PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Saturday, November 28, 2009

Oh generasi muda..

Tadi time solat asar. Aku pergi ke masjid kampung aku ni. Sampai2 baru je azan. Lepas aku solat sunat qabliah aku duk tunggu la pakcik bilal tu qamat. Tak qamat2 lagi. Aku usyha2 rupanya imam ratib takde lagi. Pastu diorang ni saling tunjuk menunjuk le sape jadi imam. Yang agak bagi kesan kat aku bile time mintak pakcik2 lain tu jadi imm. Semua ade sakit. Kaki la betis la..Hmm aku bukan salahkan diorang. Cuma aku agak terkilan bile tengok yang tua2 je ade kat masjid solat jemaah. Bile jadi kes macam tadi kan susah..Mane pegi anak2 muda?? Hari tu ade gotong royong pun just golongan veteren ni je ade. Ape nak jadi la ngan anak muda zaman sekarang ni. hehe

Teringat aku zaman aku kanak2 dulu. Time abang2 aku punya batch anak muda. Aku memang salute la diorang. Walaupun tengok macam otai je. Tapi Bila ade aktiviti yang menggunakan tenaga kat masjid. Diorang ni la penyumbang tenaga. Memang sangat beza dengan sekarang. Solat jemaah pun nampak muka. Aku sebagai anak muda kampung ni pun lebih kurang je. Hehe. Time gotong royong ari tu aku lalu je. Segan pulak rase nak singgah.huhu.. Teruk toi aku ni..

So, Aku menyeru aku n sahabat2 pembaca blog aku ni. Kite sebagai anak muda ni. Cuba berkhidmat untuk masyarakat. Lebih penting lagi datang ke masjid n surau2 untuk solat jemaah.. Uncle2 kite tu perlukan pelapis. Dan anda adalah orangye.. Takkan nak tunggu kite dah tua bru nak jadi alim. Kalu tak sempat tua camne? Meninggal lepas membaca entri aku ni ke.huhu..Moga2 ALLAH panjangkan umur kite..amin..

Wallahualam..

Friday, November 27, 2009

aku nak ke berkorban??

Hmmmm.. dapat gak aku mengupdate blog ni.. ni pun pakai broadband akak aku yang tersangat2 laju ni.huhu. penat aku menanti loadingnye..(mintak2 yong tak baca blog aku.hehe)

Di kesempatan ni aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA KORBAN kepada sahabat2 dan pembaca blog aku.. Nape aku pakai istilah KORBAN kat atas ni?? sebenarnye aku nak mengajak kite same2 fikir ape yang telah kite korbankan untuk agama kite? untuk mengikut perintah ALLAH swt?? andai Nabi Ibrahim sanggup menyembelih Nabi Ismail di atas perintah ALLAH. kenapa kite tak sanggup mengorbankan sikit mase kite untuk mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam? tapi aku yakin pembaca aku ni semua warak2..saje je tulis gak.hehe

Tu je setakat ni.. jemput datang beraya kat rumah aku. Buah2an ade. lemang yang aku masak pun ade. kali ni aku yang cari buluh..huhu..

wallahualam..

Tuesday, November 24, 2009

cuti oh cuti..

waaaa.... Lame gile tak update blog..da seminggu lebih kut. maklum le duk kat kg ni.. internet mmg takde le. malas nak g cc. ni pun usaha gak ni..huhu

Sepanjang seminggu cuti ni. aku takde wat pape pun.. Tapi aku kongsi la sikit pengalaman2 best sepanjang seminggu ni. sahabt2 baca je la ek kalau sudi.huhu..

Ni la benda pertama yang bonda sajikan dekat aku. sampai2 je dah di kerah makan durian n rambutan. Sepanjang seminggu ni aku tak pernah miss la makan buahan kampung ni setiap hari. kekadang breakfirst ngan durian je.haha. Ade sesape nak?? datang la rumah aku. Aku dah tak larat nak makan dah. Banyak sangat.huhu..


Selain makan buah. Ade benda len lagi yang aku rasa menarik sangat2.. Sebelum start cuti sekolah ari tu. Aku sempat kembali ke gagang. gagang?? ape tu?? ala.. "sireh pulang ke gagang"..peribahasa sikit.hehe. Bermula ngan hari rabu. Aku pegi ke sekolah tadika aku dulu. tadika PASTI tempat aku mula dididik oleh ustazah siti n ustazah sakniah. Ade ustazah siti je sekarang. Sembang punye sembang dalam sejam tiba2 ustazah menyuarakan untuk aku menggerakkan alumni PASTI tu..hmmm aku cuba la usahakan..huhu. Sebelum aku balik ustazah sempat pulak suruh aku bagi ucapan sikit kat adik2 kat PASTI tu. Aku pun bagi la ucapan sikit. entah faham ke tidak budak2 tu.. biar je la.hehe.. Jumaat nye pulak aku sempat pergi ke sekolah rendah aku. Yang guru aku ade lagi just Teacher Liza, Cikgu Ayu, Cikgu Raihanah, Teacher Syeeda n Cikgu Mokhtar je.. Jadi la. Lepas gak rindu kat cikgu2 lame aku..cewwah.. Ade gak Cikgu mintak aku ajak budak2 alumni sekolah layang-layang kiri ni buat ala2 motivasi ke.hmm.. tu pun aku cuba ajak memember lain.. Kat sini aku nak ajak la sahabat2 yang membaca entri ni ingat balki kat cikgu2 lame kite. Cuba la kontek2 balik. Memang macam basic je ilmu yg diorang bagi. Tapi yang basic tu la yang kita gunakan sampai sekarang. Tanpa diorang kite belum tentu kenal lagi A B C kan? So takleh la kite nak lupakan cikgu2 kite. Tapi segan la nak jumpa..haha.. Aku pun same je mulanye. tapi lawan2 gak. last2 boleh je bergelak ketawa ngan diorang.huhu. Nak segan pe?sebab diorang kan MURABBI kite??huhu

Pergi sembahyang jumaat ari tu aku terjumpa si Zulhisham . Adik kawan baik aku time skol rendah dulu. Tetibe die cakap "jadilah seperti batu" n "Dato' Dr Ahmad". Aik camne pulak budak darjah 6 ni boleh sebut benda yang berkait dengan blog aku ni?? tanye punya tanye rupanye dia saje taip sk layang-layang kiri. Pastu keluar blog aku. Kan aku ade buat entri tentang sekolah aku ari tu. Patut la.. Dahsyat gak budak2 sekarang. Aku dulu dah sekolah menengah pun buta IT lagi.haha.. Caya la Hisyam.. Boleh jadi pakar IT ni. UPSR dapat 3A2B lak tu. Boleh la masuk Universiti nanti macam abangnye zulfariz..amin...

Satu lagi aktiviti aku time cuti n adalah jadi cikgu tuisyen tak bertauliah..haha.. Aku just ajar adik aku si dik wai n kengkawan die je. Ajar la subjek2 kritikal sikit. addmath, fizik, kimia n math mode. Bio??mintak ampun awal2..tak minat.haha. Sahabat2 yang bace entri ni doa2 la diorang ni n adik2 sahabat2 lain berjaya dalam SPM ni.Kan doa tu lagi penting??huhu. Sempat gak aku bagi pengisian sikit ari tu. tentang kebergantungan kepada ALLAH tu lagi penting dari usaha. Hope diorang faham n ingat le.huhu..

Mungkin setakat ini je kut penulisan aku.. Ikutkan banyak benda lagi aku nak cerite.. tapi nanti2 la ek?? Lepas ni nak kena setelkan rumah untuk raya n akak aku bertunang.. Nanti aku cerite lagi pengalaman aku..papepun.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..

wallahualam..

Sunday, November 15, 2009

Jadahnye..berakhlak konon..

Alhamdulillah.. Aku baru selesai program KEMBARA IBNU SINA (KIBSI 09). Macam2 kenangan dan manfaat yang aku dapat kali ni. Aku yang ditaklifkan menjadi penyelaras displin agak kekok nak menjadi tegas.hehe. Sebab aku bukannya seorang yang serius. Asyik men2 je.huhu.. Tapi tak kesah la.. Yang penting semuanye da selesai.

Dalam 3 hari 2 malam ni macam2 bentuk aktiviti yang diterapkan. Antara yang aku rase nak share n terkesan adalah slot diskusi ilmu yamg membincangkan tentang akhlak islamiyyah.. Penyampai bagi tajuk ni adalah ustaz fakhrurazi. Aku rasa die mampu menyampaikan pengisiannya dengan bersahaja dan berkesan..Lawak pun mantap gak.huhu

Antara istilah baru yang aku dapat ialah "ISTIKHLAQ" perkataan ni yang aku paham bermaksud usaha untuk menjadi berakhlak. Ni berbeza ngan akhlak. sebab akhlak seseorang tu adalah tingkahlaku seseorang tu yang tak perlu lagi die nak fikir untuk lakukan. Akhlak ni tindakan yang berlaku secara automatik. Sebagai contoh.. Akhlak masuk masjid. Orang yang berakhlak akan secara automatik melangkah dengan kaki kanan. Ni berbeza ngan istikhlaq yang memerlukan seseorang tu berfikir dulu nak melangkah guna kaki kanan atau kaki kiri. Faham tak?? wat2 paham sudey..hehe.


Atas ni nama die kitaran penghambaan kepada ALLAH. Kalau tak silap aku la..hehe. Aku cite sikit la pe yg aku paham ngan secara ringkas je ek.. Pertamanya.. step pertama.. kite kena mencari ilmu yang berkait ngan aqidah. benda ni penting sangat untuk kite meningkatkan pegangan aqidah kite. Aqidah ni sangat berkait ngan iman. Kat hujung kang aku kaitkan ape kaitan iman dalam kitaran ni.. Ok. sekarang masuk step ke 2. Dengan adenye ilmu yang berkait ngan akidah ni akan meningkatkan tahap pengibadahan kite kepdaNYA. Ibadah ni pulak akan merangsang dalam meningkatkan Akhlak seseorang. Akhlak ni la yang berbeza dari orang bukan islam. Diorang hanya ade moral. Ni berbeza ngan islam yang didasari oleh aqidah n ibadah yang mantap. ok.. seterusnya kecantikan akhlak ni lak akan meningkatkan tahap ketakwaan seseorang tu.. Seterusnya ketakwaan yang semakin bertambah ni akan menjana iman seseorang itu. iaitu dengan meningkatkan tahap kepercayaan n pegangan seseorang tu hanya kepada ALLAH..

Sekarang kite masuk kepada simple calculation dalam kitaran ni. Bermula dengan aqidah yang berkait dengan iman tadi. Contoh kite ade iman yang bernilai 2. Iman ni akan menjana ibadah yng turut bernilai 2. So ngan ibadah ni akn menyebabkan akhlak kite selari ngan ibadah kite tadi.. Ngan pemantapan akhlak kite lak akan meningkatkan Ketakwaan kepada ALLAH. Takwa lak akan menjana iman menjadi nilai yang lebih. Contohnya menjadi 5 pulak. Kitaran ni akan berterusan sampai la kite meninggal. So kitaran ni agak penting untuk menstablkan tahap keimanan kite. Terdapat 3 base yang selari iaitu aqidah, ibadah n akhlak. Ketiga2 item ni bertindak selari dalam meningkatkan ketakwaan seterusnya menjana keimanan kepada ALLAH swt.

Mungkin setakat ni pemahaman aku. Kalau sahabat2 ade komen atau penambahan. Boleh kongsi besama. Tambah2 kepada sahabat yang bersama ngan aku mendengar pengisian tersebut. Aku pun tak bape tau nak cite camne. Tapi aku cuba je. Sori kalau sahabat2 tak paham sangat.hehe..sekadarnya dari aku..

wallahualam..

Friday, November 13, 2009

CUTI2 GAK..TAPI...

Alhamdulillah.. setel gak exam aku tadi.. lega sikit. Tapi aku tak lega keseluruhan lagi pun.huhu. banyak lagi benda yang belum setel. Saje amik kesempatan tulis blog ni sebelum sambung sibuk jap lagi.huhu

Di kesempatan ni aku mengucapkan selamat berholiday kepada sahabat2 sekalian.. Mungkin ni kali terakhir sahabat2 baca blog ni sebelum buka sem. Maklum le kat bilik ni ade internet.huhu. Tapi sepanjang cuti sem ni. InsyaALLAH aku akn cuba update gak blog ni. Nanti bersawang lak blog aku ni.huhu

So sampai sini je kut. Aku nak setelkan benda yang belum setel lagi ni. Moga di sepanjang cuti ni sahabat2 akan ambik peluang untuk menambah ilmu agama di samping berusaha menjaga iman di kala di rumah masing. Pesanan ni pun sebenarnya untuk diri aku gak ni. huhu.Moga time cuti2 ni kita same2 dapat meningkatkan amal..

SELAMAT BERCUTI!!!!

Thursday, November 12, 2009

Kerana siapa???


PENAT.. Mungkin tu istilah yg sesuai kut.. Penat da study ni ( study ke??haha).. Penat2 gak.. blog jgn d lupa..huhu.. Untuk entri kali ni aku just copy n paste je.. Aku agak kesibukan ngan hal dunia sikit.haha..

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu.Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.


"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,"

kata salah seorang sahabat.


Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan

penduduk neraka."


Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu.Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam

boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah

itu.


Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya,

lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka

parah akibat ditikam oleh pihak musuh.Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya

ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam

dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung

kesakitan akibat dari luka yang dialaminya.Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah

menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan,

katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya

tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu.

Aku tidak akan berperang."


Riwayat oleh Luqman Hakim."



Duhai pejuang2... Ikhlas la dalam berjuang untuk Agama mu.. Berjuang d atas jalan yang benar mencari ilahi...

WALLAHUALAM...

Tuesday, November 10, 2009

Yang di tikam tertikam, yang bercerita menerkam..

Sebenarnya aku tak berniat pun nak buat entri ni. Tapi aku buat gak sebab terlampau pelik + kelakar tangok surat khabar arus perdana ni. Lawak2...hahaha.. Korang tengok la sendiri kat bawah ni...

Sebenarnya aku tertengok benda ni sebelum zohor lagi. Mula2 Rasa cam biasa je. Tapi, Nak dijadikan cerita.. Aku pergi kedai lepas zohor tu. Ternampak 2 paper berlainan duduk sebelah2. Cite sama. Tapi gambar yang lain2..huhu. Paper metro n Kosmo.

Sebenarnya gambar ni yang kes si suami ni tikam perut isteri dia yang mintak cerai kat dia. Tetiba kena mintak cerai. Tu yang dia moral down sehingga menikam perut isterinya. huhu. Tapi kenapa la Parti pada gambar di atas ni. Hingga ke sekecil2 benda pun diorang nak tipu.huhu.. Memang betoi pegangan aku selama ni yang paper arus perdana ni tak boleh percaya sangat..

wallahualam..

Dimana Al - Hikmah yang di cari?


Merujuk kepada entri aku sebelum ni yang tajuk MACAM MACAM ADA!! . Nampaknya mendapat respon daripada pembaca. Terima kasih di ucapakn.. Mungkin terdapat maklumat yang tak sampai sepenuhnya kepada pembaca. So selepas mendapat pandangan dari teman2 lain. Aku decide nak wat entri baru ni..hehe

Adakah dakwah pada zaman sekarang ni hanya tertumpu kepada dakwah secara tradisional seperti yang dilakukan oleh ulamak silam dan para sahabat mahupun junjungan besar kite Nabi Muhammad saw??

Aku rasa statement ni yang menimbulkan salah paham kepada pembaca. Mungkin pembaca memahami yang aku nak cakap cara Nabi Muhammad saw adalah tradisional. Mungkin gak istilah tradisional tu perlu aku tukar dengan perkataan yang lebih sesuai. Tapi aku nak nyatakan kat sini yang persoalan itu hanya aku timbulkan untuk membuka minda tentang kepelbagaian cara untuk berdakwah. Tu je tujuan aku tanpa hendak mempertikaikan sunnah nabi dalam berdakwah.

Kembali kepada sunnah nabi. Sahabat2..kite jangan lupa yang nabi berdakwah dengan berhikmah. Mengikut kepada keadaan mad'u nya.. Ni la yang di katakan dakwah secar al - hikmah

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. (Al Nahl / 16: 125)

Aku bawak contoh sikit tentang kepelbagaian dalam dakwah nabi..Nabi pernah menghantar surat kepada raja2 negara lain time tu. Contohnya baginda berdakwah melalui penulisan surat kepada Muqawqis, pemerintah Mesir yang disampaikan oleh Hatib bin Abi Baltaah di Alexandria (Iskandariah). ( Boleh dijadikan hujjah jihad penulisan kepada blogger).. Lagi satu. Nabi pernah memulaukan sahabatnya. Ye nampak macam janggal kan? Tapi tu la kisah di sebalik perang tabuk. Dalam perang tabuk tu ade 3 orang sahabat yang tak join peperangan ni sebab lalai dengan dunia. Ka'ab bin Malik, Hillal bin Murrah dan Murarah Bin Rabi'. Time kena pulau tu memang takde sesape pun umat islam lain yang berhubung ngan diorg. Dan hasil dari dakwah dengan memulaukan diorang selama 50 hari tu menyebabkan 3 sahabat ni insaf. Tu la method dakwah yang pelbagai dalam dakwah nabi.. Yang penting dalam berdakwah ni adalah al - hikmah tu. Andai matlamat, kefahaman semuanya same. Just mekanisme je yang berbeza. Adakah kita harus menyalahkan mekanisma tersebut andai mekanisma itu mampu mencuit walau sedikit cuitan di hati mad'u??

Sebelum aku menamatkan coretan ni. Aku menyeru kepada jiwa2 dai'e sekalian agar menjadi seorang dai'e yang berjiwa dai'e dan berotak faqih seperti yang diperkatakan oleh saifulislam dalam kupasannya dalam isu ini. Bersama kita meningkatkan ilmu dan menajamkankan kemahiran dalam membawa islam yang kita sayang ini..

wallahualam..

Monday, November 9, 2009

MACAM -MACAM ADA!!!

Baru2 ni ade komen kat blog aku ni. Aku tertarik 1 isu berkait ngan method dalam dakwah.. Adakah dakwah pada zaman sekarang ni hanya tertumpu kepada dakwah secara tradisional seperti yang dilakukan oleh ulamak silam dan para sahabat mahupun junjungan besar kite Nabi Muhammad saw?? Ini persoalan yang aku nak utarakan di samping ingin mendapat respon dan pandangan dari sahabat2 tak kire dari segi positif ataupun negatif..

Bagi pendapat aku. Pada keadaan sekarang ni kite perlu melakukan dakwah mengikut keadaaan umat zaman sekarang ni. bukan aku maksudkan yang Cara dakwah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad mahupun ulamak silam perlu di abaikan. Andai itu sunahnya lakukan dengan ikhlas.Aku hanya nak mengatakan bahawa tujuan yang ingin dilakukan adalah still menyeru manusia kepada ALLAH tapi mungkin menggunakan method ataupun cara yang bebeza. yang dekat dengan hati mad'u. 

Sebagai contoh sekarang ni kita dapat lihat yang pemuda - pemudi sekarang ni amat cenderung kepada laman sosial seperti facebook yang ramai mengatakannya benyak unsur lagha. Tapi adakah tindakan kita dengan tak buat akaun facebook ni betul?? Adakah kita masih menggunakan cara tazkirah di masjid, bertemu muka ke muka, membincangkan perkara agama dalam kumpulan usrah yang kecil? Aku tak nafikan cara sebegini adalah sangat berguna n tak boleh di pinggirkan. Tapi cara sebegini hanya akan menggamit orang yang sememangnye sudah hampir dengan islam. Camne ngan orang2 len yang yang semakin jauh dengan islam? Yang berfoya2 di sini sana tanpa mengira tentang hal2 agama ni?? Yang lalai dalam arena facebook? Yang lalai berchatting di YM? Ape yang kite lakukan untuk dekatkan diringan golongan camni? Persoalan yang perlu kite rungkai bersama..

Teringat ketika aku dan teman2 seperjuangan rehlah bersama2 kat P.D dalam sebulan lalu. Terdapat slot pengisian yang di sampaikan oleh Ustaz jemputan. Time ustaz tu bagi pengisian aku sedang sibuk membakar ayam.hehe. Namun aku cuba menangkap ape yang cuba ustaz tu sampaikan. Kena2 lak ustaz tu menganalogikan tentang cara nak bakar ayam tu ngan method dakwah yang ingin kite lakukan.. 

Sebagai contoh, Dalam usaha nak menghidupkan api ketika nak bermula nak bakar ayam tu. Macm2 cara yang dilakukan. Pertamanya ade yang guna ade yang guna kertas, Ade yang guna ranting kayu dan ade yang guna "fire starter". Berbagai cara digunakan untuk hidupkan api tu. Cuba kite bayangkan yang api tu adalah hasil dakwah kite, arang tu adalah mad'u kite dan cara nak menghidupkan api tu adalah method dakwah kite. Andai kata kite melihat arang yang kite nak bakar tu telah basah. Adakah kite akan terus gunakan kaedah biasa ataupun kite akan jemur arang tersebut terlebih dahulu? atau adakah kite akan membiarkan arang itu terus basah dan hanya menumpukan kepada arang yang kering semata - mata? Camtu la dakwah. kite takleh memilih mad'u. Tidak adil bagi semua orang yang memerlukan agama. Takkan kite nak biarkan rakan2 kite yang jauh dari agama tu terbiar?Kite nak stat bakar tu ade macam2 cara kan? camtu gak dakwah. 

Ade macam2 cara kite boleh gunakan. Mungkin cara yang lain adalah sesuai untuk arang yang lain n begitu gak sebaliknye.. Setelah hidup api tu adakah kita akan biarkan api tu yang baru kecil tu terbiar begitu sahaja? atau kite akan terus menjaga api itu sehingga marak?Camtu lah tindakan yang kite kena lakukan time memulakan dakwah. Jangan biarkan orang yang baru nak kenal2 agama ni terbiar..

Mungkin analogi yang aku bagi kat atas ni tak tepat. Aku pun dengar sikit2 je ari tu.huhu. Tapi bagi aku, dalam usaha kite nak menarik mad'u kite ni kepada islam kite kena pelbagaikan versi dakwah kite. 

Kalau perlu berspeaking bahasa penjajah silakan. kalau perlu bergelak bersama diorang silakan. kalau perlu berfutsal bersama diorang silakan. kalau perlu bershopping bersama diorang silakan. kalau perlu belanja diorg silakan. kalau perlu berprogram bersama diorang silakan. kalau perlu study bersama diorang silakan. Kalau anda rase cara itu dan ini sesuai silakan..  

TAPI INGAT!! buatlah apa sahaja yang mampu mempelbagaikan method kite asalkan tidak menyimpang dari agama..

wallahualam..

Perjuange dok selesa laggi..

Alhamdulillah.. setel gak paper yang agak memanatkan ni.huhu. Kalau nak tau yang gambar sebelah ni adalah gambar sejenis tanah bernama HALLOYSITE. Masuk exam tadi. Semestinya aku tak tau ape yang aku jawab.haha.. Takpe la. Aku dah mencuba.hehe.. tq d ucapkan kpd kengkawan yang study group sesame semalam. Memang penat. Marathon tu.huhu. Pasni exam aku Jumaat ni lak. 1 lagi paper killer yang memeningkan. Ade ke patut sepanjang 18 tahun paper ni di wujudkan. Baru tak sampai 20 orang dapat A??huhu. Kite tgk, mungkinkah batch aku taun ni mampu mencipta rekod tersendiri???..hehe.. Papepun perjuangan belum selesai AYUH GEOLOGIST!!

Siaran tergendala..


Alamak2 siaran tergendala.. sori sahabat2.. aku akan balas komen2 korang lepas aku exam sok. Nntkan aku jawab sume komen sahabat2 sume esok ek.. sok aku exam.. Aku exam subjek yang membuatkan aku menjerit di kala study group tadi..huhu. Subjek majoring aku kat geology. Aku amik geologi kejuruteraan. Sok paper Mekanik tanah n fizikokimia lempung.. Doakan aku boleh jawab ngan elok paper yang susah ni esok. huhu..

sekian...

Sunday, November 8, 2009

Aku dan Pen!!


Teringat ketika zaman matrik dulu.. Buat pertama kali aku mengerti ape itu program mentor mentee.. Perjumpaan pertama kami di buat di library kolej matrikulasi perlis. Nama mentor aku time tu adalah Ustazah Halimah. Dapat ustazah la pulak kan.. bagus2..hehe..

Bermula ngan slot memperkenalkan diri. Aku spertia yg aku gtau kat post yg lalu. Aku memilih nama Bon time tu. Nama yg agak poyo.haha.. Tak kesah la.. Dan kami melantik ketua. namanye safwan. Antara ahil len yg aku ingat. Imi, Najaha, Vivian sape lg ek.x igt sgt.huhu

Bermula slot seterusnye. Mentor aku tanya tentang "gambarkan diri awak semua dengan sesuatu alat tulis" aku pun fikir la pe ek alat tulis yang sesuai. So aku pun fikir la alat apa yang sesuai..TING!! aku dapat 1 idea.. aku memilih pen untk menggambarkan diri aku. Tapi time tu retorik je semata2.haha

Tapi sekarang bile aku kenang balik.. Aku rasa memang bagus andai kita menjadi sebatang pen. Kalau dari konsep menyampaikan perkara yang benar dan konsep memberi sesuatu amat2 bersesuaian menggunakan pen ni sebagai analogi. Kite lihat pen ni akan terus memberikan khidmat dakwat die untuk orang lain. Die akan memberi sehingga titisan dakwat terakhir. Tapi barang di ingat sahabat2 sekalian. jangan kite jadi seperti pen yang murah2 tu. Yang akan tersangkut2 semasa memberi dan ending dia langsung tidak mampu mengeluarkan dakwat. Jadi lah seperti pen mahal. Ala yang kat kedai2 buku tu. amik la kilometrico ke. carera ke. stabilo ke.huhu. Pen2 yang berkualiti yang sentiasa mengualarkan dakwat untuk kegunaan orang lain..akhir kata...jadilah seperti pen..huhu

wallahualam

Friday, November 6, 2009

jawapanku untukmu ariel...

Tadi bile aku bukak je blog ni. aku ad terbaca msg kat bwh ni kat shout box aku. persoalan yg d tanye kat aku.so aku cuba menjawab..

ana selalu ditanya kenapa bila ade kwn ana cube mengajak ana n seorang lg sahabat ana utk pergi ke satu tmpt di mlm merdeka,utk mencegah maksiat katanya...tp ana cuba mengelak dgn cara sbg kwn dgn kwn.tetapi kwn ana tu sering mempersoalkan perbuatan ana yg xmahu menurut serta ajakan beliau itu.bukankah kemungkaran itu wajib kita tegah bila ianya berlaku dihadapan kita.bukan lah dgn cara kite mencari kemungkaran itu utk kita menegahnya.kalau di singkp sirah sarirah nabi kita dan para sahabat pon,kite diajar utk menyebarkan amar makruf seperti yg Nabi kita lakukan.iaitu dgn membentuk jemaah dan menyebarkan kebaikan.dan setahu ana,nabi xpnah mengumpul jemaah utk mencari kemungkaran.apa pndpt anta?

Pertamanye ana nak mintak maaf sbb wat post khas d atas soalan nta. dah wat kat shout box td. Tp cam panjang lak.hehe. So ana wat la entry ni. takpe kan.. tp ana tak la pandai sgt. Just bg pandangan leh la.

Bagi ana. Tak menjadi kesalahan nta join die. Ana penah gak join dulu. time sambutan taun baru rasenye. Mmg 1 pengalaman yg boleh katekan berharga la.. Time tu ana g kat Bukit Bintang. Mmg time tu celik mate ni..melihat masalah sosial yg sgt2 teruk dlm kalangan dak2 skol ni. bygkan budak yg baru skol rendah dah boleh kuar sampi 3 4 pagi. Dengan lepak sane sini. Campur laki pompuan.. Muka sume mmg xleh blah la.huhu. Tp kte nak salahakan golongan camni 100% ke? tak jugak.. kte kne salahkan diri kte. kte yg faham agama ni sepatutnye kne tarik golongan camni. dakwah diorg. bg dekat ngan agama. Tp kalu kte mengharapkan kemungkaran yg berlaku depan mate baru nak cegah. mmg terbiar la golongan camni. Method kte nak dakwah pun kne len. xkan ngan golongan camni kte still mengharapkan diorg dtg ke majlis yg kte wat kat masjid o kat tempat2 sewaktu dengannye.huhu. nk tggu diorg dtg mmg susah la.hehe. so ana rase salah satu cara terbaik kte pg kepada golongan camni. kte cegah bukan sekadar cegah. kte bagi kesedaran. kte sembang2 ringan ngan diorg. Ana bawa 1 lg contoh. kalu nak tggu maksiat yg depan mata. alamatnye takde la pasukan pencegah maksiat tu.huhu.. terbiar la pembuat2 perkara mungkar yg di sebalik pohon buluh, di tepi tasik, di dalam belukar, di dalam rumah usang, di dalam ladang kelapa sawit dan di mana2 sahaja yg diorg rase tak di lihat oleh orang..

Mungkin ni je sekadar pandangan ana. Ana mohon maaf kalu tak dpt memberi jawapan kpd nta. Ana ni pun x tare mane ilmunye. Ana syorkan nta pegi sekali aktiviti camni. Melihat pemasalahan umat skang. Tapi barang di ingat, Bulatkan niat semata kerananya. Takut terpesong niat jadi suke nk tgk perkara mungkar.huhu. Sbb ni perkara yg di ingatkan kpd ana time pegi ritu. Besa la hati kte ni kan mudah di bolak balik..Sekali lagi maaf di pohon andai ade terkasar ketika menjawab persoalan..sekadarnye dari insan yg xtau pape..

wallahualam..

Kenapa pulak aku yang di uji??

FUUHH!!!! penat giler 3 hari ni..bermula dgn exam geologi petroleum rabu lepas.malamnye ade meeting untuk buat motivasi kat SMK Desa Petaling. Soknye pagi2 dah bergerak ke skol tu. Balik2 bilik dpt rehat jap. Petang g urus riadah bersama GMUKM. Mlm mula wat tesis untuk hantar hari ni. Kul 2 stat study ntuk paper exam ari ni. Pagi tadi siapkan tesis lg sikit. Kul 11 stat study sampai solat jumaat. Lepas solat jumaat ade usrah.Pastu g banggunan geo. study past year exam td. Then anto thesis. Pastu masuk exam. Skang baru berada di bilik aku. haha.. bajet sibuk lak aku ni..

Sebenarnye bukan benda atas ni perkara pokok yg aku nak cite dlm entry ni. hehe. Dlm kesibukan aku. Semalam lepas maghrib ade wat majlis solat hajat n bacaan yassin kat kiz ni. Pas baca yassin tu ade pengisian sikit dr Ustaz Fadhlan. Dak 1st year yg agak aku kagumi..huhu.. Dlm pengisian die, ade something yg aku nak share ngan sahabat2 tersayang..

Pengisian yg berkisar tntg exam tu agak menarik perhatian jemaah yg hadir. aku pun x terlepas la ntuk rase tertarik..huhu. Pak Lan (panggilan manja Fadhlan.huhu) ckp dlm kte hidup kat dunia ni sebenarnye kte sedang menghadapi ujian yg berterusan dr ALLAH swt. Setakat nk compare ngan exam final ni?? ape kelas...huhu. kembali kepada ayat quran..


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman",
sedang mereka tidak diuji lagi?. Dansesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yangdusta.

(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Ni la yang dah dijanjikan oleh ALLAH swt. Mmg kte n sedang di uji. setiap perkara yang dtg kepada kte adalah 1 ujian. Contohnye jika kte ni adalah mahasiswa islam. Ni gak 1 ujian. camne kte nak hadapi ujian ni. Kalu kite ade kuasa. Ni juga 1 ujian. cane kite nak gune kuasa tu. Pokok pangkalnye semuanye kembali kepada persoalan bagaimana kte menghadapi ujian tersebut. Bukan ape ujian yg ALLAH bg kat kte. Tp camne kte menggunakan iman kte ntuk hadapi ujian tu. Andai kate kte hanya menggunakan nafsu semata2. Maka kte telah gagal dlm ujian tu..

Mungkin contoh2 kat atas ni tak nampak cam ujian sgt ka? hehe. Aku bg contoh ujian yg agak berat. Andai kate Ayah dan Ibu kte meninggal serentak. Mampukah kte bertahan ngan ujian tu. cukup gagah ke kte nak menghadapai ujian tu. Mmg ujian tu berat. Tp igtlah sahabat2..

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Persoalanye camne kte nak hadapi ek??

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung

(Surah Al-Imran ayat 200)

Dan ingat lah kte kne letakkan pengharapa kte kepada DIA. sape die tu???

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal

(Surah At-Taubah ayat 129)

So, aku berpesan terutamanye diri aku ni n sahabat2 semua.. ingat lah ujian yg kte sedang hadapi skang ni adalah tersangat2 penting. Kte kne bersiap siaga dalam menghadapi ujian ni. andai kte gagal dlm exam kat exam final ni. Tak semestinye kte gagal dlm kehidupan. Tp INGAT!!! andai kate kte gagal dlm ujian dari ALLAH swt ni. hanya ade 2 tempat yg akn kte tuju.. SYURGA atau NERAKA. Yang berjaya akn ke SYURGA n yg gagal sebaliknye. Lakukan pilihan anda.. ingatlah kte kena yakin dengan tentuan ALLAH. jgn sesekali rase frust atau x yakin ngan ketentuannya..


dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat
Allah, melainkan kaum yang kafir.

(Surah Yusuf ayat 87)

kembali kepada kesibukan aku kat atas td. Sebenarnye kesibukan itu juga adalah 1 ujian. Tp aku yakin sahabat2 lebih sibuk dari aku. Sahabat2 lg banyak tugas n amanah yg perlu diuruskan. ingatlah pesanan As Syahid Imam Hasan Al Banna

"Sesungguhnya amanah yang ada itu lebih banyak dari waktu yang tersedia, untuk itu bantulah
saudaramu dalam menyelesaikannya serta sederhanakanlah apa yang bisa disederhanakan"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



wallahualam..




Thursday, November 5, 2009

"SAYA CANTIK AWAK GAGAH"

Besa kite dengar ungkapan 'aku lelaki gagah' dr si jejaka dan 'aku la gadis cantik' dari si gadis..ari ni aku nak share sikit KECANTIKAN LELAKI n KEGAGAHAN POMPUAN. Di mane kecantikan lelaki n kegagahan pompuan ek??

jawapannye...

Kecantikan Lelaki


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa

fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik

adalah :


1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk

ingatan

2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima

racun

4. Lelaki yang tenang dan lapang dada

5. Lelaki yang baik sangka

6. Lelaki yang tidak pernah putus asa


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad

adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal

otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah adalah :


1. Perempuan yang tahan menerima sebuah

kehilangan

2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan

setelah ditinggalkan

4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar

dipenuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.

Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah

adalah kegagahan sempurna bagi seorang

perempuan.


Dari ciri- ciri di atas. sahabat2 hisab la adakah anda cukup cantik dan gagah???


wallahualam..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang