Bismillahirrahmanirrahim...
Korang tahu kan besday aku baru je lepas. Sebenarnya pada tarikh 21hb hari tu. Akak Ipar aku ada kol. Suruh datang untuk bincang something dekat rumah yong aku. Pada mulanya aku tak dapat kesan. Tapi di penghujung perbualan tu aku dapat agak ni semuanya lakonan nak buat sambutan besday aku. haha. Konon nya kezuutan la kan.. Tap tak dapat la jeeeppp... Gua ada hal time tu. Sebab kawan2 tempat kerja aku dah cop aku awal2 untuk buat sambutan (ayat bajet hot). So aku pun buat2 la berlakon tak tahu niat diorang tu.. haha
Rupanya telahan aku tepat sebab malam tu ada post gambaratas ni.. Memang tahun lepas aku dikezuutkan sekali dengan abang ipar aku ni. Sebab tarikh besday kitorang dekat2. So sekalikan je la. Tahun ni kira macam takde la patutnya. Tapi rupanya aku terkena jugak hasil perancangan dan komplot yang teliti dari anak sedara aku sampai la ke mak abah aku. Terkono jugak den.. Hoho
Hari ahad hari tu. Aku sampai ke KL dari Perak sebab nak ambik parent aku (Sila baca entri sebelum ni). Kami ramai2 solat jemaah kat rumah time tu. Selesai solat aku masuk bilik "swasta" dan tengok akak aku dan abang tajul (yang nak kahwin tu) borak2 tentang majlis yang akan diadakan. Aku pun join je la. Abah aku pulak datang. Makin rancak la borak. Tup2 abang dengan akak aku keluar. Aku tak syak pape pun. Sambung je la borak dengan abah aku. daing berdue je le keme...
Tiba2 abang ipar aku (yob) masuk bilik dan cakap lampu ni terbakar ke? Aku selaku yang kerap me"nomad" kat bilik tu pun support la. Memang terbakar pun. Dia pun try tutup lampu lain. Rupanya tiba2 diorang yang lain masuk buat kezuuutan kat aku!!! Hahaha.. Aku serius blurr time tu. Hari jadi sape pun aku tak tau. Setelah ambik sikit masa baru la aku tau.. Aku dah terkena rupanya... Hampeh betoi... tapi terharu pun adaaaa....huhu
Apakah hukum menyambut hari jadi dan hukum meniup lilin? Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.
Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. . Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.
Hadis Nabi yang bermaksud:
“Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka”
Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, darjat hadis: Sahih.
Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.
Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?
Semoga Allah mengampunkan segala kekhilafan yang telah dilakukan kerana kejahilan hambanya ini. so lepas ni kena lebih berhati2.
Korang tahu kan besday aku baru je lepas. Sebenarnya pada tarikh 21hb hari tu. Akak Ipar aku ada kol. Suruh datang untuk bincang something dekat rumah yong aku. Pada mulanya aku tak dapat kesan. Tapi di penghujung perbualan tu aku dapat agak ni semuanya lakonan nak buat sambutan besday aku. haha. Konon nya kezuutan la kan.. Tap tak dapat la jeeeppp... Gua ada hal time tu. Sebab kawan2 tempat kerja aku dah cop aku awal2 untuk buat sambutan (ayat bajet hot). So aku pun buat2 la berlakon tak tahu niat diorang tu.. haha
Sambutan Hari jadi Yob Aku. Semuanya comel2 belaka..hehe
Hari ahad hari tu. Aku sampai ke KL dari Perak sebab nak ambik parent aku (Sila baca entri sebelum ni). Kami ramai2 solat jemaah kat rumah time tu. Selesai solat aku masuk bilik "swasta" dan tengok akak aku dan abang tajul (yang nak kahwin tu) borak2 tentang majlis yang akan diadakan. Aku pun join je la. Abah aku pulak datang. Makin rancak la borak. Tup2 abang dengan akak aku keluar. Aku tak syak pape pun. Sambung je la borak dengan abah aku. daing berdue je le keme...
Tiba2 abang ipar aku (yob) masuk bilik dan cakap lampu ni terbakar ke? Aku selaku yang kerap me"nomad" kat bilik tu pun support la. Memang terbakar pun. Dia pun try tutup lampu lain. Rupanya tiba2 diorang yang lain masuk buat kezuuutan kat aku!!! Hahaha.. Aku serius blurr time tu. Hari jadi sape pun aku tak tau. Setelah ambik sikit masa baru la aku tau.. Aku dah terkena rupanya... Hampeh betoi... tapi terharu pun adaaaa....huhu
Gua terkono bro... Tapi best.. Tahun ni mak yang bawakkan kek!
Sila perhatikan anak sedara aku. R.A.K.U.S.
Ini lah hasil mereka! Sendiri mencomotkan diri. haha
Ni pulak cubaan seorang ayah mencomotkan anaknya. hehe
Ok.. Habis muqaddimah kita hari ini. Pergh.. Muqaddimah pun panjang kan? Hehe..Yang sebenarnya aku nak share apa yang berlaku lepas aku share gambar 1st di atas kat facebook. Aku di tegur mengenai tiup lilin tu. Rupanya2 aku dikezuutkan lagi bahawa hukum meniup lilin adalah haram!! serius aku tak tahu. Alhamdulillah ada sahabat yang sayang kat aku. Yang menegur aku dari terus menerus melakukan kekhilafan.
Maka aku melaksanakan aktiviti pencarian di laman sesawang (baku gilaaa...). hasilnya aku jumpa dekat link INI. So apa lagi... Ctrl+A -> Ctrl +C -> Ctrl +V la.. hehe.. Hasilnya....
Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. . Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.
Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.
“Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka”
Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, darjat hadis: Sahih.
Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.
Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?
Semoga Allah mengampunkan segala kekhilafan yang telah dilakukan kerana kejahilan hambanya ini. so lepas ni kena lebih berhati2.
Wallahualam..
1 comment:
golden goose
nike air max 95
calvin klein outlet
yeezy boost 350 v2
michael kors outlet online
yeezy boost 350
lebron 15 shoes
jordan shoes
yeezy
hermes belts for men
Post a Comment