PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Saturday, December 15, 2012

Overtime : Berbaloikah??



Bismillahirramanirrahim…

Hari ni aku bercadang nak pergi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus kat S.Alam. Dah set dengan adik bongsu aku pun. Nak pergi sama2 la kononnya. Tapi…..

OVER TIME merosakkan rancangan aku malam ni…. Oh demmm…. Sabor yob… ade le hikmahnye tu… (intonasi memujuk hati sendiri)

Situasi Aku

Sebelum ni aku ditugaskan untuk menjaga mesin yang beroperasi dekat dengan kawasan perumahan. So kerja tak boleh lebih dari pukul 7. Tapi starting dari hujung bulan lepas aku dah ditukarkan ke tempat yang dibenarkan untuk kerja sampai ke pukul 12 malam. Nasib consultant memang macam tu. Selagi kontraktor nak kerja. Maka kami pun kena la ada jugak untuk witness kerja diorang. So kalau diikutkan setiap hari aku perlu bekerja sampai ke pukul 10malam. Sebab minimum diorang kerja sampai pukul 10malam dan maksimum pukul 12 malam sepatutnya, Pernah jugak aku kerja sampai pukul 1.30 pagi!! Cuma aku bernasib baik sikit sebab kat site MRT ni ada banyak consultant lain yang sudi untuk ganti aku. Ada juga yang memang betoi2 suka buat O.T. tak sama macam aku. Yang memang malas nak mampus untuk buat O.T. haha

My site now : Foundation work at Pier 96-Pier100 KVMRT V5 

Overtime : Boleh tapi tak payah la selalu sangat

Pergh.. Bukan main panjang lagi subtopic aku kan? Haha.. Bagi aku. Nak buat O.T tu takde masalah. Kalau setakat dalam seminggu tu dalam sehari dua,  Aku boleh accept. Cumanya bagi aku kalau tak buat langsung lagila aku  boleh accept sangat2. Haha..

Berbaloikah??


 
Ini status aku letak semalam kat facebook. Bukan sekadar ayat bajet pakar motivasi. Tapi tu la yang aku rasa. Honestly cakap aku ni banyak benor aktiviti malamnya. Jenis yang bukan duduk rumah time malam2. Isnin main futsal, selasa usrah DPPBTR,  khamis badminton +usrah rumah, yang tinggal ada rabu,jumaat,sabtu n ahad je. Tu pun biasanya aku akan slot in dengan lepak dengan adik beradik, mesyuarat NGO, gerakan mahupun benda2 apa yang aku buat yang ada manfaat sikit untuk masa depan. Hoho.. So bila dah kena buat overtime ni memang terasa carca merba jugakla jadual aku. Benda yang aku buat setiap minggu dah jadi terabai. So aku tak nampak kat mana berbaloinya aku buat overtime hingga terpaksa mengorbankan masa yang berharga untuk dihalakan ke aktiviti lain.

Hidup bukan untuk bekerja

Aku tak paham kalau ada yang mamat2 workaholic yang hidupnya bangun pagi pergi kerja, balik kerja terus tido lepas tu esoknya sambung rutin yang sama. Come on la.. Get a life bro!!  banyak benda lain lagi yang kita boleh buat dari kerja je.. kalau nak kejar duit tu bagi 72 jam sehari pun tak cukup jugak…

Bagaimana aku memandang kehidupan?

Ok. Sekarang masuk part yang serius sikit.

Beberapa  bulan lepas aku ada menganjurkan kem untuk pelajar matrikulasi, Ada satu slot tentang paradigma kehidupan. Aku kongsikan kepada mereka bagaimana aku memandang kehidupan ni. Bagi aku biarlah kita menjadi golongan yang sederhana dalam mengejar kejayaan dunia. Asalkan gerakan kita dalam bidang dakwah dan tarbiah tidak terbantut. Aku cakap kat diorang..

kalau kita kejar dunia kita dapat dunia. Tapi kalau kita kejar akhirat akhirat kita dapat, dunia pun kita akan dapat..

 Sama dalam pemilihan kerjaya sebagai seorang ahli gerakan. Mana mungkin aku sanggup untuk terlalu menumpukan dalam bidang kerjaya hinggakan masa yang berharga untuk digunakan dalam lapangan dakwah terpaksa dikorbankan. Aku hanya ada 24 jam dalam sehari. 8 jam telah dibeli secara rasminya oleh majikan ditempat kerja.6 jam untuk tidur. Aku hanya 10 jam lagi untuk diurus untuk dibahagikan dengan keluarga, rakan dan paling penting  GERAKAN DAKWAH. Takkan 10 jam tu pun aku nak guna untuk kerja juga… aish… no..no…no..

Aku menolak Overtime bukan sebab nak kahwin

Ada jugak bunyi2 dalam kalangan rakan seconsultant lain yang kononnya aku taknak buat O.T sebab aku nak kahwin. Ceh… kamoon la… kalau ada kaitan pun sikit je. Untuk aku uruskan bab perkahwinan aku. Tapi aku rasa nak urus bab perkahwinan tak sepening aku nak uruskan program motivasi. Hoho.Mungkin sebab aku ada family dan bakal isteri yang banyak membantu kot (harap2 Aida tak baca entry ni.kehkeh).  Kalau aku taknak kahwin lagi pun sama je.. banyak lagi aih benda lain aku nak buat dari duk melengung kat site tu je…

Kesimpulan : Aku tak minat buat O.T

Ni stand aku. Lantak le kalau dapat duit pun. Aku peduli apa. Untuk kawan2 yang kaki O.T tu aku nasihatkan tak payah la nak rajin sangat. Nikmatilah kehidupan ni selagi sempat. Beribadat sebanyak mungkin selagi mampu. Kita kecoh2 nak buat Over Time tapi Time untuk ibadah taknak pulak kita Over kan pulak..

Wallahualam…

p/s : tapi kalau mampu tune niat beribadah dalam bekerja lagi terbaekk… kerja 24 jam pun takpe…hoho

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang