan. Sampai tua pun tak tentu dapat lagi. So kite duk ajak orang buat baik tu tak ke membuatkan kita sendiri nak buat baik?" islah nafs wad'u ghairak".(betoi tak ejaan ni??hehe). Aku alaminya bile aku nak menjaga solat jemaah dan aku menyeru otang untuk solat jemaah. Bile terkena batang hidung sendiri tak ke terasa bersalah sangat2? so tu cara untuk memobilasikan diri untuk jaga solat jemaah..

7. Memperbanyakkan menghadirkan diri ke majlis ilmu dan mengingati tuhan. Aku ni takde la rajin sangat. Pemalas la katakan.huhu. Tapi alhamdulillah kat kolej aku ada usaha tabligh yang membaca taalim setiap kali lepas maghrib. So ade la makanan untuk rohani aku yang kekadang lapar tapi malas lak nak cari makan.hehe

8. Nak istiqamah kena bergantung gak kepada insan yang berda dihati kita. Aku cakap ni bukan dari pengalaman aku. Tapi pengalaman mendengar cermah2 je..hehe. Terutamanya kepada gadis2 pembaca entri ni yang aku tau cun punya lah.haha. Melalui pemerhatian aku pompuan mudah sangat berubah akibat penangan sang lelaki. Jadinye nak pastikan istiqamah berubah selepas kawen nanti. kena la cari pasangan yang soleh dan boleh diharap untuk mengingatkn. Sebab tak dinafikan sememangnya lumrah dunia si isteri menjejak langkah si suami.

9. Lastly benda ni yang paling penting la. takde yang penting melainkan yang penting2 belaka..huhu.. Nak berubah? rase lemah? rase perlukan seseorang? cari sape? mintak kat sape? awek? pakwe? mak? ayah? sepupu? cikgu? dll? mesti la penting kite nak berubah ni kita kena la mohon kat ALLAH swt. Doa kan senjata orang mukmin? mintak je kat DIA untuk kita istiqamah. Tak kesah la dalam istiqamah mahupun dalam gerakan islam. Ni pun terjadi kat aku. Tapi aku rase tak sesuai kut cite kat sini.huhu. Cuma nak tekankan silalah berdoa untuk istiqamah. kita boleh merancang. Tapi korang pun tau kan sape yang sebaik2 perancang??

Mungkin ni je kut perkongsian aku. Semoga Allah mengikhlaskan niat aku menstorykan tentang perihal diri. Yang baik tu jadikan teladan yang buruk tu jangan dipadankan..haha.Kepada yang nak istiqamah tu jom doakan kita bersama2 istiqamah. dan yang masih belum terasa nak berubah tu jom berubah pastu join kelab istiqamah group. ade beran??haha

wallahualam...

Tuesday, March 30, 2010

Terima kasih tangan2 yang adil..

Baru je tadi aku kelegaan melepaskan lelah dengan berjaya menghantar thesis, petangnya aku didatangi berita2 yang aku amat tak sangka.Tak sangka berlaku kat kolej aku. Kolej yang aku sangat menjaga nama baik pentadbiran2nya. Kolej yang aku nyatakan organisasi yang profesional.

Sebenarnya aku tak berniat nak post entri ni. Ade entri len yang aku nak storykan. tapi aku tak tau nak luah kat mane rase kecewa ni.teramat sedih dengan apa yang dilakukan oleh2 tangan2 yang berkuasa di bumi yang sementara ni.

Hari ni keluarnya result mohon kolej untuk adik2 aku. Yang selayaknya dibuang aku takde la nak kisah. tapi bila ada kes yang dibuang tanpa sebab yang munasabah sememangnya perlu dipersoalkan. aku sertakan bebrapa kisah adik2 aku yang dibuang.

Bermula dengan si A. A ni sangat2 aktif kolej. berjawatan penting kat kolej. Semua program kolej dia join. Sejak awal sem sampai la sekarang. Kalau takde peserta dia ni la yang akan wakil untuk blok dia. kalau ade dak yang tak kenal dia ni memang agak pelik la. pointer pulak atas 3. tapi dia tetap.............

Si B pulak seorang yang agak aktif blok. Bukan paling aktif dan bukan yang langsung tak aktif. memegang beberapa jawatan kat program kolej. antara orang kuat kelab. Time dinner kolej dapat naik pentas sebab pointer anugerah dekan. tapi dia tetap................

Si C pulak tak berapa aktif kolej. sekadar turun2 je. Tapi tetap pernah memegang jawatan kat kolej. Salah seorang M.T di kelab di kolej. Pointer tok sah cite. paling tinggi kat dalam kolej ni. 3.93 aku rasa ponternye.tapi dia tetap.....

Si D pulak juga adalah M.T dalam kelab yang sama. Sangat aktif dalam program2 kelab. sejak awal sem sampai la sekarang. antara penggerak kat kelab tu..tapi dia tetap...

Si E1 dan E2 pulak adalah sepasang. Asyik bersama je. Memula memang agak kurang aktif. lame kelamaan semakin aktif kolej. cuba menggiatkan diri dalam organisasi kat kolej. antara penggerak tugas kita di bumi UKM ni.tapi mereka tetap...

Cukuplah beberapa individu yang aku ceritakan ni. semuanya menerima nasib yang sama. kalau aku punya kos 4 tahun mmg aku pun menerima nasib yang sama la kan. tak kesah la aktif kolej ke, pointer dekan ke apa ke. Asalkan kita berlain aliran dengan mereka kita tetap akan dipinggirkan..

untuk adik2 yang tak dapat stay kolej ni. Takpe la dik..teruskan misi kita di tempat masing2. Semoga kat kolej ni akan dapat pengganti bagi adik2 sekalian..

kepada tangan2 yang berkuasa..tahniah di ucapkan sebab menjalankan tugas dengan baik..satu je pesan aku..

Kalau tak mampu jadi pendokong islam jadilah penyokong islam. kalau tak boleh juga, jangan jadi PENGONGKONG kepada isalam..

wallahualam...

Monday, March 29, 2010

akhirnya...

Fuhhh...

lega...

penat....

puas...

pasrah...

balun ja...

akhirnya...

bebas....

masa berblog kembali!!! haha

wait n wait...

Thursday, March 25, 2010

Kegilaanku di minggu ini


Geologi Struktur Bahagian Selatan, Pantai Chendering, Terengganu
Ahmad Zulqurnain Bin Ghazalli
Program Geologi, Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
ABSTRAK
Kawasan kajian terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia di bahagian selatan Pantai Pandak mukim Chendering, sejauh 6 km daripada Bandar Kuala Terengganu. Singkapan yang terdapat di kawasan kajian ialah singkapan tepi pantai. Kawasan kajian terletak pada latitud 5°16’U dan longitud 103°10’T - 103°11’T. Keluasan kawasan kajian ialah sekitar 500m persegi. Litologi yang terdapat di kawasan kajian ialah filit, kuarzit dan selang lapis filit dengan kuarzit. Filit di kawasan ini berwarna kelabu hingga hitam dan mempunyai foliasi yang hampir selari dengan perlapisan. Kuarzit pula berwarna kelabu hingga keperangan dan saiz butiran adalah halus. Usia bagi batuan disini ialah karbon. Secara umumnya perlapisan di kawasan ini adalah berjurus timur – timur laut. Terdapat juga korok dolerit yang berjurus U76°T dan berkelebaran 13m. Usia korok ini ditafsirkan berusia Jura-Kapur. Aspek struktur yang dikaji ialah lipatan, sesar, telerang kuarza dan kekar. Terdapat dua arah paksi lipatan yang utama. Lipatan yang terdapat adalah berarah timur - timur laut dan hampir utara - selatan. Sesar yang terdapat di kawasan ini ialah jenis sesar mengufuk ke kiri dan sesar mengufuk ke kanan yang berjurus hampir sama iaitu timur - timur laut. Terdapat juga sesar mengufuk ke kanan normal dengan arah jurus berjulat U110°T – U130°T. Berdasarkan analisis telerang, terdapat telerang rencong dan telerang sigmoid di kawasan kajian. Berdasarkan hasil daripada tafsiran analisis lipatan, arah tegasan yang didapati ialah U318°T dan U98°T. Bagi analisis sesar, arah tegasan yang ditemui ialah U266°T serta U54°T. Daripada analisis telerang terdapat tiga arah tegasan utama iaitu pada arah berjulat U330°T-U360°T, U260°T-U270°T dan U50°T-U70°T.Secara keseluruhannya terdapat tiga arah tegasan utama maksimum yang dapat disimpulkan. Arah tegasan utama maksimum yang ditemui ialah tegasan pada arah utara-barat laut, arah timur- timur laut serta arah hampir timur.

Ni la abstarak tesis aku. Tapi ni belum final lagi..nak edit sikit..huhu..korang kompom tak paham kan?? layankan je la..hehe

Kawasan kajian

Lipatan Z

Lipatan besar

My Sifu

Monday, March 22, 2010

Menjilat ludah mereka

Tq Sweden



Tq Denmark

Best kan Nabi kita dihina begini??
ape tindakan??
Denmark??
Sweden??
itu lah mereka??
Tapi kita??
Masih disini??
Masih berdiam??
Sedih??
Gembira??
Marah??
Kecewa??
tepuk dada tanya iman...

sekian...

ade penambahan..masuk link ni tengok kehebatan pemimpin kita memboikot negara yang menghina nabi kita..Pemimpin berjasa

Tesis semula..hehe

Saturday, March 20, 2010

Konsert yang menggiurkan..

Sibuk2 tesis pun tapi tetap kena ade benda untuk di share..copy paste pun xpe la..yg penting bermanfaat..hehe

KOTA BHARU, 19 Mac: Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas. Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan.


Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin. Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit. Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Mereka bersetuju untuk mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri ini.

“Datuk Takiyuddin Hassan sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab memberi penekanan mengenai perkara itu pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini,” katanya.

Karnival Jom Heboh TV3 sebelum ini lebih dikenali sebagai Sure Heboh diadakan di seluruh negara kecuali Kelantan. Bagaimanapun, TV9 pernah menganjurkan program Sua Rasa dan Perkampungan Hadhari di Kota Bharu sebelum ini tanpa melibatkan percanggahan dengan dasar kerajaan negeri.

Program Jom Heboh akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dengan menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti jabatan-jabatan kerajaan negeri dan agensinya. Nasruddin juga berkata, sebuah khemah besar yang dinamakan sebgai Kota Ilmu disediakan pihak penganjur untuk dijadikan tempat solat dan pameran program Jejak Rasul.

“Dijangka Pemangku Raja akan hadir pada program al Kuliyyah yang akan disiarkan secara langsung pada petang 26 Mac yang bakal diadakan di khemah tersebut.

“Selain itu Menteri Besar dan anggota-anggota Exco dijemput untuk mengisi program Talk Show,” katanya.

Program dua itu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 malam. Beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan terbabit dalam pameran dan aktiviti interaktif iaitu Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusetia Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Pusat Penerangan Pelancongan.


Komen aku : nak berhibur or berkonsert takde salahnya asalkan mengikut lunas yang ditetapkan. Ape lagi negeri lain?? ade bran nak follow ka???


Friday, March 19, 2010

Makan itu indah

Dalam kekalutan membuat tesis sempat pulak aku melupakn sebentar dengan bertindak pergi ke dinner kolej aku. Mesti la pergi kan. Tahun last ni.hehe. Tema tahun ni masked ape ntah.. Tapi pakai topeng la. Ramai gak yang pakai topeng. Tapi aku memilih topeng yang paling mahal. Topeng yang h1n1 tu..hahaha

Dari segi makanan tahun ni memang sangat terbaik kalau nak di comparekan dengan tahun2 sebelum ni. tahun ni ala2 western sikit. Tak la duk makan lauk kenduri je macam sebelum ni.hehe. Memang puas gak la makan. Sebab nasi boleh tambah.hehe


Sedap siot

Dari segi flow najlis rasanya dah cukup ok kut. Just kantoi time gimik perasmian. Camne la sangkar tu tak sampai ke Dato' Mat. Nasib baik dia pun sporting men capai je sangkar tu. Takpe crew MATK dah smart dah tu. Nasib je takde.hehe


Nasib baik Dato' tinggi..hehe

Dari segi Anugerah kolej. Tahun ni siddik naik jadi tokoh kolej aku. Memang selayaknya pun. Mana taknya. Semua program ada muka dia.hehe.Pointer pun hebat gak. Aku pulak kalau tahun lepas dapat tokoh kepimpinan tapi tahun ni tukar pulak dapat tokoh khidmat sosial. Apa yang aku khidmatkan pun tak tahu la.hehe. Papepun tq kepada felo yang memilih aku untuk dapat tokoh tu..huhu.

Tokoh khidmat sosial ni..

Bangga dapat bergambar dengan tokoh kolej..

Masuk pulak majlis tak formal. Gempak dah pun. Just cam tak best bila pemenang semua cabutan kena amik hadiah kat kaunter luar je. Kalau nek pentas kan glamour sikit.hehe. Tapi aku pun paham sebab nak jimat masa kan. Ok juga tu. Kalau tak pukul 2 pagi baru abih.huhu. Untuk hadiah tak formal aku membolot 2 anugerah untuk kategori senior. tamak kan aku??haha. Aku dapat title senior paling popular n senior paling ceria. Terima kasih kepada yang mengundi aku (Bajet masuk PRK je)..huhu

Hadiah2 aku..

Ada lagi yang aku dapat.( banyak pulak kan??hehe) Tahun ni aku dapat 2 bunga dari orang lain. Sape tu??skandal la ni ek??huhu. Yang pertama dari abang ijan. Abang kesayangan kami semua dan yang kedua dari gee. Ingat bagi kat aku sorang je. Rupa2nya dua2 ni bagi kat ramai orang secara pukal.hehe. Papepun tq untuk 2 insan ni..

Bersama ayahanda tercinta..

Setakat tu je kut cerita aku..Now TESIS TIME!!!!

Thursday, March 18, 2010

Hebatnya ulama' dan rakyatnya..

KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan
pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat
negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat
dimulakan,
Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.
Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.
Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.


Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa
syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta
diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.


“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.
“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama
semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan,
mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.


“Tiada erti kita
bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab
itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang
berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.


“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.
“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur,
nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik,
ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis
dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.


Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang
diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata
“wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang
istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.

Komen aku : Ni la hasil bila berpegang dengan agama. Semoga semua Pemimpin mencontohi Tuan Guru..

Wednesday, March 17, 2010

Nak berubah konon!! bajet baik la tu (2)

Baru2 ni aku bersembang dengan beberapa orang yang menyatakan ingin berubah ke arah kebaikan. Aku sangat2 respect kat orang2 yang macam ni. Walaupun nanti dalam usaha untuk berubah tu macam2 persepsi orang yang akan datang. Kata2 seperti "elle.. nak tunjuk baik je die tu" " Die tu baik sebab dah dekat musim exam je pun" "Dulu tak pakai tudung. Sekarang pakai. On Of je pulak tu". Fuiyoo.. Macam2 ada..kalau kita nak fikir apa yang orang cakap memang sampai ke sudah la kita tak berubah.

Mungkin perubahan kita tu sikit sangat. Tapi yang penting kita berubah ke arah tu. Sebagai contoh untuk budak free hair yang nak berubah. Takkan la esok terus pakai jubah pulak.hehe. So berubah sikit2. Kalau rasa takda kekuatan lagi nak berubah jaga je solat tu elok2. Solat di awal waktu dengan penuh khusyu' dan khudu'. Nanti yang akan di hisab memula bukan persoalan lain. Tapi solat kita la kan.

Sesungguhnya,solat itu mencegah kamu dari melakukan perbuatan keji dan mungkar (Al-Ankabut:45)

Tapi harus di ingat. Kalau masih lagi melakukan perkara keji dan mungkar walaupun kita dah solat. Itu menunjukkan solat kita masih belum cukup sempurna la kan. Sebab solat kita gagal menghalang kita dari melakuakn perkara keji dan mungkar. Aku tak cakap orang lain. Aku sendiri mengalaminya..hmmm...

Berbalik kepada persoalan berubah tadi. Bukankah berhijrah ni adalah satu usaha kita untuk menyucikan jiwa kita. Tak di nafikan semua orang mempunyai jiwa yang kotor. Jadi tangungjawab kita sendiri la untuk bersihkan. kalau baju kita boleh cuci walaupun pakai mesin basuh bercaj Rm2. Tu tara kena duit tu. Sanggup lak cuci. Ni nak cuci jiwa ni macam2 cara free ada. Salah satu yang utama tadi tu la. Mejaga solat..

“Sungguh beruntunglah orang yang senantiasa membersihkan jiwanya dan sungguh merugilah orang yang senantiasa mengotori jiwanya” (Qs. Asy-syams (10) ayat 9)).

Untuk insan2 yang dalam pembaikan dirinya di dalam workshop kerohanian diri ni. Aku ucapkan semoga terus gagah untuk berubah ke arah yang terbaik untuk masa depanmu. jangan risau. Banyak pihak bersama anda..

Kepada aku dan kamu mahupun dia. Bila lagi kita nak berubah? Esok ke? kompom ke hidup lagi esok? ke dah kojol jap lagi? So bila lagi? Sekarang la masa nya!!! Tak kisah la walau sedikit. Tapi kita tetap ke arah itu..ye dok?

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka”
Surah Al-Hadid ayat 16.



wallahualam..

p/s : Ada entry aku mirip yang kali ni.. Boleh baca di http://ikutsukaatiaku.blogspot.com/2010/02/nak-berubah-konon-bajet-baik-la-tu.html

Monday, March 15, 2010

MOH KITEY!!! kembali...

Memang Penat..Tapi sangat2 seronok..hehe. Bukan selalu dapat kumpul ramai2 macam ni. Memang tak dapat di nafikan yang Family day ni memang dapat mengeratkan balik hubungan keluarga aku. Ye la dulu kecik2 main sama2 semua. Bila dah besar jarang jumpa so nak sembang pun segan2.hehe. Tapi bila kena bersukaneka sama2 dan masing2 naik gila terus kamcing balik. Belum kira main tuju2 dalam air laut. Yang veteran2 pun naik syeikh..huhu

Bujang United sebelum bertolak

Bertempat di teluk Batik warisan Tok Noor berkumpul sekitar jam 2 petang. Acara pertama bermula jam 4 petang. Mula2 buat pecahan kumpulan. Tarik warna getah.Aku dapat kumpulan diraja.Kuning d champion.huhu..Pastu bermula la game petang tu. Mula dengan pencarian harta karun yang susah giler klu die..Tapi kumpulan aku dapat no 2 la..kire mantap la kan..hehe

Kuning d champion

Lepas tu banyak lagi game. tapi yang aku paling takleh blah bile acara berpasangan. Aku masuk ngan adik aku. Ingat acara apa ke. Sekali kena bertanding sapa habiskan roti dan air dulu. Setakat tu je takpe. tapi masalahnye air tu dalam botol susu..waa..terkena aku dengan idea aku sendiri time mula wat game ni dulu kala..lawak2..macam budak2 je kami dibuatnye..hehe

kanak2 tua..

Parent aku tak terlepas masuk pertandingan. Abah dan mak masuk pertandingan kupas kulit epal sape paling panjang. Ingat mak yang boleh g. rupanya Bos aku lagi dahsyat rupenye..Terbaek lah Abah!!

Sempat beromantik sebelum game..

Petang tu berakhir dengan aktiviti bebas. Mula aku ingat ak layan mandi laut. Pastu mak ajak jalan2 pulak. Aku pun berdating la ngan mak aku.hehe. Tengah jalan2 tu tembung dengan abah pulak. So jadi la kami ber3 jalan2 dan makan keropok lekor dan goreng pisang di tepi pantai sambil di hembus bayu nan dingin..cewwah..

malam pulak ada tahlil. Sepatutnya lepas maghrib startnye. Tapi sebab RAMAI SANGAT2 yang datang so kena tunda jadi lepas isya'. Sempat jugak la aku membasuh diorang yang petang tadi seronok sangat suh jangan lupa bab solat dan agama yang di ajar oleh Ustaz n Ustazah kuarga kami. Tak lain dan tak bukan Our Grandpa n Grandma le..Time ni aku bertindak bajet alim sikit la. Padahal petang tu aku tergolong dalam golongan gila..haha

Lepas tu sambil berBBQ ade Pertandingan karaok. Memula aku dah daftar. Tapi sebab lambat sangat baru giliran aku. Suara pun dah tak serak2 kering dah. So aku tarik diri.hehe. Aku g la lepak kat tepi pantai tengok pertandingan memancing. Sambil sembang2 dengan mak teh boleh pulak aku tertidur berbantalkan pasir berbumbungkan langit yang nak hujan.hehe.. Pukul 1 lebih hujan turun. so balik ke kamar beradu le..now...ZZzzzzzz....

Aktiviti pagi bermula dengan aktiviti ringan2 je. sambil tunggu nasi lemak sampai.. Sekitar pukul 11 kami bergerak ke pantai. Time ni baru mencabar!!! menghitamkan kulit..haha. Memang penat la. tapi tahun ni aku berjaya mempertahankan kejuaraan main lawan belon sapa yang bertahan dari di pecahkan oleh orang lain. Lincah gak aku ni.haha

Penat mempertahankan kejuaraan

Lepas abis game di umumkan pemenang keseluruhan pertandingan berkumpulan. Group aku dengan group hijau berkongsi mata. Di sebabkan kami baik hati. so kami beralah la. Bagi diorang johan. kami Naib je pun jadi le..huhu.

Abis sume acara tu sekarang masa untuk mandi laut!! mula2 mandi biasa2 je. Pastu makteh bagi isyarat kat aku untuk main tuju2. Apa lagi aku layan la..terus kami main macam nak gila. yang asyik terkena adalah abang ali dan aku. cess..menyesal aku mulakan. Asik aku je kena attack..haha

Dah pukul 4 kami pun naik la. aku tak sedar pun. nasib baik la boleh jama'. So boleh la rilek2 je mandi dulu.. Lepas setel semua bersiap masa untuk berpisah. Kali ni takde adegan air mata.hehe. Tapi bila fikir2 balik bila la masa nak kumpul ramai2 macam ni lagi. Ada 1 lagi peluang. kena ada yang kawen. So akak.. Leghah2 le kawinnye..keme udoh tak sabo nok kumpul lagii..hehe



sekian je cerita "moh kitey induk" aku tahun ni..Tunggu Moh kitey versi geng lembah Klang lak hujung tahun ni..hehe.Lupa pulak. Moh Kitey tu maksud nye. "Jom Bersama2 kita" ke lain ek? susah jugak nak translate ni.hehe..



sekian..

Friday, March 12, 2010

Hanya yang terbaik...

Jumaat kembali lagi!!!

hari ni aku jadi imam subuh. bajet nak wat sujud Sajdah.Nasib baik lepas sampai ayat sajdah tu. Lepas tu dah pening2 pulak. Kantoi terus ruku' je aku tadi.hehe.. Tu la akibatnya jarang baca balik apa yang dah di hafal. Bersalah2..adui..Camne la para huffaz boleh mantain 30 juzu' kan. Baru hafal bape surah je pun dah tak ingat.. Kesimpulannya jangan lupakan ayat2 yang kita dah hafal. Berdosa kan kalau lupa?? ada sesape yang ade jawapan yang tepat tak??

Atas ni intro je..hehe.. Bawah ni yang nak dicoretkan..

Kadang perlu abaikan diri untuk itu
Kadang perlu abaikan kos untuk itu
Kadang perlu abaikan kolej untuk itu
Kadang perlu abaikan famili untuk itu
Kadang perlu abaikan teman untuk itu

Namun...

Jangan sampai timbulkan fitnah kepada itu..
Kerana itu amat penting untuk semua
Kerana itu mengajar supaya tidak mengabaikan
Kerana itu bukan mengongkong
Kerana di situ adanya pilihan

Ayuh aku lakukan mana yang utama
Yang terbaik untuk itu
Yang terbaik untuk aku
Yang terbaik untuk kamu
Yang terbaik untuk semua

Hanya yang terbaik untuk.........

ITU.......



Amacam ok tak?? men sedap aku je kan??hehe So berselarian dengan itu aku akan balik Perak jap lagi. Walaupun banyak tugas yang terpaksa tertangguh kat UKM ni tapi semoga itu terbaik untuk semua..

wallahualam..

Thursday, March 11, 2010

Al-Fatihah...

Mungkin ramai yang dah tahu tapi aku masih nak memberitahu. Ye satu kehilangan besar didalam dunia keintelektualan islam apabila seorang ulam' Islam pergi menghadap ilahi. Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi nama di beri. Ditakdirkan menamatkan riwayatnya di bumi Saudi akibat sakit jantung.

Dilahirkan pada 1928 dan ditaklifkan sebagai Syeikh Al-Azhar pada 1996 di Universiti yang tersohor itu. Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.



Al Fatihah untuk beliau...













Allahyarham telah pergi....











Tapi...












Bersediakah kita???

Wednesday, March 10, 2010

Ko tak pandai masak?? REJECTED!!!

Entri ni aku dapat dari junior aku.dia ni pun akak dia yang dah nak ade anak 1 yang bagi kat die. So aku copy paste je la.hehe

sumber : http://www.facebook.com/profile.php?v=feed&story_fbid=10150113169540014&id=1486477428#!/note.php?note_id=357937361484&comments


Kalau perempuan tidak boleh memasak,
dikutuk dan disuruh belajar. Kalau
lelaki tak boleh jadi imam kita kata
okay saja. Jangan diperbesarkan nanti
mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak
siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki
pada
seorang anak dara, juga rakan sejawat
kami. Maka jawaplah si gadis ayuitu
yang dia tidak sempat belajar memasak
sebab dari kecil tidak digalakkan
keluarga sebaliknya di suruh menumpukan
perhatian pada pelajaran saja. Setelah
tinggal di asrama, peluang pulang ke
rumah terhad dan tidak sempat turun ke
dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?"
Tanya sang lelaki lagi dengan penuh
semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain
sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk
belajar agama, jadi belajar memasak
tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab
si
gadis yang membuatkan lelaki tadi
menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak
sempurna seorang wanita jika tidak tahu
memasak. Wanita sepatutnya buat begitu
juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh
menjadi imam. Walau ada yang kata, jika
itu syaratnya bermakna makin ramai
wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di
dapur sebagai perkara utama dan
ungkapan
hendak memikat suami, perlu pikat
seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu
berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam
rumahtangganya. Sekarang bukan asing
lagi gaji isteri lebih tinggi daripada
suami. Namun kedudukan suami sebagai
raja tidak pernah dilupa walau dia
tidak
mengambil inisiatif mempelajari ilmu
menjadi imam. Ilmu bermain video game
di
komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh
belajar
dan sesudah belajar perlu handal. Jika
handal bukan setakat masak untuk
keluarga sendiri, kalau boleh perlu
boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan
undang-undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam,
belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh
mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak,
mereka
tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman
wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang
menjadikan sembahyang jemaah di rumah
bersama anak isteri sebagai agenda
utama, selain keperluan memenuhi
pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanita kini kepada beberapa lelaki
tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak
confident menjadi imam sebab takut
bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah
tajwid atau pun dia merasakan isterinya
lebih handal. Ada yang kata lebih elok
dia dan isteri sembahyang
sendiri-sendiri. Ada juga menjawab,
rasa
kelakar pula apabila dirinya yang
rugged
menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan
sepertimana masyarakat memberatkan
wanita perlu pandai memasak jika mahu
bersuami. Lelaki juga harus boleh
menjadi imam supaya kewibawaan mereka
sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
menjadi mangsa 'queen control'. Kalau
tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita disuruh belajar, apa
salahnya lelaki.


Nak jadi macam ni??

Ke macam ni??

Macam ni kut yang bagus...

Tuesday, March 9, 2010

Kerana aku sayang kamu...

Tadi ade sorang junior menanyakan tentang perkara yang dilakukannya kepada aku. Gaya macam nak aku bagi pandangan je. So aku pun cuba nak memberi pandangan. Aku amik masa yang panjang untuk menjawab.Antara menjaga hati ataupun bercakap atas dasar seorang aktivis islam.(aktif ke??huhu). Aku menjawab dengan penuh kasih sayang..cewwah...ye sayang.. Bila kata sayang tu adakah dengan mengatakan sesuatu hanya untuk menjaga hati ataupun untuk menasihati? Kalau nasihat nanti dia kecik hati pulak. kan dah timbul satu hal.. So aku cuba menjawab dengan baik dan menyatakan perkara tu tak molek. Alhamdulillah dia pun setuju. Semoga hidayah ALLAH bersamanya..

Cakap tentang kecik hati ni teringat aku komen dari seseorang kat entri aku. Dia cakap tentang rummet die yang manis dan menutup aurat macam alim tapi tak solat pun. Nak tegur takut kecik hati pulak. Persoalannya adalah anda sayang tak rummet anda tu? adakah dengan menegur ke arah kebaikan dikatakan tak sayang?? Adakah dengan membiarkan dia tak solat anda mampu menyatakan anda sayngkan rummet anda??

Masuk pulak kisah aku dengan adik usrah aku. Baru ni berlaku sedikit salah faham membuatkan kami sedikit tertinggi suara. Mungkin salah aku yang menasihati tanpa usul periksa, Tapi itu adalah kerana aku sayangkan dia. Tapi alhamdulillah malam tu juga dia datang meminta maaf dan aku pun turut minta maaf gak. Semoga kasih sayang yang terjalin kekal. Semoga hubungan aku dengan adik usrah aku tu terjalin atas nama ALLAH bukan hanya disebabkan gemar bermain2 bersama2.haha. Semoga tahapan ukhwah kami berada di tahapan tertinggi iaitu 'ithar'...doakan kami ye..

Cukup lah 3 kisah yang aku storykan kat sini. Mungkin ade yang pelik. Ade yang cakap "Mamat ni poyo je.sayang konon.bajet je lebih"..huhu..tak kesah la apa nak cakap. tapi tu la masalah yang membelenggu pemikiran manusia sekarang. Merasakan dengan menasihat sahabat2 ke arah kebaikan adalah satu perkara yang membuatkan hubungan menjadi renggang. Adakah membiarkan sahabat sendiri terus lalai itu di gelar sayang??

Aku bawak contoh mudah la. Kenapa ibu menghalang anak dara dia berfoya2 dengan lelaki?? kenapa ayah memarahi anaknya yang tinggal solat? Kenapa ayah dan ibu menyuruh anaknya menutup aurat?? kenapa ayah dan ibu memarahi anak bujangnye yang merempit dan meminum arak?? Walaupun terdapat kes ayah dan ibu diherdik oleh anak sendiri kerana menasihati anakanya adakah mereka berputus asa? kenapa mereka terus menasihati?? Jawapannya anda sendiri boleh jawab.Soalan bocor ni.hehe.

Aku pun bukannye kuat sangat nak menasihati orang tapi selagi aku mampu. Aku cakap je la. Walaupun nanti ade je yang pandang semacam je. Tapi andai ada sahabat2 yang aku sayang terlalai maka itu adalah tanggungjawab aku untuk menarik kembali tangan mereka ke pintu syurga. Andai aku yang terlalai menuju ke neraka maka aku mengharapkan sahabat yang menyayangi aku untuk menarik aku kembali ke pintu syurga. Dan aku mengharapkan anda adalah sahabat itu!! bersediakah anda??

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagimana dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri"



wallahualam..

Monday, March 8, 2010

Buatmu wanita yang disayangi...

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab,

"Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya."

Putri Rasulullah kemudian mena.....

sambungan sila ke...
http://dayuleo.multiply.com/journal/item/17

Sunday, March 7, 2010

IZAC itu TMK

Saat ni aku baru je balik dari post mortem Ibu Zain Carnival. Lame giler. Selain sesi membetulakn kesilapan ada sesi luahan perasaaan lak. dengan2 aku pun luah juga..huhu. Balik je bilik buka blog tgk komen kat sebelah ni macam2. Salah faham je ni. yang saufi tu maksudkan untuk kes yang die cite kat blog die.aku komen le tntg ade minah salleh nk peluk die. Orang len pulak salah paham..haha

Kembali kepada core story yang aku nak cite kali ni. IZAC. Satu nama yang baru dalam hidup aku. Tapi hakikatnya roh dan semangatnya adalah sama dengan TMK (Temasya Muhibbah Kolej) yang aku lalui sepanjang 2 tahun berturut2 sebelum ni. banyak pengalaman yang aku belajar dalam 3 tahun dalam team ni. Dari hal gerak kerja hinggalah ke nilai persahabatan bersama kawan.Melihat kepada TMK sesi lepas yang semangat persahabatan yang dapat mengalirkan airmata seorang sahabat lelaki aku adalah satu yang amat berharga.Best sangat2 dengan team TMK12 dan TMK 13 dulu. Macam2 la kenangan kami.. Malas lak aku nak cite.huhu

Program pertama aku jadi Pengarah. Lawatan ke Rumah Sri Kenangan Cheng


Program ke 2 Explorace KIZ

Masuk pulak bab IZAC. Aku dalam team ni amat2 baru. Dalam 2 minggu je dapat jawatan ni. Tu pun sebab ganti org len. So aku run la untuk program explorasi khazanah yg ake kena handle tu. Alhamdulillah setel sumenye..Masuk lak bab IZAC induk. Rata2 junior2 aku sangat2 hebat. Segan lak aku nak berkerja dengan diorang. tapi layankan je la. Aku cuba memberi pandangan je la. Kat sini apa yang aku nak tekankan adalah rasa sense of belonging yang ada dalam diri kita tak kira organisasi apa yang kita join. tapi pastikan kita memikirkan tentang program kita sendiri. jangan sampai ada insan lain yang menguruskan kerja kita. Tapi sebagai dalam 1 team memang sesame yang kena fikirkan. Just anda disitu so lakukan tugas anda sebaiknya..

Malas lak aku nak komen. Ngantuk ni. Cuma nak ucap tahniah la kepada Su dan Fatin selaku Pengarah dan Timbalan pengarah IZAC. Juga tak dilupakan kepada adik2 junior yang hebat2 belaka. Masing2 dah cuba menjalankan tugas masing2. Lagi satu aku nak mintak maap kepada team yang aku baru 2 minggu join ni.Banyak adik2 yang menjadi mangsa aku..haha.ade yg kena kutuk. Macam Mona, Ica, Bee, Nadia, Yasmin dan Nabilah. Laki takde sebab aku dah kenal semua.ni yang aku baru je kenal.huhu.


Program ke 3 takde gambar..haha
Tu je kut. Cuma aku nak cakap aku sayangkan IZAC ni sebab dari TMK dulu la aku lahir dalam dunia berorganisasi..

sekian..

Thursday, March 4, 2010

Kisah untuk Sang Da"ie

Maaf kepada pembaca2. Aku masih belum mampu berkongsi disini. Terlampau banyak taklifan yang membataskan aku untuk terus bercoret disini. Harap sahabat2 mendoakan dipermudahkan urusan yang sedang lakukan. Tapi mungkin sedikit perkongsian yang aku cuba ingin kongsi dengan sahabat2. Tu pun copy paste je. hehe


Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut. Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi. “ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut. “ Emm.. insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.


Komen aku : Kisah ini amat terkesan kat hati aku. Betapa hebatnya kesabaran sang dai'e kat atas ni. 5 tahun untuk mengajak kepada kebaikan. Bukan 1 masa yang singkat. Dah la dakwah yang penuh hikmah. Sifat penyabar memang sanagt2 ditagih dalam diri seorang dai'e. Jadinye..aku menyeru diri aku dan sahabat2 sekalian untuk teruskan mengajak kepada perkara kebenaran walaupun begitu banyak mehnah dan tribulasi yang perlu di hadapi. Jangan menyalahkan mad'u kita. tapi salahkan diri kita yang tak cukup kuat untuk melakukan tugas yang mulia ni.

Jadilah seperti batu,
Walau terus di hempas badai,
Namun tegar bicara kebenaran..

wallahualam...

Wednesday, March 3, 2010

Facebook yang menyakitkan!!!!

Facebook yang mendatangkan penyakit je kat kita. Kalau sahabat2 rasa nak menyuarakan pendapat aku harap sangat sahabat2 tolong jawab survey ringkas kat bawah ni. Ni kawan aku buat survey untuk thesis die kut. My exroomate tu. So jom masuk link ni. Tu pun kalau beran la..hehe



http://www.eSurveysPro.com/Survey.aspx?id=4f76a10f-017d-41cc-8f98-9033d8aff2b3

Monday, March 1, 2010

Cinta yang tertewas...

Aku masih tak berkesempatan menulis entri sendiri dek kerana kesibukan menguruskan hidup aku. Aku hanya sempat melawat blog sahabat2 dan terjumpa satu kisah yang menarik ni. Semoga kita dapat manfaat bersama. Sebelum nak baca entri ni. Kalau nak baca yang tempat aku copy sila ke blog ni..

http://nurthaqifah.blogspot.com/

Nama Salman Al Farisi tidak asing lagi dalam golongan para pejuang dan pembela agama Allah. Ketakwaannya disegani di antara kaum muslimin. Keimanannya yang begitu mendalam bahawa hanya Allah yang Maha Besar, sementara yang lain begitu kecil di hadapannya. Demikian juga sikapnya menghadapi masalah-masalah yang bersifat keduniaan, termasuk urusan cinta.

Dikisahkan, Salman Al Farisi hendak melamar seorang gadis. Sebagai manusia biasa yang memiliki fitrah cinta, ia jatuh hati pada seorang muslimah solehah penduduk asal kota Madinah. Maksud suci ini kemudian disampaikan kepada Abu Darda’, seorang saudara yang dipertemukan atas nama aqidah.

Abu Darda’ dengan senang hati menerima permintaan Salman. Ia bergegas meminta saudaranya ini untuk menemui wali si gadis.

“Perkenalkan saya adalah Abu Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman yang berasal dari Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang mulia disisi Rasulullah SAW, bahkan ia diberi kehormatan sebagai ahlul-baitnya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini untuk melamar puteri anda, "ucap Abu Darda' menyampaikan maksud dan tujuan.

Lamaran itu bersambut, “Kami berasa dihormati kerana menerima tetamu dua sahabat Rasulullah yang mulia. Menjadi kehormatan pula bagi keluarga kami jika dapat memiliki seorang menantu dari salah satu sahabat Rasul yang agung. Akan tetapi, kami serahkan sepenuhnya jawapan kepada lamaran ini pada puteri kami.”

Setelah berbincang, ibu si gadis pilihan Salman itu mewakili untuk menjawab. “Mohon maaf sebelumnya jika apa yang kami sampaikan kurang berkenan. Dengan tetap mengharap redha Allah, puteri kami menolak lamaran Salman,” jawab si ibu.

Belum sempat Salman menjawab jawapan itu, si ibu meneruskan perkataannya. “Akan tetapi, jika Abu Darda’ mempunyai niat yang sama untuk melamar putreri kami, maka kami akan menerimanya,” kata si ibu.

Salman berasa kecewa. Kekecewaan yang amat sangat. Bukan sahaja niat menyunting si gadis ditolak, tetapi saudaranya Abu Darda' yang diminta untuk menyunting si gadis. Hati Salman sedang diuji.

Allahu Akbar!” ujar Salman cuba melupakan gelora hatinya.

”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian,” ucapnya tanpa ragu.

Menakjubkan. Kekecewaan Salman bertukar kepada keikhlasan yang tiada tara. Salman Al Farisi dengan ketakwaannya yang tinggi memberikan pengajaran tentang sebuah kesedaran. Kesedaran bahawa cinta yang diinginkan tidak semestinya akan dimiliki. Kesedaran tentang bagaimana semestinya menyalurkan rasa cinta yang Allah kehendaki untuk kita.

Salman telah memberi pengajaran bahawa sebagai pejuang, kita harus bijak mengawal rasa cinta, bukan menurut kehendaknya. Kita harus mampu mengendalikan nafsu dan perasaan, bukan dikendalikannya. Sungguh indah bila mana cinta dan nafsu itu disertai dengan keimanan yang tiada taranya kepada Allah dan Rasulnya.

Dan semoga kita mendapat yang terbaik, yang dipilih Allah untuk menjadi teman di dunia untuk berjuang dalam agama dan menjadi ketua bidadari bagi seorang lelaki penghuni syurga di akhirat.


komen aku : Semoga aku ada sahabat yang seperti Salman. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang