“Itu perempuan dekat Bangla sana banyak malu kalau pakai ini macam. Tapi
saya tengok sini punya perempuan pakai banyak seksi. Sana puna kalau pakai ini
macam itu orang duduk kampung sudah kasi halau sama dia. Itu mak bapak pun malu
sama dia punya anak perempuan”
Lebih kurang begini statement yang aku dengar dari Mat
Bangla tempat aku kerja sekarang. Adushhh.. malu je rasanya. Kalau dilihat dari
maju nya sesebuah Negara tu memang Malaysia ni maju dari Bangladesh. Mana taknya.
Diorang ni yang dikategorikan sebagai General Worker dalam site daily report ni
sanggup datang sini semata-mata nak cari duit. Kira Malaysia ni macam lubuk
menacari duit la bagi diorang.
Terfikir juga aku. Kalau la keruntuhan akhlak menjadi nilai
yang perlu dibayar untuk mengecap sebuah kemajuan. Baik kita persetankan sahaja
kemajuan tersebut. Baik la jadi orang yang makan nya kais pagi makan pagi, kais
petang tak sempat nak kais pun. Haha. Itu adalah lagi baik dari runtuhnya
akhlak sesebuah bangsa atau lebih tepatnya akhlak umat islam di Malaysia.
Sebenarnya apa masalah yang kita hadapi? Ketidakseiringan.
Itu punca yang berlaku sekarang ni. Kita maju dari sudut duniawinya. Namun kita
tidak seiringan maju dari sudut ukhrawinya. Pembanggunan rohani seringkali
diketepikan oleh rakyat Malaysia. Tak payah pergi jauh. Apa yang kita sebagai
ibu bapa. Ops.. Silap. Aku belum jadi bapa. Haha. Biasanya Ibu bapa lebih risau
jika anak mereka tidak lulus periksa ataupun dapat ditempat tercorot melangkaui
kerisauan mereka apabila anaknya masih gagal membaca Al Quran. Sejak kecik kita
dinilai berjaya apabila berjaya dari sudut kemajuan dunia hinggakan kemajuan
rohani kita abaikan.
Dah cukup cakap tentang Malaysia. Nih nak cakap kat gadis2
pulak. Korang takde rasa malu ke kalau sampai macam tu sekali Mat bangle ni
buat bandingan kat korang. Adeh… Aku yang lelaki ni pun tumpang malu gak..
Cakap banyak pun tak guna jugak.. Satu slogan khas untuk gadis2..
Tutup Aurat Pasti Selamat!!
Cun kan awek ni? Rasa nak takel pun adaaaa....
Wallahualam..
1 comment:
kd 12
kd shoes
golden goose outlet
jordan shoes
air jordan travis scott
fear of god
kd shoes
yeezy
hermes outlet online
jordan shoes
Post a Comment