PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, September 22, 2011

Pesto konvo bukan Pesta Buih

Bismillahirrahmanirrahim....


Selamat bergaduasi kepada rakan2 dan adik2 yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Setelah penat meniru ketika exam dan memonteng kuliah akhirnya korang berjaya jugak bergrduasi kan? Haha. Bila sebut tentang konvokesyen maka ianya tidak dapat lari dari Pesta yang diadakan sempena Konvokesyen tahun ini. Lebih penting lagi UKM tahun ini di pimpin oleh barisan PMUKM yang berfikrahkan islam melalui kemenangan GMUKM pada sesi Pilihanraya Kampus yang lalu.

Pesta Konvokesyen tahun ini SEHARUSNYA berbeza daripada Pesta Konvokesyen tahun lepas dan 3 tahun ketika aku menuntut di UKM dulu. Jadi aku pun selidik lah apa yang ada dengan Pesta Konvo tahun ini. Apa juadah program yang disajikan untuk dijadikan juadah kepada para pengunjung. Apa yang menarik adalah mereka menampilkan Artis-artis yang pernah aku ceritakan di entry aku yang masuk blog Abang Nara tu.haha.

Pertamanya program Forum Populariti. 2 daripada panel yang dijemput adalah daripada entry aku hari itu iaitu Kak Catriona Ross dan Abg Sham Kamikaze. Uish. Terbaek wook!! Mesti forum ni sangat best. Lagi dua orang lagi pun tak kurang hebat nya. Keduanya sememangnya orang yang popular iaitu Ust Syed Nor Hisham (Mursyid Imam Muda 1) dan saudara Adi Akmal (Devotees) selaku moderator.


24 September 2011
Sabtu
8.30 malam
Pentas Utama , Dataran Gemilang , UKM


Seterusnya Konsert di Majlis  Penutup pula akan menampilkan Kumpulan Al Mawlid yang juga telah aku ceritakan perihal mereka di blog aku hari itu. Diorang ni akan berkongsi pentas dengan kumpulan yang tidak asing lagi di Tanah Air. Sofaz yang famous dengan lagu Sesuatu Yang Berbeza nya dalam cerita Nora Elena juga akan turun ke UKM nanti.




27 September 2011 (Selasa)
9.00 malam
Pentas Utama , Dataran Gemilang , UKM

Bayak lagi Program yang menarik menanti korang semua nanti. Boleh la melawat sendiri blog Pesta Konvokesyen UKM di LINK INI.


Tentatif penuh Program yang akan berlangsung nanti.Klik SINI untuk lebih jelas

Akhir kata, Goodluck kepada seluruh Penggerak Pesta Konvo UKM kali ini. Semoga setiap usaha kalian dhitung sebagai ibadah oleh Allah swt kelak. Juga kepada pembaca blog aku sekalian moh kitey ramai pergi ke Pesta Konvo kali ini. Untung2 boleh jumpa aku lantas belanja aku makan. Hahahaha..

Wallahualam..

Wednesday, September 21, 2011

Isu Mat Indera ; Entry ketika Geram!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalau diikutkan hati aku  ni malas aku nak mengulas tentang isu yang agak lama hangat di media arus perdana mahupun di dunia maya. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negaranya ingin aku berkonsi sedikit info yang aku dapati dalam pelayaranku menggunakan kapal broadband Celcom aku ni.


Audio agak kurang jelas. Boleh tengok skrip ucapan Timbalan Presiden Pas ni.

.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya  MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....

Ehsan dari blog ekelle

Now u all can heard or read any "KOMUNIS" word?? takde langsung kan? Apa yang Mat Sabu nak sampaikan adalah berbeza dengan apa yang media yang "adil" lagi "telus" di media arus perdana duk cerita. Depa duk kata yang Mat Sabu ni mendewakan komunis. Sengaja nak swing cerita. Apa punya haprak la depa ni. Mat Sabu hanya ingin memperkatakan tentang Sejarah yang banyak di gelapkan oleh kerajaan kita ni. Tidak mustahil satu masa nanti anak2 kita (tapi aku belum kawen lagi.haha) tak mengenali pun pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri ni.

Aku secara peribadi sejak zaman sekolah lagi digambarkan bahawa pejuang kemerdekaan berhaluan kiri adalah golongan yang teruk dan ekstremis. Setelah meningkat usia ni membuatkan aku lebih menghargai usaha pejuang berhaluan kiri yang hingga tertumpah darah untuk mengejar erti makna kebebasa di tanah air sendiri.

Setakat ini la pandangan aku. Rasa nak menulis lagi tentang pejuang berhaluan kiri ni. Dalam perkiraan untuk membuat entry tentang Mat Indera kerana aku yakin beliau bukan Komunis!. Insyaallah akan di usahakan kelak... Ok mau layan hindustan sambil sidai baju jap.

Sekian...

#WORDLESS WEDNESDAY : Katakan tidak kepada MENIRU

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan 

Tuesday, September 20, 2011

Perasmian Pop Up Window Comment + Teka Teki math

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini aku ingin rakamkan ucapan terima kasih kepada 3 insan yang telah meng"encourage" aku untuk tukar setting comment di blog. haha. Orang pertama yang dengan penuh bergaya nya mencadangkan dekat aku adalah Azlini blogger Life Must Go On. Cadangannya di wall FB aku mendapat sokongan penuh dari adik junior KIZ kitorang iaitu Fatien blogger back to dreams dan kawan baiknya Sakinah blogger Pengembara Sebuah Perjalanan.

Thanks to them
Dengan itu rasmi lah sudah setting comment menggunakan aplikasi pop up window aku. Dengan berbekalkan tenaga dan Ajk kerja seramai 4 orang ini telah membuatkan aku untuk membuat gimik perasmian pop up wondow comment aku ni. Gimik perasmiannya adalah 10 orang pengomen di entry ini. Boleh tak camtu je gimiknya??haha. Agak2 boleh capai ke ek? Kome je yang boleh membantu kitorang untuk melaksanakan gimik perasmian ini. Haha.

Tapi takkan ini je entry nya? Oleh itu aku nak bagi teka teki sikit agar kome2 sekalian ada modal untuk di komen. Hehe..

Soalannya : Korang ada duit 30 sen di poket. Korang beli sebiji gula2 berharga 5 sen. Soalannya berapakah wang baki yang korang terima dari tokey kedai tersebut??









































fikir dengan tenang......























































What a coincident!! ketiga2 blogger di atas ni adalah budak2 math.....



















































Harap2 korang boleh jawab dengan tepat....































































Amacam? Ready dah untuk menerima jawapan??




































Sila ingat dalam hati jawapan korang. Tak boleh tukar dah ni...






































































Anda pasti dengan jawapan anda??



































Muktamad???
























































Jawapannya adalah.....................




































5 sen @ 15 sen. Mesti korang dengan egonya mengatakan 25 sen kan??? hahahaha...

Penjelasan : 30 sen yang korang ada kat poket tu mesti la antara 20sen+10sen. Takpun 3 keping 10sen. Takkan la korang nak bagi semua keping yang ada kat tangan korang. Paling2 pun bagi 20sen sekeping. Takpun 10sen sekeping..Kalau korang bagi semua keping yang ada kat poket tu. Ni jawapan tokey kedai tu...

Ko ni gila ke bodoh mengira??

hahahahahha...

Sekian. Sila komen di setting baru aku ni :p

Monday, September 19, 2011

Temubual di Rumah terbuka

Wah. Sungguh meriah “Open House” rumah saudara ni. Tahniah. Apa yang membuatkan saudara membuat majlis ini ya?

Jawapan 1 : Thanks. Permintaan member2. Saya layankan je.

Jawapan 2 : Terima kasih. Dah setiap tahun buat. Takkan tahun ni tak buat pula.

Jawapan 3 : Tq. Gini la nasib jadi bos. Anak buah ramai. Buat je la.

Jawapan 4 : Thanks. Senang sikit macam ni. Sekaligus je layan tetamu.

Jawapan 5 : Thanks. Saja suka2. Dah tak tahu mana nak hala duit ni. Banyak sangat dah.

Jawapan 6 : Syukran. Ana ni bukan saja haji. Malah Haji, Haji dan Haji Qayyum. Dah 3 kali haji. Tak sedap la kalau tak buat open house.

Jawapan 7 : Thanks bro. Gua kan ayahanda. Sedangkan Abang kawasan pun buat open house. Ni kan gua.

Jawapan 8 : Terima kasih. Standard ahli politik la. Mesti la kena buat open house kan??

Jawapan 9 : Tq. Terpaksa buat juga la. Kawan2 dah Tanya. Padahal duit aku pun tak bera nak ada ni.

Berbagai jawapan yang ada sebenarnya. Ni aku balun ja. Haha. Apa-apapun sebabnya itu terpulan kepada diri sendiri. Tapi yang penting malah sangat penting adalah Open house yang di buat itu perlu dilakukan hanya semata2 kerana Allah swt. Semoga open house yang kita buat ni mampu dijadikan modal untuk kita persembahkan di hadapan Allah swt kelak..
  
Kat rumah aku ni ada macam rumah tebuka gak ke ek?
Wallahualam…






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang