PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, February 9, 2012

Baitul Qura' : Komentar pada diri

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dalam kemalasan aku mengupdate blog yang mencecah hampir 2 minggu ni. Allah telah memberi kekuatan kepada aku untuk pergi ke suatu tempat yang penuh barakah di bumi Melaka.

Baitul Qura' Wal Fuqaha' menjadi tempat aku dan rakan2 yang aku pun x kenal untuk menghadami Kitab tauhid sifat 20. Baitul Qura' kini sudah berubah wajah berbanding jejakan kali pertama aku hampir 2 tahun lepas. Cadang nak sertakan dengan gambar. Tapi memory card tertinggal dekat rumah yong aku pulak. Nanti2 la ye.. Ini je yang kawan2 facebook ada sharekan. Aku kutip dari facebook diorang.


Tuan Guru adalah yang paling rendah tubuhnya. tapi yang paling tinggi ilmunya..

Kalau dari sudut ilmunya. Alhamdulillah memang sangat banyak perkara baru yang aku dapati. Moga ilmu ini kekal dan diberkati untuk bekalan akan datang. Tak berhajat nak cerita tentang content kitab "kharidatul bahiyyah" yang di ajar oleh Tuan Guru Zulkifli Ismail. Tapi sedikit komentar terhadap usia diri yang semakin di mamah dunia ini.

Di sana aku dikelilingi oleh adik2 yang lebih muda dari aku. Kebanyakannya adalah lepasan SPM. Ada yang pelajar tahun 1 di universiti dan yang masih menuntut di universiti. Aku melihat mereka dan merasakan betapa beruntungnya mereka kerana di pertemukan oleh Allah dengan suasana ilmu sebegini. Aku menyingkap tirai usia ketika di umur seperti mereka. Ketika itu masih lagi di himpit dengan rasa ingin hebat dalam ilmu sekular!! Habis SPM berkira2 untuk menyambung pelajaran dalam bidang sekular. Tak terdetik langsung di hati untuk melanjutkan pengajian ke bidang agama. Cuti semester pula hanya di manfaatkan (ke x dimanfaatkan ek?) dengan makan, tidur, lepak dan kadang2 cari duit.

Tengok pula adik2 yang merupakan pelajar tetap pondok ni. Semuanya muda2 belaka. Insyaallah 4 daripada mereka akan sambung belajar ke Yaman tak lama lagi. Adab mereka. Masyaallah.. Hebat. Amal mereka.. nak bandingkan dengan diri yang lagha ni. jauh3x... Semoga mereka semua berjaya menjadi empangan ilmu bagi rakyat di tanah Melayu ini kelak.

Dalam melihat adik2 di sana. Teringat aku dengan hadis ni.

“Tidak akan bergeser kaki seorang manusia dari sisi Allah pada hari kiamat (nanti), sampai dia ditanya tentang lima (perkara): tentang umurnya, untuk apa dihabiskan ?. Tentang masa mudanya, untuk apa digunakan ? Hartanya, dari mana diperoleh dan kemana dibelanjakan ? Ilmunya, bagaimana dia amalkan ilmunya ?” (HR. Tirmidzy: 2416, dihasankan oleh syaikh al-Albny)

Allahurabbi. Apa lah yang aku buat dengan masa muda aku. Ya. Memang menuntut ilmu keduniaan juga adalah perkara yang perlu. Tetapi bagaimana pula dengan ilmu Fardhu ain yang sepetutnya kita hadami. Menurut Ustaz Zul ilmu yang wajib untuk kita ketahui ialah.

1. Ilmu Tauhid
2. Ilmu Feqah
3. Ilmu Tasawwuf

3 ilmu ini yang sepatutnya kita ketahui. tahu di sini bukan bermaksud dengan tahu macam zaman sekolah dulu. Tapi perlu di sertakan dengan pemahaman yang boleh dipelajari dari pengajian kitab. Setakat ini aku hanya sempat mengaji 2 kitab tauhid je. Moga2 ada peluang lagi untuk mempelajari 2 lagi ilmu fardhu ain tersebut.

Untuk sahabat2 pembaca blog aku. Aku tahu ramai nya orang2 muda je kan? Cuba kita renungkan. Di mana kita telah habiskan usia kita selama ini? facebook pun dah ambil masa 4 5 jam sehari. Ye dok? Belum kira hal2 dunia yang lain. Adusss... Kena batang hidung sendiri.

Oleh itu. Pergilah bertebaran di taman2 syurga yang begitu banyak di sekitar kalian. Banyak masjid dan surau yang mengadakan ceramah dan pengajian kitab yang berkala. Semoga kolam hati kita terisi dengan ilmu yang bermanfaat dan dipenuhi barakah.

Wallahualam..

p/s : Ustaz Zul pun ada blog. Sila lawati http://kuliahustazzul.blogspot.com/

10 comments:

aisha said...

Salam..pelajar perempuan boleh masuk juga kah baitul qurra? Mcamana ya nak hubungi pihak baitul qurra? Syukran..

Zulgeologist said...

salam.maaf lambat..boleh.baru sejak tahun ni dibuka untuk kemasukan pelajar perempuan.Untuk dapatkan nombor kontek tu boleh tlg PM sy? ni_sape@yahoo.com

Zarif Afifi said...

Assalamualaikum saudara. baitul quraa terima tak untuk belajar cuma sebulan? smentara cuti semester.

Zulgeologist said...

salam.maaf lambat.boleh je...

Anonymous said...

Salam.sy teringin sgt nk masuk kn ank lelaki sy yg berumur 15thn pd thn hadapan.apakh syarat2 nya serta yuran kemasukkan nya brape?

Unknown said...

Assalamualaikum saudara...
sy ad personal email kat saudara...
mohon saudara reply nt...terima kasehh...

Unknown said...

Assalamualaikum saudara...
sy ad personal email kat saudara...
mohon saudara reply nt...terima kasehh...

tanet said...

get redirected heresee post imp sourcelook what i found click to read moreclick now

botado said...

g0s00t5f13 k0t16z2f79 c5g80i4b37 l4z25y1j35 e8b00j7p50 w9l65d7k06

Anonymous said...

curry shoes
bape
off white jordan 1
jordan outlet
off-white
kyrie irving shoes
jordan outlet
off white outlet
supreme outlet
paul george

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang