PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, August 25, 2013

Remaja oh Remaja


Remaja merupakan satu zaman pertukaran dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa. Boleh juga dikatakan dari usia 12 tahun sehingga 21 tahun. Di zaman remaja inilah pelbagai perkara ingin dicuba. Tidak di nafikan juga alam remaja ini adalah satu tiik mula ke mana arah tuju seseorang dalam melayari bahtera kehidupan.

Remaja melalui sirah.

Lupakan sebentar gelagat
remaja zaman kini. Ayuh kita telusuri seketika remaja di zaman kemasan islam satu ketika dahulu. Kenalkah kita dengan Usamah Bin Zaid? Sebelum baginda saw wafat, baginda telah melantik remaja ini untuk mengetuai angkatan perang ke Rom. Anjakkan sedikit peredaraan masa ke zaman Bani Abbasiah. Sebelum Sultan Muhammad Al Fateh menawan konstantinopel ayahanda beliau terlebih dahulu mencuba untuk menawannya. Jika Al Fateh menyerang konstantinpel di usia 21 tahun tetapi ayahndanya menyerang konstantinopel pada usia 17 tahun!!  Ah. Hebat sungguh remaja di zaman lampau. Berbeza dengan remaja masa kini.

Remaja dan permasalahan sosial

Menurut kajian, Seseorang itu mula terjebak di dalam gejala sosial adalah ketika di zaman remajanya. Di zaman remaja ini lah semua perkara ingin dicubanya. Dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besarnya. Budaya cinta haram, hendonisme, rempit dan sebagainya ibarat sudah menjadi santapann wajib kepada seseorang yang bergelar remaja. Lihat sahaja di shooping complex siapa yang membanjirinya seusai habis waktu persekolahan. Lebih memeritkan apabila ada ketikanya  sanggup ponteng sekolah untuk menghabiskan masa di shopping complex. Ini baru satu. Terlalu banyak lagi permasahan dan aktiviti tidak bermoral yang menjadi rutin harian remaja masa kini.  Sungguh. Remaja kita sedang rosak!

Islam sebagai solusi

Dalam keceramukan pelbagai pihak mencari solusi kepada permasalahan ini ternyata islam telah begitu lama melangkaui masa dengan menawarkan penawar kepada permasalahan ini. Hanya dengan akhlak islami sahaja yang mampu mengubah segalanya.  Secara teorinya sememangnya mudah untuk diperkatakan. Namun untuk mengimplementasikan dalam usaha menyemai benih akhlak islami dalam kalangan remaja merupakan satu perakara yang penuh cabaran. Dalam keadaan dunia yang dihimpit dengan pelbagai ancaman pemikiran dan pengaruh barat cukup membuatkan pendakwah perlu memainkan peranan yang lebih efektif. Dakwah yang ingi disampaikan tidak boleh dilakukan dengan membuta tuli. Perlu ada teknik yang berkesan agar maksud seruan pendakwah itu terkesan di hati remaja kita.

Membina jambatan dakwah

Bagi pendakwah yang ingin menyeru remaja kembali rasa bertuhan maka perlulah pembinaan jambatan dakwah itu dilakukan terlebih dahulu. Menjadi fitrah kepada manusia akan lebih mendengar kata-kata dari orang yang beliau percaya mahupun beliau punyai rasa selesa dengannya. Untuk menghadirkan rasa itu maka pendakwah perlu lebih kreatif dalam menyampai risalah dakwah ini. Pendakwah perlu memastikan agar terjalinnya hubungan yang baik terlebih dahulu dengan remaja yang menjadi mad’unya. Dalam usaha membina jambatan ini pelbagai usaha yang boleh dilakukan. Jika unutk remaja lelaki. Pendekatan yang santai dan bersifar adventure mungkin menjadi alternatifnya. Futsal, Painball, mendaki gunung, hangout dan pelbagai aktiviti harian lain yang kena dengan “selera” remaja perlu dimanfaatkan agar menjadi jambatan antara pendakwah dan remaja tersebut. Jika untuk remaja perempuan mungkin pendekatan yang lebih bersifat kasih sayang lebih memberi kesan. Jadikan diri kita sebagai tempat adik remaja perempuan mengadu rasa. Sentuhi tangan dan hati mereka agar jambatan dakwah itu utuh di hati mereka.

Kisah Eri dan Awani

Baru-baru ini hangat di laman sosial perihal dua adik remaja yang hangat bercinta ini. Kisah cinta yang  baru berusia seminggu sudah di angkat ibarat cinta mereka akan kekal hingga ke akhir hayat. Sakit  sungguh remaja kita ini. Namun ada satu perkara yang lebih menyakitkan. Betapa sakitnya masyarakat kita yang kebanyakan hanya pandai mengkritik kedua adik kita ini yang ternyata masih terlalu mentah. Malang sekali apabila abang dan kakak yang seharusnya membimbing dan mengeur dengan cara baik terus menghukum dan mengutuk mereka. Walau tidak dapat dinafikan pasangan itu tersalah langkah namun perlu dingat mereka terlalu muda. Perlukan bimbingan dan nasihat. Ruginya apabila jambatan dakwah yang seharusnya dibina dengan baik akhirnya dihancurkan yang boleh membuatkan mereka terus hanyut dek kerana kekecewaan diperlaku sedemikian rupa. Bersama kita mendoakan agar mereka diberi hodayah dari Allah untuk menginsafi segala yang dilakukan.


Kesimpulan

Remaja punyai rasa dan selera yang berbeza dengan orang dewasa. Tahap pemikiran juga berbeza. Maka seharusnya kita perlu bijak menyantuni mereka dalam usaha menarik mereka ke jalan yang Allah redhai. Dekati mereka agar mereka tidak terus hanyut di dalam arus duniawi yang semakin mencabar. Sungguh. Zaman mereka jauh lebih mencabar dari zaman remaja kita dahulu. Moga Allah memberi kekuatan kepada kita dan remaja diluar sana untuk mengislahkan diri agar kembali menjadi sebenar-benar abdi.

Wallahualam..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang