Bismillahirrahmanirrahim…
Sebelum asar tadi aku menerima panggilan dari Akak Felo aku
kat KIZ dulu. Akak yang sangat baik. Plus cantik dan sopan orangnya. Tapi dah
berpunya ye.. jangan korang nak menggatai lak.. Dah ada anak secomel Acik Zul
dia ni dah pun. Kahkahkah..
Perkara yang ditanya ialah tentang Pondok yang aku pernah
pergi. Mungkin baca kat blog ataupun kat facebook aku kot. Apa2 pun tetap
menunjukkan ada jugak orang yang sudi concern tentang kehidupan aku.cewwahhh….
So aku pun ambik la keputusan nak tulis entry ni sambil
ditemani oleh alunan Qasidah “Ya Hanana”. Buat pengetahuan korang Qasidah ni
aku dengar first time kat baitul Qura’. Time tu ada Habib (keturunan Nabi
Muhammad saw) dari Indonesia datang ke pondok. So student pondok ni perform la
Qasidah ni. Memang teeeerrrbaek dowhhh.. Terus melekat dalam jiwa aku…Boleh nonton di SINI dong....
Ok. Sekarang ni jom bercerita tentang Pondok Baitul Qura’
Wal Fuqaha’. Tapi aku malas nak cerita tentang Pondok tu kat sini. Korang baca
kat link blog dia INI ataupun blog Mudir Pondok tu (Tuan Guru Zulkifli Ismail). Yang aku nak
cerita adalah tentang Pondok ini dari kacamata aku.
Baitul Qura’
adalah tempat permulaan
Ini adalah ayat yang aku dapat dihari terakhir pengajian
kitab dalam daurah kali kedua aku. Meremang bulu roma aku dan hampir sahaja
menitiskan airmata aku. Sangat tepat apa yang Ustaz Zul katakan. Ketika itu
daurah yang aku kira aku lebih faham dan serius dalam menuntut ilmu.
Ok. Kantoi berlakon. haha
Di situlah tempat aku bermula. Mula mengenal erti menutut
ilmu secara bertalaqqi. Mengenal tentang Ilmu Aqidah sifat 20. Di sana aku
belajar banyak sangat walaupun hanya beberapa minggu bersama. Akhlak, Adab,
Ilmu, Iman, Yakin, Ukhwah dan macam2 lagi.
Tapi sebenarnya paling buat aku tersentuh adalah di sinilah
tempatnya adik bongsu aku bermula. Ketika itu aku baru habis belajar di UKM.
Sebelum aku start cari kerja aku decide nak pergi Daurah ke Pondok ni (daurah
kali pertama). Adik aku nak ikut. Aku sangat mengalukan. Adik aku bukanlah
pelajar jurusan agama. Bukan juga orang yang bertuduh labuh. Hanya ada sedikit
asas yang dididik oleh opah dan parent kami. Mungkin abang dia ni ada
menyumbang sikit kot. Haha.
Ketika itu adik aku sudah mendapat tawaran ke Asasi Undang2
UiTM. Baru seminggu berdaurah Abah aku dah kol suruh adik aku balik awal untuk
meguruskan persiapan. Tak silap aku daftar lebih kurang seminggu selepas daurah
habis. Time tu aku rasa no matter how adik aku ni mesti habis jugak mengaji
kitab kat sini. Aku nak dia ada basic yang kuat before pergi ke UiTM. Jadi la
aku anak yang ketegaq sat dengan pak dia. Haha. Alhamdulillah Allah
permudahkan.. Adik aku berjaya jugak menghabiskan 2 minggu berdaurah di sana.
Sejak itulah dia bermula. Abang mana tak sayang adik cek oi.
Seronok tengok adik bermula dan terus istiqamah. Dari situ aku melihat dia
terus istiqamah. Tudung labuh yang dihadiahkan oleh akak UKM yang ikut daurah
jugak tu terus dipakai. Usrah di kampus pun dia sertai. Bila time cuti pulak
dia pergi mengaji kat Pondok lain. Pondok Pasir Tumbuh antaranya. Sekarang ni
dah dia pulak lagi pandai dari aku. Haha. Takpe2.. Mengalah dengan adik. Aku kan
abang. Kahkahkah..
Kantoi bercinta dengan adik kandung. First time tengok dia pakai tudung labuh
Baitul Qura’
adalah Pondok Akhlak
Ni lagi satu point penting. Kalau kite pergi ke pondok yang
lain. Kebanyakannya akan belajar kitab macam2. Kalau kat Pasir Tumboh tu tak
silap aku 7 kitab perlu ditadah dalam sehari. Memang ilmiah. Tapi berbeza di Baitul
Qura’. Di sini adalah tempat memperbaiki akhlak. Ustaz Zul sangat menjaga
akhlak pelajarnya.
Sabar menanti Tuan Guru datang
Nak cakap diorang ni camne ek. Hmm… Memang baik la… sopan
je. Kadang segan je aku dengan budak2 pondok ni. Pernah budak pondok cerita.
Ustaz Zul pernah herdik dia sebab dia bercakap ketika orang sedang solat sunat
rawatib. Even cakap benda yang agak penting. Ada budak baru tanya kat dia. Tapi
nak katanya akhlak dan adab tu di jaga. Memang kena taji teruuusss…. Belum
masuk bab Ustaz Zul jaga permakanan. Anak dia tu ada geng2 daurah bagi makan
cekedi n gula2.. bapak aih.. Mengamuk sakan Ustaz Zul time tu…
Cerita pulak tentang adik sahabat aku kat UKM. Mamat ni memang
otai la. Nakal sampai polis datang ke rumah la. Tapi Alhamdulillah asbab Baitul
Qura’ ni akhirnya dia dapat dibentuk. Perubahan yang amat positif. Ada lagi
cerita macam2 tentang akhlak dan adab kat Baitul Qura’ ni. Kalau korang nak
tau. Korang pergi la sendiri. Hahaha
Ok. Sekadar tu cerita aku. Moga korang ada peluang menadah
kitab di hadapan guru2 yang hebat2 ni. Berlonggok pondok dan kelas pengajian
kat Malaysia ni. Nak or tak je…
Ngaji Pondok sekali bro.. Ade beran??
Selamat Bertalaqqi!!
Wallahualam…
4 comments:
Pondok ni di mana ? Macam mana nak daftarkan diri di sana ?
Salam.. Melaka.paya rumput .sg udang..
kd 14
nike sb dunks
golden goose
yeezy gap hoodie
supreme new york
off white
kyrie 9
jordan 13
hermes
yeezy boost 350 v2
off white jordan 1
supreme
yeezy outlet
bape hoodie outlet
yeezy 700
jordan outlet
jordan outlet
bape sta
golden goose outlet
yeezy outlet
Post a Comment