Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah..
Semalam seperti aku dan rakan serumah berjaya
meneruskan aktiviti Usrah mingguan kami. Aku kira sudah beberapa bulan kami
meneruskan aktiviti ini. Dari minggu ke minggu pelbagai tajuk yang kami cuba
untuk kupaskan. Dari tajuk aqidah, ibadah dan segala tajuk yang agak berat
mahupun santai.
Semalam satu tajuk yang agak menarik untuk
dikongsikan. Tajuk yang dicadangkan oleh Pau adalah mengenai Sains dan Al
Quran. Almaklumlah rumah ni semuanya terlahir dari aliran sains. Saintis la katakana.
Haha . So amat bersesuaian la tajuk yang kami pilih ni. Aku, Apiz dan Pau
berlatarbelakangkan geologi. Manakala Aiman pula berlatar belakangkan Sains
Teknologi.
Seusai bertadarus, Pau memulakan perkongsian
mengenai kejadian Gunung yang sentiasa bergerak. Nampak sangat mamat nih
seorang geologist kan? Haha. Apiz pula memilih untuk mengetengahkan mengenai
kehebatan Besi manakala Aiman pula tentang teori big bang. Aku pula tentang titik terendah bumi. Selain tu ada pelbagai
contoh lagi yang kami kongsikan yang aku rasa kome pun udoh biase bebenor
dengor maupun bace tentangye. So aku tak berhajat untuk berkongsi tentang
intipati tersebut. Korang dah besar dan dah mumaiyiz so korang google la
sendirik ye..
Yang ingin aku sentuh adalah mengenai
bagaimana kita melihat kehebatan Al Quran apabila banyak sekali maklumat sains
telah pun tertulis di dalamnya. Adakah rasa takjub itu memangkin meningkatnya
iman kita ataupun hanya berlalu macam tu sahaja?
Kita berasa hebatnya Al Quran apabila secara
tepatnya menceritakan tentang pembentukan bumi, Begitu juga tentang pembentukan
manusia, Semuanya kita rasa hebat. Tapi bagi aku rasa takjub dan hebat itu
adalah sampah semata2 jika langsung tidak meningkatkan iman kita kepada Allah.
Ianya sama je dengan kita rasa takjub dengan larian kencang dan jaringan Cristiano
Ronaldo dalam aksi euro minggu lepas. Haha. So ayuh sertakan ketakjuban kita
dengan pertambahan iman kita yang sedia tipis ini.
Sesungguhnya
dalam penciptaan langit dan bumi, dan
silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang
berakal,
(yaitu)
orang-orang yang mengingat Allah sambil
berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan
tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami,
tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari siksa neraka.
(Al
Imran : 190-191)
Ni petikan ayat Al Quran yang aku
sempat bawakan semalam. Aku rasa ini lah peluang yang amat baik kepada kita
untuk menjadi golongan Ulil Albab. Setiap apa yang diciptakan di bumi dan di
langit pasti dan pasti mampu mendorong kita menjadi golongan yang senantiasa mengingati Allah swt setiap
masa. Hadami sahaja setiap kajian mengenai Sains dan Al Quran. Seharusnya ianya
akan menatijahkan perasaan bertuhan dalam diri kita. Mana mungkin Al Quran ini
ditulis oleh manusia apabila ianya ternyata terbukti membawakan maklumat yang
jauh melangkaui zaman. Pastinya ianya
dari Tuhan semesta alam.
Aku ada buku ni. Sapa nak pinjam boleh roger aku
Panjang cerita pun boring jugak kome
nak baca kan? So secara kesimpulannya seharusnya melalui pembacaan kita
mengenai Sains dan Al Quran akan meningkatkan iman kita kepada Allah lantas
akan melahirkan perasaan rasa bertuhan dalam diri kita. Namun untuk pergi kea
rah itu, kita harus bersedia untuk membaca dan mengkaji terlebih dahulu. Kita
harus berusaha untuk cuba mencari maklumat yang mampu mendekatkan diri kita
kepada yang Maha Pencipta. Kerana imanilah bahawa apabila kita mendekati Allah swt
maka Allah swt akan lebih mendekati kita.
Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w pernah
bersabda,ALLAH s.w.t berfirman:Sesungguhnya,Aku adalah sebagaimana yang
disangkakan oleh hambaku,adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku,jika
dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan
jika dia mengingati aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang
lebih baik ( iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala
dosa).Apabila hambaku mendekatiku sejengkal,maka aku dekati
dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta Aku dekati dia sedepa.Dan
apabila dia datang mendekati akudengan berjalan,maka Aku dekati dia dengan
berlari.
(Hadith
Qudsi)
Wallahualam…
P/s : Ape lagi kome?? Ce kome cari
cepat tentang Sains dan Al Quran nih… Bestt woooo….
No comments:
Post a Comment