PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Monday, June 28, 2010

Cerminan dosa

Hari yang aku post entry tentang artis tu visitor aku hampir mencecah 100 orang dalam dua hari berturut2. Lepas tu note tu keluar kat facebook pulak. Ye la sebab aku dah auto kan untuk keluar. Alhamdulillah bila ramai yang melawat dan komen menunjukkan kawan2 aku ni semuanya peka dan sensitif terhadap isu ni. Memang isu yang biasa bila cakap tentang artis. Tapi aku nak memperbetulkan persepsi dan pemikiran kita kat sini.

Kita memandang serong kepada artis di malaysia ni. kenapa kita memandang serong? Dan kita harus bertanya kepada diri kita jugak adakah orang di sekitar aku memandang serong kepada aku? Aku islam tapi tak solat? Aku islam tapi tak tutup aurat? Aku islam tapi tak puasa? Aku islam tapi mengumpat? Aku islam tapi bercumbu dengan pasangan? Aku islam tapi tak amanah? Aku islam tapi cakap macam takde akidah? Aku islam tap dan tapi dan tapi.. Tidakkah itu semua menyumbangkan kepada keserongan - keserongan yang datnag bertandang secara pukal mahupun berjemaah??

Terlampau banyak ketapian yang berlaku kepada diri kita sendiri yang menunjukkan semua geng2 TAPI ini adalah bermaksud kita ni tak mengikut acuan yang telahpun ditetapkan oleh islam itu sendiri. Maka sudah menjadi tanggunjawab kita untuk memperbaiki diri kita yang sememangnya takkan sempurna ni. Kompm takkan sempurna punya. takyah poyo la cakap boleh.m Tapi apa yang kita mampu lakukan adalah menuju ke arah kesempurnaan itu.

Apabila kita mendengar dan melihat keceluparan artis itu cuba kita melihat dia dengan ibarat kita memandang cermin yang tenyata akan memantulkan kembali penglihatan kita itu kepada diri kita sendiri. Melihat dia cakap seperti seorang tokoh sekular. Cuba kita lihat diri kita ini cukup tidak sekularkah kita? melihat dia hajjah tapi tak pakai tudung? Kita ni islam tapi cukupkah aurat yang kita tutup? atau tutup hanya ketika nak bersolat je? tengok dia buat private party? cukup terjagakah muammalat kita sesama dengan ajnabi kita?

wah..andai melihat dosa orang akan membuatkan kita berfikir maka nescaya kita akan takut dan sentiasa beringat untu buat dosa. Tapi itulah resmi manusia melihat hanya melihat. Hanya pandai berkata dan menulis ( Macam aku la) Tapi hakikatnya? tindakan??habuk pun tarak!!

So aku menyeru aku dan kamu untuk melihat dan berfikir maka bertindak dengan sepatutnya.So how to do now?? TUMBUK dada tanya iman...

wallahualam...

Wednesday, June 23, 2010

Artis Malaysia yang alim

Hari ni stop kerja awal sebab hujan lebat sangat. Memandangkan motor aku belum sampai maka aku pun kena la check in balik. Tapi kali ni aku decide untuk check in kat hotel yang lain. Masuk bilik lepas mandi aku pun buka la T.V. Tiba2 terbuka satu program bual bicara kat astro. Hajat hati nak tukar channel terus tapi jemputan yang datang tu macam best pulak kan. Seorang artis yang sudah bergelar Hajjah. bagus kan dia??

Pengacara menanyakan tentang konterovesi yang timbul apabila beliau memakai pakaian seksi ketika dalam satu function PRIVATE dia. maka dengan slumber dia jawab tu adalah function PRIVATE dia yang menjemput hanya 300 orang. Kalau mengikutkan hati aku yang bersangka buruk ni memang aku akan cakap tu semua adalah bukan mahram dia. Tapi untuk bersangka baik tu 3oo tu MESTI adik beradik dia tambah pakcik makcik dia termasuk dengan suami dia dan sedara yang MAHRAM dia. Tak pun semua perempuan ke. Baru la boleh kata private kan??

Seterusnya bila ditanya tentang gelaran hajjah yang dia ada tu bukankah tak sesuai dengan perilaku dia? Jawapan yang mudah oleh seorang yang ternyata berfikiran sekularisme. Tolong jangan campur adukkan antara ibadah dengan kerjaya..WHAT THE FUN!! sesuka hati dia je kan cakap macam tu. Lagi satu yang aku tak boleh blah dia cakap kalau nak panggil hajjah tu panggil la kat masjid. Kalau kat disco or kelab malam tu tak payah la. Yang pengacara n penonton pun 2x5 je. Adui..lagi satu hal. dia siap cakap yang ada pihak yang buat sampai artis2 malaysia ni takut pergi haji sebab takut jadi macam kes dia. Dia tambah pakej lengkap lagi. Dia cakap orang yang menakutkan orang pergi haji tu berdosa..wah!! pandai pulak dia cakap soal dosa dan pahala.

Memang masa dia cakap tadi aku agak bengang la. Sampai macam tu tahap kritikalnya pemikiran melayu-islam kat negara kita ni terhadap kehidupan beragama. Hoi!! Islam bukan hanya di masjid, Islam tu di mana2. Hatta nak kencing pun islam ajar. Ni la masalah umat kita sekarang yang tak menutup aurat mampu menutup aurat dengan sebaiknya ketika solat. Jaga mata. Jaga hati, semua jaga. Masa itu je islam nya. Masa itu je tutup auratnya. tapi setelah bagi salam kedua terus hilang segala ciri2 keislamannya. Tu yang solat. yang tak solat??

Kalau ikut hati aku ni. Nak je aku cakap sapa artis tu dan apa nama program yang aku tengok tadi. Tapi untuk mengelakkan umpatan berlaku di blog aku ni. Maka aku rahsiakan. Mungkin korang dah pernah tengok video tentang artis malaysia yang aku letak dulu kan? kepada yang belum tengok anda memang wajib tengok. tengoklah betapa hebatnya kelancangan artis2 kita bila berbicara tentang islam.

Kadang2 aku tergelak bila melihat ayat2 biasa yang terkeluar dari artis2 kita bila mendapat anugerah. Ayat seperti copy n paste di saban tahun. Bersyukur di atas nikmat. Bagus bersyukur tu. tapi adakah dengan kata2 kesyukuran itu telah cukup mampu untuk menyeimbangkan dengan kelalaian ketika anugerah bintang popular yang diorang dah siap make up sebelum maghrib lagi??

Bila berbicara tentang dunia artis, glamour.memang terlalu banyak pancaroba. Aku pun akui kalau aku pun jadi artis apa la jadi kat aku sekarang. Betapa banyak kita lihat insan2 yang dulunya berimejkan islam akhirnya tenggelam dalam kehidupan sebagai anak seni. Ada juga artis yang mampu berubah ke arah yang lebih baik selepas menjadi MANTAN artis.

Setakat ni je la aku merapu. Jangan lupa tengok video yang aku cakap tu. Korang boleh klik kat sini.

wallahualam..

Tuesday, June 22, 2010

Oh Hotelku

Sebelum bermula jom kita baca link menarik ni..memang terbaek dari ladang!! klik sini

Ok now aku punya turn nak cerita sikit tentang apa yang aku alami kat perantauan sekarang ni. Seperti yang pembaca aku dah tau aku sekarang ada di Permas Jaya, Pasir Gudang Johor. Sekarang ni buat sementara aku menetap di Hotel Kingston (macam jenama pendrive kan??) berdekatan dengan Site yang aku jaga ni.


Bukan ini

Tapi ini
credit to http://ahhou20.blogspot.com

Ada apa dengan hotel ni?? Pertamanya ada sarapan free. Tapi aku tak ambil pun sarapannya. Hari pertama je aku ambil. Lepas tu dah tak ambil dah. Sebab apa? Sebab tekak aku tak boleh terima rasa dan baunya. Ciri2 kecinaan yang melampau. So aku decide aku rela berlapar dari makan makanan yang entah kuali apa yang digunakan untuk masak. Lagi satu hal aku kat sini nak cari restoran melayu agak susah. Setakat ni hanya makan kat kedai mamak yang tak sedap dan mahal je. Ni yang buat aku terkenang kat mapley2 Fariz Maju ni dan Kafe Ibu Zain bersama abang2 Indonesianye..huhu

Kembali kepada kisah hotel tadi. Semalam aku check out dan bercadang nak pindah ke rumah member aku. Tapi disebabkan motor aku tak sampai lagi angkara Pos laju yang SLOW so aku pun check in balik la petang semalam. Aku memilih bilik lain sebab sengaja nak ubah angin. Tapi bila masa aku nak bersolat aku tengok kiblat yang ada kat dalam bilik tu menunjukkan arah yang sangat berbeza dengan arah bilik sebelum yang hanya berbeza selang beberapa bilik ditingkat atas. Nasib baik aku ni bekerja sebagai geologist, so memang aku bawak kompas ke sini walaupun tampak seperti tak mungkin digunakan. Tapi akhirnya aku gunakan juga untuk memastikan arah kiblat yang sebenar. Memang sangat berbeza dari yang sepatutnya. May be tokey ni ingat kalau kat bilik tu kiblat still menghadap ke Masjid Al Aqsa kut..haha. So sempat la aku menegur akak kat kaunter tu supaya alert sikit bab kiblat ni. Nasib baik aku bawa kompas n itu bilik kedua aku. Kalau tak, mau wrong way aku solat. Dia cakap nanti dia pesan kat supervisor dia untuk cek kat setiap bilk. Ok la tu. I believe her...

Setakat ini la apa yang mampu aku coretkan. Kesimpulannya kita kena alert la tentang perkara2 yang bersamgkutan dengan ibadah dan agama kita. Semoga kita semua berhati2 dalam kehidupan kita sebagai muslim..

wallahualam..

Saturday, June 19, 2010

Belajar dari World Cup

Esok cuti. Boleh la lepak2.tapi nak lepak mana? motor pun takde lagi. So esok adalah boring!! takpe la.esok aku tidur je la dekat hotel tu puas2. apa pulak yang aku nak tulis hari ni. masih terfikir2. hah!! dah dapat idea.

Jom kita tengok senario pada Piala Dunia sekarang ni. Kita tengok banyak kuasa2 besar bola yang membuat lawak antarabangsa. Sebelum tu jom tengok tentang team yang bertanding. Setiap negara ada senario kebangkitan bola sepak sendiri. Ada yang sememangnya hebat sejak awal dulu. Ada yang dulu dengan malaysia pun kalah. tapi sekarang dah ke world cup. Ada yang miskin tapi ke world cup. Ada yang negara komunis dan mengongkong rakyat tapi tetap ke world cup.



Kita kembali kepada keajaiban yang berlaku. Spain? France? German? England? semuanya mengejutkan dunia dengan keputusan perlawanan menentang pasukan2 yang boleh dikategorikan kerdil dalam arena world cup. Faktor tertewas tu kita tak payah fikir la. Tapi cuma melihat kepada senario negara2 lemah yang masih mampu memenangi kuasa2 besar dunia dengan semangat pemain dan kesungguhan mereka.

Cukup sekadar itu kita melihat perkembangan Piala Dunia. Mari kita membawa view tadi ke arah pemandangan dalam usaha menegakkan islam. Kita lihat sekarang ni Kuasa2 besar dunia terlalu mencengkam dunia islam. Kita melihat kepada peristiwa kapal Mavi Marvara. Tidakkah kita merasakan bahawa kuasa besar sedang menindas bukan sahaja umat islama malah aktivis2 kemanusiaan yang lain. Apa yang mereka risaukan? mereka risaukan akan berlakunya keputusan seperti world cup tadi.

Aku pernah bersembang dengan seorang teman aku. Dia cakap yahudi sebenarnya takut dengan rakyat palestin. Walaupun Palestin dikatakan lemah dari aspek fizikal dan material. Tapi mereka kuat dari segi aspek semangat dan spritual. Yahudi perlu menggunakan kereta kebal untuk bertempur dengan kanak2 yang hanya berbekalkan batu tapi harus diingat akan adanya ALLAH dihatinya. Begitu lah yang dikatakan kemenangan rakyat palestin dari segi spritual nya.

Jom kita melihat kepada sirah kebangkitan islam pulak. Membaca kisah perang Badar cukup mengajar kita betapa pentingnya kekuatan spritual. Semangat umat islam yang berkobar2 yang terkesan daripada keimanan yang tinggi menyebabkan jumlah tentera umat islam yang sikit tidak gentar untuk menentang musuh yang 3 kali ganda banyaknya.kita lihat kekentalan tentera islam seperti Miqdad bin 'Amru yang mengatakan.

"Demi Allah yang telah mengutus engkau membawa kebenaran, jika sekiranya engkau memerintahkan kami berangkat ke Birkil Ghamad (nama suatu tempat yang amat jauh di Yaman), kami akan memaksa diri kami agar kami sampai ke sana."

Betapa hebatnya tahap spritual diorang. Kita tengok pula apa yang nabi doakan ketika sedang berperang.

"Oh, Tuhan! Penuhilah janjiMu untuk memberi kemenangan. Kalau ummat yang kecil ini binasa (kalah), maka akan menanglah agama berhala dan tidak akan ada lagi orang yang menyembahMu di muka bumi."

Tidakkah ini menunjukkan betapa peripentingnya kekuatan spritual dalam menentang musuh??

Kembali kepada zaman kini. Kita melihat secara zahirnya umat islam adalah lemah dari segi fizikal dan material. Namun hakikatnya umat islam berkaliganda lemah dari segi spritual seperti yang ada pada serbia, mexico dan swiss yangberjaya mengalahkan kuasa besar dunia. Dan untuk membandingkan kita dengan kekuatan umat terdahulu adalah jauh taras dalam bumi ke angkasa lepas menghala ke planet pluto.

Ketika berlaku tragedi marvi Marvara maka mobilasi umat islam memang agak besar. Namun berbekalkan spritual yang tak kukuh itu maka tsunami Piala Dunia seperti bertindak sebagai butang delete pada keyboard kita ni kepada tragedi tersebut. Nah lihatlah dunia. Umat islam yang mudah lupa ini tidak akan menang selagi kekuatan spritual ini tak betul2 kental dihati umatnya. Bila adanya kekuatan ini maka kuasa besar dunia akan terkejut dan dikejutkan seperti senario world cup sekarang.

Maka aku berpesan kepada aku dan kamu agar bersama meningkatkan spritual dan keimanan kepadanya. Kita takkan menang selagi kita tak ada kekuatan ini. Dah la kekuatan fizikat takda. Ini pun takde. Susah la gitu..Sekadar tu je repekan aku. Entah apa2 je aku aku ni. Mengaitkan Piala Dunia pulak..huhu..

wallahualam..

Friday, June 18, 2010

Merantau di bumi orang

Sekarang aku ada kat Pasir Gudang. Kat Permas Jaya. Kehadiran aku kat sini adalah untuk buat Site investigation kat Jambatan kat Permas Jaya ni. So kalau ada kawan2 aku yang kat area sini. Boleh la kontek aku ye.

Sebenarnya aku tak sangka pulak baru start kerja dah kena hantar pergi site jauh2. Memang di ragging la.kesian aku kan??huhu. tapi takpe la.memang banyak pengalaman aku dapat walaupun baru 2 hari kat sini. Brother2 yang buat SPT test kat sini pun dah pakar2. So diorang yang ajar aku n aku just pantau cukup la. Diorang pun nampak macam jujur je orangnya. Tak menipu kut waktu ambil bacaan..

Kat sini aku tepaksa tinggal kat hotel yang dekat dengan site aku buat beberapa hari ni. Nasib baik bos aku dah bayarkan tadi. So selamat la duit aku..banyak tu. dah la claim lambat lagi boleh dapat.

So far ok la tempat kat sini. Tapi satu permasalahan aku adalah surau agak jauh dari tempat aku tinggal. Bukan agak jauh.memang jauh pun. Tadi solat jumaat pun terpaksa la minta bos aku tolong hantar dan dia tunggu kat situ. Nasib la dapat pekerja macam aku. Menyusahkan je yang aku tau..

Kat sini kira macam pekan jugak la. Jusco pun ada. CC pulak ada kat sebelah hotel aku je. So boleh la lepak sini walaupun hotel ada internet tapi apakan daya laptop takde pulak. May Be Isnin ni motor aku sampai. So boleh la aku lepak kat rumah member aku kat P.Gudang. So ada la teman aku nak menyembang nanti. Rumah dia ada PS2 pulak tu. Memang Terbaekk!!!

Aku stay kat sini dalam sebulan kut. bergantung kat S.I aku siap bila. Total Bore Hole yang kena buat dalam 22. Lepas tu may be nak kena buat Seismic test pulak. So bertambah lam la aku kat sini. Nasib baik la site aku tu teduh. So saham akumantain je la kut..haha

Setakat tu je la story aku kali ni. Harap korang boleh doakan aku dapat laksanakan tanggungjawab dengan baik dan balik ke K.L dengan selamat. Aku tahu ramai yamg tengah rindu aku sekarang ni.Sabar ye kawan2 aku sekalian...

sekian..

p/s : Tq kepada Piji n d KIZ geng yang tlg send motor aku tadi..

Tuesday, June 15, 2010

Gelombang yang tak dingini melanda

Alhamdulillah hari ni genap 2 hari aku bekerja selaku pekerja baru kat g&p geotechnic sdn bhd. 2 hari yang takde apa2 pun. Semalam just melepak dan termenung kat office. Semalam aku rasa berfungsi time senior2 ajak main pingpong lepas habis kerja.hehe. Hari ni pulak dah mula pergi site. Ok juga la. Site aku tadi ada banyak pokok. So teduh la. Kalau takda. Alamatnya jatuh la saham aku nanti dihadapan anak orang2 kaya kat TTDI tu..haha

Satu perkara yang merisaukan aku setelah bekerja ni adalah mampu tak aku nak kekal kat jalan dakwah yang memerlukan pengorbanan dari segi tenaga masa dan harta. So teringat aku tentang siri2 gelombang mutasaqitun yang diperkatakan dalam satu pengisian yang aku tak datang dulu. Just tanya kengkawan je..hehe

Sekarang rata2 aktivis dakwah kampus yang dah nak grad sedang berhadapan dengan gelombang mutasaqitun yang pertama. Gelombang keciciran di jalan dakwah ini amat biasa berlaku. 2 3 bulan lepas habis belajar adalah satu tempoh yang kelihatan singkat namun dalam masa ini lah yang akan mencorak pergerakan dakwah selepas alam kampus. Samada masih berjaya meneruskan ataupun terasa seperti berada didalam awanan bebas selepas terperuk di dalam sangkar selaku aktivis. Apabila perasaan bebas ini dirasai dan ingin merasai maka tak merasa la nak merasa apa yang dirasa ketika di alam kampus..

Futur satu perkataan yang biasa kita dengar. Futur boleh dikatakan berpunca dari hanya ingin melepaskan lelah sebentar dijalan ini. . "Ala, nak rehat kejap je dalam 3 4 bulan. Nak manage hidup kejap" nah. Satu kata2 yang bakal merubah landskap kehidupan seorang aktivis dakwah. Tiada istilah mahu melepaskan lelah dalam usaha ni. Kalau terasa nak melepaskan lelah sekejap nescaya bakal tersungkur kelak. Perkara yang aku takuti sekarang ni.

Baru sekejap ni seorang teman aku bertanyakan tentang progress perkara yang aku sepatutnya uruskan. Nampaknya alasan aku adalah disebabkan kerja maka tak sempat nak uruskan. Hmmm..nampaknya ternyata aku sedang dilanda gelombang mutasaqitun ni. Ish. Kena la aku menyediakan kapal yang besar sikit. Dan semestinya aku mengharapkan ada kapal2 lain yang disebelah aku yang akan mengingatkan aku tentang cara2 untuk mengemudi kapal ni dengan baik tanpa dikaramkankan oleh gelombang yang melanda.

Salah satu cara yang amat penting untuk mengatasi gelombang ni adalah pekerjaan yang kita pilih. tak kira la skop kerja, Syarikat, Persekitaran kerja hatta lokasi syarikat pun memainkan peranan penting. Semua ni perlu diambil kira dalam memastikan keberlangsungan gerakan dakwah.

So, Aku mengingatkan aku dan rakan2 seaktiviti banyak yang perlu difikirkan untuk memilih arah hidup sekarang ni. Maka kalau nak memilih tu sila bertanya kepada yang maha tahu. Macam aku waktu time proses mohon kerja tu pun memang satu perkara yang memingkan untuk pilih kerja yang terbaik. Sampai gugur juga la rambut aku.hehe. At last aku buat isitikharah dan mengaplikasikan doa yang aku dah letak kat entry dulu tu. Alhamdulillah aku dipermudahkan untuk pilihan sekarang ni. So redha dan bersangka baik dengan pemilihan Allah yang dah memang baik ni..

wallahualam..

p/s : nak tahu gelobang ke 2?? Tunggu time aku sedang alami nanti..

Thursday, June 10, 2010

Disebalik 5 perkara

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi, yang diperintahkan berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:

1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula daripada tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku daripada rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan daripada dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.

Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:

-Nak tahu ape makudnye kan?? sila lawati : http://c-norl.blogspot.com/

Wednesday, June 9, 2010

Keimanan Menjana Perubahan (KMP)

Keberadaan aku di UKM yang tak disengajakan. Bermula dari interview yang aku sangka kat Taman Melawati semalam. Rupanya Syarikat dah lama pindah ke Kinrara. Tambah dengan aku yang sesat lagi disesatkan oleh orang yang aku tanya maka sampai lambat la ke tempat interview.. Dah la tu siap interviewer kena ambil aku kat tepi jalan besar lagi. Susah lagi menyusahkan. Selesai je interview aku naik highway LDP dan ternampak signboard Seremban. Kebetulan aku ada urusan sikit kat UKM maka aku pun balik je la kejap ke sini. Bukan urusan yang aku nak ceritakan. Tapi sedikit input yang aku dapat selesai solat maghrib kat masjid UKM semalam.

Tazkirah yang disampaikan oleh ustaz yang aku rasa berasal dari indonesia tu berkisar tentang iman. Bercadang untuk ke ummah talk namun aku dah berada kat majlis tu maka aku pun teruskan je la. Beradab la kononnya..hehe.

Iman yang tak dapat dijual beli, diwarisi dan tiada di tepian pantai mahupun di pasar tani.

Tazkirah dimulakan dengan ustaz menyatakan nak jaga iman bukan hanya dengan bersolat 5 waktu tapi kena ada ibadah tambahan. Lalu ustaz menceritakan kisah Saidina Abu Bakar. Mula-mula Rasulullah saw bertanya "siapa yang berpuasa hari ini?" Saidina Abu Bakar menjawab "Saya ya Rasululullah" Kemudian diikuti lagi dengan amalan bersedekah, melawat orang sakit dan mengiringi jenazah ke perkuburan. Kesemua ini dilakukan oleh Saidina Abu Bakar pada hari itu. Lepas tu Rasulullah cakap maksud dia lebih kurang "tidak dilakukan 4 perkara ini oleh seseorang kecuali tempatnya di syurga" (Bukan matan sebenar.just dalam bentuk penceritaan aku)

Tengok betapa hebatnya amalan sahabat terdahulu. Kalau nak dibandingkan kita sekarang ni teramatlah jauhnya kita ni. Nak melawat kawan sakit pun malas n rasa macam membuang masa je. Baik telefon je kan? boleh jimat masa. Takpun Webcam kat YM ke. Maklum la dah berteknologi sekarang ni sampai amalan mulia ditinggalkan. Aku rasa tak perlu la aku hurai tentang keempat2 fadhilat amalan ni. Korang boleh google sendiri ye...

Seterusnya aku nak berkongsi apa yang ustaz tu ceritakan dengan istilah akhufillah. Satu istilah yang amat-amat baik bak kata ustaz tu. Maksud istilah tu kalau direct translate "saudara pada Allah" tapi nak bagi fahamnya saudara seakidah, saudara seislam, saudara seiman. Tertarik aku dengan kisah yang disampaikan oleh ustaz tu tentang zaman dia belajar kat negara arab dulu. Banyak kisah yang ustaz tu cerita. Tapi aku kongsi sikit je la.

Ada satu ketika ustaz tu naik atas bas. Memang penuh la bas tu. So mesti la kena berdiri. Tiba-tiba ada seorang arab tu cakap kat orang yang duduk tu yang maksudnya lebih kurang "bangun kamu, haram kamu duduk, hormat diri kamu sendri bagi tetamu ni kita duduk". Tak berhenti disitu tahap saudara seiman diorang. Ketika nak membayar tambang arab tu cakap kat ustaz "jangan2. kamu tetamu, Biar aku yang bayar" lebih kurang macam tu la.subhanallah...Hebatnya diorang sampai tahap macam tu diorang melayan saudara seiman walaupun baru je kenal. Cuba kita renung diri kita pulak? Kalau ada Pak Arab yang kita jumpa. Ada kita tegur? ada kita nak beri pertolongan yang termampu? Kadang2 ada yang menyumpah2 cakap diorang ni menyusahkan je.

Kisah kedua pulak. Kisah ustaz tu pergi bersolat kat masjid yang dia biasa solat. Dia disapa oleh seorang warga palestin. Nama aku dah tak ingat. Tapi memang diorang berkenalan kat masjid tu la. Dialog diorang lebih kurang macam ni.

Palestin : Assalamualaikum ya akhi
Ustaz : Wallalkumussalam..
Palestin : Ada perlukan pertolongan? ada nak beli barang?
Ustaz : takde apa. Semua ok.
Palestin : Jom kita pergi minum2.
Ustaz : Takpa. Saya dah minum. Terima kasih.
Palestin : Kalau macam tu jom kita jalan2 naik kereta saya sebentar.nanti saya hantar balik ke sini. SAYA TAK PUAS HATI SELAGI TAK MEMBERI KHIDMAT KEPADA SAUDARA.
Ustaz : Kalau begitu. baiklah.

Lebih kurang macam ni la dialog diorang. Subhanallah..hebatnya tahap saudara seiman diorang. TAK PUAS HATI SELAGI TAK MEMBERI KHIDMAT. Kita ni yang dah lama kenal pun tak sampai tahap macam tu.Kebetulan orang diatas ni bangsa Palestin. Apa khidmat kita untuk saudara seiman kita kat Palestin sana tu??uish..terasa pulak aku..

Boleh kira saudara seiman ke ni?nampak kamcing je.

Masa aku dengar kisah2 ustaz ni ada la aku tergambarkan beberapa sahabat aku yang kuharap sampai kesitu tahap persaudaraan kami. Nanti boleh la aku suruh diorang berkhidmat banyak2..haha..

Dah dekat hujung tu ustaz ada cakap yang iman ini umpama pokok. Pokok yang akan menghasilkan buah2 yang manis lantaran dek kemanisan iman itu. Buah-buah keimanan ni la yang kita perlu cari dan lakukan. Kalau iman dah mantap. Nanti banyak la amalan2 a.k.a buah yang akan terhasil. Kita nak beramal pun rasa manis je. Takde pun rasa malas. So aku menyeru kepada aku dan kamu untuk memperbanyakkan amalan. Semoga kita akan dapat merasai "halawatul iman" yang dicari..



wallahualam...

p/s : Teringat motto matrik aku dulu kat perlis (KMP) Keimanan Menjana Perubahan.

Monday, June 7, 2010

Apek pun kata tala baguih maa...

PULAU PINANG TETAP LARANG JUDI SUKA : http://www.malaysiakini.com/bm/

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusannya melarang judi sukan di negeri itu walaupun terdapat rayuan daripada hartawan Vincent Tan dari Berjaya Corp.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa keputusan itu urusan kerajaan negeri.

Beliau menolak justifikasi Tan bahawa mengharamkan lesen tersebut akan meningkatkan lagi pertaruhan haram dan Lim menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi (Tan). Itu haknya."

"Pendirian kita adalah jelas. Ia (judi) adalah keterlaluan dan harus ada pengurangannya," katanya selepas pelancaran Festival Georgetown di Hotel Berjaya hari ini.

Bagaimanapun, tambah Lim, beliau "terbuka" kepada rayuan.

Semalam, Tan yang memiliki syarikat Ascot Sport yang mendapat lesen terebut, berjanji untuk menderma lebih setengah bilion ringgit untuk tujuan kebajikan.

Komen aku : Adui..sedangkan orang cina pun larang?? kenapa masih nak bagi kekayaan kepada vincent tan dan umat kita pulak kaya dengan dosa?? Tahniah kepada yang membuka ruang kepada pembuat2 dosa untuk membuat dosa secara HALAL!!!

Friday, June 4, 2010

Penat....

Alhamdulillah..aku berjaya juga mengharungi hari yang penat dan penting ni. Memang sejak pagi dah kena bertapa atas motor aku..Penat~~~

Bermula seawal pukul 8.30 pagi aku ada misi untuk di temuduga oleh satu syarikat kat P.J. Sampai je kat sana boleh pulak aku sakit perut. Dah la jalan berbelit2 dan 4 jenis highway aku naik tadi untuk sampai kat sana.huhu. Aku pun tumpang la tandas kedai makan kat situ sambil mengacakkan diri sendiri yang sedia kacak ni.haha. Dan dah dekat pukul 10 aku naik atas untuk ditemuduga. Senang gila rupanya. Tak payah cakap english pun. Penat je aku susun ayat awal2. Rupanya english dia pun lebih kurang aku je.haha..Temuduganye takde la lama. Dalam 30 minit je. Tu pun banyak diganggu. Sibuk beno dia.. Keputusan temuduga aku adalah........rahsia...huhu

Ingat lepas temuduga aku nak terus ke masid kampung baru sebab ada agenda sangat penting. Tapi memandangkan masa masih terlalu awal aku pun decide untuk balik rumah makan tengahari percuma dulu.hehe. Dalam pukul 12.30 aku pun bergerak ke masjid kampung baru. Jauh juga rupanya. Ada la dalam 45 minit. Sampai je kat sana orang dah ramai dan baru je azan. Aku pun ambik la wudu kat kolah yang dah nak kering tu.kena menjangkau la aku ni akibat dari kekurangan inci aku.

Dah dapat port untuk solat di tengah panas aku pun berdiri la sambil mendengar khutbah di celahan motor kat masjid tu. Sebenarnya aku membayangkan khutbah yang akan disampaikan adalah isu palestin. Isu besar dunia sekarang tu. Sejak atas motor aku dah bayangkan. Tapi apakan daya, ada isu yang lebih utama yang dibicarakan. isu perpaduan yang suruh jemaah agar mendukung gagasan 1 malaysia. Bukan aku tak suka dengar isu tu tapi aku rasa isu palestin yang lebih wajar disebut sebab tu la masa yang sangat penting untuk menyedarkan masyarakat yang mendengar tu. Isu 1 Malaysia tu minggu depan pun boleh sebut. Sori kalau aku tak sependapat dengan korang. Tapi itu yang aku rasa time dengar tadi. Timbul pulak buruksangka kat aku tadi. Aku rasa macam nak ambil kesempatan je tadi. Sebab yang datang tadi rata2 bukan prokerajaan. Jahat betoi aku ni..hehe

Takpe la. Abaikan isu tu. tak sengaja kut. Lepas solat jumaat ada solat hajat. Time tu dah ada kedengaran laungan takbir kat luar masjid. Lepas je solat hajat laungan semakin kuat dan akhirnya puluhan ribu orang berarak ke kedutaan USA untuk membantah tindakan zalim dan tak berperikemanusiaan zionis tu. Alhamdulillah aku sempat terpandang sahabat seperjuangan di UKM yang dah habis belajar dan yang masih belajar. Semuanya datang dengan semangat yang berkobar2 tapi harus diingat kepada aku dan semua yang hadir agar mengikhlaskan niat untuk menyuarakan bantahan kepada kezaliman ni. Semoga segala peluh kita tadi menjadi saksi di depan Allah kelak.

Aku tak dapat tunggu lama kat situ. Sekitar pukul 3.15 aku pun bergerak untuk interview kat jalan Sg Besi pulak dalam berpakaian kemeja aku yang dah agak basah akibat dari proses perpeluhan yang berlaku tadi. Aku sampai je kat sana aku terus cari port untuk mengkacakkan diri. Akibat kawasani tu adalah kawasan cina maka aku pun terpaksa menumpang kat tandas restoran cina. So aku pun pergi la interview yang dijadualkan pukul 4. Sampai je dah dapat soalan iq test. Susah juga la. Tapi boleh la jawab sikit yang aku mampu. Ada ke patut soalan tentang engineering. Mana la aku tau. Selepas tunggu agak lama dalam pukul 5 aku pun dipanggil. Sekali lagi interview yang mudah aku alami. Bahasa Melayu je aku bantai. Dah yang temuduga aku tu pun cakap B.M takkan la aku nak memoyokan diri menyerlahkan kehebatan B.I aku.hehe. Selepas berjabat tangan aku pun bergerak balik dan sampai rumah dalam pukul 6 lebih setelah mengalami sedikit kesesatan akibat mengelamun diatas motor.

Balik rumah rehat kejap then anak sedara ajak main game pulak. Layan kan je la. Terpaksa kalahkan dia.haha. Tadi agak letih juga. Tapi setelah bermanja dengan bondaku yang mengurut aku tadi, terus rasa segar. So lepas ni boleh sambung main game pulak.hehehe. Ok nak pergi main game ni..bye!!!

sekian...

Tuesday, June 1, 2010

Oh Umat!!

Sejauh mana anda tahu tentang perkembangan di Gaza kini??

Sejauh mana anda berusaha memberi kesedaran kepada teman2 anda??

Adakah anda sudah tahu kira2 20 orang yang telah SYAHID??

Sudahkah anda tahu lebih ramai yang turut cedera??

Adakah anda tahu aktivis di sana diserang oleh kumpulan Komando??

Sedarkah adanya hari demo sedunia??

Atau anda masih leka dengan keselesaan yang sementara??

Masih gembira bergurau senda??

Sudahkah anda lupa saudara seakidah kita sedang menderita??

SEDARLAH!!!

BANGKITLAH!!

BERSATULAH!!

Semoga Misi di sana berjaya..

ihzimhum..ihzimhum..ihzimhum..wansurnaalaihim...

TAKBIR!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang