PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Saturday, December 4, 2010

Membuka lembaran baru

Setelah tertangguh lebih kurang sebulan akhirnya malam ni aku lancarkan juga blog baru aku yang lebih berbentuk keusahawanan. Aku rasa tak perlu la nak cerita kenapa kena menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Semua dah tahu berapa percent rezeki yang disumbangkan dari perniagaan ni. Sememangnya aku lebih suka berniaga berbanding makan gaji. Tapi buat masa sekarang ni makan gaji yang lebih diutamakan. Untuk masa depan belum tahu lagi. Mungkin ni memang minat keturunan kut sebab abah aku sememangnya peniaga tegar. Bukan lah peniaga terlalu berjaya. Tapi hasil perniagaan tu la yang berjaya membesarkan kami 12 adik beradik ni. bermula dari berniaga Padi bertukar ke menjual Ikan Keli.Kalau aku ni, kira dibesarkan dan dibayar yuran2 belajar pakai duit jual ikan keli la.Selain tu macam2 lagi la bisnes kampung yang abah aku buat. Durian la, Asam la, ikan kering la. entah apa2 lagi entah. Macam2 ada woo...

So sekarang aku mula mengikut jejak abah aku dengan lebih menggunakan teknologi. Budak bandar la katakan.haha. Konsep yang aku cuba ketengahkan kat kedai online aku yang bernama "Zul Hypermarket" adalah lebih kepada untung di dunia dan akhirat. Aku untung korang pun untung. win win situation..cewwah..poyo la pulak. Bab harga pulak aku cuba tawarkan serendah yang mungkin. Kalau boleh lebih rendah dari harga pasaran. Tapi kalau tak boleh. Apakan daya. Baru mula berjinak2...

Aku mengharapkan kawan2 aku semua memberi sokongan kat aku. Aku tau korang semua kawan2 yang baik kan??hehe.. Kalau ada yang nak kritik tu juga dialu2kan untuk memperbaiki blog baru aku tu. Lagi satu doakan jugak aku seimbangkan dengan blog aku yang asal ni. Insyaallah blog  ni akan kembali bernyawa tak lama lagi.. Kepada pembaca sekalian yang nak melawat Zul Hypermarket tu boleh la melawat ke http://bershoppingdiikutsukaatiaku.blogspot.com/

Oleh itu Selamat BERSHOPPING!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang