PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Tuesday, August 10, 2010

Puasa??For what??

Melihat kepada keberlumbaan teman2 di Facebook yang mengucapkan selamat berpuasa kepada teman2 Facebook masing2 membuatkan aku terdetik terfikir adakah status yang kita buat tu adalah sebenar2 apa yang kita maksudkan dari penulisan status tu ataupun hanya sekadar untuk mengikut arus dan status rakan2 lain di laman sosial popular tu. Adakah kata2 selamat berpuasa dan selamat beribadah itu meresap dalam sanubari kita? Adakah kita telah memulakan langkah pertama ibadah kita seawal malam 1 Ramadan ini? Ataupun kita masih enak beronline dan mengupload gambar2 sekitar konvokesyen yang baru berlangsung?


Di sini aku ingin mencoret sikit tentang Ibadah puasa ni. Sebenarnya benda biasa je pun. Yang saban tahun kita boleh dengar pabila tibanya bulan yang dikatakan madrasah tarbiyyah ini. Mari kita lihat ayat yang digunakan oleh para ulama' untuk mengistimbat hukum berpuasa ini..

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "

(Al-Baqarah :183 )

Aku nak bercakap sikit tentang ayat yang aku boldkan kat atas ni. Apa tujuan kita disyariatkan berpuasa? Bermula dengan "wahai orang2 yang beriman". Seterusnya "diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa" dan diakhiri dengan "agar kamu sekalian bertaqwa".

Aku cuba kaitkan dengan proses yang biasa berlaku de sekitar kita. Apa2 la.. Makan ke, buat ketul ais ke, buat kuih raya ke.. Semua mengikut resmi yang sama. Terdapat input, proses dan output. Kita bercakap tentang input terlebih dahulu. Dalam proses tarbiyah ramadan ini inputnya adalah "orang2 beriman" seperti ayat yang terdapat diatas. Bukan dikatakan orang Islam tetapi orang beriman. So kalau ada orang islam tu tak puasa tanpa keuzuran agak2 dia tu beriman tak?? Tapi aku rasa insyaallah kita semua ni tergolong dari golongan orang2 yang beriman. So dah lepas syarat untuk menjadi input dalam proses tarbiyyah Ramadan ni.

Seterusnya kita masuk pulak kepada proses yang berlaku. Proses ni mengambil masa sekitar 29 hari untuk menghasilkan output yang kita belum pasti produk gagal ataupun produk berjaya. Dalam proses ni ada 3 kategori tahap yang dikatakan mengikut Imam Al Ghazali dalam karyanya iaitu Ihya Ulumuddin. Pertama puasa umum, kedua puasa khusus dan ketiga puasa khusus lagi khusus. Tentang keterangan untuk 3 kategori ni. Nanti aku cerita kat entry lain.Tungggu.... Dalam proses ni kita mendapat banyak kelebihan. Semuanya dilipatgandakan. Nak2 pulak kalau kita dapat bertemu dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Masyuk siot.. Dalam proses ni kalau rasa nak menjadi output yang bejaya kelak kena la mempertingkatkan ibadah. Buat la overtime sikit2. Macam2 boleh buat dari sekecil perkara sehingga sebesar2 perkara..

Now kita akan masuk kepada output yang kita harap2 kan untuk terhasil. Seperti ayat diatas output yang diharapkan adalah untuk melahirkan insan2 yang penuh ketakwaan. Sekarang apa yang kita faham tentang takwa?? Takwa dari segi bahasa dikatakan takut kepada Allah. Ada juga yang menafsirkan dengan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Seterusnya aku copy paste sikit tentang kata2 ulama' yang berkait dengan takwa ni..

* Saidina Ali berkata: Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Reda dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.

* An-Nasr Abazi berkata: Takwa ialah seorang hamba bertakwa atau memelihara selain daripada Allah.

* Abu Bakar Muhammad ar-Rauzabari berkata: Takwa ialah menjauhi apa yang menjauhimu daripada Tuhan.

* Talq bin Habib berkata: Takwa ialah amalan dengan ketaatan Allah atas cahaya Allah.

* Abu Hafs berkata: Takwa hanya pada halal semata-mata dan bukan yang lain.

* Dikatakan juga takwa mempunyai peringkat: Bagi orang awam dengan selamat daripada syirik. Bagi orang khusus dengan selamat daripada maksiat.

Setelah mengetahui tentang proses yang berlaku di atas ni cuba kita selidiki dan renung kembali. Setelah beberapa kali kita mengikuti proses ini sejak kecila adakah kita telah menjadi output yang berjaya? Atau kita hanya sekadar berjaya untuk merasai lapar dan dahaga? Ataupun kita hanya menanti tibanya Raya? Ke kita menanti berbuka percuma di masjid2 sekitar kita? Jadi untuk Ramadan kali ini bersama kta berusaha menuju ke arah output yang diharapkan selari dengan firman Allah seperti di atas tadi..Jangan kita hanya bersemangat di awal Ramadan ni je tapi di pertengahan kelak "habuk pun trak!!"

wallhualam...


4 comments:

Anonymous said...

entry yg baek...trm ksh...
::menantikan entry ttg 3kategori thp puasa::

Anonymous said...

terbaekk dr ladang...

K2r~90 said...

masih Wujud isan y hadirnya ramadhan dinanti2 kan berat hati tika pemergian ramdhan
tapi...
kuantitinye amatlah sikit..
Kite dtahap mane agaknye?

Zulgeologist said...

anon : nanti ye..lambat sikit..hehe

anon : ladang yang terbaek!!

Mai : Hmm..muhasabah bersama..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang