PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, June 10, 2011

Hulurkan tangan maniskan senyuman


Alhamdulillah. Setelah hampir sebulan berkelana di bumi Johor Bharu akhirnya aku kembali ke hiruk pikuk Lembah Klang 2 minggu lalu. Padahal JB pun sama naik je jem nya. Hampir sebulan aku di sana dan sebelum ni pun dah beberapa kali aku pergi ke site yang sama iaitu Jambatan Kedua Permas Jaya. Insyaallah sebulan lagi akan ke sana untuk buat Maintai Load Test untuk pile group pier 7 kat sana.

Ok. Sepanjang aku beberapa kali ke Johor Bharu dengan kali ini yang terbaru ada satu perkara yang sangat biasa aku tengokdan turut serta kat sana. Di mana2 masjid ataupun surau biasa sangat akan buat benda ni selepas selesai bersolat jemaah. Kat negeri lain ada bukannya takda. Tapi yang kat sana ni cara dan kemeriahnnya sedikit berbeza.

Apa yang aku maksudkankan ialah salam sambil megucapkan selawat ramai2. Kalau biasa yang aku  tengok di negeri lain sangat jarang ada buat di setiap solat fardhu 5 waktu tu. Paling2 pun maghrib dengan Isya’ je. Ditambah keunikannya lagi adalah lepas sapa yang dah siap salam tu diorang takkan balik terus. Diorang akan menanti yang lain habis bersalam sambil buat bulatan. Lepas tu pula akan diakhiri dengan doa. Sesetengah tempat takde doa ni.

Aku tak pasti kalau ada yangg ingin menyatakan ini hanyalah adat semata2. Atau ada yang menyatakan ianya bidaah? Terpulang. Andai kata bidaah pun aku adalah dari  golongan yang menerima bidaah hasanah. Aku sangat suka aktiviti ini. Di waktu ini aku boleh melihat wajah semua saudara seagama aku dengan dekat. Ada yang tua. Ada yang kecil. Paling suka part budak kecil sebab diorang akan cium tangan aku. Hehe.

Di waktu ini persaudaraan islam yang menjadi titik temu antara kedua pihak yang bersalam dan lebih umumnya seluruh jemaah yang hadir. Pernah satu ketika ada seorang abang tu pakai baju Barisan Nasional. Bukan bemaksud nak sembang politik kosong. Tapi diwaktu ini tak kesah la kita ni berbaju apa sekalipun tapi persaudaraan islam yang menjadi titik temunya. Eh, karang ada yang ingat aku sokong kerajaan perpaduan pulak. Tak2. Aku tak sokong selagi mana Islam tak menjadi dasar pentadbirannya.

Ops terlari tajuk pulak. Kembali semula tentang budaya salam tadi. Tapi ada sedikit yang aku nak kongsikan kat sini untuk kita semua. Bawah ni ada beberapa perkara yang aku rasa tak selesa bila bersalam dan sedikit saranan.

1.       Salam di hujung jari je. Apa la salah dan berat sangat tangan kita tu untuk kita salam dengan betul2 rapat. Biarkan tapak tangan bertemu dengan tapak tangan. Kita tambah lagi perisa dengan tangan tu digenggam dengan erat sekadarnya.
2.       Muka dipalingkan ke arah lain. Adoi. Ni lagi satu hal orang kita. Dah memang salam dengan orang kat depan kita, Atey pandang le muke die yob. Malu la konon. Kalau time usya awek boleh pula tak kedip mata.
3.       Muka dah pandang. Tapi mata pandang ke atas la pula. Hekelle apa barang pandang atas. Tengok la mata orang yang kat depan kita tu. Baru la boleh dikatakan dari mata turun ke hati.
4.       Mulut pula masam je. Apa la salahnya kita senyum kat orang yang depan kita tu. Janggal sangat ke nak senyum? Kan senyum tu sedekah?
Ni antara 4 komen yang aku dapati sepanjang aku hidup 23 tahun ni. Yang kat bawah ni pula adalah hasil pencarian aku di bantu oleh Pakcik Google sebentar tadi.

Jelas kan? Sudah ada adab yang telah di catatkan. Kita tinggal untuk ikuti je apa yang dah ada. Sebelum diakhiri, aku mengajak kita semua untuk mempergiatkan upacara salam ni. Tak kira la kat surau ke. Kat rumah ke. Jumpa kawan2 ke. Sertakan dengan adab yang dinyatakan. Insyaallah akan memutikkan rasa kasih antara kedua pihak. Tapi jangan pula korang pergi salam dengan kekasih HARAM korang tu pula. Tu putik kasihkan neraka tu. Hehe

Ok. Setakat itu artikel aku kali ini. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada kita bersama. Majulah SALAM untuk Agama!

Wallahulam







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang