Ipoh 15 ogos :
Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kes pembunuhan terancang. Siri pembunuhan menggunakan modus
operandi pembunuhan terancang ini semakin berleluasa kini. Terkini sekumpulan
anak muda seramai 12 orang telah telah diserang oleh sekumpulan lelaki yang
sempat dirakam menggunakan kamera litar tertutup. Di fahamkan kumpulan anak
muda ini baru pulang dari menghadiri konsert sempena aidilfitri di ibu negeri
lewat malam tadi. Menurut pihak polis berdasarkan foto yang dirakam seramai 4
orang lelaki telah menyerang menggunakan senjata api yang dipercayai diseludup
dari negara jiran.
Oiiitt…. Cerita ini
cerita rekaan. Jangan hanya sensitif kisah di negara sendiri. Tapi ada satu cerita benar di negara lain..
Di sana berlaku pembunuhan terancang. Bukan belasan yang
terkorban malah ribuan. Bukan sahaja anak muda yang menjadi mangsa malah anak
kecil dan ibu bapa pun turut menjadi lahapan manusia iblis itu. Mereka yang
diserang bukannya menghadiri program yang mengarut. Tetapi mereka berkumpul
untuk mempertahankan presiden mereka yang sah dilantik melalui pilihanraya yang
telus dan adil. Berbagai foto dan video dirakam namun masyarakat dunia masih
mentutup mata. Termasuk kamu dan aku yang membaca ini. Apa yang kita lakukan?
Malah kita langsung tidak cakna dengan darah2 saudara kita yang mengalir di
sana.
“Ah. MALAYSIA MASIH AMAN. AKU MASIH HIDUP. AKU MASIH MAMPU
MENELAN KUIH RAYA”
Sedarlah wahai rakan sekalian. Bukalah matamu. Pandanglah ke
sana. Ambil tahu apa yang berlaku. Lantas BERDOALAH!!!
"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di
batang leher musuh-musuh kami,
dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka.
Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka!
Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan
pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu!
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat
Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai
Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai
Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab,
kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas
mereka…"
Bantuan untuk ikhwan
muslimin di mesir telah dibuka. Sila masukkan zakat/ sedekah/derma ke acct RHB
Muslim Care 26212000004747. Tulis Mesir dlm text.
Masih mahu berdiam wahai rakan??
2 comments:
Doakan mereka ya..:'(
visit view websites other go now find out here
Post a Comment