PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Monday, August 15, 2011

Research terhadap Artis Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim..

Mari berkongsi tentang selebriti yang behijrah ke arah yang lebih baik. Setakat ini aku agak mengkagumi Wardina Safiyyah OfficialPage. Ada lagi yang ingin berkongsi?

Ini status yang aku letak di Facebook semalam ketika menggunakan perkhidmatan Jaring UKM di Kolej Ibu Zain. Respon yang di terima sangat menarik!

Sham Kamikaze adalah nama pertama yang dikongsi oleh  kawanku Aslann As yang terkenal di blognya INI. Sebenarnya ramai yang mengetahui mengenai Sham Kamikaze ini. Pertama kali aku mengetahu tentang Sham Kamikaze ini adalah ketika sidang media beliau yang turut dihadiri oleh Dr Asri selaku mentor beliau.

Nama kedua yang dikongsi adalah Rahmat Ekamatra yang terkenal dengan lagu jiwangnya Pusara di Lebuhraya dan seangkatan dengannya. Kalau kita dengar lagunya dulu. Pergh… memang tangkap lentok siot. Tapi kini akhirnya dia telah terlentok dan terleleh dek simbahan hidayah dari Allah swt.

Seterusnya manusia yang tersimbah hidayah Allah adalah sekumpulan anak muda yang dulunya membawa muzik Pop R&B kini berubah angin dan membentuk Kumpuan Al Mawlid.  Dianggotai oleh Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge), Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge), Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo) dan Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge) telah dipertemukan ketika menghadiri kuliah agama di Surau Al Hidayah di AU3 Keramat lantas membentuk kumpulan berbentuk dakwah ini.

 Al Mawlid : Kelahiran semula mereka
Bob Lokman seorang yangberbakat besar dalam bidang seni. Tidak perlu kut aku nak menghuraikan kisah komposer lagu Isabella ni. Dah banyak dah diceritakan oleh blogger lain malah beliau sendiri telah menceritakan kisahnya di blog beliau sendiri. 

Di hari pertama aku mengetahui penghijrahannya

Memori Daun Pisang. Lagu dangdut yang ngetop zaman aku kecil dulu. Namun kini penyanyinya iaitu Iwan Syahman (Iwan Dangdut) telah juga disimbah hidayah Allah. Alhamdulillah beliau kini telah berusaha untuk berdakwah melalui bidang suara. Lagunya yang berjudul Segalanya Allah juga kini semakin kerap di putarkan di radio IKIM.


lagenda dangdut yang berserban :-)

Shahir AF8 juga dengar khabarnya memilih untuk bersara awal dari bidang hiburan. Dengarnya ingin terjun ke dakwah. Jika benar bermakana ini adalah satu khabar yang menarik! Alhamdulillah bekas pelajar SMKA Slim River telah memilih jalan yang sepatutnya.

Seterusnya bekas kekasih Nabil si Raja Lawak cik Irma Hasmie. Artis yang sedang membintangi cerita Kasih Alia yang aku turut tonton di TV3 ini tampak begitu ayu setelah memilih bertudung sebagai langkah penghijrahan pertama.

 Alhamdulillah. Berkat Umrah..
Catriona Ross mengambil tempat di perkongsian terakhir dari kenalan Fb aku. Aku baru sahaja mengetahui mengenai penghijrahan beliau. Kisah penghijrahannya amat mudah dan mengusik hati. Tapi tu. Bila sudah tiba hidayah Allah. Butik tudung pun boleh menjadi saksi penghijrahan seorang artis ini.

Semoga Istiqamah

Last but not least, Antara yang aku paling kagumi seperti status aku diatas. Wardina. Artis yang aku kenali dan aku rasa semua orang turut sama mula mengenalinya adalah ketika beliau membintangi siri Spanar Jaya satu ketika dahulu. Perubahan yang ibarat janjang arithmetic yang semakin menokok ke arah kebaikan. Mungkin bermula dengan memakai tudung sahaja namun kini beliau boleh dikatakan ikon ibu kepada sebuah keluarga yang bahagia. Cabaran yang dihadapinya kini bukan sedikit selepas isu beliau memberi ceramah tentang kekeluargaan di atas pentas Pakatan rakyat yang lebih kurang 10 minit itu dipolitikkan!. Hinggakan tiada lagi kelibat beliau di rancangan MHI!! Semoga beliau kuat menghadapi ujian yang penuh hikmah ini.

Semoga Terus Kuat!!

Aku rasa cukup sekadar itu perkongsian dari aku tentang sebilangan selebriti di luar sana yang semakin ramai yang memilih untuk berubah. Sebenarnya ada lagi yang aku tidak ceritakan dan yang aku tidak tahu. Andai ada yang korang tahu lagi boleh kongsikan kat sini ataupun di Fb aku. Kat bawah ni aku sediakan link untuk setiap artis yang aku ceritakan di atas dan sedikit penambahan.

1.       Sham Kamikaze
2.       Rahmat Ekamatra
4.       Bob Lokman
7.       Catriona Ross
8.       Wardina Safiyyah
9.       Malik Noor
10.   Fazura

Sudah melihat lambakan artis yang berubah ini? Mengapa mereka boleh berubah? Belum sampai kah masanya lagi untuk kita turut sama berubah? Alasan berlum mendapat hidayah? Belum sampai seru? Tanya diri kita dulu apa yang kita buat untuk menggapai hidayah tersebut?

Semoga barakah Ramadhan ini menjadi titik mula kita untuk berubah ke arah yang lebih baik. Artis pun  boleh mengapa tidak kita? Semoga hidayah itu turut melekat masuk d sanubari kita dan terus kekal di situ..

Wallahualam

 P/S : Aku tertinggal lagi seorang yang powerrrrrrr...peeeewit......Klik di SINI




11 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

alhamdulillah...moga kita pun akan dapat hidayah dariNya.

Zulgeologist said...

Nur : Insyaallah..Moga2 ianya kekal :-)

aslann said...

wau! entry ni masuk kt Beautiful Nara lahhhh... XD thnks letak blog aku..hahaha..

Zulgeologist said...

Alhamdulillah...blog hg memang power pun...hehe

aLiaFar said...

yeke psl wardina tu.. dh lme dh x tgk MHI.. ish smpai cmtu plk ye..cian wardina

Cik Pulau said...

Oh Myyy...
zul...
terkejut aku tengok.. betol ke.. betol ke..
tahniah weehh..

suka penerangan ko..
papepun,, berbangga dengan mereka yang dah berhijrah..^^,

Zulgeologist said...

alifar : biasala kak oi.Malaysian standard.hehe

Lini : aku pun terkejut weh..Alhamdulillah dapat dikongsi bersama..:-)

JawahirAbdullah said...

VE & Ruffedge kot weyh!!!
perghh..

anyway, thanks Allah. alhamdulillah.
kawan aku pernah kata
"hidayah memang milik Allah, tapi dia tak datang bergolek kat kita macam ayam golek, tapi kena gali macam nak cari ubi kayu utk dibuat kerepek" -known.

but one thing that crossed my mind is :
hidayah utk orang kafir macammana?
maksud aku, kenapa tuhan tak datangkan dia hidayah agar dia masuk islam? dia nak cari macamane?

Zulgeologist said...

Terbaik gak kata pujangga tu.hehe

untuk orang kafir. Salah satu nya kita yg kena berdoa.sedangkan Rasulullah pun x mampu beri hidayah kepada bapa saudara yang dikasihinya. Jom sesama berdoa bagi pihak kawan2 kita:-)

yanmaneee said...

nike air max 97
adidas superstar
off white nike
adidas ultra
fila
off white nike
vapormax
supreme hoodie
supreme new york
cheap jordans

smecoez said...

replica bags forum see here c2h42v8c06 replica bags wholesale hong kong replica bags nancy replica gucci f4d02j9o69 replica bags new york replica bags dubai you could try these out u3w13e9h44 replica prada nylon bags

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang