Contaractor : Eh. Takkan
takde awek lagi. Nak kata muka tak hensem dah memang hensem
Aku : Memang takde.
Apa barang awek2 ni. haha
Contaractor : Janggut
pulak sejemput. Mertua kompom suka punya. Ko jangan kawen lambat2. Rugi je…
Lebih kurang macam tu la dialog aku dengan brader lori dekat
tempat aku kerja. Bukan main lagi dia puji aku kan. Macam nak blushing sekejap pun ada.kahkahkah.
Sebenarnya ini bukan kali pertama. Sudah banyak kali persoalan yang sama muncul
dan aku pun yakin korang pun alami benda yang sama. Kalau korang bukan jenis
yang berkapel la..
Takkan la takde awek /pakwe lagi kut?
Terasa ringan je nak balas.
Eh. “Memang wajib ada pakwe/makwe ke ek?”
Mentaliti yang
salah
Mentaliti sebegini sebenarnya semakin subur dalam pemikiran
orang kita sekarang ni. Adalah suatu benda yang pelik jika seseorang tu takde
awek/pakwe. Tambah lagi parah apabila mereka mengaitkan dengan soal
perkahwinan. Seolahnya dengan adanya awek/pakwe baru la perkahwinan tu menyusul kemudian. Rata-rata
orang memandang orang yang berkahwin pasti akan memegang title pakwe dan makwe
terlebih dahulu. Padahal dalam buku teks Pendidikan Islam dulu takde pun state
menatang ni sebagai syarat sah perkahwinan. Haha.
Aku juga pernah ditanya oleh KAWAN ANAK SAUDARA aku yang
baru sahaja SEKOLAH RENDAH mengenai ni. Tanya mereka. “Acik.. Acik takde awek ke??” Oh parahnya dunia. Budak sekecil itu
sudah sibuk soal pakwe dan makwe ni. Haishhhh…
Kahwin Vs Couple
Situasi 1
Anak : Mak. Saya bercadang untuk kahwin hujung tahun ni.
Mak : Eh kamu ni.. baru 21 tahun dah nak kahwin. GATAL!!
Situasi 2
Anak : Mak. Perkenalkan awek saya. Danisha. Kami kawan
sekuliah..
Mak. Oh. Cantik orangnya.. Jemput la masuk Danisha…
Ni lah mentality orang kita. Menghalalkan couple. Tapi bila
bicara soal perkahwinan maka mula la dilabel GATAL!!. Kerana apa jadi begini?
Tu la pasal. Macam perenggan kat atas. Orang duk pandang kena bercouple dulu
sebelum kahwin.
Say "Boleh blah" to Couple
Aku rasa tak perlu kot aku duk perjelaskan tentang
pengharaman couple ni. Semua orang dah tahu tapi mungkin tak mampu nak melawan
gelodak jiwa je. Haha. Cuma aku menasihatkan aku dan kamu supaya sama2 la kita
berdoa agar dihindarkan dari rasa ingin bercouple. Kalau agak2 dah tak tahan
sangat. Kahwin je terus. Biar orang level korang gatal pun takpe.. Ade beran??
Katakan boleh blah kepada Couple
Kesimpulan
Untuk berkahwin kita tidak perlukan aktiviti bercouple. Yang
kita perlukan adalah satu perhubungan yang diredhai Allah. Aku optimis korang tidak perlu mengahwini awek/pakwe korang. Tetapi
korang akan mengahwini bakal pelengkap
hidup korang.
Sweet jugak buat gini. Tapi dengan bini la... hehe
Untuk sesape yang ada awek ataupun pakwe tu. Ce cuba buat
kezuuuutan kat pasangan korang. Korang cakap macam nih….
Awak… Jom kahwin!! Kalau awak taknak, kita putus je. Sebab saya lebih
sayangkan Allah berbanding sayangkan awak…
Goodluck!!!
Jemput menonton Video ni.. Kawan aku ade berlakon. Aku tak boleh lagi. Sebab takde pasangan. haha..
http://www.youtube.com/watch?v=7K6H-ruFZzQ&feature=g-upl
Jemput menonton Video ni.. Kawan aku ade berlakon. Aku tak boleh lagi. Sebab takde pasangan. haha..
http://www.youtube.com/watch?v=7K6H-ruFZzQ&feature=g-upl
5 comments:
Asas perkahwinan mestilah dibina di atas syariat Islam, bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu semata-mata..jika cara perkahwinan itu dibina dengan satu perhubungan yang diredhai Allah...inshaallah.. dpt lahirkan zuriat yg baek dan soleh..generasi inilah yg kita nak lahirkan tuk mase hdpn..
agreed wif this entry .
aku takde pakwe pun relaksss je.. hahaha...
Say "Boleh blah" to Couple
agreed!
jom kembali kepada fikrah islami yang sebenarnya.
Thanks all yang setuju!! ^^
Post a Comment