Bismillahirrahmanirrahim..
Sekarang ni mesti kome dihujani dengan jemputan walimah yang
berlonggok2. Kejap dari utara kejap dari selatan, tengah, tenggara mahupun timur
laut Malaysia. Ye dok? Aku pun sama. Adoi.. Banyak sangat jemputan yang bakal
dan yang dah terlepas pun ada.
Aku tertarik apabila dikhabarkan tentang rakan aku di UKM
yang telah selamat dinikahkan dengan rakan seperjuangan di UKM. Apa yang
tertariknya? Yang tertariknya adalah mengenai "wang hantaran" yang diletakkan. Hanya
meletakkan RM 1000 untuk mempermudahkan urusan yang baik ini. Allahurabbi..
Respond pertama aku adalah…
“mahal sungguh ***(nama gadis tersebut)”
Permudahkan jangan disusahkan
Optimisme aku
Sejak dari dahulu lagi. Dalam persembangan aku dengan
kengkawan aku, aku sering cakap tentang benda ni. Aku optimis mengatakan bahawa
masih terdapat gadis yang tidak meletakkan harga dirinya pada suatu adat yang
bernama “wang hantaran”. Bagi aku semakin murah perempuan itu meletakkan jumlah
“wang hantaran” adalah menunjukkan dia adalah lebih mahal. Mahal di sini adalah
mahal jiwa nya. Langsung tidak memikirkan pandangan orang terhadap dirinya tapi
lebih dari itu memandang jauh kepada kemampuan bakal suami tercinta. Dia
mempunyai jiwa yang besar. Dia permudahkan yang wajar dipermudahkan.
Bukan jual anak tapi nak tengok kesungguhan
Hahaha. Ni lah statement yang biasa kita dengar. Nak tengok
kesungguhan konon. Atau ingin mendabik dada harga siapa yang paling mahal? Atau
at least sama taraf dengan kawan2 perempuan yang lain? Adakah tepat jika kita
ingin melihat kesungguhan bakal suami kita hinggakan sanggup mereka berhutang yang
disertakan dengan bunga ribawi? (Erkk… sejak bila aku tergolong dengan orang
pempuan nih? Haha). Bagi aku aku lebih prefer kesungguhan yang si suami perlu
tonjolkan ialah menyediakan kehidupan yang selesa selepas bernikah. Ni x. Dah
habis berhutang piutang buat majlis pastu nak masuk rumah macam masuk time
masuk rumah sewa dengan kawan2 bujang dulu. KOSONG. Lagi satu adalah
kesungguhan si lelaki melengkapkan diri untuk menjadi imam kelak. Tambah ilmu
tingkatkan iman. Hadami apa yang perlu di buat untuk membawa pelayaran menuju
mardhatillah.. Kesungguhan tu lagi penting. Ye dok??
Peranan bakal suami
Perg. Sub topic kat atas ni macam gaya aku dah pun ada
pengalaman jadi suami. Haha. Bagi aku si bakal suami pula tak boleh terasa lega
dengan “wang hantaran” yang rendah. Kesungguhan itu tetap perlu ditonjolkan.
Korang buat la status kat facebook macam ni “Hari2
makan meggi untuk kawen”. Siap tag bakal mertua lagi. Amacam. Cun x idea
aku??haha.. Aku memandang ada persedian yang lebih penting dari menyediakan “wang hantaran”. Persediaan diri sebagai bakal
ketua keluarga tu yang lebih penting. “wang hantaran” tu just starting point je. Kesungguhan
mempersiapkan diri dan kesungguhan menjaga bakal isteri tu yang perlu
dititikberatkan. Lebih kurang macam point aku kat atas ni la..
Bersungguh-sungguh nak jadi suami yang BENAR2 SUAMI
Bukan masalah pengantin Tapi keluarga.
Adoish… Ni yang aku tak boleh nak komen apa2. Yang aku boleh
cadangkan just korang try story pelan2 dengan keluarga. Kalau tak jalan jugak.
Korang kongsi je duit. Sorang 5k. So total boleh jadi 10k. Ok la jugak tu kan.
Tapi jangan la bagitahu kat family korang pulak. Lagi satu cadangan. Nanti
anak2 korang pulak jangan letak harga yang mahal2. Kita ni selaku golongan muda
akan jadi golongan tua jugak. So time jadi golongan tua nanti korang jangan
menyusahkan golongan muda pulak.
Penutup : Khas untuk gadis sekalian
Rendahkan “wang
hantaran” kalian kerana ianya menunjukkan
mahalnya jiwamu. Ubahlah persepsi masyarakat di sekitar korang. Berbanggalah
dengan “wang hantaran” yang rendah dari
kalian. Katakan…
“Aku meletakkan “wang
hantaran” yang rendah adalah kerana aku
ingin menghalalkan perhubungan ini secepat mungkin. Mana mungkin aku akan
menyusahkan bakal imamku pelengkap hidupku. Imam yang bakal memimpin tanganku
untuk menggapai redha ilahi”
Biarkan dunia mengerti bahawa wanita itu mahal nilainya kerana rendah “wang hantaran”
Wallahualam…
Peringatan : Mas Kahwin adalah syariat. Wang hantaran adalah
adat.
Hadith untuk tatapan. ISLAM ITU MUDAH
Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata:
“Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu”.
Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:
“Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya”.
Nabi SAW segera bertanya: “Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan MAS-KAHWIN”.
Sahabat menjawab: “Tidak ada!”
Nabi SAW bersabda: “Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin”.
Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Nabi SAW dan berkata:
“Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin”.
Maka Nabi SAW bersabda lagi:
“Carilah walaupun sebentuk CINCIN BESI”.
Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
“Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya”.
(Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan).
Nabi SAW bersabda : “Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai”.
Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Nabi SAW memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Baginda SAW memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Nabi SAW bertanya:
“Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?”
Sahabat tersebut menjawab: “Aku hafaz surah itu dan surah ini”.
Sahabat berkenaan menghitungnya,
Nabi SAW bersabda lagi:
“Adakah engkau membacanya secara hafalan?”
Sahabat tersebut menjawab: “Ya!”
“Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz”.
Kredit : Melayu.Com
6 comments:
encik zufar...tahniah! nice entry,.. nak tye, mmg sengaje ke, tulisannya warna hitam... dop nampak nok bace... isi comey doh...
Tahniah abg zul =)
Nice entry ! Btw, tahniah jugak atas per------- dengan si dia.hehe.
Semoga dipermudahkan urusan akan datang.
ok..td masa baca x kluar background.... hehe
cik Nurul Ain : Thanks..kekadang jadi camtu.sebab berat sangat kot..ke guane? btw sejak bile nama aku jadi zufar ni..haha
liya : aih...penembak hendapa apakah ini?ke kome yg udah bert....??
haha,,,itu la pasal... suka suki je kan,,,,hehe.... sori ye en.zul
haha...ok2...sori di terima
Post a Comment