Alhamduilillah bersyukur ke hadrat Allah swt.. Semalam aku
bersama rakan se G&P (Apiz, Shi, Akie, Fariza) aku sempat menghadirkan diri
ke satu talk yang dianjurkan oleh Persatuan Geologi Malaysia dengan kerjasama
Program Geologi UKM yang bertajuk “Geobencana
Gempa Bumi & Tsunami-Peringatan Dari Al Quran & Al- Hadith”. Talk
ni disampaikan oleh pensyarah aku time degree dulu. Dr Tajul Anuar Jamaluddin
merangkap pembaca thesis aku dan juga merangkap jua oghang kampung teman. Atey
oghang peghok juge ni yob. Boleh le teman numpang bangge!! Hehe..
Dr Tajul sedang memberi ceramah
Kehadiran yang melimpah ruah hinggakan tiada tempat duduk. Cayalah!!
So aku pun teringin nak sampaikan sedikit ringkasan daripada
apa yang aku dapat pada hari semalam.
Bermula dengan menyampaikan maksud Geobencana dulu ye.
Geobencana bermaksud proses semulajadi bumi yang boleh menyebabkan kehilangan
nyawa, kemalangan jiwa, kerosakan harta benda dan ekonomi serta boleh
menjejaskan kualiti alam sekitar. Kalau diikutkan statistic pula sememangnya
saban tahun berlaku peningkatan kejadian geobencana ini berlaku. Ada bebrapa factor
yang dikaji oleh saintis yang dikatakan menjadi punca kepada kejadian
geobencana ni. Nak aku tulis kat sini ke? Tak payah la ye. Kome pergi google
sendiri je la.. Haha.. (Sebenarnya ni alasan akibat tak sempat menyalin. Haha).
Tapi secara teorinya keseluruhannya boleh dikatakan menyatakan berpunca dari factor
semula jadi dunia itu sendiri. Tak kira la yang kata tentang pemanasan global
ke sebab fault zone ke ape ke.. Kira masing2 ada hujjah tersendiri.
Lepas tu Dr Tajul mengupas sedikit tentang kebenaran dan
kehebatan Al Quran yang berkatian dengnan bumi. Ada la beberapa hujjah yang
dibawakan. Antaranya tentang kejadian gunung, 7 lapisan bumi dan langit, Teori
Hanyutan Benua dll. Aku pergi laju sikit
ke point sebenarnya la terus yek. Memandangkan kome ni bukan yang jenis yang
suka membaca artikel yang panjang berjela kan?? Haha
Kita singkap sedikit sejarah umat terdahulu mengenai
geobencana ni. Sejarah membuktikan banyak kaum yang dihapuskan dengan
diturunkan geobencana (boleh dibaca sebagai bala) kepada kaum tersebut. Siapa
tidak tahu mengenai kaum Nabi Luth, kaum Nabi Hud, kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Soleh.
Ni antara umat yang terhapus akibat dari geobencana ni.
Mengapa hingga terjadi begini? Balakah?
Persoalan yang timbul adakah benar geobencana ini hanya
berlaku akibat dari proses semulajadi semata2? Ataupun sebenarnya ada factor lain
yang kita sebenarnya mungkin juga kita tahu namun kita just buat2 tak tahu je.
Ni aku kongsikan kat korang.
Maka
masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka
ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada
yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami
benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan
Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka
sendiri.
(Al-Ankabut
: 40)
Jelas bukan?? Sebenarnya bukan salah orang
lain. Semuanya salah kita. Kita yang menganiayai diri kita sendiri. Maka Allah
datangkan geobencana yang juga telah dinyatakan di dalam ayat di atas. Benar. Sebenarnya
permasalahan geobencana ini asalnya datang dari tangan umat itu sendiri. Ketika
umat semakin lalai maka Allah menghantarkan geobencana ini sebagai peringatan
kepada umatnya.
Hebatnya Allah swt
Dr Tajul juga ada menyentuh mengenai gempa
bumi yang berlaku di Padang tidak lama dahulu. Beliau juga berkesempatan untuk
melakuakn fieldwork disana. Selain dari kaitan masanya dengan ayat Al Quran yang telah pun ramai orang kongsikan di facebook, beliau juga mengaitkan dengan permasalahan umat
disana. Sekadar sebagai peringatan kepada kita yang semakin jauh dari agama ni.
Di sana sememangnya Dr Tajul dapat melihat permasalahan umat dari perkara asas
iaitu sembahyang hinggalah ke permasalahan muamalat dan penjagaan aurat. So no
wonder la tempat asal usul ulama’ hebat nusantara iaitu Buya HAMKA ini di timpa
geobencana (baca sebagai bala) oleh Allah swt. Ni la akibatnya apabila islam
tidak di amalkan. Nah. Sekarang lihat. Siapa yang menjadi punca? Bukankah
manusia itu sendiri???
Di bawah ni aku sertakan lagi dallil2 yang
di bawakan oleh Dr Tajul yang menyatakan punca berlaku geobencana ni.
(keadaan mereka) serupa dengan keadaan
Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka
mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan
mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir'aun dan
pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.
(Al-Anfaal : 54)
Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan
kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan
ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan
kota-kota; kecuali penduduknya dalam
keadaan melakukan kezaliman.
(Al Qashash : 59)
Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang
yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah
kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka. Pada hari mereka melihat azab yang
diancamkan kepada mereka (merasa) seolah-olah tidak tinggal (di dunia)
melainkan sesaat pada siang hari. (Inilah) suatu pelajaran yang cukup, maka tidak dibinasakan melainkan kaum yang
fasik.
(A l- Ahqaf : 35)
Apakah mereka (kaum musyrikin) yang lebih
baik ataukah kaum Tubba' dan orang-orang yang sebelum mereka. Kami telah
membinasakan mereka karena sesungguhnya mereka
adalah orang-orang yang berdosa
(Ad Dukhan : 37)
Seterusnya hadith yang menyatakan tentang
Gempa Bumi pulak.
Saiyyidina Anas R.A telah mengunjungi Saiyyidatina Aisyah
R.A di dalam sebuah majlis, dan di dalam majlis itu telah bertanya seorang
lelaki, “Wahai Ummul Mukminin, ceritakan kepada kami tentang gempa
bumi”.
Beliau berkata : “Apabila perempuan menanggalkan pakaiannya di tempat selain daripada rumah suaminya, terkoyaklah apa yang ada antaranya dan antara Allah daripada hijab (pendinding daripada azab), apabila perempuan memakai bau-bauan bukan untuk suaminya, maka baginya neraka dan kehinaan, dan apabila dihalalkan zina, meminum arak dan memukul alat muzik, maka ia telah menjadikan Allah Ta'ala di langit-Nya berfirman kepada bumi, “ Gegarkan mereka”, sekiranya mereka tidak bertaubat dan meninggalkan maksiat, mereka akan dibinasakan dengannya oleh Allah Ta'ala".
Maka bertanya pula Anas R.A. : “Apakah itu hukuman terhadap mereka (penduduk yang ditimpa gempa bumi)?" Aisyah R.A. menjawab : "Ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kepada orang mukmin. Ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas orang kafir”.
Beliau berkata : “Apabila perempuan menanggalkan pakaiannya di tempat selain daripada rumah suaminya, terkoyaklah apa yang ada antaranya dan antara Allah daripada hijab (pendinding daripada azab), apabila perempuan memakai bau-bauan bukan untuk suaminya, maka baginya neraka dan kehinaan, dan apabila dihalalkan zina, meminum arak dan memukul alat muzik, maka ia telah menjadikan Allah Ta'ala di langit-Nya berfirman kepada bumi, “ Gegarkan mereka”, sekiranya mereka tidak bertaubat dan meninggalkan maksiat, mereka akan dibinasakan dengannya oleh Allah Ta'ala".
Maka bertanya pula Anas R.A. : “Apakah itu hukuman terhadap mereka (penduduk yang ditimpa gempa bumi)?" Aisyah R.A. menjawab : "Ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kepada orang mukmin. Ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas orang kafir”.
"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan
nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi
muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam
bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi
(setelah mati)".
(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
Ok. Sekarang sudah
jelas mengenai punca sebenarnya berlakunya geobencana ni. Aku tertarik untuk memberi
pandangan mengenai kejadian gempa yang berlaku di bukit tinggi, Pahang. Kalau
ditanya kepada geologist semestinya akan menjawab ianya berpunca dari sesar
bukit tinggi. Tapi sengaja ingin aku membuka minda kalian. Adakah mungkin ianya
adalah peringatan dari Allah apabila di sana terdapatnya pusat judi di Genting
Highland?
Seterusnya mengenai
kemungkinan berlakunya kejadian gempa major di Malaysia. Adakah kemungkinan
yang akan berlaku di Malaysia? Aku bersetuju dengan pendapat Dr Tajul mengenai
Malaysia di himpit oleh beberapa plat di segenap penjuru. Mungkin saja sesar2
yang tidak aktif akan kembali aktif apabila terus menerus dihimpit oleh plat tektonik
di sekitarnya. Sori la kepada kome yang bukan geologist. Tak tau nak terang
lagu mana. Haha. Buat2 paham je la ye. Itu dari sudut geologinya. Bagaimana
pula dari sudut kemungkaran yang berlaku di Malaysia? Aku pulangkan persoalan
ini kat kome untuk menjawabnya dengan berpandukan hadith di bawah.
Kome cari Malaysia pastu buat2 paham tengok pergerakan plat tektonik nih
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :
1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendang kan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :
1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendang kan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah
atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Hamekkk Korang. Dalam 15 ni ada tak satu yang korang boleh
nafikan tidak ada di Malaysia ni?? Yang aku boldkan tu adalah yang aku sangat2
setuju dan sangat jelas berada di Malaysia ni.
Inginkah kita menjadi SAMPAH??
Wah. Macam panjang la pulak aku cerita kali ni. Tak pe la. Harap2
kome kuat untuk baca sampai habis. Hehe. Ada lagi banyak benda yang sangat
menarik diceritakan oleh Dr Tajul. Tapi aku memfokus untuk cerita tentang ni je
la ye. Lagi pun aku belum dapat lagi powerpoint dari Dr Tajul. Yang kat atas ni
yang aku sempat catit. Tak banyak sangat sebab dakwat pen tersekat2. Uhuk… Lagi
satu alasan yang aku reka. Haha.
Ok cukup sekadar itu untuk kali ini. Semoga
perkongsian ini bermanfaat dan menyedarkan kita yang sudah tak berapa nak sedar
diri ni. Akhirnya aku walaupun sebagai geologist dan mampu menerangkan kejadian
geobencana ini dari sudut saintifiknya namun aku tetap ingin menekankan kat
sini bahawa tiada geobencana yang berlaku jika bukan disebabkan oleh tangan2
kita sendiri yang semakin jauh dari Allah swt.
Yang ni memang betul2 akhir. Hehe. Tahniah diucapkan kepada Persatuan Geologi Malaysia dan Program Geologi UKM. Tahniah juga kepada Tuan Penceramah Dr Tajul yang berkongsi pencerahan yang amat baik kepada golongan penuntut ilmu sekular seperti kami nih. Alhamdulillah satu langkah yang amat baik dimulakan oleh para saintis ini. semoga kita tergolong dalam golongan Ulil Albab Yang di dambakan..
Wallahualam…
3 comments:
replica designer bags replica designer bags aaa replica bags
find more information visite site click for more info get more More Bonuses recommended you read
kobe shoes
yeezy shoes
Travis Scott Jordan
jordan 4
yeezy
Post a Comment