PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, June 30, 2011

" Saya nak rumah saya BERSIH!!" Yvvone


Yvvone : Ibu..
Ibu         :  Ye anakku..
Yvvone : Rumah kita ni kotor la ibu.
Ibu         : Tu la Yvvone. Ibu selalu cakap kat ayah untuk kita sama-sama BERSIH kan apa yang patut kat rumah kita ni.
Yvvone :  Dah tu ayah cakap apa ibu?
Ibu         : Ah ayah Yvvone  tu. Yvvone tahu la perangai dia. Semua cakap dia kita nak kena dengar. Yang dah macam sarang tikus ni pun dia cakap BERSIH lagi.
Yvvone : Apa la ayah ni. Yvvone dah tak tahan dah tengok rumah kita ni. KOTOR sangat la ibu.
Ibu         : Takpe lah. Nanti ibu bincang dengan Pak Long Amin (Ambiga) nak buat camne ni. Kalu harapkan Ayah Yvvone tu. Sampai ke sudah la KOTOR je rumah kita ni.
Yvvone : Ibu telefon je la Pak Long sekarang bu.. Yvvone dah serabut dah duduk rumah ni. Mesti dia nak tolong punya. Ni kan rumah pusaka nenek moyang kita jugak.
Ibu         : Eh anak ibu ni. Semangat pulak dia. Yela2…ibu telefon sekarang je..

****Caller ringtone lagu Freedom by Maher Zain kedengaran****

P. Long : Hello assalamualaikum..
Ibu         : Waalaikumsalam. Abang Long. Nak bincang sikit ni.
P.Long  : Ye.. kenapa dik?
Ibu         : Rumah pusaka kita ni KOTOR sangat la. Boleh Abang Long tolong apa yang patut?
P. Long : Oh. Senang je tu. Nanti 9 Julai nanti Bang Long roger saudara mara kita ramai2 tolong BERSIH kan rumah pusaka kita tu.
Ibu         : Oh. Terima kasih sangat2 Abang Long. Saaaayang Abang Long..
P. Long : No need my dear. Itu kan rumah pusaka kami juga.
Ibu         : Ok Abang Long jumpa 9 Julai nanti ye. Assalamualaikum..
P. Long : Ok. Waalaikumsalam…
__________________________end__________________________
Jom turun kome semua. Sesame kita turun BERSIHkan rumah pusaka kita ni. 9 Julai… c u there!!!

               

Sunday, June 19, 2011

Peringatan buat Hawa

 Dalam keadaan aku tak bercadang nak update blog ni tetibe aku terjumpa satu artikel yang sangat marik untuk dikongsikan. Maka aku pun lakukan projek palagiat aku. haha. Harap apa yang baik ni kita sama2 kongsikan. jemput membaca terutamanya kepada golongan hawa..

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***


Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?


Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?


Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?


Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~


Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?


Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?


Baca ni ;


Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.


Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.


Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?


Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~ 


"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT.=D"

Friday, June 17, 2011

Maaf.

Dah lama tak update blog. Sedikit sibuk buat minggu ni. Tambah dengan laptop aku yang rosak dan masih tak sempat untuk dihantar repair membuatkan aku semakin tak berpeluang untuk update. Ada banyak benda yang nak aku ceritakan.Takpe la. nanti dah semuanya reda dan stabil aku akan ceritakan. Buat mas ini mungkin aku tak update lagi, Nantikan kemunculan entry aku berikutnya..

Sekian...

Monday, June 13, 2011

Isu yang harus di baca dan di fahami



Telah lebih seminggu berakhirnya muktamar PAS yang berlangsung di Taman Melewar. Seminggu lebih jugalah media2 berat sebelah UMNO memainkan pelbagai isu yang berkait dengan keputusan muktamar yang lalu. Geram dan meluat dengan isu2 yang dimanipulasikan dan dikelirukan membuatkan aku ingin berkongsi sedikit apa yang aku dapati dan fahami dari muktamar yang lalu.

Moga terus berkibar

Sebelum kita terus kepada isu2 yang di bangkitkan mari kita lihat perbezaan suasana muktamar PAS dengan Mesyuarat Agung UMNO. Kita tengok tempat pun cukup lah. Dengan tengok tempat berlangsungnya muktamar pun kita sudah dapat tahu perbelanjaan wang untuk menjayakan muktamar tersebut. Selidik pula UMNO di mana tempatnya. Kalau nak dibandingkan perbelanjaan dari sudut  persediaan tempat ternyata PAS tewas di situ. Tapi persoalannya dari mana datangnya dana tersebut? UMNO.. Sudah pasti mereka menggunakan wang kerajaan yang mereka anggap duit kerajaan adalah duit UMNO sendiri. PAS.. hanya mampu menggunakan duit parti yang juga tempat simpanannya adalah didalam kocek ahli sendiri. Ini baru kita tengok tempat berlangsungnya program. Belum kita tengok tempat perwakilan menginap. Umno.. Perwakilan di sediakan hotel yang selesa. PAS.. Pandai2 la perwakilan sendiri. Kalau takde duit. Kat dalam kereta pun jadi la.

Mari kita tengok isu2 yang dimainkan selepas muktamar berakhir. Pertamanya persoalan perubahan pucuk pimpinan. Kalau kita tengok sebelum muktamar berlangsung media2 UMNO sibuk mencanang bahawa gandingan ulama’ antara Tn Guru Hj Hadi dan Ustaz Nasa adalah satu gandingan yang sangat mantap. Apa tanda di situ? Mereka sangat takut andai Mat Sabu pemidato yang vokal dalam isu2 negara dari memenangi jawatan Timbalan Presiden. Akhirnya apa yang ditakuti UMNO menjadi kenyataan apabila keputusan pemilihan muktamirin memihak kepada pimpinan yang diistilahkan pimpinan perang di angkat menjadi pimpinan. Bila berlaku perkara ini mereka mula mencanang tentang  isu kepimpinan ulama’ disisihkan pula.

Kita kena faham bahawa hiraki kepimpinan PAS tidak sama dengan UMNO. Kalau dalam UMNO ulama’ di letak di bawah biro agama semata2. Tapi jauh berbeza di dalam PAS. Ulama’ telah di letakkan khas di tempat tersendiri. Setiap keputusan yang ingin diputuskan akan di syurakan di majlis syura yang sememangnya terdiri dari ulama’. Penegerusi Majlis Syura ataupun dikenali Mursyidul Am PAS selaku penasihat tertinggi pula adalah merupakan seorang ulama’ haraki yang di segani kawan mahupun lawan iaitu Tn Guru Nik Aziz Nik Mat. So kat sini kita boleh lihat ulama’ tetap diletakkan di hiraki tertinggi dalam pembuat keputusan2 akhir yang melibatkan pergerakan parti.

Timbul pula isu golongan professional. Ini pun aku tak faham. Dulu ketika PAS di dokongi kebanyakan dari golongan ulama’ UMNO mengatakan Gerakan Islam berbentuk parti ini adalah JUMUD kerana hanya didokongi oleh golongan berkopiah. Namun kini, Setelah fikrah PAS berkembang dari sekolah pondok ke bilik bedah, ke bengkel kereta, ke makmal sains, ke meja akauntan, ke cerun batuan, ke meja jurutera dan ke setiap ceruk minda professional masyarakat maka mereka kecoh pula tentang ulama’ di sisihkan. Memprofessionalkan ulama’ dan mengulama’kan professional. Usaha yang sangat menarik yang berjaya dilaksanakan oleh PAS. Jika dahulu Ulama’ hanya pandai mengajar kitab kuning di pondok2. Tapi kini telah berubah. Begitu banyak ulama’ yang begitu hebat dari sudut organisasi dan skill interpersonal. Golongan professional pula kini sudah mampu untuk  ke hadapan memberi ceramah memetik ayat2 quran dan hadith di dalam ceramah mereka.

Seterusnya isu merubah dasar parti.  Sebelum cakap banyak aku cadangkan UMNO pergi baca dulu dasar PAS dan bandingkan dengan dasar diorang. Di mana islam itu diletakkan dalam kedua dasar parti tersebut? Dari negara islam ke negara kebajikan. Isu dasar yang dimainkan oleh media UMNO. Sebelum tu kita perlu memahami tentang negara islam terlebih dahulu. Kalau diikutkan sememangnya istilah negara islam dalam islam sememangnya tidak wujud. Yang ada adalah wilayah islam  ataupun Darul Islam. Dalam usaha menghalau penjajah lah yang memangkinkan munculnya istilah negara islam yang ditambah lagi dengan tercetusnya Revolusi Iran.

Jenama dan pengisian. Istilah seterusnya yang perlu kita beri perhatian. Antara kedua jenama dan pengisian ini mana yang lebih penting? Kita melihat negara kita telahpun dijenamakan sebagai negara islam namun di mana letaknya pengsianya dari segala aspek? Dalam membentuk sesuatu ada 2 method yang kita boleh pilih. Kita analogikan dengan perbuatan ingin menunjukkan air milo kepada kawan kita. Pilihan pertama kita mengambil mug milo percuma dan mengatakan ini adalah air milo.(walaupun di dalamnya mungkin hanya air bio aura je.) Pilihan kedua adalah kita buat dahulu air milo itu di dalam mug nescafe. Kita tunjukkan kepada kawan kita. Ini adalah airi  milo. Bila sampai satu masa yang sesuai kita tuangkan  ke dalam mug milo yang tersedia. Hakikatnya ianya masih terisi dengan air milo bukan?

Pandangan aku yang kerdil di gelanggang siasah ini merasakan pilihan kedua ini yang cuba dilakukan oleh pimpinan PAS. Substance nya masih sama cuma jenamanya berubah atas dasar kedinamikan jemaah itu sendiri. Prinsipnya masih sama cuma perlaksanaannya sedikit diharmonikan dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain. Memetik kata2 Ustaz Asri di webnya.

“Politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana. Namun, prinsipnya kekal. Ini kerana Islam satu agama realistik. Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya. Bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya. Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya. Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam”

Begitu juga kata2 Tn Guru Hj Hadi..

“Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.

Inlah yang terjadi di Malaysia. Meletakkan jenama Negara Islam sebagai satu jenama sempena rakyatnya yang majoritinya adalah umat islam. Namun kita selidiki di mana perlaksanaannya di medan masyarakat? Islam itu hanya diletakkan sebagai nama semata2. 

PAS kini menerima sokongan bukan ISLAM

Negara kebajikan adalah satu istilah yang menjadi titik temu antara PAS PKR dan DAP. Dalam memacu perubahan di Malaysia titik temu seperti ini amat penting. Namun harus diingat prinsip dan dasar utama masih kekal. Semoga suatu masa nanti air milo di dalam mug nescafe ini mampu di tuang ke dalam mug milo.

Cukup sekadar ini sedikit ulasan aku di atas isu2 yang berlegar di media berat sebelah BN kini. Mereka memanipulasi kenyataan dan cuba mengelirukan masyarakat bahawa PAS telah mengubah prinsipnya. Perlu jelas disini bahawa prinsipnya masih kekal hanya penjenamaan yang berubah seperti yang telah aku nyatakan di atas. Semoga sedikit ulasan ini mampu memperjelas fikrah korang dan terutamanya juga kepada aku yang bersama dengan Jemaah Islam PAS ini.

Wallahualam..



Friday, June 10, 2011

Hulurkan tangan maniskan senyuman


Alhamdulillah. Setelah hampir sebulan berkelana di bumi Johor Bharu akhirnya aku kembali ke hiruk pikuk Lembah Klang 2 minggu lalu. Padahal JB pun sama naik je jem nya. Hampir sebulan aku di sana dan sebelum ni pun dah beberapa kali aku pergi ke site yang sama iaitu Jambatan Kedua Permas Jaya. Insyaallah sebulan lagi akan ke sana untuk buat Maintai Load Test untuk pile group pier 7 kat sana.

Ok. Sepanjang aku beberapa kali ke Johor Bharu dengan kali ini yang terbaru ada satu perkara yang sangat biasa aku tengokdan turut serta kat sana. Di mana2 masjid ataupun surau biasa sangat akan buat benda ni selepas selesai bersolat jemaah. Kat negeri lain ada bukannya takda. Tapi yang kat sana ni cara dan kemeriahnnya sedikit berbeza.

Apa yang aku maksudkankan ialah salam sambil megucapkan selawat ramai2. Kalau biasa yang aku  tengok di negeri lain sangat jarang ada buat di setiap solat fardhu 5 waktu tu. Paling2 pun maghrib dengan Isya’ je. Ditambah keunikannya lagi adalah lepas sapa yang dah siap salam tu diorang takkan balik terus. Diorang akan menanti yang lain habis bersalam sambil buat bulatan. Lepas tu pula akan diakhiri dengan doa. Sesetengah tempat takde doa ni.

Aku tak pasti kalau ada yangg ingin menyatakan ini hanyalah adat semata2. Atau ada yang menyatakan ianya bidaah? Terpulang. Andai kata bidaah pun aku adalah dari  golongan yang menerima bidaah hasanah. Aku sangat suka aktiviti ini. Di waktu ini aku boleh melihat wajah semua saudara seagama aku dengan dekat. Ada yang tua. Ada yang kecil. Paling suka part budak kecil sebab diorang akan cium tangan aku. Hehe.

Di waktu ini persaudaraan islam yang menjadi titik temu antara kedua pihak yang bersalam dan lebih umumnya seluruh jemaah yang hadir. Pernah satu ketika ada seorang abang tu pakai baju Barisan Nasional. Bukan bemaksud nak sembang politik kosong. Tapi diwaktu ini tak kesah la kita ni berbaju apa sekalipun tapi persaudaraan islam yang menjadi titik temunya. Eh, karang ada yang ingat aku sokong kerajaan perpaduan pulak. Tak2. Aku tak sokong selagi mana Islam tak menjadi dasar pentadbirannya.

Ops terlari tajuk pulak. Kembali semula tentang budaya salam tadi. Tapi ada sedikit yang aku nak kongsikan kat sini untuk kita semua. Bawah ni ada beberapa perkara yang aku rasa tak selesa bila bersalam dan sedikit saranan.

1.       Salam di hujung jari je. Apa la salah dan berat sangat tangan kita tu untuk kita salam dengan betul2 rapat. Biarkan tapak tangan bertemu dengan tapak tangan. Kita tambah lagi perisa dengan tangan tu digenggam dengan erat sekadarnya.
2.       Muka dipalingkan ke arah lain. Adoi. Ni lagi satu hal orang kita. Dah memang salam dengan orang kat depan kita, Atey pandang le muke die yob. Malu la konon. Kalau time usya awek boleh pula tak kedip mata.
3.       Muka dah pandang. Tapi mata pandang ke atas la pula. Hekelle apa barang pandang atas. Tengok la mata orang yang kat depan kita tu. Baru la boleh dikatakan dari mata turun ke hati.
4.       Mulut pula masam je. Apa la salahnya kita senyum kat orang yang depan kita tu. Janggal sangat ke nak senyum? Kan senyum tu sedekah?
Ni antara 4 komen yang aku dapati sepanjang aku hidup 23 tahun ni. Yang kat bawah ni pula adalah hasil pencarian aku di bantu oleh Pakcik Google sebentar tadi.

Jelas kan? Sudah ada adab yang telah di catatkan. Kita tinggal untuk ikuti je apa yang dah ada. Sebelum diakhiri, aku mengajak kita semua untuk mempergiatkan upacara salam ni. Tak kira la kat surau ke. Kat rumah ke. Jumpa kawan2 ke. Sertakan dengan adab yang dinyatakan. Insyaallah akan memutikkan rasa kasih antara kedua pihak. Tapi jangan pula korang pergi salam dengan kekasih HARAM korang tu pula. Tu putik kasihkan neraka tu. Hehe

Ok. Setakat itu artikel aku kali ini. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada kita bersama. Majulah SALAM untuk Agama!

Wallahulam







Monday, June 6, 2011

Surat dari Mael Lambung

Assalamualaikum....

How are u bro? Gua harap lu dalam pink of health. Pergh.. Idiom tu..Pe cer sekarang ni? Gua dengar lu dah lepak kat KL. Bukan nak roger gua kan. Belagak giler lu. Padahal KL tu only in a stone throw je dari rumah gua ni. Pergh.. Idiom lagi..haha

Sebenar nye tujuan gua tulis surat ni sebab nak tanya lu sikit. Ada bunyi2 cakap lu sekarang dah makin lagha. Pergh.. Memang menyirap je gua dengar time tu. Kecik besar kecik besar je gua tengok budak yang bawak cite tu ari tu. Dia cakap skang ni lu dah tak sembahyang langsung. Gua kenal lu. Lu memang gaya otai tapi semayang lu tetap jaga. Tapi kalau betoi la apa yang mamat tu bagitau gua tu. Lu kena hati2 bro. Ni dah kes berat. Otai tu otai la jugak tapi bab semayang ni gua sensitip.

Lu jangan lupa apa yang Opah Jah selalu pesan kat kite time kite lepak kat kedai ABC die dulu. Dia selalu cakap yang solat tu tiang agama. Kalau tiang pun  hancur jangan harap la rumah nya nak kukuh. Lagi2 kalau tiangnya pun takde. Ustazah kat sekolah rakyat pun selalu cakap yang semayang ni la yang nak jadi pembeza kita dengan Uncle Ramu yang jual maruku kat depan sekolah tu. Aku ingat lagi hadith dia yang cakap macam ni.

Sesungguhnya yang memisahkan seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat.
(Hadith Riwayat Muslim)

Bro.. Baru ni gua nak ngorat sorang awek kat Mid Valley. Baru je nak susun ayat, awek tu cakap “Celaka ko lelaki!!” kat gua. Pergh..  Makan dalam siot. Tu bab awek. Dalam bab semayang ni pun ada gak tentang celaka ni. Allah punya lah marah kat umat dia yang tak jaga semayang sampai Allah mencelakakan hambanya yang tak jaga solat kat dalam surah Al Ma’un.

Maka celakalah bagi orang yang solat(4) (Iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya(5)
(Al Ma’un 4-5)

Ni memang lagi berat dari awek yang mencelakakan aku tadi tu. Rela lagi gua kalau bini gua sekalipun yang cakap celaka kat aku kalau nak dibandingkan dengan Allah yang menciptakan kita semua ni. Adoi. Banyak lagi yang gua lalai ni. Harap2 lu pun sama2 la dengan gua nak jaga semayang ni. Takkan kita nak di celakakan oleh Allah pulak. Tak sanggup r gua...

Rasa takat ni je dulu bro. Gua harap lu jaga semayang la lepas ni. Gua pun tak baik mana pun.  Tapi bab semayang ni kita kena sama2 jaga macam kita jaga nyawa. Mati pulak bila2 pun boleh. Time baru lepas tengok cite Nora Elena pun boleh kojol pe. Nak solat maghrib pun tak sempat lagi. Kan payah tu. Tapi cite Nora Elena ni memang layan gak gua tengok.haha. Ok lah bro.. Gua cow dulu..

Yang Benar,
..................................
Mael Lambung
  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang