Alhamdulillah…
Bersyukur ke
hadrat Allah kerana mengizinkan aku bersama dengan lebih 250000 rakyat Malaysia
turun untuk BERSIH 3.0 tempoh hari. Aku pergi kerana ingin menyuarakan perkara
yang hak kepada Pemimpin yang memimpin Malaysia yang tercinta ini. Jauh sekali
pergi semata2 ingin berlawan dengan polis. Teringin aku nak cerita pengalaman sepanjang
aku bersama geng yang nak DUDUK kat
sana.
Dengan
dimulakan dengan doa aku memulakan perjalanan dengan adik bongsu aku. Kami bergerak
dari rumah yong kami yang terletak di Jalan Kebun. Kami berpisah setelah aku
hantar dia ke Terminal Bandar Tasik Selatan supaya di gerak dengan geng
muslimat exUKM. Aku pulak meneruskan perjalanan dengan kengkawan lelaki. Termasuk
rakan sekolah merangkap rakan serumah aku sekarang.
Bersama roomate.
Setelah
pusing2 sekitar KL (sebab jalan dah tutup) akhirnya kami berjaya jugak masuk ke
KL. Time aku parking motor tu aku tersentuh melihat seorang makcik tua bersama
rakannya duduk di atas tikar sambil membaca Al Quran. Allahuakbar… kagum
sebentar..
Tok Guru Pondok yang tersohor.Tuan Guru Baba Haji Salleh Musa. Pondok Sik. Orang disebelah dia menceritakan dia tidak henti2 berzikir. Salute pada ulama' sufi haraki!!
Aku
mengambil keputusan untuk terus bersama dengan crowd di Dataran Merdeka.
Mungkin sebab malas nak berarak dari Masjid Negara kot. Haha. Kat sana aku
dikagumkan lagi dengan melihat seorang pakcik yang BUTA turut bersama dengan
rakyat untuk menuntut ketelusan dalam Pilihan Raya.
Walaupun mata buta. Namun mata hati celik!!
Suasana kat
sana time tu macam pesta. Pesta bergambar tu paling ketara. Ceria. Gembira. Harmoni.
Mahabbah dan segala suasana yang korang rasakan seronok nak tengok .Macam2
gelagat ada. Lawak pun ada. Dengan pelbagai bahasa. Pelbagai loghat pun ade. Paling
syok bile ada sorang Yob kat belakang tuh duk jerit. “Oit kome. Atey duduk le”…Oghang
kampong teman ghopenye kat belakang teman ni. Aku pun ape lagi. Balas la dan
terus sahut menyahut dalam loghat peghok!! Yeaahhh…
Ayuh Bergambar!!
Anak muda riang ria!
Tak
dilupakan sekumpulan anak muda yang begitu displin lagi jadi pengutip sampah
tak bergaji. Baguih gila depa nih. Tengok sekoq2 muka ganaih. Tapi dalam hati
ada Alam Flora rupanya. kahkahakah. Dalam hati aku terdetik nanti kalau ada
BERSIH 4.0 aku nak try ajak ramai2 jadi pengutip sampah. Ada team yang
khas.. baru la pembersih kata orang.
Anak muda yang berjiwa alam flora.kahkah
Ops. Terlupa
pulak nak cerita tentang peniaga yang bukan main sakan lagi kaut Untung. Ni
bukan saja untung kasar. Malah diorang ni dah Untung BERSIH dah ni. Kedai mamak
yang aku pergi nak tumpang tandas tu ramai giler orang kat dalam. Macam dia
buat makan free open house time raya la pulak. Haha
Ni diorang kata peniaga rugi??
BERSIH kali
ni nampaknya juga sangat harmoni. Ye la. Kalau kat BERSIH 2.0 dulu jangan kata
nak pakai baju bersih. Ada garam dalam beg pun dah kena tangkap. Tapi sekarang
nih. Bukan main bebas lagi kami nak pakai apa2. Lagi sekali aku terfikirperancangan
untuk BERSIH 4.0 (kalau ada). Aku sempat berseloroh dengan housemate aku. “Lepas
n punya BERSIH boleh jual button badge la”.. Ingat mamak je nak untuk BERSIH.
Gua pun nak jugak…
Bila masuk
waktu zohor pulak ramai2 umat islam solat berjemaah. Masyaallah. Terlihat sudah syiar islam kat sana.
Alhamdulillah. Yang paling aku seronok tengok adalah keharmonian pelbagai
agama. Ada non muslim yang memberi laluan untuk umat islam bersolat. Mereka
sangat menghormati kita malah ada juga yang tidak lokek memberikan air untuk
dijadikan air wudu’.
Solat berjemaah tetap diutamakan!
Lagi satu
syiar islam yang jelas aku dapat lihat adalah apabila kita bertakbir. Ada cina
kat sebelah aku ni turut sama melaungkan Allahuakbar!!. Walaupun hanya perlahan
tapi aku pasti apa yang dia sabutkan. Malu sedikit barangkali. Tapi hakikatnya
kita telah berjaya mendekatkan mereka untuk membesarkan Allah. Time tu aku dah
seluk poket nak ambil henpon murah aku. Tapi orang kat depan tu dah stop
melaungkan takbir lak. Potong stim betoi lah…
Ni lah cerita
keharmonian BERSIH 3.0 yang bertahan sehingga kurang lebih pukul 2.30. Sesudah
tu pihak polis mula melancarkan “jihad” mereka kepada kami selaku rakyat
Malaysia nih. Tindakan provokator yang melampau aku sendiri dapat lihat
(mungkin SB). Bukan di entry ini nak aku ceritakan. Nantikan entry berikutnya
mengenai keganasan2 yang berlaku.
Wallahualam…
3 comments:
Pengalaman yg menarik...ana xberpeluang utk sertai BERSIH 3.0 kali ini.
oh.rugi la nti..bte ana ada jumpa gaka dik2 nti yang lain tuh...bakal cekgu belako...
Siapa yg suruh rempuh? Anwar bro. Jgn nafikan fakta itu. Jgn nk kaitkan dgn SB bagai. Celik mata. Tp buta mata hati. Kesian.
Post a Comment