Kelmarin selesai aku bermain pingpong dengan member2 ofis
aku, Penat giler.. Al maklum la main nonstop la katakan. Itu la nasib orang
yang asyik menang kan. Kena stay. (Ayat bongkak.haha). Penat sangat punya
pasal, aku singgah kat kedai mamak Aloha kat area ofis aku. Beli 100+. Sekejap
je habis. Akibat dari penat yang amat aku bertindak untuk singgah kat kedai
depan rumah aku pulak. Beli 100 botol besar dan livita. Ketika brader kedai tu
nak kira berlaku sedikit dialog aku dengan dia.
Aku : Bang. Tak payah plastik.
Saya taknak.
Brader kedai : Taknak plastik?
(dengan wajah sedikit terkejut). Ok.
Mungkin sahaja dalam hatinya cakap. “Fuhhh… Jimat plastic aku hari ni..” haha
Sebenarnya lama dah aku amalkan benda ni. Biasa jugak
pekedai terkejut. Brader ni antara yang masuk dalam list. Benda ni lah yang aku
nak cerita sebenarnya. Yang mukaddimah di atas hanya semata2 ingin menunjukkan
aku komited untuk menguruskan badan. Haha
Sekitaran kita
tanggungjawab kita.
Selaku orang yang bekerja dengan bumi aku dapat melihat
betapa banyaknya bumi kita ni dirosakkan oleh tangan manusia. Tapi sekarang ni
kita sentuh dulu tentang benda yang simple yang kita boleh buat untuk
menunjukkan kita menyayangi bumi kita. Hari2 kita membeli barangan di kedai. Bukan
susah pun. Kita just perlu menolak untuk diorang masukkan barangan yang kita
beli kat dalam plastic. Terpulang lah
jumlah yang korang mampu nak pegang pakai tangan je. Setakat ni aku buat kalau
2 3 benda tu aku pegang je. Pastu terus letak dalam kereta ataupun raga motor.
Ni tak. Kadang2 tu beli air setin pun nak beria letak dalam plastik. Kalau korang
nak lagi power. Korang bawa je beg recycle tu kemana2. Baru la boleh dikatakan
aktivis alam sekitar. Ye dok??
Ke arah bumi lebih hijau
Sivikkan diri anda
Cakap pula tentang sampah. Kalau nak cakap buang sampah
merata2 tu macam gaya cikgu sekolah cakap kat anak murid pulak. Aku pun kadang2
terlepas jugak buat benda tu. Buang sampah merata2. Tapi kadang2 tu bukan sebab
aku nak buang. Tapi cari tong sampah tak jumpa2!! (Alasan sikit.hehe). Ini lah
kesedaran sivik yang perlu kita ada. Dah
la mengada2 nak ambik plastik kat kedai walaupun tak penting pun. Pastu buang plastik
tu ikutsukaatikkorang pulak tu. Ce simpan dulu sampah tu dan cari tong sampah
baru buang. Kan senang. Tiba2 teringat kat sampah yang ada dalam raga motor aku
sekarang ni. Lupa pulak nak buang tadi. Nyenyak lah korang tido kat situ ye
encik sampah sekalian. Haha
Smart jugak gambar nih
Etika Vs Akhlak
Ni yang aku perasan dalam kerja aku sekarang. Kalau bab
environmental issue ni bukan main lagi diambil perhatian. Memang ni kaw2 punya
la. Semua alat engine yang menggunakan minyak perlu ada drip tray kat bawah
dia. Hatta ada setitik minyak yang menitis di tempat kerja akan mengundang
bebelan dari HSE department. Ni la dikatakan etika bekerja. Namun sejauh mana
etika tersebut diimplementasikan dalam kehidupan? Islam takde suruh kita jaga
alama sekitar ke? Tak guna kalau kita duk sibuk jaga lama sekitar kat tempat
kerja tapi dah lepas kerja dan dah tak terikat dengan etika kerja maka semunya
hilang. Itu la masalahnya apabila etika kerja hanya menjadi etika tanpa menjadi
akhlak!!
Islam itu syumul.
Kesimpulan
Sebenarnya bukan susah sangat nak jaga alam sekitar ni. Banyak
benda2 yang simple yang kita buatkan. Bukan sahaja ianya member manfaat kepada
alam sekitar malah juga kepada kita. Lebih hebat dari itu ianya akan dikira
sebagai ibadah jika kita berniatkan dan memahami bahawa islam adalah agama yang
menitikberatkan mengenai alam sekitar. Aku tinggalkan sepotong hadith untuk
renungan bersama…
Sesungguhnya dunia ini
cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai
manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya.
(Al-Tirmizi)
Semoga kita menjadi pengurus yang baik kepada Alam sekitar..
Jangan sesekali kita menjadi pengurus yang rakus memperkosa kesucian alam sekitar!!
Wallahualam…
7 comments:
Kawan aku pernah bg tazkirah..kerana buang sampah merata2x boleh mnjadi pnyebab kpd dia masuk neraka..x tau nape hiperbola sgt statment tu,tapi sentap gak ahh,BTW nice entry..lme x komen kat blog ko
nice one!
salam..wah,nice entry..
:))
BUMIKU HIJAU~
sarrah jevo : aku pulak lame x cakap "ROCK!!!" kt ko...haha
fatien : Thanks two!!
sarah.. Yeah..kerna "KU LIHAT HIJAU" hehe
louboutin shoes
vapormax
mlb jerseys
adidas yeezy
off white
balenciaga sneakers
yeezy boost 700
supreme hoodie
supreme clothing
michael kors outlet
kd shoes
jordans shoes
jordan retro
bape hoodie
off white
jordan 6
yeezy shoes
hermes
kyrie 8
air jordan travis scott
supreme new york
curry 8
giannis antetokounmpo shoes
kd 12
supreme clothing
Post a Comment