PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Saturday, December 25, 2010

Duit yang dialirkan...

" Salam, Pas Johor memerlukan dana sebanyak mungkin utk digunakan dlm PRK Dun Tenang. DPP Kaw B.Pahat merayu kepada semua sahabat menyalurkan sumbangan kpd dana PRK Dun Tenang. sumbangan blh disalurkan melalui BIMB d no akaun 01032010028245 atas nama DPPKBP. Sumbangan anda amat d harapkan utk menambahkan dana PRK"

Apa pandangan korang bila membaca mesej ni? Pasti ada yang berpendapat bahawa PAS ni adalah Parti yang miskin. Ya!! sememangnya Parti yang aku sokong ni adalah parti yang miskin. Parti yang mengharapkan sumbangan dari orang ramai untuk membawa perjuangan ISLAM. Apabila ditanya kepada Tuan Presiden (tak silap aku masa Fadzil Nor) dimana hasil dana PAS? Jawapan yang mudah di berikan. "BERADA DI DALAM POKET PEJUANG2 PAS"

Sememangnya aku setuju dengan statement itu. Pejuang PAS tidak dimanjakan dengan kemewahan yang datang dari dana lain. Setiap seorang berusaha untuk menggerakkan Jemaah ISLAM ni. Pejuang PAS tidak dimanjakan dengan Persidangan Parti yang dibuat di PWTC dengan tinggal di hotel2 mewah. Pejuang PAS tidak dimanjakan dengan upah untuk menampal poster Pilihanraya. Tapi pejuang PAS di fahamkan kenapa kena buat itu dan ini. Untuk apa buat itu dan ini.

Menyorot kembali kenangan ketika di UKM. Di UKM aku bukanlah pejuang PAS. Tapi Perjuangan yang mirip kepada PAS yang didokongi oleh GMUKM. Perjuangan yang menginginkan untuk melihat ISLAM berada di tempatnya. Andai kata ASPIRASI yang ingin membawa ISLAM nescaya aku akan turut bersama mereka. Aku berkawan dengan kedua2 jentera namun sangat ketara perbezaannya. Jentera mereka dimanjakan dengan makanan percuma setiap malam. Baju percuma untuk dipakai. Namun bagi GMUKM semuanya dari POKET SENDIRI. Teringat ketika aku bertemu dengan seorang abang yang dizamannya pejuang ISLAM menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan. Kata beliau ketika mereka berkumpul mereka mengedarkan uncang untuk sumbangan. Ketika sampai kepada urusetia, yang keluar dari uncang itu bukan sahaja  wang kertas malahan GELANG DAN RANTAI. Subhanallah..hebatnya kefahaman diorang. Tapi kefahaman kita??

Mungkin kita tidak mampu untuk memberi sumbangan yang banyak namun walaupun dengan not RM10 beserta keikhlasan insyaallah kita mampu untuk mempersembahkannya dihadapan ALLAH kelak. Sekarang terlalu banyak tempat untuk kita menyumbang. Salah satunya yang di atas tu. Jadi aku yakin anda yang tengah membaca ni akan menyalin no akaun diatas dan akan menyumbang sekadar yang termampu untuk kepentingan ISLAM. Andai ini perkara yang tak pernah dilakukan maka lakukanlah sekarang. Kita mampu membeli topup berharga RM10 namun untuk ISLAM?? Kita mampu membayar court futsal namun untuk ISLAM?? Kita mampu untuk makan KFC namun untuk ISLAM??

Bagi untuk adik2 yang masih berada di UKM. Sekarang adalah semester Pilihanraya. Terlalu banyak tugasan yang menagih masa dan tenaga kalian. Lagi cantik andai menyumbang RM10 time duit PTPTN masuk nanti. Kalau JPA mesti la lebih sikit. Masyuk tu..Bersama2 kita mengingati firman ALLAH.

“Wahai orang-orang yag beriman, hendakkah kamu Aku tunjukkan perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itu lebih baik jika kamu mengetahuinya.” 
(Surah al-Saff: 10)

Wallahualam...

2 comments:

cahaya_ketenangan said...

moga segala duit yang di alirkan dikira Allah sebagai satu amal kebaikan yang mulia disisi-Nya.

“Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada JALAN ALLAH, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. ( Al-Baqarah : 261 )

tak payah tunggu grad dah boleh main saham. saham akhirat ^_^

Zulgeologist said...

cahaya ketenangan : tq bg peringatan.moga sama2 mengalirkan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang