PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, December 12, 2010

Pesta Buih --> Virus Wahan --> TAKUT MATI

Parti buih ataupun "Bubble party" dalam "mother tounge" aku adalah perkara yang sinonim di negara barat. Tapi dekat malaysia pun dah ada dah. Biasa la.. Malaysia kan negara membangun. kalau tiada pesta2 macam ni, kuno la. Tak up to date la kan. Tapi bukan tu yang aku nak ceritakan. Tapi nak cerita tentang pesta buih yang lain. mari kita merujuk hadith nabi ni..

“Akan terjadi, bersatunya bangsa-bangsa didunia menyerbu kalian seperti sekelompok orang menyerbu makanan”. Salah seorang sahabat bertanya: “apakah karena jumlah kami dimasa itu sedikit”. Rasulullah menjawab : “jumlah kalian banyak tapi seperti buih dilautan. Allah mencabut rasa takut dari dada musuh-musuh kalian dan Allah menanamkan penyakit ‘wahan’ dalam hati kalian.” Lalu ada yang bertanya lagi :“apakah penyakit ‘wahan’ itu ya rasulullah?” Beliau bersabda : “ Cinta kepada dunia dan takut mati!”. (Silsilah hadist shahih no.958).

Ya. Lihatlah kalian semua. sememangnya terjadi kini apa yang diungkapkan oleh junjungan besar kita lebih 1400 tahun dahulu bahawa kita ni ibarat buih2 di lautan. Jangan kata menanti kapal sebesar Semenanjung Malaysia menghentam, bahkan cukup sekadar ranting kayu yang kecil sudah mampu memecahkan buih2 di lautan itu. Mereka tidak perlu meghantar batalion askar untuk menghancurkan kita. Cukuplah dengan memberi sebiji bola pun mampu membuatkan beribu buih2 itu meninggalkan solat maghrib. Mereka hanya perlu memberi telefon bimbit sudah mampu membuatkan kita bergayut dengan ajnabi sehingga ke subuh hari. Merka hanya perlu memberikan McD untuk membuatkan sang anak2 buih akan meronta untuk singgah membeli makanan jasmani tapi mustahil akan meronta untuk menyinggahi masjid mengambil makanan rohani TANPA PERLU MEMBELI!!.

Lantas akan Allah tanamkan dihati kita akan penyakit wahan itu. Penyakit yang semakin menular dalam kalangan umat islam a.k.a buih ini. Tak perlu la nak berhipokrasi wahai aku dan kamu. Sebab aku pun sama je macam kamu. Siapa antara kita yang tak takut mati?? rata2 kita lebih sayangkan kehidupan dunia kita berbanding membuat persiapan untuk menghadapi saat yang pasti tiba itu. Tapi sudah lupakah kita dengan kalam Allah yang mengatakan bahawa andai kita lebih mencintai dunia ini lebih daripada Allah, Rasul dan Jihad dijalannya maka kita akan menunggu saat pembalasan dari Allah??

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)" 
(At Taubah : 24)

Oleh itu tibalah saat untuk kita mengkoreksi diri. Jangan sesekali berfikiran bahawa masa sudah terlambat. Aku dah terlalu banyak melakukan dosa. Tiada peluang lagi bagi aku. Semua itu adalah alasan untuk kita melengahkan masa untuk bertaubat. 

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya). (Surah Hud :3)

Oleh itu, aku kira kini bukan lagi masa untuk mengikut liuk lentok sang2 buih yang lain? Kini sudah tiba masanya untuk kita berubah dari menjadi buih kepada benda yang lebih gagah dan perkasa. Kini sudah tiba masa untuk kita membuat persediaan bagi menghadapi mati. Bukan masa mengejar dunia lantas melupakan ukhrawi. oleh itu...BERHIJRAHLAH!!!

Wallahualam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang