PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, August 31, 2011

#3 WORDLESS WEDNESDAY : Buat lemang yob!!

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan 


Khas untuk tcher_vera



Monday, August 29, 2011

Nak kena mintak maaf ke??

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah esok merupakan hari kemenangan kita setelah termasuk hari ini sudah 29 hari kita melakukan ibadah puasa semata-mata keran Allah swt. Sudah menjadi resmi dan saranan agama untuk kita saling bermaafan di atas kekhilafan yang telah kita lakukan selama ini.

Aku juga tergolong dalam orang yang sering melakukan kesilapan sesama insan. Semakin ramai kawan semakin banyak lah lubang-lubang kesilapan yang akan bertandang andai kita tidak berhati-hati dalam pergaulan.

Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada semua sekali yang mengenali diri ini. Sudah mejadi tabiat aku yang kuat bergurau dan mengenakan orang sekeliling aku. Itu semua hanya gurauan untuk menceriakan suasana dan merapatkan hubungan antara kenalan.Di sini aku ingin memohon kemaafan dari kelompok kenalan aku seperti di bawah :

Saudara mara terdekat mahupun jauh
Saudara seislamku Tadika PASTI Kg Selat
Saudara seislamku SKLLK
Saudara seislamku SMKA Kerian
Saudara seislamku PLKN Kem Segari
Saudara seislamku Kolej Matrikulasi Perlis
Saudara seislamku Universiti Kebangsaan Malaysia
                Saudara seislamku Kolej Kediaman Ibu Zain
                Saudara seislamku Jurusan Geologi
                Saudara seislamku ISIUKM
    Saudara seislamku GMUKM
Saudara seislamku G&P Geotechnics Sdn Bhd
Saudara seislamku kontraktor binaan dan S.I
Saudara seislamku Pemuda Pas BTR
Saudara seislamku Pemuda Pas Serdang
Saudara seislamku Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN)

Tidak dilupakan Saudara seislamku yang mengenali melalui FB dan pembaca blog aku. Juga kepada semua orang yang mengenali dir ini. Dengan tulus hati aku menyusun sepuluh jari memohon seinfiniti kemaafan dari kalian. Salam Lebaran!!


Taqabbalallahu Minna Wa Min Kum

Friday, August 26, 2011

Dasar pembazir peluang!!!

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah akhirnya aku selesai melaksanakan misi Terrain mapping di Teluk Tempoyak. Kini aku telah sampai ke Tanah Air tercinta. Pergh..gaya macam kerja kat sweden kan? haha. Kali ini aku ingin menyampaikan satu cerita..
-------------------------------------------------------------
Di suatu sekolah di timur tanah air terdapat siri kempen kebersihan dan keceriaan sepanjang tahun tersebut. Antara aktiviti tang utama adalah perhimpunan mega setiap minggu. Di dalam perhimpunan itu di selitkan juga ceramah keceriaan dan kebersihan yang di sampaikan oleh penceramah tempatan. Semua pihak menyambut baik aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah tersebut.


Pada setiap tahun pihak pentadbirsn sekolah akan mengadakan sebulan kempen kebersihan dan keceriaan secara besar besaran. Setiap hari akan diadakan aktiviti yang berkait dengan keceriaan dan kebersihan. Antara aktiviti yang kerap di adakan ialah sesi gotong royong. Ketika gotong royong dijalankan setiap tahun sebelum ini pihak pentadbiran akan mengadakan sesi ceramah oleh penceramah jemputan. Ceramah ini tidak mengmabil masa yang lama pun. Mungkin sekadar 10-15 minit setiap hari.

Namun sejak akhir2 ini. Terdapat pihak yang menghalang untuk diadakan ceramah ini. katanya ia menganggu aktiviti pelajar lain. Ceramah yang sebentar ini dikatakan membuatkan pelajar rasa terganggu untuk menghadapi kehidupan harian selaku pelajar.

Namun terdapat seorang pelajar yang bernama Ahmad Zulqurnain Ghazalli yang iingin mengemukakan pandangannya. Menurut beliau adalah amat rugi andai apabila dalam bulan yang sememangnya semua pelajar dalam mood untuk membersihkan dan menceriakan sekolah kehidupan mereka ini tidak dimanfaatkan sebaiknya. Pada bulan ini jugalah sepatutnya pihak pentadbiran perlu merancakkan lagi kempen kesedaran kepada seluruh pelajar. Majlis ilmu amat berguna untuk digunakan sebagai bekal kepada pelajar yang sudah setahun jauh dari budaya keilmuan.

Beliau amat berharap agar pihak pentadbiran sekolah lain lebih terkehadapan dalam melaksanakan ceramah ini. hal ini kerana sangat ramai sebenarnya yang suka untuk menghadirkan diri ke siri gotong-royong yang di selitkan dengan sedikit peringatan tips untuk membersihkan diri dan kawasan sekitar sendiri.

-------------------------------End-------------------------------


Agak2 korang faham ke ek apa yang aku ceritakan kat atas ni? Buat2 faham je la ek. Aku bagi klu sikit. Ianya berkait dengan isu tazkirah ketika solat terawih yang dilarang dari dilaksanakan di Negeri Pahang.

wallahualam...

P/S : Mengapa perlu dibazirkan peluang menyentuh hati umat??

Klik SINI untuk bacaan lanjut



Thursday, August 25, 2011

Speed Trap : Kawasan Panas

Sekadar berkongsi di hari Lebaran. mari berhati-hati

Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Sumber : https://www.facebook.com/notes/khairudin-muhamed/kawasan-speed-trap-melayunya-perangkap-laju/10150306673062089

Wednesday, August 24, 2011

Thanks to Abang Nara

Alhamdulillah. Sangat bersyukur kepada Allah kerana entry aku yang tentang artis tu mendapat tempat di blog beautifulnara. Serius tak sangka masuk dalam blog tu. Asalnya aku pos kat kawan segeologist dan sekompeni ngan aku. Aimirul a.k.a Shi. Saja je aku pos kat wall fb dia. Tak berniat pun untuk dia hantar betul2 kat Abang nara tu. Dengan kecekalan hatinya selaku pembaca setia blog yang femes tu akhirnya dia hantar. Tup2 pagi tadi dia kol aku cakap ada berita baik. Aku ingat apa ke berita nya. Rupanya tentang entry yang artis tu masuk beutifulnara. Pergh ni memang dasaat!! haha.

 Special thanks to my friend. Moga sama2 mendapat ganjaran dariNYA..

Time aku duk mapping kat puncak bukit setinggi 170m tadi dapat panggilan dari junior KIZ aku si Ofie yang mengesahkan lagi pos aku masuk dalam blog tu. Selang beberapa minit Piji (kawan KIZ) pulak mesej cakap tentang benda sama. Alhamdulillah.. Balik je dari site aku buka blog dan pageview aku mencecah 1300!! Tak pernah lagi blog aku mencecah 4 angka pagview. Alhamdulillah. maksudnya makin ramai yang membaca perihal artis malaysia yang mendapat hidayah dari Allah swt itu. Semoga apa yang ingin aku sampaikan dapat diterima oleh seluruh pembaca blog Abang Nara tu. Aku ni tumpang tuah je,hehe

Renteten dari itu aku pun hantar komen ni kat entry dalam blog Abang Nara tu..

Bismillahirrahmanirrahim. Pertamanya sekalung penghargaan aku ucapkan kepada Abg Nara yang sudi share entry aku yang tak seberapa di blog yang hebat ini. sangat tak sangka dapat publish kat blog ni. once in a blue moon kowt..haha.

Btw kita melihat berbondong2 artis sudah berubah. Kini mungkin tiba masa kita untuk berubah sempena barakah Ramadhan kali ini.  Lets take the spirit n barakah from dis Ramadahan to start our new PRECIOUS life.

Terus berdoa kepada Allah agar kita menerima hidayah dan lebih penting agar ia berkekalan bersama kita hinga ke hujung syahadah. Tidak berguna andai permulaan cantik namun di pengakhirannya tidak.

Di peluang ini aku ingin memohon maaf dan mohon  kritikan dari saudara seislamku semua andai entry di atas ada yang terkurang dan tidak sesuai. Semoga sedikit usaha ini di kira sebagai ibadah oleh Allah swt..

wallahualam... :-)



Entry asal : http://ikutsukaatiaku.blogspot.com/2011/08/research-terhadap-artis-malaysia.html


P/S : Boleh melawat ke blog Abang Nara ni.http://beautifulnara.com/semakin-ramai-artis-malaysia-kembali-ke-pangkal-jalan/

Monday, August 22, 2011

Geologist : Penat.......

Bismillahhirrahmanirrahim...

Try to get spirit from Badar Al Kubra. Tu yang mampu aku perkatakan. Sangat penat. melakukan Terrain Mapping dalam keadaan bulan puasa ini memang sangat mencabar diri. Kena pula site yang besar sangat ni. 80 ekar keluasan ditambah dengan keadaan terrain yang undulating mencapai kontur tertinggi setinggi 200m.

Map yang perlu di settlekan

Ketika mula mendapat tahu perlu ditugaskan untuk melakukan Terrain Mapping kat Penang ni memang hati agak berbunga. Biasalah standard orang dapat outstation kat office tu. Hehe. Tapi bila mengenangkan ianya dalam ketika bulan Ramadhan dan mendengar akan keluasannya. Ah. berat jugak ni nak pergi. Takpe ku gagahkan jua pergi bersama dengan 2 orang junior yang baru masuk iaitu Wajdi n Zaidi.

Zaidi n Wajdi yang sedang berlakon.haha
Produktif atau tidak. Itu yang aku fikirkan bila senior aku tanya boleh siapkan dalam seminggu atau tidak. Ringan je mulut ni nak cakap yang macam tak boleh sebab puasa. Tapi itu hanya akan mengiakan pandangan orang bukan islam(seperti senior aku) benar bahawa umat islam tidak produktif ketika bulan Ramadhan. Ketika sembang dengan senior aku tu pun aku duk tebayang kisah Presiden Tunisia dahulu iaitu Hamid Bourgiba yang menyuruh rakyatnya supaya tidak berpuasa kerana mengatakan puasa mengakibatkan ketidakproduktifan umatnya. Itu membuatkan aku semangat untuk membuktikan ianya tidak benar!

Semalam dah start mapping tapi tak berapa penat sebab sebelah paginya hujan. Cuma semalam aku buat kali ketiganya di sengat serangga sepanjang pengalaman mapping ni.haha Tapi hari ni penat bangat dong..turun naik bukit. Hari ini hanya pergi ke ketinggian 150m je baru. Dalam keadaan main redah je hutan belukar tu memang penat sangat la.

Ni time mula2 kena. Makin lama makin bengkak. Kalah Angelina jolie.haha

Dalam perjalanan pulang tadi. Sempat aku sembang dengan si Zaidi. Wajdi takde sebab dia memang orang Penang. So dia balik rumah dia terus je. Isi perbincangan adalah sebenarnya puasa ni mesti boleh dilaksanakan walaupun kerjanya berat. Segalanya kembali kepada diri sendiri. Memang tak dinafikan banyak projek yang lebih bersifat construction sebelum ni aku melihat banyak kontraktor yang tidak berpuasa. Memang dibolehkan untuk berbuka kalau dah tak mampu sangat. Tapi kalau dah awal pagi korang minum tu memang maksudnya tak merancang untuk berpuasa la der. Melainkan dah tersangat tak mampu hingga nak pitam ke tu lain la cerita.

Antara slope yang perlu didaki

Seperti yang aku cakap kat awal tadi. Badar Al Kubra. Aku terkenangkan ketika berpuasalah peperangan ini berlaku. Mereka mampu mengharung terik mentari di padang pasir kenapa tidak aku? Aku ni setakat dalam hutan yang tak kena matahari tu sepatutnya mesti boleh untuk berpuasa. Tapi macam mana pun balik je bilik sewa kat USM ni tadi aku terus pengasan sampai dah nak berbuka. Hehe..Bak kate orang Perak. Nyepe bebenor ghasenye yob!

Cukup sekadar ini. Esok perlu mengharungi hari yang meletihkan lagi. Semoga iman dihati mampu menguatkan diri untuk berpuasa di hari yang mendatang. 

P/S : Sedang mengatur jadual untuk berbuka bersama kenalan di Penang. Mai sini oghang penang. Mai belanja cek ni makan nasi kandaq!! hehe..

Sekian...


Wednesday, August 17, 2011

#2 WORDLESS WEDNESDAY : Hati Tanpa Al quran ibarat.....

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan 

Monday, August 15, 2011

Research terhadap Artis Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim..

Mari berkongsi tentang selebriti yang behijrah ke arah yang lebih baik. Setakat ini aku agak mengkagumi Wardina Safiyyah OfficialPage. Ada lagi yang ingin berkongsi?

Ini status yang aku letak di Facebook semalam ketika menggunakan perkhidmatan Jaring UKM di Kolej Ibu Zain. Respon yang di terima sangat menarik!

Sham Kamikaze adalah nama pertama yang dikongsi oleh  kawanku Aslann As yang terkenal di blognya INI. Sebenarnya ramai yang mengetahui mengenai Sham Kamikaze ini. Pertama kali aku mengetahu tentang Sham Kamikaze ini adalah ketika sidang media beliau yang turut dihadiri oleh Dr Asri selaku mentor beliau.

Nama kedua yang dikongsi adalah Rahmat Ekamatra yang terkenal dengan lagu jiwangnya Pusara di Lebuhraya dan seangkatan dengannya. Kalau kita dengar lagunya dulu. Pergh… memang tangkap lentok siot. Tapi kini akhirnya dia telah terlentok dan terleleh dek simbahan hidayah dari Allah swt.

Seterusnya manusia yang tersimbah hidayah Allah adalah sekumpulan anak muda yang dulunya membawa muzik Pop R&B kini berubah angin dan membentuk Kumpuan Al Mawlid.  Dianggotai oleh Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge), Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge), Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo) dan Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge) telah dipertemukan ketika menghadiri kuliah agama di Surau Al Hidayah di AU3 Keramat lantas membentuk kumpulan berbentuk dakwah ini.

 Al Mawlid : Kelahiran semula mereka
Bob Lokman seorang yangberbakat besar dalam bidang seni. Tidak perlu kut aku nak menghuraikan kisah komposer lagu Isabella ni. Dah banyak dah diceritakan oleh blogger lain malah beliau sendiri telah menceritakan kisahnya di blog beliau sendiri. 

Di hari pertama aku mengetahui penghijrahannya

Memori Daun Pisang. Lagu dangdut yang ngetop zaman aku kecil dulu. Namun kini penyanyinya iaitu Iwan Syahman (Iwan Dangdut) telah juga disimbah hidayah Allah. Alhamdulillah beliau kini telah berusaha untuk berdakwah melalui bidang suara. Lagunya yang berjudul Segalanya Allah juga kini semakin kerap di putarkan di radio IKIM.


lagenda dangdut yang berserban :-)

Shahir AF8 juga dengar khabarnya memilih untuk bersara awal dari bidang hiburan. Dengarnya ingin terjun ke dakwah. Jika benar bermakana ini adalah satu khabar yang menarik! Alhamdulillah bekas pelajar SMKA Slim River telah memilih jalan yang sepatutnya.

Seterusnya bekas kekasih Nabil si Raja Lawak cik Irma Hasmie. Artis yang sedang membintangi cerita Kasih Alia yang aku turut tonton di TV3 ini tampak begitu ayu setelah memilih bertudung sebagai langkah penghijrahan pertama.

 Alhamdulillah. Berkat Umrah..
Catriona Ross mengambil tempat di perkongsian terakhir dari kenalan Fb aku. Aku baru sahaja mengetahui mengenai penghijrahan beliau. Kisah penghijrahannya amat mudah dan mengusik hati. Tapi tu. Bila sudah tiba hidayah Allah. Butik tudung pun boleh menjadi saksi penghijrahan seorang artis ini.

Semoga Istiqamah

Last but not least, Antara yang aku paling kagumi seperti status aku diatas. Wardina. Artis yang aku kenali dan aku rasa semua orang turut sama mula mengenalinya adalah ketika beliau membintangi siri Spanar Jaya satu ketika dahulu. Perubahan yang ibarat janjang arithmetic yang semakin menokok ke arah kebaikan. Mungkin bermula dengan memakai tudung sahaja namun kini beliau boleh dikatakan ikon ibu kepada sebuah keluarga yang bahagia. Cabaran yang dihadapinya kini bukan sedikit selepas isu beliau memberi ceramah tentang kekeluargaan di atas pentas Pakatan rakyat yang lebih kurang 10 minit itu dipolitikkan!. Hinggakan tiada lagi kelibat beliau di rancangan MHI!! Semoga beliau kuat menghadapi ujian yang penuh hikmah ini.

Semoga Terus Kuat!!

Aku rasa cukup sekadar itu perkongsian dari aku tentang sebilangan selebriti di luar sana yang semakin ramai yang memilih untuk berubah. Sebenarnya ada lagi yang aku tidak ceritakan dan yang aku tidak tahu. Andai ada yang korang tahu lagi boleh kongsikan kat sini ataupun di Fb aku. Kat bawah ni aku sediakan link untuk setiap artis yang aku ceritakan di atas dan sedikit penambahan.

1.       Sham Kamikaze
2.       Rahmat Ekamatra
4.       Bob Lokman
7.       Catriona Ross
8.       Wardina Safiyyah
9.       Malik Noor
10.   Fazura

Sudah melihat lambakan artis yang berubah ini? Mengapa mereka boleh berubah? Belum sampai kah masanya lagi untuk kita turut sama berubah? Alasan berlum mendapat hidayah? Belum sampai seru? Tanya diri kita dulu apa yang kita buat untuk menggapai hidayah tersebut?

Semoga barakah Ramadhan ini menjadi titik mula kita untuk berubah ke arah yang lebih baik. Artis pun  boleh mengapa tidak kita? Semoga hidayah itu turut melekat masuk d sanubari kita dan terus kekal di situ..

Wallahualam

 P/S : Aku tertinggal lagi seorang yang powerrrrrrr...peeeewit......Klik di SINI




Thursday, August 11, 2011

Ramadhan....Aku nak bermula disini.....

Bismillahirrahmanirrahim…
Bermula la kita melangkah di fasa baru di bulan Ramadhan. Fasa yang dikatakan fasa keampunan ini tiba bermakna berlalu sudah fasa yang pertama iaitu fasa kerahmatan. Sedar tidak sedar sudah 1/3 masa berlalu dan kita hanya tinggal 2/3 bahagian lagi untuk dimanfaatkan.
Di saat masa berbaki ini mari kita menyingkap sejarah lalu di bulan ini. Sekali lagi kita duduk di atas kerusi masa Nabil si Raja lawak. Sebelum tu. Ada ke patut ada orang cakap aku ni mirip Nabil? Mesti la Nabil yang mirip dengan aku!! Haha. Ok. Let’s check history of Ramadhan…
Bulan turunnya wahyu pertama. Yes. This is the starting point of long journey of ISLAM. Perjalanan yang telah mengambil masa 1401 tahun sehingga ke hari ini. Peemulaan kepada segalanya. Permulaan menyinarnya sinar menyuluh hati-hati manusia yang gelap dan jahil ketika itu dan ketika ini.
Perang Badar. Perang sulung dalam dunia ISLAM. Perang yang menyaksikan kualiti yang amat hebat yang di miliki oleh 313 umat mampu menewaskan 1000 musuh yang berkelengkapan lengkap. Peristiwa yang manandakan permulaan kegerunan musuh terhadap umat islam. Peristiwa yang menunjukkan keizzahan islam itu sendiri.
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (QS. Al Fath [48]: 1)
Ya. Ayat yang dikait rapat oleh mufassirin dengan peristiwa besar Islam iaitu Fathu Makkah ataupun Pembukaan Kota Mekah. Peristiwa pembukaan yang hadir tanpa titisan darah yang gugur. Peristiwa yang membuktikan musuh islam gerun dengan kekuatan umat lantas menyerahkan kota Mekah. Peristiwa yang memulakan kembalinya tanah haram itu ke tangan Islam.
Tertaklunya bumi Andalus di bawah pimpinan Thariq Bin Ziyad. 27 Ramadhan 92 Hijrah menyaksikan Sinar Islam memekar ke bumi Sepanyol ini apabila 12000 tentera muslimin berjaya menewaskan 100000 tentera kafir di bawah pimpinan Roderick. Di peristiwa ini menyaksikan islam mulai berkembang ke Sepanyol lantas menjadikannya pusat kegemilangan sarjana Islam.
Saifuddin Qutuz meneruskan lagi keizzahan Islam di bulan Ramadhan ini apabila berjaya menewakan tentera Monggol di bumi Palestin. Persitiwa Ain Jalut yang mengambil nama sempena tempat berlakunya peperangan ini iaitu di Ain Jalut ini amat member kesan kepada sejarawan dunia di mana memperlihatkan tentera Monggol yang kuat itu tertewas di tangan tentera Islam.
Penguasaan Kota Aqalan. Peristiwa yang menjadi titik mula kembalinya Al Quds di tangan umat islam di bawah Pimpinan Shalahuddin Al Ayubbi. Penguasaan Kota Asqalan ini sangat penting bagi memulakan langkah untuk menakluki Palestin sehinggakan kata-kata ini terpacul dari Pemimpin hebat ini.
" Demi Allah sesungguhnya penghancuran benteng di Asqalan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku, karena penguasaan Asqalan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum muslimin."
Begitulah sedikit sebanyak peristiwa penting yang berlaku di bulan Ramdhan. Dari Peristiwa yang aku listkan diatas ini dapat kita melihat sesuatu yang penting. Permulaan segala sesuatu. Mungkin ini perkataan yang mampu diterjemahkan hasil daripada persitiwa2 di atas. Kita melihat dari bermulanya wahyu, perang pertama, kemenangan-kemenangan hebat umat islam  dan mulai berkembangnya Islam ke dunia berlaku di bulan ini.
Bagaimana pula kita? Bukankah di Bulan Berkat ini lah kita berpeluang untuk memulakan segala sesuatu. Jika sebelum ini kita tidak pernah solat jemaah maka di sini kita mulakan. Jika sebelum ini kita jarang membaca Al quran maka disini kita mulakan. Jika sebelum ini kita jarang berzikir maka di sini kita mulakan. Jika sevelum ini kita freehair maka disini kita litupkan. Jika sebelum ini kita itu dan ini maka disini kita mulakan.. Kita mulakan… Kita mulakan…
 Ke Garisan.. Sedia...Mula!!
Wallahualam….

Wednesday, August 10, 2011

#1 WORDLESS WEDNESDAY : My Family

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan

Tuesday, August 9, 2011

Hari2 aku puasa..Tapi...sob2....

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana masih berpeluang menghirup udara dalama suasana Tarbiyah Ramadhan pada hari ini. Sudah masuk hari ke 9 kita berpuasa pada tahun ini. Ini juga bermakna kita telah melepaskan 9 hari yang berlalu dengan… Dengan apa? Haa…itu yang aku tak tahu tu….

Apa yang kita isi dalam ramadhan kali ini? Ini persoalan yang ingin aku timbulkan di sini. Dah 9 hari berlalu tapi apa yang kita dah lakukan sebagai tanda kita betul2 menghargai kedatangan bulan yang mulia ini?
 
 Ada ke aktiviti atas ni?? Credit to ISIUKM for the reminder
Mari kita duduk di atas kerusi masa Nabil sebentar. Kita rentas masa ke sebulan yang lalu. Apa aktiviti harian kita. Dari seawal subuh hingga ke tidur di malamnya. Apa yang berbeza? Adakah semata perkara yang berkait dengan makan dan minum sahaja? Bersahur. Berpuasa (Tapi deria yang lain terus terusan tidak berpuasa). Berbuka. Mungkin sedikit terubat dengan terawih di malamnya. Tu pun kalau tahi ayam itu masih hangat Haha

Ruang dan peluang sememangnya sangat luas untuk kita berbeza dari sebulan yang lalu dari sudut aktiviti hariannya. Paling besar ruang yang ada adalah dengan di belenggunya syaitan di bulan ini. Hanya tinggal diri kita je untuk bermujahadah sedikit melawan sedikit rasa malas di hati.

Mari lihat peluang harian yang ada. Seawal pagi selepas sahur kita sudah mampu untuk melipatgandakan pahala di bulan ini. Mudah sahaja. Selesai sahur pergi lah ke bilik air rumah masing2. Tak payah susah pergi ke bilik air rumah jiran. Haha. Just ambil wudu’ di rumah korang then spent masa tak sampai 5 minit untuk bersolat tahajjud. Sangat mudah bukan? Kalau rajin lagi boleh sertakan dengan solat taubat, solat hajat, witir dan lain2.

Seterusnya solat subuh berjemaah. Sebelum ini amat sukar untuk kita bersolat subuh berjemaah malahan lebih teruk kita amat sukar untuk bersolat subuh!!. Pada bulan ini peluang itu terbuka luas kepada kita untuk melakukannya. Selepas subuh tu kita tambah sikit dengan membaca Al Quran barang sepotong ayat. Lebih disarankan seharian kita membaca Al Quran selepas setiap kali solat fardhu. 1 juzu’ 1 hari 1 Malaysia. Ade beran???

Seterusnya masa harian kita. Ketika kita lapar inilah nafsu diikat dan memudahan kita untuk sentiasa mengingati yang maha Esa. Makanya untuk berzikir mengingatinya amat mudah. Dalam kita melakukan tugas harian pun kita mampu berzikir. Apa la susah sangat nak mengucap Subhanallah, Alhamdulillah ataupun Allahuakbar dan zikir2  lain ketika kita sedang duduk2 berehat mahupun bertugas.

 Masuk pula bab berbuka. Ini masanya kita untuk mengamalkan sekecil2 sunnah. Susah ke nak makan buah tamar dulu sebelum melahap semua juadah berbuka? Lahap ke??hehe. Lebih berpeluang lagi kepada yang berbuka di masjid. Kita ketepikan soal ingin makan percuma untuk jimat wang. Hakikatnya golongan yang berbuka di masjid lah yang paling banyak pahala di kala waktu  berbuka. Mana taknye. Tamar dah kompom dapat free. Lepas tu berpeluang solat jemaah maghrib malah kadang2 ada bonus dengar tazkirah lagi.

Azan isya’ berkumandang. Berbondong2 umat islam pergi ke surau dan masjid untuk bersolat terawih. Seharusnya bukan semata2 solat terawih yang menjadi keutamaan. Solat Isya tu kan wajib? Solat terawih? Ye.. Ini yang ingin aku sampaikan. Ini masanya kita untuk bersolat Isya berjemaah. Cuba scroll up blog aku ni ke perenggan tentang solat subuh. Bukankah kita solat subuh berjemaah? Isya’ pun berjemaah kan? Apa pula ganjaran bagi orang yang berjemaah di kedua waktu fardhu ini?

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Barang siapa sholat Isya’ berjamaah, maka seakan-akan dia melakukan qiyamul lail tengah malam dan barang siapa sholat subuh berjama’ah maka seakan-akan dia melakkan sholat sepanjang malam.”
(HR. Imam Ahmad dan Imam Muslim melalui Utsman bin Affan).

Bukan ingin mengkesampingkan solat terawih. Korang jangan salah faham pulak. Solat terawih is Solat terawih. But the compulsory one still compulsory.Pergh..poyo lak speaking..haha. Solat terawih juga adalah satu ruang untuk kita memperbanyakkan ibadah. Semestinya kita akan lebih kuat untuk beribadah bila melakukannya dalam satu suasana karnival terawih yang sesak dengan jemaahnya. Apa yang  terjadi apabila kita memilih untuk bersolat sendirian di rumah? Lesu. Nak cepat. Asal buat je. Tepat??

Dalam terawih juga ada sesetengah tempat yang menyelitkan  sesi tazkirah ringkas. Ini yang sepatutnya dilakukan di setiap surau dan masjid. Umat sebenarnya dahagakan ilmu. Apa salahnya berkongsi apa yang kita ada di tengah medan terawih. Terapkan kefahaman sebenar islam ketika ini. Di musim fenomena Ramadhan ini lah yang mudah untuk mengetuk hati jemaah yang hadir. Tidak sapat semua yang terketuk mungkin ada barang seorang dua yang terkesan dengan tazkirah ringkas tersebut.

Usai berterawih kita berehat lantas tidur. Sebelum tidur mungkin kita boleh cuba amalkan membaca apa yang patut. Cukup sekadar 3 Qul dan doa tidur. Atau lebih menarik jika diperisakan lagi dengan membaca surah Al Mulk sebelum mata terlelap sebentar hendaknya. Semoga bertemu lagi Ramadhan esoknya.

Itulah sedikit aktiviti harian yang boleh aku kupas. Aku pasti korang pun ada saranan dan pandangan sendiri. Boleh sahaja kongsi di bawah ini untuk kebaikan bersama. Amatlah rugi andai kita telah bertemu Ramadhan kali ini tetapi aktiviti harian kita masih sama dengan bulan sebelum ini.Tidak layak kita untuk menyatakan kita telah menjalani aktiviti di Madrasah Ramadhan untuk menatijahkan golongan yang betakwa yang didambakan ini andai ianya hanya terisi dengan lapar dan dahaga.

Sekadar itu dari aku untuk kali in. Persoalan terakhir yang ingin aku taipkan di sini adalah…..




Jeng…jeng…jeng…..







Nervous la tu..:p





Sempat ke korang jumpa Ramadhan tahun depan?? Pasti???





Wallahualam….


Saturday, August 6, 2011

En Google memang Powerrr......

Sekejap tadi aku masuk ke page yang aku baru like. iaitu Only In Malaysia. Aku terjumpa benda yang sangat takleh blah yang di pos kan oleh salah seorang pengLIKE page tu bernama Siaw Zin Yue.  Ni post yang di buat

Do not take philippine money
people of bangladesh are angry
pakistani hate national row
Go google translate and translate into Malay. You will know the super duper High Intelligence of Google.

Memang tak boleh blah. Memang terbukti google translate ni memang Super Duper Powerrr!!!!
 Lepas tu korang tukar kepada translate to Malay.maka hasilnya...


 Hasil selepas di translate adalah.....
Jangan mengambil wang malaysia
rakyat malaysia marah
malaysia benci barisan nasional
hahahaha..Memang sangat tepat!!! Ape lg kome. Ce kome try pulak...Terbaik woookkk....

Janjang Arithmetik dalam Al Quran


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.
 P/S : Aku rasa ni janjang arithmetik kan? dah lupa dah add math dulu...

Wednesday, August 3, 2011

Fenomena Ramadhan itu adalah Proses!!

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah hari ini masuk hari ketiga seluruh umat islam berpuasa. Sepanjang tiga hari ini semakin banyak umat islam memperhebatkan ibadah tidak kira siang mahupun malam. Fenomena ibadah ini bertebar di setiap muka bumi Allah ini. Teringin aku untuk menceritakan kekaguman aku melihat beberapa senario yang amat jarang di temui di bulan selain Bulan Tarbiyah ini.

Pada malam pengumuman puasa aku merupakan musafir di perjalanan menghantar adikku ke UiTM Merbok. Walupun niat asal untuk menghantarnya sekadar ke K. Kangsar namun kerana tiket bas tiada maka terpaksalah aku menghantarnya ke sana dalam keadaan hati yang tidak ikhlas. Haha. Setibanya aku kat sana satu permandangan yang sangat luar biasa yang dapat aku lihat dan tak pernah pun aku lihat di UKM sebelum ni.  Mungkin kerana kesemua pelajar berterawih di Pusat Islam (Masjid) tidak seperti UKM yang ada surau di Kolej masing2. Aku lihat begitu ramai umat islam yang berbondong2 bergerak menuju ke Pusat Islam tersebut. Seperti membuat demonstarasi aman je jumlah ramainya. Haha. Ramai sangat. Serius. Kagum aku melihatnya.  Memang terbaik!!!

Keesokan harinya aku pergi ke Masjid Kg aku. Sahabat segeologi aku telahpun mesej semalam nya bahwa dia berada di Masjid tersebut kerana mengikut Jemaah Tabligh keluar 40 hari. Sempat aku meluangkan masa bersamanya pagi itu. Di tambah dengan Amir shab(ketua) mereka memberi sedikit peringatan kepadaku. Melihat situasi mereka di dalam masjid tersebut. Membuatkan aku terfikir bahawa merekalah golongan yang akan benar2 beruntung di bulan ibadah ini. Biarkan ada persepsi negatif mengenai mereka. Namun siapa yang dapat menafikan bahawa iklim dan susasana seperti itu lah yang akan mebuatkan mereka merasai nikmat kemanisan beribadah terutama di Bulan yang penuh kerahmatan ini.

Seterusnya malam semalam. Aku berpeluang berterawih di Surau Pangsapuri Sri Malaysia yang menjadi tempat permustautinan aku kini. Surau yang terletak di tingkat tiga yang merupakan level terakhir untuk si pemarking kereta terpaksa di tutup jalannya pada bulan ini. Kerana apa? Kerana jemaahnya melimpah hingga ke luar surau!! Melihat sahaja situasi itu aku bertakbir sendirian sambil mengharapkan situasi seperti ini akan bereterusan hingga ke penghujung Ramadhan dan seterusnya meresap terus aura tarbiyahnya di bulan lain kelak.

Habis kisah pemerhatian aku dalam 3 hari ini. sangat hebat Fenomena ramadhan ini!! Beginilah fenomena kita selaku umat islam yang beriman sedang menjalani 1 proses yang mengharapkan natijah ketaqwaan di penghujung nya kelak. Teringat aku akan satu artikel yang aku nukilkan setahun yang lalu. Aku kira elok kiranya untuk dikongsi bersama semula. Mohon diraikan perbezaan masa dan suasana tahun lepas. Untuk yang ingin melihat artikel asal boleh klik di link ini : http://ikutsukaatiaku.blogspot.com/2010/08/puasafor-what.html

................................................................

Melihat kepada keberlumbaan teman2 di Facebook yang mengucapkan selamat berpuasa kepada teman2 Facebook masing2 membuatkan aku terdetik terfikir adakah status yang kita buat tu adalah sebenar2 apa yang kita maksudkan dari penulisan status tu ataupun hanya sekadar untuk mengikut arus dan status rakan2 lain di laman sosial popular tu. Adakah kata2 selamat berpuasa dan selamat beribadah itu meresap dalam sanubari kita? Adakah kita telah memulakan langkah pertama ibadah kita seawal malam 1 Ramadan ini? Ataupun kita masih enak beronline dan mengupload gambar2 sekitar konvokesyen yang baru berlangsung?


Di sini aku ingin mencoret sikit tentang Ibadah puasa ni. Sebenarnya benda biasa je pun. Yang saban tahun kita boleh dengar pabila tibanya bulan yang dikatakan madrasah tarbiyyah ini. Mari kita lihat ayat yang digunakan oleh para ulama' untuk mengistimbat hukum berpuasa ini..

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "

(Al-Baqarah :183 )
Aku nak bercakap sikit tentang ayat yang aku boldkan kat atas ni. Apa tujuan kita disyariatkan berpuasa? Bermula dengan "wahai orang2 yang beriman". Seterusnya "diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa" dan diakhiri dengan "agar kamu sekalian bertaqwa".

Aku cuba kaitkan dengan proses yang biasa berlaku de sekitar kita. Apa2 la.. Makan ke, buat ketul ais ke, buat kuih raya ke.. Semua mengikut resmi yang sama. Terdapat input, proses dan output. Kita bercakap tentang input terlebih dahulu. Dalam proses tarbiyah ramadan ini inputnya adalah "orang2 beriman" seperti ayat yang terdapat diatas. Bukan dikatakan orang Islam tetapi orang beriman. So kalau ada orang islam tu tak puasa tanpa keuzuran agak2 dia tu beriman tak?? Tapi aku rasa insyaallah kita semua ni tergolong dari golongan orang2 yang beriman. So dah lepas syarat untuk menjadi input dalam proses tarbiyyah Ramadan ni.

Seterusnya kita masuk pulak kepada proses yang berlaku. Proses ni mengambil masa sekitar 29 hari untuk menghasilkan output yang kita belum pasti produk gagal ataupun produk berjaya. Dalam proses ni ada 3 kategori tahap yang dikatakan mengikut Imam Al Ghazali dalam karyanya iaitu Ihya Ulumuddin. Pertama puasa umum, kedua puasa khusus dan ketiga puasa khusus lagi khusus. Tentang keterangan untuk 3 kategori ni. Nanti aku cerita kat entry lain.Tungggu.... Dalam proses ni kita mendapat banyak kelebihan. Semuanya dilipatgandakan. Nak2 pulak kalau kita dapat bertemu dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Masyuk siot.. Dalam proses ni kalau rasa nak menjadi output yang bejaya kelak kena la mempertingkatkan ibadah. Buat la overtime sikit2. Macam2 boleh buat dari sekecil perkara sehingga sebesar2 perkara..

Now kita akan masuk kepada output yang kita harap2 kan untuk terhasil. Seperti ayat diatas output yang diharapkan adalah untuk melahirkan insan2 yang penuh ketakwaan. Sekarang apa yang kita faham tentang takwa?? Takwa dari segi bahasa dikatakan takut kepada Allah. Ada juga yang menafsirkan dengan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Seterusnya aku copy paste sikit tentang kata2 ulama' yang berkait dengan takwa ni..

* Saidina Ali berkata: Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Reda dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.
* An-Nasr Abazi berkata: Takwa ialah seorang hamba bertakwa atau memelihara selain daripada Allah.
* Abu Bakar Muhammad ar-Rauzabari berkata: Takwa ialah menjauhi apa yang menjauhimu daripada Tuhan.
* Talq bin Habib berkata: Takwa ialah amalan dengan ketaatan Allah atas cahaya Allah.
* Abu Hafs berkata: Takwa hanya pada halal semata-mata dan bukan yang lain.
* Dikatakan juga takwa mempunyai peringkat: Bagi orang awam dengan selamat daripada syirik. Bagi orang khusus dengan selamat daripada maksiat.

Setelah mengetahui tentang proses yang berlaku di atas ni cuba kita selidiki dan renung kembali. Setelah beberapa kali kita mengikuti proses ini sejak kecila adakah kita telah menjadi output yang berjaya? Atau kita hanya sekadar berjaya untuk merasai lapar dan dahaga? Ataupun kita hanya menanti tibanya Raya? Ke kita menanti berbuka percuma di masjid2 sekitar kita? Jadi untuk Ramadan kali ini bersama kta berusaha menuju ke arah output yang diharapkan selari dengan firman Allah seperti di atas tadi..Jangan kita hanya bersemangat di awal Ramadan ni je tapi di pertengahan kelak "habuk pun trak!!"

wallhualam...

 ................................................................

Sekian untuk kali ini. Ramadhan yang tiba kali ini bersama kita manfaatkan sebaik mungkin. Moh kitey berlumbe yob!! Lumbe ape?? Fastabiqul khairat...

wallahualam....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang