PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, December 28, 2011

Saya sayang parent saya. anda?

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu..
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang..
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai..

... ... :: Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... "
:: Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... "

TETAPI...

Bila hati mak kita terguris, mak kata ..." Tak apa , dia masih muda... "
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... " Tak mengapa , belum sampai akalnya... "

Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki...
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...

#Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia

:: Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung
doanya , maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka ::

Thursday, December 22, 2011

Sekelumit Tentang Zakat Pendapatan


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah kini sudah lebih kurang setahun setengah aku bekerja. Begitu juga dengan rakan yang bergraduasi dengan aku di seluruh kampus di Malaysia. Tidak lupa jua kepada abang2 dan kakak2 yang sudah lama dalam alam kerjaya ini. Masing2 mempunyai pendapatan bulanan sendiri.

Kini antara topik hangat dalam kalangan rakan segeology aku adalah mengenai perkara yang sangat berkait rapat dengan pendapatan bulanan kita..opsss.. bukan tentang wang simpanan untuk kahwin. hehe. Tetapi ianya adalah mengenai zakat pendapatan. Alhamdulillah ramai dalam kalangan rakan aku yang menyedari akan peri pentingnya ibadah untuk mensucikan pendapatan bulanan kita ni.

Sebelum kita mengorak langkah elok kita timbulkan mengenai hukum zakat pendapatan itu terlebih dahulu. Walaupun ada pendapat yang menyatakan tentang ketidakwajiban membayar zakat pendapatan ini. Namun aku lebih suka untuk berpegang dengan dalil kewajibannya yang telahpun disepakati oleh ulama’ dan Majlis Fatwa. Untuk bacaan lanjut boleh layari blog INI. Ini pula link untuk Fatwa yang dikeluarkan pada tahun 2001 mengenai Zakat Pendapatan ini (KLIK SINI)

Setel bab hukum. Dah tahu wajib. Bagaimana pula untuk kita membayarnya? Berapa peratus pendapatan bulanan yang kita kena bayar? Berapa jumlah wang yang perlu kita zakatkan korang boleh key ini kat "Kalkulator bukan saintifik" di web Lembaga Zakat Selangor (KLIK). Kalau dah malas sangat. Korang boleh tengok kat gambar bawah ni. Range pendapatan korang dengan 3 kaedah yang disertakan. Yang ini secara kasarnya je.

Tak jelas kan? pandai2 la korang bagi jelas. Hehe

Dah tahu kan berapa korang pelu bayar? Apa? Belum lagi? Ceittt!!  Kalau macam tu sila berhenti baca dan klik link kalkulator tu untuk pengiraan. Selesai sudah? Ok. Sambung pembacaan :-)

Kini masanya untuk membayar zakat. Untuk bayar zakat ni sangat mudah sebenarnya. Macam2 cara yang telah dilakukan oleh Lembaga Zakat. Untuk orang Selangor boleh rujuk terus ke web Lembaga Zakat Selangor ini mengenai  pembayaran. Kepada pembaca dari negeri lain mahupun Uganda dan Sri Langka (Gaya macam blog femes). Sila berdikari untuk cari sendiri di internet ye.

Cara pembayaran di atas ni adalah yang common. Tapi harus di ingat kita dibolehkan untuk membayar zakat bukan kepada pemerintah jika kita sudah tidak meyakini kredibiliti mereka untuk mengagihkan zakat ini. Aku akui Pusat zakat amat hebat dalam kempennya untuk memungut zakat. Bagaimana dengan pemberian zakat? Aku kira adalah sangat lemah. Jika tidak. Masakan masih berlonggok lagi rakyat gelandangan yang  papa kedana.

Dasar pengkritik bukan?? Maaf. Itu pandangan aku. Aku rasa lebih selesa untuk berzakat kepada orang di sekitar aku yang layak menerimanya. Sebagai contoh. Jika anda mempunyai rakan yang baru masuk Islam. Mengapa tidak terus berzakat kepadanya. Tidak dilupa juga kepada rakan bukan islam yang sudah cenderung kepada islam. Mengapa tidak ditunjukkan keindahan ekonomi islam kepadanya secara langsung? Ditambah lagi dengan si fakir yang menetap di teratak di hujung kampung yang di bawah cermin kopak ada kotak yang ada katak bawah tempurung tu (layan lagu Jamal jap.haha). Bukankah beliau layak menerima zakat?  Di bawah ni aku sertakan asnaf yang layak. Jika ada dalam kalangan orang sekitar korang yang layak. Laksanakan terus kepada mereka. Mudah. Hanya perlu disertakan dengan niat berzakat sahaja.Hatta saudara mara kita yang layak pun (Fakir dan Miskin terutamanya) pun layak terima brooooo....

1. Fakir
2. Miskin
3.Amil
4. Muallaf
5 Riqab
6. Gharimin
7. Fisabilillah
8. Ibnu Sabil

Untuk pembacaan lanjut mengenai apa yang dimaksudkan dengan term asnaf ni. Sila KLIK

Kalau korang rasa aku tergolong dalam asnaf ni. Sila Maybank2u kat aku ye. Haha.

Maka sekarang boleh la kita laksanakan perkara yang akan mensucikan harta kita ni. Bukan ini je. Ada berbagai lagi jenis zakat yang mungkin kita tergolong dalam orang yang wajib melaksanakan. Tapi takpelah. Panjang2 tulis pun kome boring jugak, mesti dah teringat kat notifikasi kat facebook korang kan? Haha. Ok2.. Ana faham nta..

Sekian dari aku untuk kali ini. Selamat berzakat wahai AKU dan KAMU!!

Wednesday, December 21, 2011

#7 Wordless Wednesday : Lain kulit Lain isi

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan   


Friday, December 16, 2011

Fenomena Oley!!

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulilllah..


Alhamdulilllah..


Alhamdulilllah..

Sangat bersyukur kepada Allah swt yang memberi ilham kepada sekumpulan anak muda yang risau akan ketidakfahaman kepada Hukum Hudud yang di barahkan lagi oleh kemunculan video Sembang Rakyat tempoh hari. Tahniah di ucapkan kepad semua yang terlibat terutamanya Dewan Pemuda Pas Malaysia di bawah pimpinan Ustaz Nasaruddin Tantawi di atas keberhasilan video ini.

Kepada kome2 yang belum tengok video ni boleh tonton kat Youtube. KLIK SINI. Memang tengah hot ni. Boleh letak ketogori pecah panggung ni kut. Hehe. Tengok la berapa orang yang dah like dalam masa berapa jam je diupload. 5599 tuuu.. Yang view tu pulak dah 16640. Perghhh...dahsat gilerrr... Kita tengok sehari dua lagi keputusannya..
 Stylo giler pimpinan pemuda pas pusat ni..Gua tabik nta!!
Kalau kat facebook lak memang tengah menggila orang share video ni. kat facebook aku pun dah hampir 100 orang dah share, Kat facebook orang lain pun ramai yang dah share, Apa lagi kome? cepat share kat facebook masing2, masih ramai yang perlu tahu tentang HUDUD. Ni yang aku boleh tolong kumpulkan dari page penggerak utama.


 Yang share kat home aku. 87 share


82 + 70 orang dah share kat home facebook aku.Aku ada.Korang ada?? haha


 
 Mathlutfi. 88 share

 
Bos Pemuda kita. 40 share

Tidak dilupa kredit kepada vlogger yang agak terkenal. Mathlutfi, Walaupun babaknya sikit. Tapi cukup santai. memang di ingati la ayat dia yang ini.. Haha


Curi hati untuk buat bini tau! :p

Apa2 pun semoga setiap apa yang mereka dan kita yang share ni usahakan di kira sebagai ibadah oleh Allah swt..

wallahualam...

Wednesday, December 14, 2011

#6 Wordless Wednesday : Yang mana satu aku?

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan   

Nak jugak tulis sikit. hehe. Ce kome teka yang mana satu aku?Aku sertakan nombor kat gambar. Boleh komen kat bawah ni. Kalau power teka la! :p

Sunday, December 11, 2011

Najwa Latif pindah sekolah

 Post ni aku jumpa di page Only in Malaysia. Ada orang share..menarik jugak ek tengok ke kekreatifan rakyat Malaysia ni..haha
Suatu hari Najwa Latif berpindah ke sekolah baru....

Cikgu: selamat berkenalan....
Najwa: kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku.... :)

... ... Cikgu: sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau...
Najwa: Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo :P

Cikgu: cikgu sakit hati dah ni =="
Najwa: hati ku rasa sesuatu :P

Cikgu : sebelom kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku

Cikgu: atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar? >:(
Najwa: Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu :)

Cikgu: cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa: Oh oh benarkah rasa itu...

Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus bersua...ku rasa gementar tapi bahagia

Cikgu : memang kalau dah ade peluang nak rotan je kamu ni...
Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..

Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
Latif : walaupun kita tak pernah berjumpaa..... ooohh uwouwouwo

Cikgu: otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat...
Najwa: Banyak persoalan yang berada di minda =P

Pelajar lain menyampuk: cikgu ni banyak tanya la...
Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja

Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu: Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)

cikgu: tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta......

Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya

Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii
Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..

Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni...
Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja...

Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku

Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa...
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu

Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku.. :P

Cikgu : cinta? Dengar baik2 kata-kata cikgu ni...
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku... ^^,

Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju...

Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?

Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP

Cikgu Disiplin : Cinta di muka bukuu....
Cikgu : Cinta di muka bukuu....
Najwa : Cinta di muka bukuu....

Saturday, December 10, 2011

Sembang Laknat!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam 1 Malaysia dikejutkan dengan penyebaran video yang dikatakan Sembang Rakyat. Aku rasa elok diklasifikasikan sebagai Sembang Laknat je video ni. Buat orang lagi salah faham tentang hudud je.Terutama kepada oranag bukan islam. Bahkan jika dilihat oleh orang yang hanya menggunakan logik akal dalam menilai pasti akan setuju dengan video ini. Semoga rakan2 aku sekalian tak terpengaruh dengan video ini.

Siapa pelakon pengarah dan semua yang terlibat dengan video ini yang menjadi tanda tanya. Biarkanlah mereka mengumpul saham dosa. Kalau kenalan aku yang jadi pelakon dalam video ni memang aku dah seligi dah sekor2. Bodoh punya orang. Buat orang lagi tak faham tentang hudud je.. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....Geraaaaam pulak aku rasa..ceitt!!

 Dialog ini yang menghina HUKUM ALLAH!!!
Takpelah. semoga mereka ini diberi hidayah. Kita pula perlu menjadi agen penyampai kepada masyarakat tentang perlaksaan hudu ini sebenarnya walaupun dipagari kontradiksi dari pihak pemerintah. Di sini aku ingin share kan pandangan dari 20 orang friends di facebook aku yang share mengenai video ini, Kome2 yang belum share lagi tu boleh sila tengok (KLIK) dan share kat facebook masing2.

Itu belum dikira dialog dari awal hingga ke akhirnya yang sangat banyak MENGHINA Negeri Kelantan. Andai kata tidak suka dengan PAS pun tidak perlu dijadikan SELURUH RAKYAT Negeri yang dipanggil serambi Mekah itu sedemekian rupa. Diorang bercakap tentang jumlah orang kan? Tidakkah diorang tahu rakyat di kelantan ramai. Kenapa tidak di kira mengikut peratus bukan kepala sahaja. Kalau aku ni rakyat kelantan la. Memang terasa giler dengan apa yang di cakap. lebih 2 dekad Tok Guru perintah Kelantan. aman je walaupun perlbagai halangan dan fitnah di sediakan oleh kerajaan pusat.





 
 
 
 Antara komentar dari teman di Facebook aku

Tapi alhamdulillah. Sebenarnya lebih ramai orang yang dislike berbanding like video ini. Ini menunjukkan masih ramai lagi umat islam diluar sana yang concern tentang isu yang membabitkan HUKUM ALLAH ini.

Korang boleh tengok kat sudut kanan bawah. 5035 yang dislike...cayalah Malaysia!!

Sekian entri kedua aku untuk hari ini. Ikutkan memang taknak buat entri baru. Tapi video ini betul2 buat aku menyampah sejak di ofis semalam. Haish.. So terberanak la entry aku yang ini. Semoga kita semua terhindar dari tanggapan buruk tentang Hukum Allah ini.

Wallahualam..

Maafkan aku kawan2...

 Selamat Sabtu semua!!
Hari ni ada kisah yang aku nak share.. Sebuah kisah tentang erti kemaafan...jemput Membaca,,,,
 
------start copying------
Hari ini saya dapat satu cerita. Fasal 'maaf'. Terima kasih kepada yang berkongsikan cerita itu kepada saya. Panjang sikit benda ni. Nama pun 'cerita'. ^^

----------------------------------------------------------

Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu.

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?"
Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."
Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.

Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.
Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.
"Pinjam phone awak, sayang."
"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.
Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.
Si isteri terdiam.
Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.
"Maafkan saya." Dia bersuara.
Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.
"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.
"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.

Lelaki itu sekadar tersenyum.
"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"
Diam.
"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"
Diam. Air mata mula mengalir.
"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"
Dan air mata itu mengalir deras.

"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."

Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.
Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:
"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."

------------------------------------------------------------------
Saya 'spice up' sikit cerita ni. Haha. ^^
Tapi moral of the story, macam itulah. Kita ini, kadang-kadang bila buat salah pada orang, kita senang sahaja nak claim pada orang itu agar jadi pemaaf. Sedangkan, kita pula, meminta maaf sambil lewa sahaja.

Kita terlupa, bila kita ketuk paku pada dinding, kalau kita cabut balik semula pun, bekasnya tetap masih ada.

Maka sebaiknya kita berfikir 1000 kali sebelum sakitkan hati orang, fitnah orang, cerca orang, dan kalaulah 'ter'buat juga, usahalah bersungguh-sungguh menebus kesalahan kita. Jangan sekadar pandai mengucap 'maaf' sahaja.

-Hilal Asyraf-
"Petikan dari FB kawan"
----Paste It----
 Komen aku : Kita manusia biasa. Takkan mampu memenuhi semua kehendak manusia di sekeliling kita. pasti akan terasa dan terluka..hanya maaf dari kalian yang aku pinta...

Friday, December 9, 2011

Jangan KLIK

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua!!

Alhamdulillah tak tidur lepas subuh hari ni.

Aku check email kejap tadi. mane la tahu kut ada awek2 baru nak berkenalan ke. Perghh..Ayat nak hensem kan...haha. Aku dapat email dari CIMB. Nampak macam email yang agak penting je.


Haa kat atas ni kandungan email yang aku dapat. Ayat nak power. fight against online fraud and threat.Fight against fraud and threat tuu.. Banyak la ko punya fighting.. Aku mana pernah ada akaun CIMB. Dasar Fraud and threat betoi korang ni. So ubat untuk email2 macam ni adalah jangan klik je. Ke korang mempunyai semangat inkuir yang tinggi persis zaman renaissance di barat? Tak payah nak inkuiri sangat la...

Oleh itu lepas ni kena hati2 dengan menatang2 macam ni. Tambah lagi ianya melibatkan akaun bank. Kalau akaun Bank pertanian aku yang dah takde isinya lepas habis PLKN aku dulu tu takpe la jugak. Takpun BSN aku setelah habis elaun Matrikulasi aku pakai pun ok.haha..

Sekian....

Thursday, December 8, 2011

Bahtera Penyelamat

Banjir besar yang pernah melanda,
Melenyapkan manusia yang penuh ego,
Tiupan kebenaran dibiarkan berlalu,
Mengundang murka yang maha pencipta,

Kini dunia kembali dibanjiri,
Kebanjiran maksiat melemaskan insan,
Natijah rapuhnya akar keimanan,

Dalam kebanjiran ini,
Masih ramai yang lelah menjadi perenang,
Melihat berlalunya Bahtera Penyelamat
Berlayar terus ditiup angin keimanan

Aku tidak ingin menjadi perenang,
Aku ingin menjadi penumpang,
Lemasnya sanak Nabi Nuh sebagai perenang
Selamatnya binatang sebagai penumpang

Bahtera itu masih menanti kita,
Jangan terhantuk baru tergadah,
Jangan biarkan nasi menjadi bubur,
Hayunkan kaki untuk berHIJRAH!!


Ya Muqallibal Qulub.. Thabbit qulubana 'ala di nika wa 'ala tha'atik..





Wednesday, December 7, 2011

ini bukan ERA. Hello Can You Help Me??

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah di kesenggangan masa yang membarah ini aku sempat meluangkan sikit sisa masa untuk mengupdate blog.. Pergh..bukan main lagi ayat. Gaya macam sibuk bebenor kan??haha

Aku kekadang terfikir jugak corak penulisan yang macam mana yang lebih digemari oleh pembaca aku. Aku terasa macam penulisan aku sekarang ni dah makin serius la pulak walaupun hakikatnya aku ni susah jugak la untuk jadi serius. Tapi dari segi penulisan aku rasa ada sedikit perubahan. Ke korang rasa macam mane?

Aku rasa penulisan dulu lebih macam main2 dan tak serius mana. Di tambah dengan banyaknya " hehe haha huhu" yang kononnya bergurau la pulak kan..haha..(ops..ter haha pulak) Gaya bahasa pun dah lain. Di tambah lagi dengan short form yang entah hape2 dulu. Kekadang aku baca balik pun macam tak  faham.

So bersangkutan dengan itu aku nak try gunakan gadget survey kat blog ni. Ada dua option yang di letakkan. Gaya dulu kala (Klik untuk CONTOH) yang banyak "haha hehe huhu" Ataupun Gaya sekarang (Klik untuk CONTOH)  yang bajet serius. So aku perlukan khidmat kome2 sekalian untuk menjadi pengundi aku sekejap.Sila scroll up pastu korang tengok kiri. Korang boleh undi di ditu. Sila undi sebelum sambung membaca ye..:p

Lagi satu. Aku sangat memerlukan kritikan dari kawan2 sekalian tentang blog ni. Agak lama menyepi sebenarnya. Untuk mula balik aku mohon korang kritik blog ni kat komen bawah ni. Teringat pernah satu ketika dulu ada seorang pembaca yang memakai nickname "pembaca setia" mencadangkan agar cuba mengupas isu semasa. So aku cuba kupas dan aku kira ianya adalah satu bentuk penambahbaikan yang bagus untuk blog ikutsukaatiaku ni. So ape lagi kome2 semua..kritik cepat mengikut ikutsukaatikamu!!

p/s : Terasa nak buat contest di blog la pulak. Hadiah nya Tafsir Per Kata Hidayah. Amacam. Lu ade berannn??

Monday, December 5, 2011

Nazmi Faiz dan Messi punya rezeki

Bismillahirrahmanirrahim...

Messi : Yo bro.. Amacam life sekarang? Famous nampak

Nazmi : Alhamdulillah. Mantain jambu lagi. Ramai peminat sekarang ni dowh..

Messi : Standard la bro. Nasib pemain bola yang hebat macam kita.

Nazmi : Tu la pasal. Tak sia2 aku tak ambil SPM tahun ni. Berballoi baloiiii...

Messi : Dahsyat la ko. Memang rezeki ko kat bola sepak ni weh. Aku dulu pun sakit. Tapi dah rezeki kan. Gua layan je...

Nazmi : Betul tu. Ko tengok si Alex Yong tu. Dulu main race sekarang ni main sukan luncur pulak. Tapi rezeki dia dapat emas jugak sukan SEA baru2 ni.

Messi : Betul tu. Kita tak boleh expect rezeki yang macam mana tuhan Allah nak bagi kita. Isteri solehah pun rezeki jugak kan??haha

Nazmi : Yeahhh...tepat2. Ni buat aku rasa nak tackle peserta Ustazah Pilihan n Solehah ni.haha

Messi : Sudah la ko Nazmi. Umur baru setahun jagung. Sembang lebih pulak..

Nazmi : Stadard orang famous la bro..haha.. Ok la. Aku nak pergi training ni... Chow dulu... Assalamualaikum..

Messi  : Ok2. Takdehal. Waalaikumsalam..

-----------end-----------

Di atas ni sedikit situasi yang dicipta hasil daripada imiginasi merapu aku. Haha. Intipatinya adalah rezeki dari Allah swt. Kita tidak mampu menjangka apa bentuk rezeki yang telah dirancang oleh Allah swt kepada kita selaku hambanya.

Ingin aku bawakan kisah makcik yang diceritakan oleh Ustaz Pahrol dalam majalah Solusi. Kisah makcik yang bekerja dengan bagus dan jujur. Namun beliau tidak dapat naik pangkat dan gaji. Mungkin kerana sifatnya yang bukan membodek dan melobi. Kelihatan seperti rezekinya tak berapa bagus di syarikat tersebut kan? tapi hakikatnya setelah Ustaz Pahrol bersembang dengan beliau rupa2nya beliau mempunyai anak yang semuanya berjaya dan hidup senang. Itu lah berkat kerjanya yang jujur. Allah tidak membalasnya dengan wang gaji saban bulan. Namun Allah membalasnya dengan anak2 yang berjaya yang bermanfaat hingga ke akhir hayat malah di alam sana kelak.

Kisah lain pula adalah kisah parent aku sendiri. Bila difikir kembali bagaimana abah dan mak aku mampu membesarkan kami yang 12 orang ni. Baru semalam aku bersembang dengan mak aku perihal kesusahan untuk membesarkan anak. Dalam satu masa ada 6@7 orang yang bersekolah sekaligus. Tapi rezeki Allah itu tetap tertulis untuk setiap manusia. Ada sahaja ruang dan lubang untuk mendapatkan wang untuk membesarkan anak2. Walaupun tidak mampu bermewah2. Abah pernah menceritakan yang dia hampir ingin menjual kereta hanya kerana untuk membesarkan anak nya tapi Allah maha pemurah. Ketika itu ada rezeki lebih. Tiba2 ada orang nak antar ikan haruan kat abah aku. Di pun jual kat Pasar parit. Alhamdulillah Ikan haruan yang di ambil setiap hari habis terjual...

Masuk sedikit kisah di G&P. Pendapatan di G&P tidak menentu. Ianya bergantung kepada projek kita yang kita handle. Dekat atau jauh itu memainkan peranan.Sudah banyak projek outstation yang aku terlepas sebab aku lebih ditumpukan untuk menyelesaikan projek mapping. Projek mampping ni tak berapa masyuk dari sudut elaunnya. Mapping 3 4 hari kena stay ofis 2 minggu lebih. Tapi takpe. Rezeki ada dimana2. Masih ingat lagi tentang Tafsir Mubin yang aku jual beberapa bulan lalu? Ketika bulan tersebutlah aku tak berapa ada site. Duk memerap kat ofis je memboringkan diri. Tapi alhamdulillah. Tak semestinya  duit gaji tu je rezeki aku. tafsir Mubin yang di ambil habis terjual. Pokok pangkalnya kita perlu yakin rezeki itu datang dari Allah swt.

Kini sila merenung diri sendiri, adakah kita cukup rasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita? Mungkin kita akan merasakan rugi di satu temoat. Tapi kebiasaannya kita tidak memandang banyak tempat yang kita sedang mengalami keuntungan dek kerana Pemurahnya pencipta kita itu. Pokok pangkalnya adalah bersyukur dan meyakini bahawa itu yang terbaik untuk kita...

Wallahualam..


Saturday, December 3, 2011

Layan blues di KMP

Sedangkan tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat belajar...

Itu yang dapat aku gambarkan. Setelah hampir 5 tahun meninggalkan bumi Kolej Matrikulasi Perlis, Alhamdulillah hujung minggu lepas aku berkesempatan untuk meluangkan masa bersama rakan alumni dan adik2 KMP selama 2hari satu malam.

Entah sakit apa yang melanda diri aku membuatkan aku terdetik untuk menyertai program "Road to U n Road to Career" yang dijalankan tempoh hari. Terima kasih aku ucapkan kepada teman sekelas dahulu Ku Abdul Muhyi yang duk ajak aku join program ni,

Dengan perjalanan selama 10 jam lebih akhirnya aku tiba di stesen bas kangar. Tu pun selepas aku terpaksa solat di dalam bas. Arh...hakikat pemandu MELAYU. Bila aku uke hadapan untuk mohon agar berhenti solat jawapannya yang aku terima seperti aku berada di negara barat. Tidak sensitif langsung!!

Thanks to Cik Pengarah (Kak Eli)

Akhirnya jam 8 malam aku tiba di Kangar. Time tu pun dah layan blues kenangan 4 tahun lepas. hoho. Aku masuk KMP lambat sikit sebab menanti teksi yang terpaksa aku bayar seorang diri. Masuk je KMP dah bermula program dengan perasmian oleh En Shahrom. Wah!! dah lama tak jumpa..uban makin banyak nampak..haha. Malampertama takde apa yang penting. Just ada sesi taklimat dan suai kenal antara faci je. Maklum la datang dari bangayk generasi.

En Shahrom : Makin kacak ko sekarang ek
Aku : ermmm..ermm...(blushing)

Hari kedua bermula dengan sesi Road to U pada paginya. Aku masuk untuk bagi talk kat adik sains fizik. Apa lagi duk gebang la tentang kos geology ni. Bagi diorang tertarik sikit. Petang n malamnya pulak aku diberi peluang untuk menyetorikan (ayat baru) tentang keje sebagai geologist untuk slot Road to career pulak. Betapa powernya aku gebang kat depan diorang hinggakan ada budak akaun tanya boleh tak kos akaun ambil geology..Apakan daya..aku bukan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi. Tak dapat la aden tolong ekau...

Abg Zul tengah gebang sat

Tamat sudah program di KMP. Disebabkan aku punya tiket bas dapat petang je. Maka aku pun ambil la kesempatan untuk "berborak" sebentar bersama AJK Pusat Islam yang hadir untuk solat zohor secara berjemaah. Masyaallah..hebatnya diorang. Jika aku ketika zaman matrik dulu tak berapa tahu tentang tazkiyah nafs apatah lagi untuk memetik ayat alquran ditambah dengan kisah para nabi. Terasa kerdil disamping mereka. Hebatnya anak muda zaman sekarang.(gaya macam orang tua lak.haha). Sempat aku berpesan yang diorang beruntung kerana sudah bertemu dengan jalan ini seawal usia matrikulasi. Aku melihat di depan mata bahawa rakan2 yang sudah bertemu dengan jalan ini sedari zaman matrikulasi dulu akan lebih terkehadapan dari aku yang jumpa pun dah nak habis degree..hoho

Sebahagian Faci yang bertahan hingga akhir. yang lain balik awal sebab UUM ada kelas

Akhirnya selamat tiba di puduraya jam 11.45 malam. disebabkan LRT dah tutp maka aku terpaksa menyusahkan housemateku Apiz n Pau untuk ambik aku kat Pudu. Nasib le kome..sape suh jadi kawan aku..haha..

Secara keseluruhannya memang layan blues je aku dekat KMP ni. banyak yang tidak berubah. Masih sama ketika aku menuntut di sana dulu. paling aku terasa ralat aku tidak dapat bertemu dengan cikgu2 aku dulu terutamanya Teacher Salami dan Cikgu Jamelah. Nak buat camne. Time tu diorang cuti kan. Next time je la.. Tidak dilupakan mentor aku Ustazah Halimah yang hanya dia yang memanggil aku dengan nama BOND..haha

Aras 4 C2 yang paling "sunyi" dulu

sekian sahaja cerita aku yang ingin aku ceritakan setelah berhabuk dah blog aku ni.. Haish...semoga aku akan terus rajin dan diberi kekuatan untuk bekongsi apa yang patut...

Wallahualam...

P/S : Program yang modus operandi hampir sama aku pernah buat kat sekolah aku dulu. KLIK SINI

Saturday, November 26, 2011

Muhasabah untuk Sang Blogger

Sekian lama tidak menulis..Melayari internet di laman web iluvislam. Tersentak dengan artikel yang dibaca. Perbaharui niat. Semoga bermanfaat...Muhasabah untuk rakan blogger yang lain.. Aku copy untuk tatapan semua...credit untuk tuan punya artikel..http://syauqatulwardah-lavender.blogspot.com/

Blogger A: Ish, tak boleh jadi ni, semakin hari semakin ramai follower dia. Blog aku pun Islamik jugak, tapi kenapa blog dia lebih dapat sambutan? Menyampah aku. Dah lah ramai orang komen blog dia, menyampahnya! Sakit hati aku! Macamlah dia bagus sangat! Aku kena buat sesuatu.








Blogger B: Alhamdulillah, semakin ramai yang follow, harap yang follow tu dapat manfaat. Eh, ada komen baru. Ha, apa orang ni tulis ni. Astaghfirullahal 'azim. Ya Allah, ampunkanlah dosanya. Luputkanlah hasad dengki manusia terhadap aku. Ameen.
"Salam. Wei, penulis blog, kau ingat blog kau bagus sangat ke ramai follower, ramai orang komen. Blog je Islamik padahal orang bukan Islamik sangat pun. Ikhlas sikit kalau menulis tu. Hipokrit punya orang! Blah la, menyampah aku dengan kau ni."
***
SISI PUTIH: Hey you!

SISI HITAM: What?

SISI PUTIH: What are you doing?

SISI HITAM: What? Who are you?

SISI PUTIH: Yela, tukar, tukar. Cakap BM pula. Ha? Siapa saya? Saya adalah awak, awak adalah saya.

SISI HITAM: Eh, apa pula dia adalah kau, dia adalah aku. Eh, budak, nama kau sape dah, tak ingat pula aku.

(Putih + hitam = kelabu = neutral )

SISI KELABU: My name is Ali.

SISI HITAM: Ceh, speaking, padahal nama tak komersial langsung.

SISI PUTIH: Apa kena dengan awak ni, nama Ali tu punya maksud yang baik. Yang tinggi. Biar semakin tinggi keimanan, semakin tinggi kesolehan. Sahabat Nabi S.A.W pun ada nama Ali.

SISI HITAM: Ahh! Ni apesal cakap pasal nama pula. Eh, Whitey, apehal kau jerit-jerit dekat budak ni tadi?

SISI PUTIH: Ni ha Blackie, tengok apa dia komen dekat blog orang. Tak puas hati dengan blog orang yang punya follower ramai, komen banyak. Saya nak cegah perkara buruk. Ni boleh merenggangkan ukhuwah.

SISI HITAM: Hahahaha. Memanglah, dia buat macam tu sebab ikut cakap aku. Bagus anak didik aku ni. Pergi blah la kau. Dia milik aku. Hahahaha.

SISI PUTIH: Memang hitam la awak ni, ambik ha, straight to the point. Kalau jahat tu, memang jahat la juga, lagi straight to the point. Aww, tak baik tahu. Saya nak selamatkan dia daripada awak. Ali, awak ok? Are you ready, bebeh?

SISI KELABU ALI: What the...huh?

SISI HITAM: Kau nak buat apa?

SISI PUTIH: Awak shut up, Blackie. Ok my baby, you're ready. Let's get into our lesson, hayya nabda'!
***
Kenapa Perlu Dengki?

Wahai Ali...

Kenapa perlu dengki? Kenapa perlu dengki dengan blog orang lain? Awak dengki dengan blog orang lain yang ada follower ramai? Awak dengki tengok blog dia ramai yang komen? Dan tidak seperti pengomen blog awak? Awak dengki tengok blog dia lebih Islamik berbanding blog awak? Awak dengki tengok dia pandai menulis tetapi awak tidak? Awak dengki.

SISI KELABU ALI: Dah..sudah! *menangis*

Awak jangan tipu diri awak. Awak sudah tahu agama, tetapi kenapa buat begitu. Blog dia bagus, dia berdakwah melalui blog.
Kenapa awak perlu dengki?
Blog awak pun bertemakan dakwah juga, jadi kenapa awak perlu dengki? Melainkan...

SISI KELABU ALI: Melainkan apa?
Melainkan awak menulis bukan kerana Allah S.W.T.
***

Untuk apakah penulisanmu?

Wahai Ali...

Untuk apakah penulisanmu?
Awak masuk dunia blogging ini untuk apa? Untuk tunjuk awak ada banyak ilmu ke, selepas itu apabila orang lain lebih banyak ilmu daripada awak, awak tidak puas hati?
Awak jadi blogger kerana hendak tunjuk blog awak ramai pengunjung, ramai yang komen dan puji setiap post awak, ramai yang singgah, selepas itu apabila tengok blog lain lagi maju daripada awak, awak tidak puas hati?

Awak menulis itu kerana hendak tunjuk awak seorang alim, baik dan selepas tengok blog orang lain lebih alim, lebih baik daripada awak, awak tidak puas hati?
What's wrong with you?

Untuk apakah penulisanmu?

Jika itu tujuan awak, saya nasihatkan awak berhenti daripada menulis. Buang masa awak sahaja. Awak pun tahu kan, sesungguhnya setiap amalan itu disertakan dengan niat. Awak menulis untuk berdakwah. Kononnya, betul ke?

Lagi sekali, awak jangan tipu diri awak. Jika niat awak tidak betul, berhentilah. Sia-sia sahaja. Penat sahaja awak dapat.

Wahai Ali...

Seharusnya awak rasa berbangga ada blog lain yang sama tujuan dengan awak. Niat murni hendak membangunkan Islam. Niat murni menulis untuk mengetuk jiwa-jiwa yang adakala lalai dan lupa. Yang menulis kerana inginkan keredaan Dia.

Jika awak masih tidak dapat buang hasad dengki awak itu, dan hasad dengki awak itu tidak dapat menjadikan awak lebih baik, saya betul nasihatkan awak. Berhenti sahajalah. Lebih baik awak buat sesuatu yang lain.

SISI KELABU ALI: *terasa* *hatinya menangis* *pedih*
***

Menulislah Hanya Kerana Dia.

Wahai Ali...

Saya cakap ini kerana saya sayangkan awak. Cuba awak lihat semula hati awak. Pernah awak tanya diri awak?

Awak menulis untuk apa?
Untuk dapat follower ramai?
Untuk dapat komen terbanyak?
Atau memang untuk mereka mendapat manfaat?
Pernah awak tanya diri awak semua itu?
Lagi, awak menulis untuk siapa?

Awak selalu kata kerana Allah S.W.T. Mulut dan tulisan awak kata untuk dakwah, hati awak bagaimana? Pernah awak tanya?
Jika betul kerana Allah S.W.T, kenapa perlu awak dengki? Awak renung kembali, untuk apa penulisan awak?

Apabila Allah S.W.T tanya, awak hendak jawab apa? Hanya setakat basa-basi di dunia, atau awak sedar bahawa inilah pelaburan jangka panjang awak?

Wahai Ali...

Perbetulkan niat awak. Muhasabah diri awak kembali. Menulislah kerana Allah S.W.T. Apabila benar hati awak berkata menulis kerana Allah S.W.T, tidak akan pernah terdetik rasa dengki di hati awak.
Riak dengan tulisan awak pun tidak. Jika awak menulis kerana Allah S.W.T, apabila post awak dipuji, kembalikan pujian tu kepada-Nya kerana Dia yang bagi ilham kepada awak. Kalau Dia tidak beri idea dan buah fikiran, awak tidak boleh tulis walau satu patah perkataan pun.
Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, awak sokonglah blog lain yang juga mengajak untuk semakin mendekati Allah S.W.T dan tautkan ukhuwah dengan blogger lain kerana Allah S.W.T.
Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, awak pasti akan tumpang gembira apabila melihat blog Islamik lain dapat sambutan.

Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, walaupun blog awak tidak ramai follower dan tidak ramai yang komen, awak akan tetap rasa bahagia. Bahagia kerana dapat menyumbangkan sesuatu untuk Islam. Sekurang-kurangnya awak berusaha.

Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, walaupun blog awak sedikit pengunjung, awak tetap tidak akan putus asa, kerana awak benar-benar ikhlas menulis, awak benar-benar menulis setiap patah perkataan untuk mengingatkan manusia dan diri sendiri.

***

Ketuk Hati Tanya Iman.

Wahai Ali...

Menulislah dengan penuh rasa ketaqwaan, tawaduk dan rendah diri. Suatu masa nanti, apabila awak akan kembali kepada-Nya, awak akan ditanya, untuk apakah tangan awak itu?
Menulis setiap entri blog dengan niat kerana Allah S.W.T atau pun niat kerana perkara yang lain?
Suatu saat nanti, awak akan ditanya, untuk apa penulisan awak. Untuk apa masa yang awak pertaruhkan saat duduk di hadapan laptop dan melarikan tangan di atas keyboard?

Wahai Ali...

Awak cukup bertuah. Punya peluang berdakwah melalui warkah bisu. Warkah bisu inilah pelaburan jangka panjang awak dan semakin bertambah nilainya andai dilakukan atas niat yang benar dan hati yang penuh ikhlas.

Awak cukup bertuah. Tidak ramai yang menggunakan teknologi kini betul-betul untuk perkara Akhirat, dan kini awak yang punya kesedaran, kenapa dipesongkan niat asal awak?

***

Wahai Ali...

Selagi hayat masih ada, pergunakanlah peluang awak sebaiknya. Menulislah kerana Dia. Sokonglah blog Islamik yang lain kerana Dia. Awak punya masa untuk berubah. Berubahlah. Ubah niat awak. Ubah hati awak ke arah yang lebih baik. Ke arah jalan yang betul.

Menjadi seorang penulis itu bukan hanya tahu memberikan pandangan dan pendapat sahaja sedangkan pada hakikatnya hati sendiri tidak terpandu kepada tuntutan Iman.

Menjadi seorang penulis itu bukan hanya pada tulisan yang jelas menunjukkan cahaya sedangkan hati sendiri gelap gelita. Tetapi biarlah menjadi seorang penulis, yang semakin menulis semakin dirasakan sedikit ilmunya hingga menuntut untuk terus mencari ilmu dan meningkatkan amalan.

Biarlah menjadi seorang penulis yang semakin membicarakan persoalan Iman, semakin hatinya lembut dan jiwanya tunduk. Hanya mengharapkan rahmat dan keredaan Allah S.W.T agar apa yang ditulis benar hanyalah semata-mata kerana Dia dalam wasilah penyebaran dakwah dan apa yang ditulis inilah yang akan menolongnya di Akhirat sana.

Wahai Ali...

Carilah Akhirat dalam dunia.
***

"Blogger B, maafkan saya, tak sepatutnya saya cakap macam tu dekat awak. Penulisan awak bagus, teruskan ye! Ma'annajah!"

SISI KELABU ALI: *senyap* *benar-benar menangis* *hatinya pedih* *benar insaf*

SISI PUTIH: Ali? Awak dengar tak apa yang saya cakap?

SISI KELABU ALI: *diam*

SISI PUTIH: Ali? Baby?

SISI KELABU ALI: Huwaaaaa!!!!

SISI HITAM: Eh, ni kenapa ni, kacau aku tidur je. Kenapa pula budak Ali ni nangis? Eh, Whitey kau buat apa dengan budak ni.

SISI PUTIH: *senyum* awak tanyalah dia.

SISI KELABU ALI: Ali dah insaf. Sob, sob *mengesat air mata*

SISI HITAM: Insaf apa pulak ni. Hati aku rasa tak sedap dah ni.

SISI KELABU ALI: Ali tak nak dengar cakap Blackie. Ali nak dengar cakap Whitey.

SISI PUTIH: Hehe. Awak dengar tu Blackie, Ali dah jadi anak murid saya. Tu baru kena basuh sikit tu.

SISI HITAM: Wei, kau buat apa. Ali, ikut Blackie la.

SISI KELABU ALI: Tak nak jugak, huh! *paling muka arah lain*

SISI HITAM: Ali, ikutlah Blackie, Whitey salah, dia hasut Ali tu.

SISI KELABU ALI: Ali kata tak nak! Tak nak jugak!

SISI HITAM: Ok, fine! Menyampah. Asyik aku je kalah. Ni yang aku angin ni. Fed up aku kalau hari-hari macam ni. *beredar*

SISI PUTIH: Good kid.

***

Sisi hitam tidak akan pernah henti memujuk rayu dan menghasut mengganggu sisi putih yang suci bersih. Jangan biarkan diri dalam kekeliruan tujuan dan matlamat. Perbetulkan niat.
Wahai penulis, menulislah bersama hati sisi putih. Gapai keredhaan-Nya dengan setiap patah perkataan warkah bisu yang ditaip. Carilah Akhirat dalam dunia, dirimu pasti beruntung.

Buat hanya kerana Dia. Sematkan dalam hatimu. Hanya kerana Dia. Hanya kerana Dia. Hanya kerana Dia. Cari redha Dia dengan ilmu, idea dan ilham yang juga milik Dia. Kelak pasti dirimu bahagia.

-Artikel iluvislam.com

Thursday, November 10, 2011

Cerita lama yang nak di story

Bismillahirrahmanirrahim...

Ceit.. lama tak update. Agak kesuntukan masa.sedikit sibuk dengan perkara2 duniawi.adeh...Buat masa skang ni aku duk sibuk buat slope inspection kat Maju Expressway Highway. Nanti kalau kome2 lalau kat highway tu rajin2 la hon aku yang duk tengok slope2 kat tepi tu ek.haha.

Tinggi tu yob gua kena daki!

Aku sebenarnya teringin sangat nak story kan beberapa kisah yang menarik yang aku kutip sepanjang aku berijtimak tarbawi di bawah anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM). Dah hampir 2 minggu pun berlalu. Argh.. Aku peduli apa..nak story gak!! huhu

Kehadiran pemuda yang dahagakan sentuhan tarbawi!
Kisah pertama yang aku kutip adalah di ceritakan ketika majlis perasmian yang diceritakan oleh mantan Ketua Pemuda Pas YB Salahudin Ayub. Kisah mengenai beliau dipelawa untuk makan malam di sebuah rumah buruk milik seorang orang kampung di negeri Kelantan. Bila naik je kat atas rumah tu ada 3 keping getah yang dijemur di depan dan 3 lagi di belakang. Beliau pun pelik dan bertanya kepada orang tua tersebut. Mengapa 3 didepan dan 3 di belakang. jawapannya adalah 3 yang depan ini adalah untuk saya dan keluarga saya. Manakala yang 3 di belakang adalah untuk PERJUANGAN PAS. Allahuakbar... Meremang bulu roma aku dengar. Bagaimana pula PENGORBANAN kita untuk islam? :-(

Kisah kedua di ceritakan oleh pemuda  ketika slot bersama pimpinan pemuda di hari terakhir. Beliau menceritakan dia bersembang dengan seorang peserta ijtimak yang datangnya dari Kedah. Menurut ceritanya pemuda tersebut sedikit tempang akibat baru lepas eksiden. Tapi beliau tetap ingin pergi ke ijtimak itu menaiki motorsikal!! tapi ketika sampai di Perak beliau menerima panggilan kecemasan dari Kedah dan memaksanya untuk pulang semula. Tapi........ Rupanya pada malamnya beliau tetap pergi ke ijtimak menaiki bas. Allahuakbar!! sekali lagi bulu roma meremang. Sampai begitu sekali kesungguhan pemuda tersebut untuk menimba sedikit ilmu adn sentuhan tarbawi yang di aturkan oleh DPPM..Hebat nya....

Seterusnya cerita yang disampaikan oleh Tuan Presiden Tuan Guru Hj Hadi Awang ketika bertalaqqi tafsir surah As Saff pada hari terakhir. Kisah mengenai seorang china yang di temubual oleh wartawan melayu mengenai hudud. Begini....(Aku copy dari teman di FB)

wartawan-hai.. apa khabar amoi....

... Amoi-sihat....

wartawan-saya mau tanyalah u suka ka HUDUD...

Amoi-Hah?? apa itu HUDUD....??

wartawan-aiya itu potong tangan punyalah.

Amoi-Kenapa kena potong tangan???

Wartawan-sebab dia mencuri....

Amoi-Eh... baguslah...

wartawan-mana boleh bagus amoi... nanti semua olang takda tangan...

Amoi-Apasai pulak semua kene potong.... u ada mencuri ka???

wartawan-dengan muka marah lantas meninggalkan amoi tersebut...

Hameeek kau!! kan....Orang kafir lagi emmahami..apedaaa....

Ni je cerita yang aku nak story buat masa ni. Okeh. Jumpa lagi nanti...Adiossss...ops...

Wallahualam....




Tuesday, November 1, 2011

HIMPUN : Muhasabah untuk UMAT ISLAM

 Bismillahirrahmanirrahim...
 
Hasrat dihati ingin mencoret sedikit tentang pengalaman di Ijtima' Tarbawi Dewan pemuda Pas tempoh hari. Tapi aku merasa sangat tertarik dengan email yang aku terima sebentar tadi. Ianya agak panjang namun sangat berguna untuk di jadikan muhasabah tertamanya kepada pendokong Gerakan Islam di Malaysia dan umat islam secara amnya. Aku harap korang semua menguatkan diri beristiqamah membaca artikel ini hingga ke penghujung perkataan. Huhu. Sebelum meneruskan pembacaan ingin aku tegaskan sekali lagi apa yang aku letak di dalam FB aku tempoh hari..

"Masih banyak lagi kerja2 yang lebih besar dalam fasa Pasca HIMPUN. Masyarakat perlu diperkenalkan "semula" dengan aqidah islamiyah kerana mungkin kali terakhir belajar adalah di darjah lima 'sekolah agama petang' time exam UPKK akibat "kehebatan" Sistem Pendidkan Malaysia..."
 
Ops..sebelum tu..Maaf tiada link artikel asal kerana dapat dari email je...
 
1. HIMPUN dan Penggerak Utama
- Program Himpunan Sejuta Umat atau rungkasnya HIMPUN adalah satu perhimpunan besaran dianjurkan oleh beberapa NGO di bawah naungan MAPIM dan PEMBELA yang diketuai bersama oleh dua individu berpengaruh iaitu Cikgu Azmi Abdul Hamid seorang aktivis penggerak NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Dr Yusri Mohamad iaitu seorang yang pernah menajdi Presiden ABIM suatu ketika dahulu yang tidak lagi bersama dalam gerakan itu. Kedua gabungan itu bersama beberapa NGO dan pertubuhan lain kerap bercakap isu-isu berkaitan ummat Islam, termasuk dijadikan rujukan mutakhir ini untuk pelbagai isu dimainkan oleh media massa perdana.

- Umum mengetahui kekuatan kedua gabungan tersebut sebenarnya atas personaliti individu penggeraknya, dan faktor jumlah pertubuhan yang bernaung dibawah mereka hanyalah sebagai tambahan kepada kekuatan itu, kerana kebanyakan pertubuhan yang bernaung di bawah keduanya sama ada pertubuhan itu sendiri tidak aktif, atau hanyalah mengambil pendekatan bersama secara nominal dan tidak aktif.

- Selain dua gabungan itu, penggerak sebenar HIMPUN adalah NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah NGO baru di medan dakwah Malaysia yang mengambil pendekatan hampir sama dengan entiti asal mereka, iaitu Jemaah Islam Malaysia (JIM) yang sekarang bernaung atas nama IKRAM.

- Sejarah penubuhan ISMA agak unik kerana tatkala mereka keluar daripada JIM, dan tidak mahu terikat di bawah IKRAM, namun ISMA tetap meneruskan konsep dakwah yang hampir seperti yang JIM mulakan dahulu. Malah pendekatan mereka yang mutakhir ini dilihat seolah menjurus kembali kepada pendekatan asal pertubuhan Islamic Representative Council (IRC) satu ketika dahulu yang mencetus kelahiran pertama JIM dalam era 1990an. ISMA dilihat cuba memisahkan terus entiti mereka dengan JIM, dan isu tersebut menjadi perbincangan hangat dalam perkembangan dakwah di Malaysia. Sebab itu jugalah menjadikan ISMA seolahnya bersaing dengan belbagai cara untuk mengumpul penggerak yang demi menyokong pendekatan baru mereka dengan pelbagai cara terutama menarik mahasiswa kampus, termasuklah menarik mereka yang telah menerima didikan JIM sebelum ini.

- ISMA juga cuba memperkenalkan NGO dakwah mereka seolahnya sebagai sebagai wakil sebenar Ikhwanul Muslimin (sebuat gerakan dakwah di Mesir) di Malaysia. Kecenderungan kedua yang sangat jelas adalah memposisikan NGO mereka duduk selari bersama pertubuhan-pertubuhan Melayu lain yang memperjuangkan semangat nasionalis Melayu sama seperti PERKASA, PEWARIS, GAPS dan lain-lain, malah sealiran dalam banyak pandangan dengan parti UMNO itu sendiri. Laungan slogan tema Melayu digunakan bersilih-ganti dengan Islam demi menarik sokongan ke arah perpaduan Melayu Islam. Ini menjadikan mereka dilihat bercakap dengan nada dakwah yang hampir serupa seperti PEKIDA, sebuah NGO lain yang begitu keras di dalam isu berkaitan Melayu & Islam.

- Seterusnya, walaupun sebagai sebuah NGO dakwah yang non-partisan, ISMA dekenali sebagai satu-satunnya NGO dakwah yang bersifat “gerakan Islam� yang menampakkan dengan jelas kecenderungan politik mereka ke arah UMNO dan perpaduan Melayu berikutan pelbagai tulisan dalam blog dan komen Facebook oleh beberapa kepimpinan utama mereka, terutama Presiden dan Timbalan Presiden mutakhir ini. Walau ahli di peringkat bawahan menolak kecenderungan politik tersebut, namun tindakan dan kenyataan pimpinan ISMA itu adalah konsisten terutama setelah berlakunya kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP sejak PRU12 lepas.

- Natijah dari pendekatan slogan dan perjuangan tersebut menjadikan ISMA dialukan baik dari pemerintah serta diterima oleh UMNO melalui pelbagai program bersama yang dijalankan. Secara langsung, ISMA berjaya memposisikan NGO baru mereka di barisan lebih hadapan daripada entiti induk JIM yang melahirkan mereka, dan berjaya menarik perhatian rakyat terhadap kelahiran baru dakwah mereka itu.

- Maka untuk HIMPUN, keterlibatan ISMA jelas dengan kebersamaan mereka di dalam beberapa siri perbincangan dengan MAPIM dan PEMBELA dan individu-individu berfikrah UMNO. Kekuatan yang ada pada ISMA khususnya dalam melakukan mobilisasi pelajar kampus yang bersemangat dilihat sebagai asset menjayakan HIMPUN, walau bukan sebagai jurucakap di hadapan.

- Malah, Timbalan Presiden ISMA yang sangat terkenal lantang mengkritik PAS dan Pakatan Rakyat diletakkan sebagai ikon no 2 di dalam HIMPUN selaku Setiausaha dan penggerak Sekretariat HIMPUN.
2. Penyertaan NGO Dalam HIMPUN
- Walau sejak awal dinyatakan HIMPUN disertai oleh pelbagai NGO dan pertubuhan lain, tetapi yang jelas sokongan utama diterima HIMPUN adalah daripada NGO-NGO berasaskan bangsa dan dakwah yang dinyatakan di atas, selain sokongan pertubuhan FELDA, PPIM, GAPS, PERKASA, DPMM, dan lain-lain. Tidak terkecuali sokongan padu dari UMNO sendiri yang berusaha menggunakan apa sahaja format demi menjatuhkan lawan politik termasuk yang bergerak atas dasar dakwah dan perjuangan ummat Islam.

- Walau diwar-warkan keseluruhan terdapat 3,000 NGO dan pertubuhan dikatakan bersama HIMPUN, masyarakat mempertikaikan jumlah tersebut disebabkan tidak pernah pun nama pertubuhan tersebut dinyatakan kepada umum atau media.

- Selain ISMA, sekretariat HIMPUN juga menyatakan mereka menerima sokongan dari beberapa gerakan dakwah yang sudah lama bertapak di Malaysia; dinyatakan dalam kenyataan media dan bahan kempen antara yang terkehadapan adalah JIM/IKRAM, ABIM dan HALUAN. Hakikat keterlibatan NGO-NGO dakwah lain itu sebenarnya disebabkan keterlibatan mereka yang pernah bernaung di dalam PEMBELA ketika perhimpunan isu Lina Joy tahun 2007 dahulu, di mana ISMA secara eklusif tidak bersama di dalam gabungan tersebut dahulu. Mereka juga terus menyatakan mendapat sokongan padu dari UMNO dan PAS melalui Dewan Pemudanya (DPPP), sebelum keputusan rasmi dibuat oleh PAS Pusat.

- Namun hakikat yang berlaku adalah pengolahan HIMPUN bermula dari objektif, agenda, halatuju dan apa tindakannya tidak dipaksikan melalui perbincangan khusus bersama NGO-NGO dakwah di atas. Tetapi dominasi perbincangan diterajui oleh ISMA dengan mengambil pandangan individu tertentu termasuk NGO-NGO perkauman yang menyokong UMNO tersebut. Itu satu fakta yang mungkin masyarakat tidak tidak jangkakan telah berlaku.

- Antara saranan utama yang menggerakkan HIMPUN adalah individu berpengaruh yang berterusan menyarankan perpaduan Melayu antara UMNO dan PAS; seperti Tan Sri Harussani Zakaria, YB Datuk Zulkifli Nordin, YB Ibrahim Ali, Tan Sri Prof Ibrahim Abu Shah, Senator Ezam Md Nor dan sebagainya. Petikan ucapan dan kenyataan media mereka dijadikan rujukan utama di website HIMPUN demi mengajak rakyat turun berhimpun.

- Sekretariat HIMPUN juga dengan jelas tidak berusaha, malah mengelak dari melakukan perbincangan khusus dengan gerakan dakwah dari parti pembangkang iaitu PAS yang diketahui diwujudkan atas dasar perjuangan menjaga ‘aqidah ummat Islam sejak puluhan tahun dulu. Malah, HIMPUN mengeluarkan kenyataan media yang keras menafikan keterlibatan HIMPUN oleh mana-mana parti politik, termasuk PAS itu sendiri.

- Ironinya, Sekretariat HIMPUN berusaha keras untuk mendapatkan sokongan daripada kerajaan dan UMNO saban hari dan membuktikan sokongan yang mereka terima di paparan website rasmi HIMPUN.
- Di situlah masyarakat merasa celaru dengan halatuju dan objektif HIMPUN yang diketengahkan oleh media massa, dan menimbulkan persoalan setakat mana UMNO tidak mempergunakan HIMPUN untuk kepentingan politik mreka.

- Maka oleh itulah PAS melalui syura dalaman Lajnah Politiknya beberapa hari sebelum berlangsungnya HIMPUN terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa ketidaklibatan PAS secara langsung di dalam HIMPUN demi menghormati pendirian Sekretariat HIMPUN serta membebaskan PAS dari halatuju dan objektif yang bertentangan dengan pendirian parti, malah berbeza dari uslub dakwah yang dilaksanakan oleh PAS.

- Keputusan itu hanya dipandang remeh oleh oleh Sekretariat HIMPUN, malah Sekretariat HIMPUN mengeluarkan kenyataan balas bahawa HIMPUN akan tetap dijayakan dengan pernyertaan ratusan ribu lagi rakyat yang tidak bersama dengan PAS terutamanya golongan Melayu dari NGO dan ahli UMNO sendiri yang telah memberikan kenyataan dan akujanji menyokong untuk hadir untuk perhimpunan itu.
3. Perjalanan HIMPUN
- Daripada sokongan bertulis dan lisan itulah, Sekretariat HIMPUN menyatakan bahawa kesemua pertubuhan yang mendokongi HIMPUN seperti PEKIDA, PERKASA, FELDA, GAPS, PPIM dan sebagainya, termasuk UMNO sendiri akan mengembeling penuh keahlian mereka yang akan menjadikan jumlah kehadiran akan mencecah ratusan ribu yang memaksa HIMPUN diteruskan di stadium yang sebegitu besar. HIMPUN menwarwarkan satu rekod sejarah akan dicipta atas perpaduan Melayu yang julung kali tersebut. Kerahan beberapa Menteri dan Kerajaan Persekutuan yang menyokong slogan dan perjuangan HIMPUN turut mahukan agar Sekretariat HIMPUN mengabaikan sahaja ketidaklibatan PAS di dalam perhimpunan itu.

- Maka berjalanlah perhimpunan tersebut dengan mengekalkan halatuju, agenda dan objektif asal tanpa persetujuan yang melibatkan PAS atau beberapa gerakan dakwah lain termasuk ada yang mengambil pendirian mendiamkan diri demi memelihara perpadiuan sesama gerakan dakwah di Malaysia. Tidak terkejut juga NGO seperti WADAH bertindak lebih jauh dengan memberi kenyataan berani menarik diri dari HIMPUN juga.

- Hakikat yang berlaku adalah segala perancangan tersebut menemui kegagalan penuh; merujuk laporan media massa antaranya Berita Harian menyatakan anggaran kehadiran adalah gagal kerana 1,000 orang sahaja hadir, juga media online UMNO, Malaysiakini, Malaysia Insider, MStar dan bloggers menyatakan jumlah kehadiran tidak pun mencecah 5,000 orang.

- Kecuali Mingguan Melaysia (Utusan) yang melonjakkan jumlah kepada angka 10,000 orang, dan mempamerkan gambaran sudut photo yang seolahnya menunjukkan stadium berkepadatan tinggi.

- Sebaliknya, pandangan pemerhati dan mereka yang begitu arif dalam penganjuran acara dari kumpulan nasyid yang turut dijemput membantu penganjuran dalam HIMPUN menyatakan kehadiran sebenar adalah tidak menjangkau jumlah 3,000 orang ketika masa puncak.

- Penulis membawakan kesemua di atas demi untuk mengarahkan perbincangan selepas ini kepada kesan besar terhadap gerakan dakwah Islam itu pula. Memahami perkara asas di atas adalah penting bagi menilai hujjah yang dikemukakan terhadap gerakan dakwah yang mahu dibicarakan oleh penulis.
4. Kegagalan HIMPUN
Ada 2 bentuk kegagalan telah berlaku. Yang pertama kegagalan berhumpul dan memecahkan rekod demi menunjukkan kekuatan ummat Melayu yang diharapkan oleh Sekretariat HIMPUN, dan kedua, kegagalan mencapai beberapa objektif dan agenda yang dikeluarkan sendiri oleh Sekretariat HIMPUN.

Penulis sememangnya boleh bersetuju bahawa faktor jumlah bukan satu yang penting, walau sebenarnya angka dan persediaan untuk 3,000 vs 100,000 atau 1 juta yang berhimpun adalah angka yang amat ketara dari segi logistik, keperluan dan pengaruh.

Namun natijah kegagalan objektif utama adalah satu yang amat dikesali, apatah lagi HIMPUN melalui semua sidang media serta bahan kempennya dilihat bersungguh-sungguh cuba memaksa ummat Islam Malaysia untuk tunduk kepada satu pola pemikiran perkauman yang telah terbukti ditolak dalam arus dakwah semasa.
Oleh itu; penulis tidak terkejut dengan objektif utama berikut tidak dicapai, antaaranya;

1. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

- HIMPUN dilihat sebaliknya mengambil pendekatan menggunakan media massa yang hanya mempopularkan isu ‘aqidah dari kacamata politik, tanpa mengambil penerangan dan hujjah pihak yang terlibat atau parti lawan PAS yang melaksanakan gerakan dakwah mempertahankan ‘aqidah.

- Rujukan tertumpu kepada percatuan politik yang diterajui oleh Utusan, Sinar Harian, portal ahli politik yang keras perkaumannya dan lain-lain yang jelas bercakap atas nada yang sama seperti media massa UMNO tersebut.

- Sepanjang ceramah, tiada langsung penerangan “kedudukan perkara sebenar� dilakukan oleh mana-mana penceramah, diterangkan mereka hanya mengambil terus apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh media massa perdana kerajaan yang jelas memberi pandangan bahaya dan salah terhadap Islam yang berunsurkan politik semata, tanpa membetulkan fakta ajaran Islam yang sebenar.

2. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

- Kesatuan yang diharapkan oleh HIMPUN telah gagal, malah HIMPUN dilihat tidak berusaha untuk mendapatkan kesepakatan bersama kesemua NGO, gerakan dakwah atau parti politik UMNO dan PAS di dalam menggariskan slogan, objektif dan halatuju yang dibawa oleh HIMPUN. Malah di antara mereka yang terlibat di dalam Sekretariat HIMPUN sendiri pun ada yang merasakan perancangan HIMPUN cuba didominasi oleh sekumpulan tertentu dengan agenda tertentu.

- Lebih dari itu, slogan, halatuju dan objektif digubal berdasarkan format perjuangan ISMA bersama NGO lain yang disokong padu oleh UMNO untuk menegakkan hujjah perjuangan mereka.

- Kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan ummat Islam terhadap gerakerja Kristianisasi jelas tidak wujud dalam perhimpunan tersebut, dan mereka yang menyertai HIMPUN sendiri pun tidak diterangkan modus operandi gerakerja Kristianisasi yang digembar-gemburkan sejak sekian lama.

3. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujjah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

- HIMPUN mengenepikan jawapan atau hujjah ilmiah pandangan syarak setelah sesuatu perkara yang dibawakan oleh media arus perdana dijawab oleh tokoh-tokoh Islam lain. Hujjah agama yang penuh dengan syarah dan dalil yang tidak disiarkan melalui media massa kerajaan atau bloggers upahan UMNO tidak pula dikemukakan oleh mana-mana penceramah atau sidang media HIMPUN sejak awal lagi, termasuk dari pandangan PAS.

- Sebaliknya, modal politik yang dipelopori oleh UMNO itu sahaja dijadikan hujjah di dalam kenyataan media serta kempen HIMPUN.

- Kegagalan jelas ketika mendengar ucapan dilakukan dimana tiada koordinasi fakta di antara setiap penceramah, di mana penceramah sebebasnya membawa gagasan hujjah dan seruan kebangsaan dan perkauman tersendiri tanpa menumpukan kepada tindakan secara kolektif. Malah majoritinya bercakap sekadar memberi modal “politik sempit� yang menggembirakan UMNO.
5. Persepsi Kegagalan HIMPUN pada Gerakan Dakwah
Selain dari 3 objektif HIMPUN di atas yang jelas gagal dicapai, penulis juga menyenaraikan paling kurang 10 situasi yang mewujudkan perspesi masyarakat Islam terhadap HIMPUN adalah lari dari keperluan sebenar kesatuan ‘aqidah ummat Islam, antaranya;

1. Initiatif Berhimpun

Initiatif HIMPUN bertitik tolak dari gasakan UMNO dalam beberapa perkara yang tidak berpaksikan kepada fakta, termasuklah dalam isu:
(1)Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam
(2)Pertukaran agama rasmi Malaysia kepada agama Kristian
(3)Serbuan JAIS ke atas majlis yang yang dikatakan sedang memurtadkan ummat Islam tanpa pendakwaan di DUMC
(4)Kerisauan dicanangkan oleh Tan Sri HArussani sejak beberapa tahun tanpa fakta dalam isu suku juta ummat Islam murtad
(5)Initiatif juga diasaskan dari gesaan YB Datuk Zulkifli Nordin, YB Senator Ezam Mohd Nor dan ramai lagi ahli politik yang memaksa dan mahukan PAS dan Pakatan Rakyat untuk bersetuju kononnya demi perpaduan Islam perlu dilakukan penyatuan antara UMNO dan PAS demi menyelamatkan bangsa Melayu di Malaysia.

Malah diminta juga untuk PAS meninggalkan kerjasama mereka dengan bangsa lain termasuk DAP dan PKR, kononnya asas perpaduan dengan UMNO adalah disebakan sama-sama Melayu dan Islam.

2. Fakta Tidak Tepat

HIMPUN juga banyak menyuntikkan semangat secara keras tanpa fakta, antaranya kenyataan sejak awal oleh Sekretariat HIMPUN dan beberapa penceramah bahawa bahawa HIMPUN adalah satu-satunya mobilisasi ummat Islam terbesar selepas terjadinya kes Natrah 1950 dahulu.

Oleh itu HIMPUN jelas menafikan apa yang dilakukan oleh puluhan NGO dan gerakan dakwah secara sukarela tanpa pengaruh politik tahun 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan yang berpakat membincangkan isu ‘aqidah setelah berlakunya penghakiman dalam kes Lina Joy dahulu. Hasilnya, Sekretariat HIMPUN tidak memperdulikan muhasabah kegagalan perlaksanaan oleh pihak berkuasa yang tidak melakukan apa pun terhadap resolusi ummat Islam Malaysia yang digariskan selepas perhimpunan bersejarah tersebut.

3. Lakonan NGO & UMNO Mempertahan ‘Aqidah

NGO utama yang menggerakkan HIMPUN dilihat adalah pertubuhan yang begitu pro UMNO dan kerajaan yang tidak langsung terlibat di dalam perhimpunan mendesak pihak berkuasa bertindak dalam kes Lina Joy 2006 dahulu; mereka termasuklah ISMA, PEMBINA, PEKIDA, PERKASA malah UMNO sendiri. Kesannya hingga kini rakyat gagal menerima kewajaran berhimpun kerana bagi ummat Islam pengaruh dan kuasa yang ada pada NGO-NGO dan UMNO itu sendiri sepatutnya sidah digunakan untuk melaksanakan sahaja resolusi yang telah dihasilkan 5 tahun lepas, bukan pula sekadar mencipta resolusi baru dengan berhimpun.

4. Mengambil Kesempatan Memperkenalkan NGO

Oleh itu kesungguhan yang dinilai oleh rakyat adalah HIMPUN seolahnya berusaha meraih populariti dan sokongan NGO dan UMNO demi kepentingan politik dalam tempoh pilihanraya yang semakin hampir, yang menjadikan juga keterujaan pengajuran perhimpunan didominasi oleh semangat berbanding fakta. Selain HIMPUN juga dilihat jelas dilihat cuba untuk menengahkan pengaruh dan slogan NGO baru ISMA untuk mengukuhkan tapak mereka dalam arus dakwah di Malaysia yang dilihat didominasi oleh JIM, ABIM, HALUAN, dan juga PAS itu sendiri.

5. Tiada Perancangan Susulan

Disebabkan itulah dalam sidang media terakhir Sekretariat HIMPUN yang disampaikan oleh Dr Yusri sebelum perhimpunan, beliau terpaksa mengakui dengan jelas di hadapan semua wartawan bahawa HIMPUN masih belum mampu merancang apakah pelan tindakan seterusnya yang bakal dilaksanakan sekiranya HIMPUN berjalan dengan jaya. Jawapan “kami belum pasti apa tindakan selepas berhimpun� memaksa rakyat memikir semula tujuan penyertaan mereka di dalam perhimpunan itu kerana kegagalan merancang “what next� hanya menjadikan tidak lebih dari mengulangi resolusi kosong tanpa tindakan, malah mungkin akan terus dibakul-sampahkan semjula oleh pemerintah seperti sebelum ini.

6. Pemikiran Melayu Islam & Islam Melayu

Kesungguhan Sekretariat HIMPUN bersama NGO-NGO perkauman yang menerajuinya bercakap dengan nada yang sama iaitu memertabatkan Bangsa Melayu demi memelihara Islam tidak dapat diterima oleh rakyat dalam konteks dakwah semasa. Ummat Islam seolahnya dipaksa menerima slogan itu. Hakikatnya Islam sudah dianuti oleh bangsa lain; malah Islam sendiri sudah mahu didekati tanpa batasan dan takut oleh bangsa dan agama lain. Jurang perbezaan sesama kaum di Malaysia dilihat semakin hampir, dan mencapai banyak kebaikkan untuk negara. Pemikiran Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu yang kerap dipopularkan suatu ketika dahulu dilihat sangat tidak releven dan ketinggalan. Ini jelas pada pameran banner dan bunting yang membawa cogankata ISMA, PEKIDA, PERKASA, UMNO dan lain-lain dipasang di merata ceruk stadium yang kesemuanya memiliki perkataan Melayu sebagai tema rasminya.

7. Menyembunyikan Aturcara Sebenar

Seterusnya, terdapat persoalan yang sengaja disembunyikan oleh Sekretariat HIMPUN berkaitan aturcara perhimpunan tersebut yang tidak dinyatakan dengan jelas walau kerap dipersoalkan dalam laman Facebook dan website HIMPUN. Walau Sekretariat HIMPUN beberapa hari sebelum perhimpunan berlangsung terpaksa mengeluarkan penafian terhadap kehendak ahli politik UMNO dan pro-UMNO dan PERKASA untuk berucap, dan menyatakan ucapan hanyalah dari Mufti Perak, wakil pendakwah Indonesia, dan beberapa wakil lain, namun mereka tidak menyatakan senarai sebenar penceramah tersebut.

Hanya ketika perhimpunan sebenar itu berlaku barulah diketahui rupanya individu yang jelas mewakili UMNO atas pelbagai nama pertubuhan seperti Ibrahim Abu Shah, wakil PERKASA, wakil FELDA, dan yang lain-lain turut berucap membangkitkan semangat perkauman yang tebal. Ketika itulah menjadikan sejumlah besar pengunjung terpaksa meninggalkan stadium secara berkumpulan kerana merasa tertipu dan tersinggung atas permainan tersebut.

8. Penekanan Terhadap Undang-Undang Murtad di Parlimen

Saranan sebahagian besar pengunjung website HIMPUN, Facebook dan bloggers agar HIMPUN meletakkan keperluan bagi menerima cadangan Akta Murtad serta penghuraian lanjut Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang telah 3 kali dibawa ke Parlimen oleh parti pembangkang yang perlu diberikan penekanan penting, diabaikan sahaja oleh Sekretariat HIMPUN. Tidak langsung kedengaran mereka termasuk dari UMNO sendiri yang membincangkan menaapa penggubalan undang-undang murtad ditolak oleh UMNO. Kesannya adalah kerajaan yang memerintah lagi sekali dilihat tidak bersungguh membincangkan isu tersebut hingga ke peringkat penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang.

9. Menyalahkan Ancaman Luaran Semata

Seterusnya, kesemua ucapan dilihat memberikan fokus kepada ancaman luaran bukan dalaman. Sepatutnya persoalan pokok rosaknya ‘aqidah semestinya dikaitkan terus dengan isu doktrin pemisahan agama dan kehidupan yang dibawa oleh fahaman sekularisme dan berlakunya perpecahan ummat Islam disebabkan fahaman ‘asobiyyah sempit dan extremis bangsa; namun langsung tidak disentuh dalam objektif mahupun ucapan pada petang itu.

Penceramah lebih selesa menengahkan isu keperluan menghormati Istana & Raja dan perlembagaan sebagai perisai ‘aqidah ummat Islam yang wajib didokong, tanpa melihat punca kerosakan sebenar pada ummat Islam yang membawa kepada murtad atau mensekutukan Allah.

10. Kristianisasi & Kristian Bukan Isu Sebenar

Terakhirnya, sejak awal isu yang dimainkan dalam website HIMPUN dan media rasmi kerajaan adalah HIMPUN menjadikan Kristianisasi sebagai agenda utama keperluan berhimpun. Ini sudah pasti sekali lagi membawa persepsi masyarakat untuk ummat Islam memfokuskan pemikiran kepada isu luaran mereka sahaja, tanpa kemampuan melihat kegagalan diri sendiri di dalam berpegang dengan Islam sebagai punca paling utama.

Risalah haram “Siapa Dalang Penyebaran Kristian Di Selangor� yang diedar luas ketika perhimpunan tersebut mengeruhkan lagi kerisauan walau telah diberikan amaran oleh PAS akan timbul tindakan sedemikian tatkala percikan api perkauman dinyalakan. Walau risalah tersebut bukanlah dikeluarkan oleh Sekretariat HIMPUN, namun persamaan susunan fakta dan hujjah yang menyamai initiatif HIMPUN di dalam risalah menjadikan ada pihak yang bergembira dan mengambil kesempatan. Oleh itu, corak berfikir menyalahkan faktor luar diri sendiri sepanjang perhimpunan itu secara langsung mewujudkan satu perasaan tercabar dan bersemangat ke arah mewujudkan kebencian pada agama lain, khsususnya agama Kristian.
6. Kesan Kegagalan HIMPUN Terhadap Dakwah Islam
- Penulis mengakui bahawa terlalu ramai ummat Islam yang hadir pada petang tesebut datang dengan seribu harapan yang begitu ikhlas mengharapkan kefahaman dari cadangan penyelesaian sebenar bagi masalah ‘aqidah yang melanda ummat Islam. Kebanyakan wajah-wajah dan riak muka serta linangan airmata yang hadir pada petang itu majoritinya adalah atas rasa sayang mereka pada Islam, dan mahu Islam berada pada ketinggiannya.

- Namun hasil dari reaksi spontan pengunduran diri secara ramai yang pulang lebih awal ketika walaupun ketika ucapan sedang berlangsung, serta lakaran dalam media dan blog selepas HIMPUN oleh mereka yang pergi menunjukkan kecelaruan dan kemarahan yang jelas dirasai oleh mereka yang pergi, mahupun yang tidak pergi.

- Keyakinan dan amaran yang dijadikan resolusi pertama HIMPUN adalah untuk ummat Melayu meletakkan perisai Istana dan Raja serta perlembagaan sebagai pelindung utama ‘aqidah mereka, menjadikan mereka lamhsung leka pada kelemahan diri sendiri. Mengambil kata-kata seorang pensyarah UIAM, Dr Mazlee Malik “janganlah sibuk menghentam agama lain yang menyebarkan agama mereka dengan penuh kasih sayang jika kita masih tetap mengajak orang ke dalam agama kita dengan kekerasan dan kekuasaan sahaja�.

- Muhasabah untuk seluruh gerakan dakwah Islam di Malaysia; HIMPUN perlu dilihat sebagai keperluan sangat mendesak untuk seluruh NGO atau gerakan dakwah atas apa jua kapasiti sekalipun untuk melakukan kemaslahatan secara bekerjsama dan saling memahami persamaan di antara pertubuhan masing-masing, melebihi dari mengutamakan perbezaan pendapat demi mengelakkan kemafsadatan yang lebih besar.

- Penulis berkata demikian adalah disebabkan kesan dari kegagalan HIMPUN yang kononnya mahu mengumpulkan ummat Islam dalam satu perhimpunan raksasa yang paling besar dan mencatat rekod dalam sejarah, malah diwar-warkan keseluruh dunia; memberikan satu implikasi yang sangat negatif terhadapan kesatuan ummat Islam pada masa ini di Malaysia. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku jika persamaan diutamakan sejak dari awal idea perhimpunan itu dirancang, daripada mengambil menjadikan perbezaan pandangan sebagai penghalang keterlibatan gerakan dakwah lain untuk bersama. Malah lebih bahaya kerana ia memberi persepsi kewujudan agenda tertentu untuk beberapa NGO atau pertubuhan yang terlibat berusaha gigih mengembangkan pengaruh sendiri di atas penganjuran perhimpunan itu.

- Gerakan-gerakan dakwah Islam di Malaysia khususnya yang telah lama melaksanakan ‘amal dakwah menghalang murtad termasuk ABIM, JIM, IKRAM dan PAS itu sendiri, dengan kerjasama pelbagai pertubuhan lain akan dilihat gagal bersatu suara demi melaksanakan amanah besar secara bersama. Selain itu ianya diburukkan lagi dengan paparan media kerajaan dan UMNO bahawa mana-mana gerakan Islam yang menggunakan pendekatan politik khususnya PAS tidak sesekali mahu lagi memperjuangkan ‘aqidah Islam sebagai dasar pejuangan mereka kerana kerjasama mereka dengan bangsa bukan Islam. Istilah penggadaian prinsip, mengikut telunjuk musuh Islam, tiada patriotic dalam tindakan dan pelabagi lagi tohmahan dilontarkan kepada PAS di atas kenyataan ketidaklibatan mereka di dalam HIMPUN.

- Oleh itu, khususnya kepada Sekretariat HIMPUN termasuklah PEMBELA, MAPIM, dan ISMA, serta beberapa NGO & pertubuhan besar yang lain yang turut membantu HIMPUN perlulah menilai sebab utama masyarakat Islam di Malaysia menolak mereka dan menolak HIMPUN? Adakah dengan keputusan tidak sertai HIMPUN itu menunjukkan masyarakat Islam dan gerakan Islam yang lain itu tidak mahu mempertahankan ‘aqidah, atau bencikan perpaduan dan kesepakatan ummat Islam dan bangsa Melayu?
7. Saranan buat Gerakan Islam
- Khususnya untuk NGO baru seperti ISMA yang mengambil jalan pintas di atas penganjuran HIMPUN demi melebar dan mengembangkan pengaruh dalam masyarakat sepatutnya sedar bahawa mereka telah dipermainkan oleh pelbagai entiti lain yang berlakon menyokong usaha dakwah menjaga ‘aqidah demi kepentingan dan survival politk semata. Di mana 3,000 lebih NGO dan pertubuhan termasuklah pertubuhan besar seperti PERKASA, PEKIDA, GAPS, PPIM yang menjanjikan melakukan kerahan ahli untuk turun demi mempertahankan ‘aqidah pada perhimpunan tersebut.

- Di mana juga keahlian UMNO yang berjumlah hampir 5 juta orang, seluruh Menteri dan pembesar negara yang sejak dari awal menyatakan sokongan tidak berbelah bagi atas nama kerajaan dan UMNO terhadap HIMPUN. Jika paling kurang 5% dari mereka yang hadir sekalipun, Stadium Shah Alam tidak akan melakar rekod dalam sejarah kegagalan program besar tersebut.

- Sebagai gerakan Islam, mereka perlulah benar-benar mengenali siapa kawan, dan siapa yang pula yang hanya mahu menonggak di atas kelemahan sesuatu gerakan Islam itu merancang. Gerakan Islam perlu bijak membezakan antara musuh dan mad’u (sasaran) untuksetiap tindakan. Malang sekali jika saudara dan sahabat sesama gerakan dakwah Islam pula dianggap sebagai pesaing dan perbezaan pendekatan dijadikan halangan untuk bersatu tindakan demi pengaruh.

- Selang selepas beberapa ketika selesainya HIMPUN, istilah “perhimpunan selamatkan ‘aqidah telah gagal� berkumandang di pelbagai media, internet dalam dan luar negara termasuk media yang dipelopori oleh golongan bukan Islam. Persepsi sedemikian adalah sangat bahaya sebab ia bakal menyumbang kepada kerapuhan perpaduan sesama ummat Islam yang semakin kritikal. Golongan opportunist pasti akan menggunakan peluang itu untuk memberikan tekanan berterusan di dalam merangka agenda dakwah dan dakyah mereka yang jelas bertentanagn dengan perlembagaan yang dipertahankan tersebut.

- NGO dakwah dan gerakan Islam juga perlulah benar-benar faham dan sedar bahawa perjuangan memelihara ‘aqidah dan mempertahankan Islam bukan satu kerja kecil yang boleh dibuat secara bermain-main atau sambilan mengikut musim atau semangat, atau mengikut isu politik yang timbul. Perjuangan itu adalah perjuangan para Nabi dan Rasul, dan mereka yang telah mengorbankan nyawa mereka masa dahulu. Ia memerlukan komitmen sepanjang masa. NGO atau pertubuhan kecil boleh sahaja menyatakan sokongan, tetapi adakah golongan itu yang diharapkan oleh Sekretariat HIMPUN untuk berada di hadapan menjaga benteng ‘aqidah, sedang sesetengah penggerak NGO-NGO tersebut sendiri pun terlalu jauh gagal melakukan penghayatan Islam pada pengikut individu mereka sendiri.

- Oleh itu, adalah satu yang paling malang dan tidak bijak untuk Sekretariat HIMPUN meminta parti pembangkang khususnya PAS untuk tidak terlibat dalam menggerakkan HIMPUN, malah meremehkan juga akan kesan dari ketidaklibatan PAS secara langsung di dalam HIMPUN itu, hanya kerana Sekretariat HIMPUN terlalu yakin di belakang mereka terdapat ribuan NGO, parti UMNO dan pihak kerajaan sendiri yang akan bersama mereka bangkit mempertahankan ‘aqidah ummat Islam Malaysia.

- Pengalaman ini mencipta satu lagi fakta yang bakal mewarnai lakaran sejarah perjuanagan Islam di Malaysia sama seperti kegagalan indvividu membetulkan parti pemerintah dengan terjun ke dalamnya seperti pada tahun 1982 dahulu.

- Penulis memperingatkan bahawa slogan utama HIMPUN untuk perpaduan dan perkauaman Melayu hendaklah dilihat dengan lebih terbuka dan berobjektif, iaitu untuk apakah perlunya bangsa Melayu bersatu, dan apakah bentuk penyatuan bangsa Melayu yang dimahukan oleh Islam itu sendiri. Selain penyatuan Melayu, sepatutnya slogan penyatuan ummah mestilah berada jauh di hadapan daripada perkauman bangsa itu sendiri.

- Hakikat ini sangat penting untuk dihayati terutamanya Malaysia antara negara di dunia yang memilik komposisi pecahan kaum yang pelbagai yang mesti diuruskan dengan baik dan berhikmah tanpa penzaliman kepada mana-mana pihak. Namun pada masa yang sama hendaklah diyakini bahawa Malaysia berada pada kemampuan yang sangat tinggi untuk Islam dijadikan satu contoh terbaik dalam pentadbiran dan penghayatan ummatnya.

- Dan terakhirnya; daripada kegagalan HIMPUN dan penolakan yang telah ditunjukkan ummat Islam terhadap perjuangan nasionalis bangsa dan ‘asobiyyah yang jelas selama ini merosakkan ukhuwwah dan menyerang ‘aqidah, maka mana-mana gerakan Islam yang menggunakan pendekatan politik dan pilihanraya, khususnya PAS hendaklah mengambil ‘iktibar dan hikmah yang sangat berharga dari petunjuk dan amaran Allah tersebut.

Nukilan Dari;
Pencinta Perpaduan Sebenar Ummah (PPSU)
Kuala Lumpur
 
p/s : Aku antara peserta yang ternyata SANGAT KECEWA dan pulang awal akibat melihat pengisian program dan ceramah yang lebih bersifat kebangsaan tanpa menekankan pemasalah dalaman dari sudut aqidah umat islam itu sendiri..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang