PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, July 7, 2011

Program Hala Tuju Selepas SPM SMKAK. TERBAEK Yob!!!

Alhamdulillah. Hujung minggu lepas aku bersama rakan batch aku SMKAK 01-05 berjaya menyelesaikan misi kami bersama dengan menjayakan program Seminar Hala Tuju Selepas SPM. Sejak petang jumaat kami berkumpul di sana hinggalah ke petang ahad. Kalau nak diikutkan sangat banyak benda yang ingin di kongsikan. Ye la.. Bila buat program bersama teman sepermainan dulu yang dah lama tak jumpa dan bekerja bersama. Keindahan saat bersama tu sangat berbeza.cewwah..

Sebelum pergi jauh, Kita lihat apa yang mencetus kami ingin menjayakan program ni. Teringat lagi ketika di penghujung tahun 2005 dahulu. Kami mencari arah untuk pergi ke jalan mana. Dengar kata Matrik susah, Diploma lama sangat la, STPM macam budak sekolah biasa la. Macam2 kami dengar. Tiada pun satu medium yang jelas kepada kami untuk bertanya dan memohon pendapat untuk memperjelaskan jalan yang bakal kami tempuhi masa tu. Maka dengan itu lahirlah objektif Program ini yang pertama iaiatu memperjelaskan kepada pelajar tingkatan 5 SMKA Kerian mengenai pilihan yang ada untuk menyambung pengajian.

Keterikatan dan rasa sedia berkhidmat kepada sekolah adalah perkara yang kedua yang kami sasarkan. Mana boleh kita nak lupa sekolah yang telah Berjaya membentuk kami sehingga kami berjaya mencapai ke tahap begini. Tempoat jatuh lagi kan dikenang. Inikan pula tempat kena sebat sebab kantoi subuh.haha. Maka dengan ini lahirlah objektif yang kedua iaitu melahirkan alumni yang sedia untuk berkhidmat untuk sekolah.

Produk SMKA. Satu istilah yang kerap kali aku sebutkan sebelum ni. Adakah produk ini adalah benar2 ada (A) itu ataupun sama je macam budak sekolah biasa. Bagaimana pula cabaran yang menanti diorang ketika melangkah keluar dari pagar Tarbiyah SMKA Kerian. Lantas termaktublah di kertas kerja program ini yang meletakkan objektif ketiganya adalah untuk memastikan produk SMK(A) kerian adalah produk yang menjadi contoh muslim mukmin yang sejati.

Itu bab objektif. Dari segi pelaksanaan aku rasa objektif 1 dan 2 tu insyaallah dah tercapai. Tapi yang ketiga tu.. Kena tunggu diorang jadi produk la dulu. Baru kita dapat tengok keberhasilannya.

Perkara yang menarik untuk program kali ini adalah. Kami hanya berbekalkan 1 rim kertas A4 sahaja untuk menjayakan program ni. Modal yang dikeluarkan adalah RM70 sahaja. Tapi itu tak termasuk kos perjalanan kami ke sekolah. Yang tu semuanya bajet ikhlas. So aku pun senyap je la. Haha. Lagi satu yang menarik. Kami hanya meeting time jumaat petang tu je. Ada jugak meeting sekali kat KL. Tapi apa yang di meetingkan tu tak digunakan pun. Haha. Yang lain semua kami buat secara ad hoc kat sekolah je. Modul LDK cari time pukul 2 pagi, Lagu tema cari time 7 pagi, buat video lagu tema time 10 pagi dan segalanya ad hoc. BEST!!!

 
 Meeting pertama di petang jumaat. Ni je orang nya..

Antara faci yang awal sampai. Malam jumaat

Meeting kedua. Malam jumaat. faci dah makin bertambah 

 
Wajah2 gadis yang sampai agak awal. Malam jumaat.

Dari segi komitmen faci pulak, Diorang memang power2 belaka. Tak sangka jugak aku performance diorang yang sangat mantap. Cakap sekali je. Terus faham. Idea pulak semua bernas2. Time slot talk tentang jalan2 yang diorang dah pilih tu aku sangat perasan yang kawan2 aku dah berubah. They all have their own potential yang macam tak percaya je aku tengok. Tapi yang aku pasti semuanya sangat penat. Ye la. Penat program satu hal. Malamnya pulak tak habis2 mengarut n bergelak ketawa mengenangkan kisah silam. Malam yang first tu aku tidur dalam pukul 3.30 pagi. Dalam dah nak terlelap tu pun aku duk tergelak2 sorang2 sebab diorang tak habis2 buat lawak.. Rasa macam nak join pun ada..haha..

Di pagi sabtu. Mencari lagu tema sambil mengarut buat lawak.
Masuk bab sambutan pelajar pulak. Pada mulanya memang aku dah agak dah diorang akan rasa tak suka sebab menganggu masa belajar diorang. Tapi bila aku baca kertas respond diorang tu. Ada yang sampai cakap program ni lebih penting dari belajar kat asrama. Time sesi sharing is caring adalah time yang aku paling kagum dengan sambutan diorang. Ada yang sampai sanggup taknak makan malam sebab tak puas lagi sharing n Tanya pengalaman dari akak2 n abang2 diorang ni. Maka terpaksalah aku sambung lagi sesi tu malam sabtu tu pulak. Tu pun ada yang sanggup tunggu sampai pukul 1.30 pagi!! Crazy betoi budak2 tu nak tahu tentang alam lepas SPM ni. Cuma agak sedikit terkilan dengan sambutan pelajar lelaki yang pada awalnya tapi akhirnya terubat jugak dengan sambutan diorang malam tu selepas kami buat sesi khas untuk diorang.

Slot talk mengikut jalan yang di pilih. Atok ni ambik jalan UTP. His performance is SUPERB!!!!

Slot sharing is caring group aku. Gila lah diorang ni. Sampai taknak makan.

 
Slot LDK modal RM 10
 Slot LDK tanpa modal

Slot cabaran produk SMKA. moga bermanfaat.

Dah panjang aku cerita ni. Korang pun dah Nampak boring je tu. Haha. Takpe2. Sekadar tu je yang aku nak ceritakan kat sini. Kalau ikutkan banyak sangat benda seronok yang nak di kongsikan. Semoga apa yang kami lakukan ni beroleh manfaat bersama di dunia dan akhirat. Tersetik aku nak buat lagi program ni mungkin untuk batch 2 tahun akan datang. Sekarang ni nak tumpu kepada adik2 batch ni dulu. Buat jadi batch angkat pun menarik gak ni.hehe.

Wallahualam…

3 comments:

Anonymous said...

btol beb..aku suka ja lepak kat skolah..ksian jgak kat adik2 group aku koz xbyk yg aku share utk dorg especially dri aspek milih jln dorg..mybe aku lbh fokus utk psdiaan dorg mghadapi dunia sbnr kot..nsb bek kwn2 suma bg talk yg mantop2...lbh2 lg talk dri auzirul yg lbh dkt dgn khidupan n mudah utk adk2 phm..alhamdulillah....

cahaya_ketenangan said...

kalau saya jadi adik2 tu, terharu kot T_T

Mabruk alaikum! Moga Allah berkati usaha korang semua.

Zulgeologist said...

Anon : xpe..yang penting kite dah menjalankan tugas sebagai alumni..aku nsalute kat korang yg jadi faci ari tu..semuanya bg kerjasama yg tip top..terbaek!!

Inah :nanati suh umai belajar sana ye..hehe.. btw kalau hira' nak buat pun ok pe..inah jadi pengarah :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang