PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, April 28, 2013

PAS dan kematangan politik


Bismillahirrahmainirrahim..

Dulu aku tak tahu pun kena solat jemaah kat masjid

Lepas tu aku masuk SMKA Kerian aku dipaksa solat jemaah kat surau oleh ustaz

Masuk ke Matrikulasi aku rasa kepentingan solat jemaah di masjid

Masuk Univ aku biasa pergi solat jemaah kat surau. Aku tahu solat jemaah adalah fardhu kifayah

Sampai satu tahap aku merasakan solat jemaah di tempat azan diazankan adalah fadhu ain

Setelah sedikit pembelajaran aku dapat tahu antara solat jemaah dengan majlis ilmu. Majlis
ilmu diutamakan

Juga dapat tahu jika makanan sudah terhidang maka di sarankan makan dahulu jika menganggu kekhusyukan

Bila dah kahwin pada mulanya aku mengetahui bahawa solat jemaah dengan isteri juga baik

Lama kelamaan aku terjumpa yang kata isteri yang tinggal di rumah apabila suaminya solat jemaah di masjid adalah lebih afdhal.

Ok. Tu sedikit tentang ibadat solat jemaah di surau/masjid. Perbezaan pandangan aku ni adalah aku kira terhasil dari asimilasi pengisian ilmu dan kematangan dalah kehidupan beragama. Aku merasakan inilah indahnya islam. Ilmu yang di cari juga mengikut keadaan persekitaran (waqi) cukup memenuhi sifat islam yang thabat wal marunah (tetap dan fleksibel). Begitulah keadaan dalam perlaksanaan hudud. Aku kongsikan pandangan Ustaz Zahazan Mohamed kat bawah ni.

Konteks negara berkebajikan pula tidaklah mengenepikan hasrat penegakan negara Islam yg selama ni menjadi niat PAS bahkan ia adalah suatu yg wajib ada dlm diri setiap muslim yg mukallaf, bukannya perjuangan PAS saja..

Tetapi dlm seerah Umar al Faruq ra baginda pernah memberhentikan perlaksanaan hudud semata2 meraikan keadaan ekonomi yg tak stabil bila kemarau berlanjutan mnybbkn masyarkat mencuri utk menampung kehidupan bukannya utk bermegah...

Sama seperti harini tentulah belum layak dikemukakan hudud dalam keadaan sebahagian besar dari kaum muslimun hidup di flat, gaji sebagai pemandu, pekerja bawahan menyebabkan ekonomi yg belum stabil..

Buktinya sila lihat mengapa begitu banyak tawaran pinjaman 'ahlong' yg ditampal dimana2 sahaja yg menunjukkan betapa ramai kalangan masyarakat yg terlibat mmbuat pinjamn utk mnyara hidup..

Saya meyakini tindakan PAS mniadakan Hudud adalah bersifat temporary mnampakkan kmatangan berpolitik ..

Nanti bila harta @ ketiadaan tol & berbagai kemudahan percuma yg selama ni bersifat harta dimiliki oleh segelintir golongan elit dipulangkan kpd masyarakat...

Harta negara da dibahagikan secara saksama tapi kalian masih lagi mencuri... Maka itulah yg layak dikenakan had ( tindakan ikut peruntukan jenayah )..

Ok. Ni yang aku Nampak sekarang. Aku katakan soal kematangan yang diisi dengan ilmu oleh para Ulama’ yang benar2 ahli di dalam bidangnya. Kita ni apalah sangat. Budak mentah je kat dunia agamawan ni. So kita cuba menghormati ijtihad dan pandangan Ulama’ kita ni.

Btw yang aku peliknya yang duk main isu Hudud ni adalah manusia yang bukan dari golongan agamawan. Malah ada yang dari kalangan yang tidak mengamalkan islam dengan baik di dalam hidupnya, isterinya mahupun keluargnya.

Wallahualam..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang