PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, June 14, 2012

Perginya Seorang Murabbi

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini adalah hari yang sayu buat seluruh pendokong gerakan Islam tertamanya Jemaah Parti Islam Semalaysia (PAS). Hari ini kira2 jam 6.15 petang tadi Allah telah mengambil kembali seorang tokoh gerakan yang mahsyur di bumi bertuah ini.Beliau yang dinobatkan sebagai Murabbi PAS sepanjang zaman meninggal dunia di kediamannya dan dijadualkan solat jenazah akan diadakan pada esok hari jam 9.00 pagi. semoga Allahyarham yang telah banyak sumbangannya dalam perjuangan islam di tanah air ini ditempatkan bersama golongan ahli syurga kelak. Al Fatihah....

Maksudnya:
Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburnya, mandikan dia dengan air salju dan air yang sejuk. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kekotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), isteri (atau suami) yang lebih baik daripada isterinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke syurga, peliharalah dia dari siksa kubur dan neraka.” (Muslim 2/663)


Sedikit maklumat mengenai Almarhum...

Nama Abuyya al-Syeikh Yahya Othman lebih mashyur di negara-negara Arab berbanding dengan tanahairnya sendiri, Malaysia. Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Islam di Mekah dan juga Mesir serta begitu amat fasih berbahasa Arab.

Bersihnya wajah sang Murabbi


 Kefasihannya sering membuatkan ramai dikalangan orang-orang Arab begitu segan terhadap beliau. Tokoh ini pernah berjawatan pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihanraya tahun 1978. Demi perjuangan Islam, al-Syeikh Yahya Othman sanggup meninggalkan jawatannya (sebelum sempat pencen sebagai seorang pensyarah) dan bertanding untuk kalah pada ketika itu. Setelah beberapa kali masuk bertanding dan kalah, beliau tidak pernah kenal erti perit dalam usaha menegakkan panji-panji Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Akhirnya Abuyya al-Syeikh Yahya Othman menang dalam pilihanraya pada tahun 1990 dan 1995 dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN Negeri Kelantan dalam tempoh tersebut. Dalam struktur organisasi parti, beliau pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun. Selain itu, tokoh pendidik ini juga merupakan ahli Majlis Syura Ulama’ (pernah jadi setiausahanya yang pertama), AJK Dewan Ulama’ PAS Pusat, AJK PAS Pusat, Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra, pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur dan lain-lain lagi.  Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah.




Sumber : http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2011/06/26/al-syeikh-yahya-othman/

Jemput juga menonton video khas buat Almarhum...

http://www.youtube.com/watch?v=yDO7_NfximI

Semoga semangat roh tarbiyah dari beliau akan terus subur mewangi dalam kalangan ahli Gerakan Islam di Malaysia.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang