PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, July 29, 2011

Karier seni Aaron Aziz terancam


Kuala Lumpur :Karier seni Aaron Aziz kian terancam. Menurut Ketua Penilai pelakon Antarabangsa Mr Edwin Kartini, Pihak mereka sedang melihat kualiti pelakon-pelakon baru yang semakin menyinar dari bumi Singa itu untuk diketengahkan di layar perak. Melihat dari kehebatan pelakon muda yang di ketuai oleh saudara Izwan Mahbud membuatkan banyak pihak yang sudah mula melupakan Aaron Aziz dalam dunia lakonan. Bintang pelakon KL Gangster itu mungkin akan di singkirkan dari untuk filem selepas ini iaitu Singa Pondan.

Pengarah filem untuk filem terbaru itu iaitu Harith Iskandar menyatakan khidmat Aaron Aziz selepas ini kemungkinan akan di gantikan dengan saudara Izwan Mahbud yang sememangnya raja dalam adegan Pondan dan menyakitkan diri. Menurutnyalagi, beliau mengesan bakat pelakon muda itu selepas melihat beliau mengetuk-ngetuk kepala tanda pening kepala pada satu babak dramatic malam tadi. Kehebatan lakonannya semakin terserlah apabila meneruskan adegan lakonannya dengan menyepak bola ke luar padang.

Apabila dihubungi, saudara Izwan Mahbud menyatakan hasrat supaya rakan-rakan seperjuangannya dari Studio Jalan Hampas juga di berikan peluang untuk berlakon di dalam filem terbaru tersebut. “Lihat sahaja aksi stunt yang memukau dari mereka dalam aksi malam tadi pasti kan membuatkan filem ini dapat menjengah ke pawagam seluruh dunia” Ujar anak kelahiran bumi singa itu. Beliau juga menyarankan agar rakannya, Qiu Li yang bertaraf import yang diberikan kerakyatan agar diberi peluang untuk berganding dengannya. Menurutnya dia sangat sesuai memgang watak Si Pondan berhobi makan kerana bentuk tubuhnya yang sedikit gempal tetapi tetap bijak menggayakan aksi lakonannya.

Thursday, July 28, 2011

Harimau pekena singa

Singa : Oit rimau. Hari tu korang dah kena titik 5-3. tak puas hati lagi ke?

Harimau : Hekelle.. Setakat banyak tu gua tak heran la. Malam ni kita fight la. Beran?

Singa : Setakat korang? Korang kena sedar sikit korang tu tak cukup kuat nak lawan kitorang ni.

Harimau : Eh. bukan ke korang ke yang tak cukup kuat?

Singa : Oh, Apa Neraka!!. Last saturday already show everything maa..

Harimau : show what? Korang just show yang korang punya rakyat tak cukup bagus untuk wakili negara korang ada la..hahaha..

Singa : ngeeee (blushing)

Akhirnya sang singa menjadi herbivor selepas termakan 5 biji cili lantas terasa pedasnya... Kenapa 5 biji? Sila tanya Aleksander Duric, Mustafic Fahrudin, Daniel Bannet, Shi Jiayi dan Qui Li.

--------------- end---------------

Apa barang import2. Tak perlu import rakyat negara lain untuk mewakili tanah tumpahnya darah kita. Sebab apa? sebab time diorang lahir tak tumpah pun darah tali perut diorang kat sini.haha. Semoga semangat Harimau Malaya terus berkobar malam ni.. Biarkan pasukan lawan bermain dengan peluh dan nama semata. Namun pemain kita bermain dengan aset tambahan iaitu jiwa. jiwa rakyat yang berkobar2 demi negara...Mari kita satukan jiwa2 kita di bukit jalil malam ni. Yeah!!!

 Semoga malam menentang Indonesia aritu berulang lagi.

sekian..

p/s : semoga umat islam di stadium bersolat maghrib sebelum wisel ditiupkan :-)

Tuesday, July 26, 2011

Pesanan Seorang Abang -KISOSA-

 Ingat lagi post aku tentang Program Hala Tuju Selepas SPM  kat sekolah aku dulu anjuran kami selaku KISOSA (batch -1-05)? KISOSA tu tau ke ape? Kompom blurr punya.. Kerian Islamic Secondary Old Student Association. Korang  dah baca ke? Kalau tak baca pergi baca dulu. hehe. Selepas tu kami still keep in touch dan ada group Facebook sendiri. Dalam tu macam2 la yang kami share. Tapi satu ni ada satu yang agak menarik untuk aku berkongsi dengan pembaca sekalian. Bukan hasil tulisan aku. Tapi hasil tulisan rakan aku Ahmad Ilyas a.k.a Pak Roy yang menjadi faci kepada kumpulan perut. Jadi kome boleh le bace hasil nukilan kawan aku nu..moh bace yob!!
 PESAN KAMI TUK KOME.

Assalammualaikom pembuke bicare,
sebelum abang bukak cerite.
banyak bende abang nak kate,
harap kome paid attension le.

sebab dulu tak rajin mane,
abang jatuh ditimpe menare.
Ini semuenye bahane,
sebab senjate tak berape nak power.

Mintak matrik direject saje,
mintak UPU tak dapat pule.
hish...hish...hish abang mule pening kepale,
Padah taktau ape target nyer.

Kami feci dah tunjuk jalanye,
terpulang kome nak pilih yang mane.
ade pendek, ade panjang, ade juge yang mahal rhegenye,
ni depend kat ape senjate kome.

Ingat tak kome pesan kami mase kat sane,
SPM kome itulah senjate,
usaha pule pelurunye,
target kome itulah cite-cite.

Kalu sume bende nih kome ade,
Ditambah pule segunung doa kepade yang maha ese.
Insyaallah kome kan berjaye,
bukan saje kat dunie tp juge kat nun akhirat sane.

Tp kome jangan pule lupe,
tuk hormati ayah,ibu dan cikgu kome.
baru didade berkat ilmunye,
bole ingat sampai bile-bile.

bile kome sudah berjaye,
jangan pule bongkak wat so ever.
sbb tuhanlah yang maha ese,
die bole tarik balik ape yang kome ade.

Assalammualaikum pembuke bicare,
Assalammualaikum penutup kate.
kami harap kome truskan usehe,
Kalau jatuh jangan lupe bangkit semule.

Perut 4

Friday, July 22, 2011

Bangun......

Bangun malam,
Di kala bulan mengambang,
Alis mata menjadi kelam,
Gagahkan tangan,
Gagahkan kaki,
Berdiri,
Bersujud menyembah Ilahi.

Tiada paksaan,
Yang sunat digalakkan,
Yang wajib diutamakan,
Rasakan kemanisan Iman,
Hasil redha dan taqwa kepada Tuhan.

Dekatkan diri kepada-Nya,
Tiada yang kurang mahupun sia-sia,
Tenanglah minda dan hati,
Bangun malam dengan sendiri.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, July 21, 2011

Kemana Perginya Pagi Aku?

Bismillahirrahmanirrahim..

Ke mana perginya pagi aku?

Hmm.. Sengaja aku menulis entry ini atas niat untuk mencabar diri sendiri memperbaiki adegan aku di pagi hari. Aduh. Jemaah subuh entah kemana. Al Mathurat semakin tenggelam. segalanya tewas kerana nafsu tidur yang membelenggu. Lepas subuh tidur balik dan bahananya bila pergi kerja pun dalam keadaan tak ceria. Malah kadang2 terlajak subuh!!!!

Teringat untuk memanggil kembali ingatan tika membaca entry Ustaz hasrizal semasa menggunakan khidmat Jaring UKM 2 tahun lepas. nak mencari entrynya pun aku dah tak tahu macam mana. Yang pasti ianya berkisar tentang dengan apa kita mulakan hari kita.

Sangat aku akui dan korang pun sama kut. bagaimana perjalanan harian kita jika paginya kita isi dengan tidur selepas subuh. malah lebih teruk apabila terlajak subuh!!. Keceriaannya semestinya agak kurang terutama sebelum menjelang tengah hari. Pagi akan menjadi sugul. Akan menjadi lesu. Akan mejadi lemah. mengantuk pula sewajibnya mengambil bahagian.

Lihat pula dari sudut kekuatan rohaninya. Memulakan pagi dengan subuh berjemaah di hiasi lagi dengan Al Mathurat ternyata membuatkan hari kita akan lebih kuat dari sudut rohaninya. Lebih hebat lagi jika di awal pagi dimulakan dengan Qiamullail menghadap ilahi. Aduh. Aku amat terkesan sekarang ni. Apabila perkara biasa yang diamalkan semakin jarang dilakukan maka kesannya mula dirasai. Moga diberi kekuatan untuk kembali mencapai Al Mathurat yang ringan itu untuk di amalkan di pagi hari.

Minggu lepas aku memulakan amalan baru dalam kehidupan. Setiap pagi aku cuba untuk melakukannya. tapi ternyata ia tidak mampu menyaingi walau sedikit untuk membuatkan hari aku berjalan dengan ceria. Amalan yang baru itu ialah meminum susu tepung. konon nak jaga kesihatan badan la. Tapi mungkin dari sudut jasmani tu boleh la. Tapi sudut rohani tu masih perlukan kekuatan dari sumber yang lain yang lebih hebat. Semestinya SUBUH BERJEMAAH, AL MATHURAT dan menahan diri dari TIDUR SELEPAS SUBUH.

Ok. Jadi secara keseluruhannya untuk memastikan hari kita berjalan dengan lancar kita mesti menitik beratkan kekuatan Rohani terutamanya dan jasmani kita seawal dinihari. Apa yang kita lakukan di pagi hari itulah yang akan membawa rentak kita di sepanjang hari tersebut. Oleh itu kome2 semue!! moh kitey menguatkan diri di pagi hari. Start besok la. Beran??

Semoga kita semua berjaya melawan godaan syaitan di pagi hari. Aku tinggalkan iklan kat arab ni untuk tatapan bersama..



wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang