PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, May 17, 2012

Suatu kenangan di Kuala Krai


“228/46!! 224/52!! 226/46!!” Jerit Halim kepada rakannya di bawah.

“Ok dah cukup tu. Prof dah suruh naik bas. Ada lagi banyak lokaliti kita kena tengok lepas ni” sambut Mahmud dari bawah.

Begitu lah kebiasaan suasana yang dapat dilihat apabila pelajar Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia melakukan kerjalapangan ataupun lebih mudah diapanggil fieldwork. Bacaan jurus dan miring sentiasa menjadi maklumat utama yang perlu dicatat. Selain jenis batuan dan litologi yang terdapat di kawasan kajian. 

  
Pelajar leka membuat cerapan

Teknik mengambil bacaan Jurus dan kemiringan
Pada kali ini mereka akan mengkaji kawasan di sekitar Kuala Krai Kelantan. Fieldwork kali ini merupakan fieldwork terakhir yang akan mereka lalui bersama. Formatnya juga agak mencabar dengan diisi dengan aktiviti perkhemahan dan kawasan fieldwork yang mencabar fizikal dan mental. Kumpulan pelajar pula dibahagi kepada 2 kumpulan dengan kumpulan A akan menginap di hotel terlebih dahulu selama 3 hari dan kumpulan B pula akan menginap di khemah untuk 3 hari pertama dan akan bertukar untuk 3 hari terakhir.

“panas betul hari ni. Bagi sikit air ko tu weh. Dahaga siot” Pinta Mahmud kepada rakan baiknya.

“ish ko ni. Nasib baik ada kawan yang macam aku ni kan. Ambik ni. Jangan habiskan. Simpan sikit untuk ambik wudu’ karang.” Halim menjawab.

Sambil Mahmud meneguk air menghilangkan dahaga muncul pula Iskandar menaiki bas.

“Mane  lokaliti kita lepah ni Yob. Teman udoh nyepe ni” keluh Iskandar dalam loghat peraknya.

“Sepatutnya kita akan habiskan sepanjang jalan Sungai Sam – dabong ni dulu. Prof Hamzah kata sini memang kita dapat lihat jelas kesan proses metamorfisma sentuh selain kita dah dapat lihat batuan igneus volkanik yang tersingkap” Aini mencelah dengan tiba-tiba.

“Boooo… Orang tak tanya ko pun la minah skema oi..” Usik Syam yang amat terkenal dengan gurauannya.

Rakan-rakan lain yang sudah masak dengan gurauan Iskandar itu  menyambutnya dengan gelak tawa riang.

Suasana yang tadinya hingar bingar menjadi sepi seketika apabila semua pelajar mengambil kesempatan tidur seketika kerana lokaliti berikutnya mengambil masa 20 minit perjalanan menaiki bas.

Berehat sambil ke lokaliti berikutnya

Bagi Mahmud aktiviti fieldwork ini amat mendatangkan kepuasan dalam dirinya. Di samping dapat mendalami ilmu geology dengan lebih jelas mereka juga dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Siapa tidak tahu di Fakulti Sains dan Teknologi pelajar dari jurusan inilah yang mempunya binding group yang amat tinggi dek kerana kerap kali pergi berfieldwork.

“Ok. Sampai sini sahaja cerapan kita di sepanjang jalan Sungai Sam ke dabong ni. Malam ni kita jumpa di khemah untuk melengkapkan cerapan kalian.” Prof Hamzah berpesan kepada pelajarnya yang ternyata sudah keletihan berjemur seharian.

Mahmud yang sentiasa proaktif lantas bertanya “Prof ..Esok kita akan pergi ke meranduk Sungai Mei ataupun meyusuri Sungai Galas?”

“Esok kita akan ke Sungai Galas terlebih dahulu. Kalau boleh bawa bekalan makanan kerana kemungkinan tiada kedai untuk kita membeli makanan tengahari” Prof Hamzah membalas.

“Baik prof!” Pelajar menjawab kelesuan menandakan mereka sudah ingin pulang ke khemah.

******

Waaaaaaa!!!!!! “ Tiba-tiba terdengar jeritan dari kawasan perkhemahan pelajar wanita..

Syam dan rakan-rakan yang baru selesai mandi di Sungai berdekatan terdengar jeritan tersebut.

“Elle.. Ada pacat la tu. Perempuan ni memang macam perempuan betul lah” Seloroh Syam..

“Standard la bro.. Lu punya awek pun macam tu jugak ape?” Balas Vince kepada rakannya itu di sambut gelak tawa rakan-rakan mereka.

Selesai bermandi-manda pelajar lelaki bersiap-siap untuk ke surau yang berada tidak jauh dari tapak perkhemahan mereka. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk bersolat jemaah setiap kali mereka berfieldwork. Pernah satu ketika mereka menjadikan ruang tamu hotel di Port Dickson sebagai tempat untuk solat jemaah bersama-sama. Usai solat maghrib mereka sempat berkumpul sebentar untuk berbicara tentang perkara agama.

Pada malam ini giliran Halim untuk memberikan peringatan kepada rakan-rakannya..

“islam ini bukan susah. Kita hanya perlu mengamalkannya secara menyeluruh. Sebagai contoh untuk kita menjaga solat secara berjemaah dan diawal waktu pun kita mampu laksanakan. Dimana sahaja kita boleh laksanakan. Di tepi laut, di atas tanah, di atas batu dan sebgainya. Hakikatnya segalanya kita telah pun lakukan sepanjang kita berfieldwork bersama-sama”

Diskusi pada malam itu agak hangat dengan respond dan perkongsian yang pelbagai dari mereka. Isu yang disentuh amat bersesuaian dengan kapasiti mereka selaku manusia yang akan lebih banyak bekerja di lapangan. Juga disentuh sedikit mengenai kepentingan untuk mereka menjadi golongan ulil albab yang perlu sentiasa memikirkan tentang kehebatan kekuasaan Allah yang mencipta alam ini kerana geologist sememangnya golongan yang akan bekerja dengan alam.

Setelah selesai bersolat isya’ mereka menaiki bas untuk pergi ke pekan Kuala Krai untuk makan malam. 

“Bro. Ni first time fieldwork kita asing ikut kumpulan A dan B. Rasa rindu pun ada dengan kawan kita yang group A tu” Vince meluahkan rasa kepada Iskandar yang ternyata malas melayan perasaan rakan berbangsa cinanya itu walaupun dia turut merasai apa yang dirasakan oleh Vince.

Memang benar, akibat dari ikatan yang kuat antara mereka ketika berfieldwork maka apabila kumpulan pelajar dibahagi dua maka akan terasa sedikit kekosongan. Peluang untuk bertemu hanyalah pada malam hari apabila mereka keluar makan di pekan yang sama. Maka gerai tempat mereka berkumpul sudah bertukar menjadi gelanggang raja Lawak apabila masing-masing membuat lawak memecahkan perut.

Menjajahi kedai makan

******

“Bangun!!!! Subuh dah ni!! Bangun!!!”

Ali menjalankan tugas yang biasa dilakukannya apabila sudah masuk waktu subuh. Syam yang ternyata agak liat untuk bangun tidur menjadi mangsa Ali pada hari ini. Tubuh Syam di angkat hinga berposisi duduk sambil Ali mengomel agar rakannya itu bangun untuk solat subuh berjemaah. Ternyata usaha Ali itu tidak sia-sia apabila Syam dan sebahagian besar pelajar lelaki sempat bersolat subuh berjemaah walaupun ada yang masih belum mandi.

“Kak. Bagi saya lauk ayam dan sayur. Kuah asing ya” Pinta Iskandar kepada akak comel penjual Nasi berlauk di pekan Kuala Krai.

Tiba-tiba datang Mahmud menepuk bahun Iskandar. “Is… Tolong bayar untuk aku jap. Duit aku tertinggal kat beg pulak. Air mineral botol besar sekali tau. Terima kasih”

Hari ini mereka akan menyusuri Sg Galas. Satu pengalaman baru kepada mereka apabila akan mencerap menggunakan bot. Bekalan makanan sudah tersedia. Namun ada satu perkara yang merungsingkan mereka.

Sebelum Menaiki Bot

“kat mana kita nak solat zohor nanti ni?” Rungut Halim kepada Mahmud.

Dengan tenang Mahmud menjawab “Insyaallah Allah akan permudahkan. Ada je tempatnya. Kalau teruk sangat. Kita solat je atas bot”

Ceria di dalam bot

Ternyata telahan Mahmud tepat. Dalam pertengahan jalan mereka mencerap kesan-kesan metamorfisma rantau di sepanjang Sungai Galas, Mereka berhenti untuk berehat di Kampung kecil bernama Kg Bahagia. Terdapat satu rumah kedai papan milik melayu yang menjadi tumpuan mereka.

Bahagia di Kg Bahagia

“Pakcik, kami nak tumpang solat sebentar boleh?” Halim memberanikan diri memohon kebenaran.

“Oh. Sila lah naik ke atas rumah pakcik ni. Boleh. Takde masalah” pakcik kedai memberi kebenaran.

Mahmud dan rakan-rakan yang lain membontoti Halim naik ke atas rumah. Mahmud teringat akan pepatah orang dahulu. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Kalau benar kita ingin melaksanakan solat insyaallah tiada apa yang mempu menghalang.

Selesai makan tengahari dan bersolat mereka sambung menaiki bot menyusuri Sungai Galas. Nasib mereka agak baik hari ini apabila kebanyakan singkapan yang tersingkap di tebing sungai dapat dicerap  akibat air yang agak sedikit surut. Maka mereka dapat melihat dengan jelas batuan yang terdapat di sepanjang Sungai Galas dengan mineralogi yang menjadi petunjuk akan perubahan zon metamorf yang dibatasi garisan isograd setiap gred metamorfisme. 

Singkapan di dalam sungai yang terdedah

******

“Kelakar betul Hashim tadi kan? Gaya macam nak jadi hero Malaya. Tengok-tengok dia yang lari dulu. Bikin lawak je dia tuh. Haha” Iskandar memulakan bicara dengan Mahmud yang khusyuk melengkapkan peta cerapan.

\
Khusyuk melengkapkan peta cerapan

“Oit. Hati-hati sikit. Aku kat belakang ni. Dah lembu tu kejar aku . Aku pun lari la” Tiba-tiba Hashim mencelah.

“Hahahaha.. Sudah la ko. Tadi gaya macam nak menyelamatkan Su je. Tengok-tengok ko yang lari dulu. Siap berjaya lompat pagar yang tinggi pulak tu” Mahmud menambah apabila konsentrasinya terganggu.

Begitu la kebiasaan rutin mereka. Gurauan menjadi satu makanan ruji bagi mereka. Ada sahaja rakan yang akan dibahan untuk dijadikan bahan tawa. Kali ini Hashim menjadi mangsa akibat insiden beliau lari lintang pukang apabila dikejar lembu ketika dalam perjalanan pulang dari surau sebentar tadi.

******

Hari ini merupakan hari terakhir mereka berkhemah. Hari in juga merupakan hari terakhir mereka akan mencerap batuan metamorf. Esok mereka akan bertukar dengan kumpulan A yang ditugaskan untuk  mencerap batuan igneus. Sungai Mei menjadi lokasi kajian hari ini. Persiapan yang lengkap telah tersedia. Rata-rata pelajar terutamanya pelajar perempuan telah bersedia dengan garam di stoking dan penyembur anti pacat. Sungai Mei dikhabarkan “dijaga” oleh pacat yang dikatakan bertaraf komando. Di tambah dengan malam semalam hunjan renyai pasti akan membuatkan pacat-pacat akan keluar mencari rezeki harian.

Kepenatan berperang dengan pacat

“Wah. Cantik betul singkapan kat sini. Mineralnya pula jelas” Mahmud melahirkan rasa takjubnya kepada Halim. 

Singkapan yang cantik

“Betul tu. Aku tak sabar nak sampai ke hujung sungai. Kalau kita bernasib baik kita boleh dapat tengok mineral garnet yang sangat jelas” Halim memberi respond.

Ternyata manusia yang bernasib baik hari ini adalah Vince. Beliau menjadi tumpuan apabila menjumpai mineral yang dimaksudkan yang menandakan mereka telah pun sampai ke gred metamorfisme yang tinggi iaitu sudah melangkaui isograd garnet.

Kini semua pelajar telah berkumpul di penghujung Sungai Mei. Prof Hamzah mengarahkan mereka untuk singgah makan tengahari dan berehat sebentar kerana hujan renyai telah turun.

Namun keseluruhan pelajar lelaki memilih untuk bersolat terlebih dahulu. Dengan berlapikkan baju hujan 7 Eleven menjadi sejadah mereka melaksanakan tanggungjawab didalam rintik hujan.

Selesai bergambar mereka berpatah balik merintis Sungai Mei. Walaupun kali ini agak penat namun mereka berasa puas dengan pengalaman baru yang mereka perolehi. Rata-rata melahirkan rasa gembira dan seronok mereka apabila mengharungi aktiviti yang mencabar ini.

Bergambar di penghujung rintisan

 Penat namun tetap ceria

******
Malam ini mereka akan bertukar giliran dengan rakan mereka dari Kumpulan. Maka tiada lagi pacat yang mereka akan tempuhi. Selpas ini mereka akan mencerap di lokaliti air terjun pula. Dengar khabar dari rakan mereka. Mereka berpeluang mandi air terjun setelah selesai mencerap singkapan dan melengkapkan peta batuan igneus….

******End******

Nantikan bahagian kedua cerpen tak berapa best aku  ni… Penat juga menulis cerpen ni.. haha..

Wallahualam…

Credit to my coursemate, collegeae merangkap my housmate Muhammad Hafiz Jahuri kerana menambah koleksi gambar-gambar di atas..  Gambar terakhir menujukkan beliau berbaju biru masih nampak kurus keding. Haha.


























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang