PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, May 30, 2010

Pastikan sampai jugak!!!!

Slm.pls 4wd sms ni kps seramai kawan yang ada!!- Dr ketua misi LL4G- Msia, Tuan Hj Norazman : kami sedang berada di perairan Gaza dlm jam 4.30 ptg (waktu malaysia)kami akan berdepan dengan kapal Israel. Pasukan konvoi LL4G Msia dan indonesiadiberi amanah untuk menjaga keselamatan kapal konvoi. Dijangkakan komando Israel akan turun kapal melalui helikopter dab cuba merampas kapal konvoi tersebut. Mohon doa n solat hajat dari semua muslimin.4ward kps kwn2.-tak tahu apa dah jadi setakat ni. Tapi, truskan berdoa.semoga Allah memberi bantuan.yahudi laknatullah!

Ni la mesej panjang yang aku dapat semalam dari seorang junior aku. Aku pun forward kan la sekadar mampu. Sebelum tu mungkin ramai yang tak tahu LL4G tu apa. Aku pun tak berapa tahu sebelum ni. Tahu ada misi nak hantar baruan ke Gaza je. Tapi tak tahu nam misi tu. Rupanya LL4G ni stand for nama misi hantar bantuan ke Gaza tu Lifeline 4 Gaza. Misi antarabangsa yang di pengakhirannya adalah untuk mengembalikan tanah Palestin kepada rakyatnya.

Sebelum ni dah ada beberapa siri konvoi untuk menghantar bantuan ke palestin. Yang terbaru kes yang kerajaan mesir yang menghalang perjalanan konvoi tu ke Palestin. Mesir yang terkenal sebagai tempat bermulanya haraki islamiyyah yang menghalang perjalanan tu. kalau As syahid Imam Hasan Al Banna melihat benda ni mesti dia sangat2 keciwa..

Berbalik kepada misi kali ni.Dijangka dalam lingkungan 700 orang dari 40 buah negara yang terdiri yang terdiri daripada termasuk ahli parlimen dari Eropah, ahli Parlimen Israel, para ulama, jurnalis, wartawan, dan aktivis kemanusiaan dari pelbagai latarbelakang agama. Diorang mula bertolak sejak 15 May hari tu dan berkumpul di laut Mediterranean berdekatan Cyprus.

Bercakap tentang isu Palestin ni bukan sahaja umat islam yang cakna. Tapi umat agama lain pun tahu tentang ketidakperikmanusian regim zionis ni. Kelmarin aku tengok kat TV ada untie bangsa Israel tu memang cakap geng2 yahudi ni dah melampau dan memalukan bangsa. Kelmarin juga kenyataan yang di keluarkan oleh Catherine Ashton, Naib Presiden Bagi Polisi Luar Kesatuan Eropah, pun menyeru agar kepungan Israel ke atas Gaza dihentikan segera. Ni aku amik sikit kata2 dia

“Kami ingin menegaskan bahawa seruan Kesatuan Eropah agar segera dihentikan sekatan dan tanpa dikenakan sebarang syarat penyeberangan bagi aliran bantuan kemanusiaan, barang komersial dan warga awam masuk dan keluar dari Gaza,”

“Polisi pengepungan ini tidak boleh diterima dan secara politik juga tidak konstruktif. Kesatuan Eropah tetap prihatin dengan situasi kemanusiaan di Gaza.”

Selain tu Perdana Menteri Turki, Recip Tayyip Erdogan dan beberapa negara lain pun dah member jaminan keselamatan konvoi ni. Nampaknya banyak pihak dah mula sedar tentang isu palestin ni. Alhamdulillah.. Tapi masih ada segelintir dari kita yang masih belum cakna tentang saudara seakidah kita yang terus ditindas dan ditekan di bumi barakah palestin. Jadi aku menyeru semua dari kamu dan terutama aku untuk menyumbang seberapa yang termampu untuk membantu saudara kita di sana. Kalau tak mampu untuk menyumbang secara material. Cukup lah dengan mendoakan keselamatan aktivis2 yang sedang berjuang di sana dan kepada seluruh rakyat palestin. Marilah kita cakna dengan isu yang menimpa saudara seakidah kita.. Kalau nak tahu perkempbangan terkini boleh masuk sini http://twitter.com/lifeline4gaza

wallahualam..

sumber :
http://isiukm.blogspot.com/2010/05/gazabantuanmu-pasti-akan-tiba-lifeline.html
http://haluanpalestin.haluan.org.my/

p/s : kecewa dengan kenyataan PM kita yang menyatakan umat Palestin lemah.sila baca http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang