Bismillahirrahmanirrahim…
Teringin ingin berkongsi pengalaman sepanjang perkelanaan ke
Negeri Cik Siti Wan Kembang. Tapi Nampak gayanya bukan pada entry ini. Ah.
Kerapkali terjadi sebegini. Merancang untuk menulis di hari lain. Masalahnya
aku tak jumpa2 hari lain tu untuk aku merajinkan diri mengemaskini blog aku.
Haha
Untuk kali ini aku ingin berkongsi rasa ketika bermulanya
hari pertama dalam kalendar untuk tahun ini.
Pulang sahaja aku dari kerja aku meng”on”kan wifi detector
di hp aku. Lantas terdengar mesej masuk kedalam perisian whats app aku. Kawan
aku sharekan doa akhir tahun dan awal tahun di dalam group kawan segeologi aku.
Aku pun share terus ke kawan lain dan aku terus membaca doa
akhir tahun. Maksud doa tersebut benar2 membekas ke dalam diri. Sepanjang tahun
ni banyak sungguh dosa yang telah aku lakukan. Semoga Allah ampuni aku…
Azan berkumandang…
Aku bersiap untuk ke surau di tingkat tiga.
Usai solat maghrib pak imam membacakan doa awal tahun di
dalam bahasa arab dan diikuti di dalam bahasa Malaysia. Entah mengapa. Perasaan
menyesal ketika membaca doa akhir tahun tadi terus ditambah2 rasanya.
Tangan aku menggeletar.. Kali ini bukan pula kerana
mengenangkan tahun yang berlalu. Tapi mengenangkan tahun yang mendatang. Terasa
bimbang. Terasa terlalu besar dan pelbagai rasa bercampur baur.
Tahun kali ini aku perlu menjadi seseorang yang lebih
berbeza. Lebih serius barangkali. Semuanya perlu lebih kali ini.
Hmmm…
Rasa tu tak datang ketika itu sahaja. Kerapkali rasa itu
datang. Dalam mengenang masa depan dan masa silam. Rasa takut dan bimbang itu
silih berganti…
Ah. Korang mesti tak faham. Mesti rasa mamat ni dah buang
tabiat..
Ok. Aku stop kat sini. Ada masa aku cerita apa yang
dibimbangkan…
Wallahualam….
No comments:
Post a Comment