PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, May 28, 2010

Tiang yang tak cukup 5

Sekarang aku berada kat rumah yong aku.Kejap lagi nak ke rumah Abang aku kat Puchong. Lepas tu balik UKM kejap then nak bergerak ke johor.berjalan2 je aku kali ni..hari ni aku nak story tentang kisah yang aku alami dalam minggu lepas.

Hari apa ek? aku pun tak berapa ingat. time tu aku pergi ke batu gajah sebab nak tukar tayar kereta. Sebelum tu aku dengan adik aku Abu n Dik Wai lepak kat CC. Tiba2 abah aku kol cakap ajak pergi ke rumah seseorang. Melawat tuan rumah tu sebab sakit. Kami pun follow je la.

Sampai je kat rumah tu dalam keadaan belum bersolat zohor aku pun terus mintak kain kat menantu kepada tuan rumah tu. Aku pun tak berapa kenal. Dia bagi la kain kat aku. Selesai aku ambil wudu' aku pun tanya la mana arah kiblatnya. Pastu dia macam berfikir jap then cakap kat aku "arah ni. senget sikit" diikuti dengan tawa dari dia yang aku pun sambut. Aku pun solat la kat bilik tu.

Lepas tu adik n mak aku pulak solat. Tengah aku melepak minum, adik aku tanya arah kiblat yang aku solat tadi. aku pun cakap la dengan yakin nye. Ternyata kiblat kami berbeza!!! waaa..what a shame!! siot je kan. Aku pun sebagai abang mesti la nak ego sikit tetap nak menyatakan aku yang betoi.hehe. Tapi selepas melihat mak aku solat n diorang tanya tuan rumah memang kompom la aku yang salah. kan dah kena solat sekali lagi. Tak pasal2 je aku solat 8 rakaat hari tu.huhu

Aku tak kesah yang aku kena solat 2 kali. Tapi yang aku kesahkan kenapa abang tu tak tau kiblat rumah mertua sendiri?? nak kata baru kahwin diorang dah ada 2 anak dah. Nak kata tak pernah datang, raya hari tu dia ada jugak.hmm..untuk mengelak dari bersangka buruk. Mungkin dia tak pernah solat kat rumah kut. maklum la solat berjemaah kat surau sentiasa..hehe

Tapi aku tetap ada sangka buruk gak. Jahat betul aku kan? sebelum ni aku dengar juga cerita yang macam ni tapi macam tak percaya je sampaikan tak tahu kiblat rumah sendiri. nampak sangat la..hmm..macam ni la umat akhir zaman. perkara basic dalam agama pun tak dapat jaga. Aku tak menyatakan aku baik tapi cukup la kalau kita jaga yang sangat2 basic iaitu tiang kepada agama kita. kalau tak dapat jaga diawal waktu bermula la dengan menjaga solat dulu.

Aku dulu pun tak full solat. Time hujung tahun form 3 baru dapat jaga betul2 5 waktu. Ada tips yang aku baca time tu. Dia cakap jaga solat betul2 dalam 40 hari ke 44 hari ke. Tak berapa ingat dah. Lepas dari tu insyaallah kalau kita tak solat nanti rasa gelisah. Alhamdulillah menjadi tips tu dengan izin Allah swt. Ni tak. sekarang ni ada dalam kalangan kita yang kalau tertinggal solat tu boleh gelak2 lagi. Teringat kawan aku sorang tu kalau terlajak subuh dia punya keciwa sampai hantuk2 kepala kat dinding. kita pulak macam mana??

Gukup sekadar ini. Bukan niat aku untuk mengumpat mahupun mengutuk. Aku tak menyatakan pun siapa yang aku maksudkan dalam cerita kat atas tadi. Semoga segala cerita dan perkongsian di di atas ni memberi manfaat dan pengajaran kepada kita bersama. Semoga kita terhindar dari meninggalkan tiang kepada agama kita ni. Akhirnya. Oh aku dan kamu andai solat tidak terjaga jangan bermimpi ingin ke syurga..

wallahualam..

3 comments:

Khairul Aiman Sahrom said...

solatlah anda sebelum anda disolatkan...
solatlah berjemaah sebelum ada jemaah y menyolatkan anda..
solatlah berimam sebelum anda solat dihadapan imam..

Zulgeologist said...

wow!!! terbaek!!

Anonymous said...

tringat kat roomate kpd seorg kwn..
kwn bgtaw yg rumet dia x solat...
rumet dia tu ex skola agama kat kedah.
n time kwn ni solat, pst si roomate ni akn psg lagu dr laptop dia kuat2.. mmg bengang gila la si kwn ni... ye la.. mcm mnganjing plak kan...
moga dberi hdayah kpd rumet kwn tu..
~diriku jga bkn smpurna..~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang