PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, December 29, 2010

Tanah tumpahnya darahku!!!

Hari ahad lepas aku berpeluang untuk PERTAMA kalinya aku menonton perlawanan bola kat stadium yang melibatkan pasukan bolasepak malaysia. Sebelum ni kalau Perak turun je aku turun dengan semangat Skor Yob Skor. Tapi kali ni lain sangat sebab final ni. Dah la tiket harga 30 hengget..Nasib baik berbaloi2..

Aku sampai lambat hari tu akibat dari berkhidamat untuk family aku. Aku hantar adik aku mendaftar kat UPSI. Dah pukul 4 baru selesai semuanya. Rushing balik sini kena ambil kawan aku kat Seksyen 7 S.Alam dulu kejap. So aku sampai kat B.Jalil pun dah dekat nak maghrib dah. parking pulak lebih jauh dari sepelaung kut. Penat menapak la jugak. sampai je kat surau sebelah LRT tu tengok orang tengah solat jemaah, Alhamdulillah. Aku pun mencari kawan2 aku yang lain then kami solat maghrib dulu. settle solat maghrib aku ngan member aku pergi cari barang2 yang menonjolkan kami ni penyokong Malaysia. Kang x pasal2  diorang ingat kami ni penyokong Indonesia pulak.

Eh lupa pulak aku nak story yang aku pergi dengan kawan2 sekolah menengah aku. Aku, Afif, Aiman, Opie, Lie, Kar dan Raf.Kawan2 UKM pun ada pergi gak tapi aku memilih melepak dengan kawan sekolah. Maklum la lama dah tak jumpa.

Sambung cerita balik. Aku masuk stadium dah dekat pukul 8 dah. Tapi sememangnya sangat padat dan penuh hingga kami terpaksa tawaf stadium tu sampai lembik lutut la nak cari port tapi apakan daya hakikat orang datang lambat terpaksa tengok kat celah2 batu je. Dah la tu. Belakang port penyokong Indonesia pulak tu. Bikin pansa je. Rupanya ada hikmahnya sebab habis je 1st half  kami nak pergi solat Isya'  n surau tu ada kat belakang kami je rupanya. Tapi memang sikit sangat la jemaah yang datang. Tak sampai 1 saf pun. Time ni aku berimamkan penyokong indonesia. Ternyata Islam yang mampu menyatukan seluruh bangsa.

Selesai solat kami berusaha mecari port yang lebih baik. Alhamdulilah dapat gak menyelit2 masuk kat ruang utama. Walaupun kena berdiri tapi kami puas sebab gol 3 bijik tu. tak pasal2 mamat sebelah tu peluk2 dgn aku gak. Seronok punya pasal..Layan...

Selesai game kami memulakan sesi bergambar. Antara sesi kemuncak.haha.. Then kami pun calo pergi ke kereta. Akibat dari kereta yang banyak bebeno kami pun lepak2 je dulu. Lepas tu sambung melepak kat maple. Subuh jugak la aku sampai ke rumah..Nasib baik aku dah apply cuti awal2..


Oh Yeah!!!


Watak Utama

Kini menanti malam esok pulak untuk mengesahkan kemenangan Malaysia. Yeah!! go Malaysia.. walaupun korang takde pemain berkaliber macam aku,. Tapi aku yakin korang mampu berdikari tanpa aku.. Goodluck wira2 negara!!!


3 comments:

...fazilahpajil... said...

terbaek la Malaysia!!!
mcm taw2 je skuad harimau nk menang smpi apply cuti awl2..huhu

Zulgeologist said...

faz : tu la pasal..dah agak dah..tadi pun ambik cuti half day gak..meraikan..haha

K2r~90 said...

B.O.L.A

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang