Kita perlu membuat Gulai kita sendiri!!! Kita akan
gelarkan dia sebagai GULAI KEMERDEKAAN!!!!!
Ini lah seruan yang berkumandang di suatu kampung yang
sudah muak untuk menjamah GULAI PENJAJAHAN. Individu yang mula2 sekali
bertanggungjawab untuk meneyeru pembuatan ini ialah Syeikh Ahmad Al Fathani.
Beliau yang mempunyai pendidikan dari
perbuatan GULAI KEMERDEKAAN di mekah memulakan kelas pengajaran untuk mengajar cara2 membuat gulai bersih dan bebas dari pengaruh GULAI PENJAJAHAN. Tahun ke tahun berganjak. Usaha mereka masih gagal. Namun sedikit demi sedikit pemilik GULAI PENJAJAHAN menyedari akanhasrat penduduk kampung tersebut. Pelbagai kelab di tubuhkan untuk membuat gulai tersebut. Ada yang mencari kayu api, Ada yang mencari periuk, Ada yang belajar cara memasak, Ada yang mencari rempah ratus, Ada yang lakukan ini dan itu sebagai persediaan untuk membuat gulai tersebut. Antara kelab yang terlibat adalah API, AWAS, KMM, Hizbul Muslimin, PKMM, BATAS dan berbagai lagi. Ada juga individu yang bergerak dengan pasukan masing-masing seperti Dato Bahaman, Rentap, Tok Janggut, Dato Maharaja Lela, Dr Burhanuddin Al Helmi, dan pelbagai lagi. Semua kelab dan individu ini tidak pernah jemu menyedarkan penduduk kampung akan kepentingan mempunyai gulai sendiri. Juga menekankan bahawa mereka penduduk kampung mampu melakukannya jika mereka bersatu.

Kerana keadaan mendesak pengelola GULAI PENJAJAHAN
mencari penduduk yang pro kepada mereka. Akhirnya mereka menjumpai satu kelab
yang mirip kepada mereka. Mereka akan membenarkan kelab tersebut untuk membuat
gulai kemerdekaan jika mereka masih menggunakan rempah ratus GULAI PENJAJAHAN.
Cuma namanya akan menjadi GULAI KEMERDEKAAN.
Maka peneraju kelab tersebut bersetuju dengan tawaran
tersebut. Akhirnya mereka berjaya membuat GULAI KEMERDEKAAN tersebut. Maka
seluruh penduduk menyambut kejayaan mereka itu sambil melupakan jasa golongan
yang benar2 bermandi darah mahupun bersabung nyawa untuk mengusahakan GULAI
KEMERDEKAANekaan itu pada asalanya.
Maka pembuat GULAI KEMERDEKAAN mencananglah sana dan
sini menyatakan merekalah hero dan pejuang sebenar untuk membuat GULAI
KEMERDEKAAN. Malah nama2 pejuang GULAI KEMERDEKAAN sebelum mereka dilenyapkan
dari teks sejarah agar generasi akan datang tidak mengerti tentangnya.
-Ifyouknowwhatimean-
*Soalan Tepu Cemas : Apakah nama kelab tersebut??
No comments:
Post a Comment