PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, December 23, 2012

Aku bercinta atau menyinta?



Bismillahirrahmanirrahim…

Perkara yang pelik bin ajaib berlaku. Aku tak tidur lepas subuh hari ni!! Dah la hari ahad. Tak tidur lepas subuh. So produktif kan?? Haha.. Mungkin kah ini petanda2 bagi orang yang sudah hampir menamatkan zaman bujang?? Kahkahkah

Ok. Pagi ni aku nak cerita tentang satu topik yang dulunya aku boleh2 nak elak cerita tentang topik ni. Topik nya tentang CINTA. Ewwah… dah nak kahwin ni poyo2 je kan nak cerita tentang CINTA. Haha.. Sebenarnya aku ni bukannya jenis makhluk yang suka sangat cakap tentang topik ni. Tapi ye la. Kalau pandangan aku ni mampu member siedikit manfaat. why not? Am I right? (skiping London habaq hang). Tapi kalau agak2 macam menyesatkan je sila delete dari ingatan korang ek. Tq!

Cinta itu fitrah

Tak payah nak poyo la weh. Jangan cakap ko tak pernah ada rasa cinta. Bagi yang islamik mesti la cakap dia cintakan agama, cintakan Allah, cintakan Rasul dan sebagainya. Bagi golongan yang kuat kemelayuannya pula dok cakap dia cintakan bangsa melayu. Geng kaki bola pula akan cakap dia cintakan Rajagobal. Haha.. Tak kurang juga kaki facebook yang cintakan Mark Zuckenberg. Haha.. apa2 pun key point tu cinta tu memang akan ada punya.

Cuma sekarang ni aku nak fokus kepada cinta antara 2 jenis yang dipanggil kaum Adam dan Hawa.(pembaca gadis mesti sedang teringat kat Aron Aziz.haha). Hakikatnya memang dua kaum ni memerlukan satu sama lain. Allah memang menciptakan rasa kasih dan cinta antara keduanya. Yang laki tengok pompuan akan rasa lain. Begitu juga sebaliknya. Sudah fitrah dijadikan begitu, so jangan mengada2 nak melawan fitrah pulak.

Menyinta atau Bercinta

Perlu dibezakan dua term ni. Menyinta adalah rasa cinta yang dipendamkan di satu pihak sahaja manakala bercinta adalah kedua pihak saling menyinta dan pelbagai perkara dilakukan bersama.  Sebagai contoh

Orang menyinta hanya akan kadang2 teringat kat sorang lagi tapi dia akan buat tak tahu je,
kalau bercinta tu diorang bila teringat tu akan mesej.lepas tu kol takpun jumpa terus pergi tengok wayang kat Mines pakai duit PTPTN.  hoho

Ni yang aku faham la. Kalau bab sebelum kahwin.  Bagi aku menyinta tu takde salahnya. Cuma perlu dikawal rasa cinta tu agar tidak sampai merosakkan hati. Perlu dikawal agar tidak melebihi rasa cinta kepada yang sepatutnya dicinta. Yang salah adalah bercinta. Bila dah bercinta tu syariat semua nya duk langgar. Yang salah akan dianggap betul. Perkara yang dahulunya takut untuk dilakukan kini dah menjadi biasa dan sudah immune dari rasa bersalah.

Camne pulak situasi aku?

Korang dah tahu kan yang insyaallah aku akan diijabkabulkan dengan Aida Rahayu? So persoalan sekarang adakah kami bercinta? Terasa awkward gak bila ada orang yang tanya tentang kisah cinta kami. Siap tambah lagi cinta islamik tu… haha.. Aku tak salahkan orang yang bertanya. Cuma jawapannya kami tak bercinta lagi. Lepas tarikh 13.1.13 tu insyaAllah bercinta hingga ke syurga la hendaknya..

Bercinta tidak. Bagaimana pula menyinta?? Jeng..keng..jeng…..(intonasi baru aku belajar dari sepupu aku.haha)

Bagi yang menonton video “Tentang Aku dan Dia” cuba teka adakah ketika aku memulakan chatting dengan lafaz “Assalamualaikum Aida” aku telah menyinta Aida?

Adakah ketika saat kami bertaaruf aku telah menyinta Aida?

Adakah saat kami bertunang aku telah menyinta Aida?

Adakah saat kami mengumumkan tarikh perkahwinan aku telah menyinta Aida?

Cepat teka…..

3…..2………1…… tutttt.. Masa dah tamat…

Jawapannya aku masih belum menyinta Aida. Walaupun kat atas tadi aku bersetuju dengan menyinta. Tapi aku memilih untuk mengelakkan rasa tu. Aku ni bukannya jenis yang kuat sangat nak kawal2 rasa tu bila dah datang. So sebelum dia datang baik aku try elak dulu. Hoho.. Antara doa yang aku duk panjatkan adalah semoga Allah datangkan rasa cinta tu hanya selepas kami dihalalkan untuk satu sama lain. Aku harap sangat agar hati ni Allah terus jaga. Sekarang ni lagi la mencabar. Banyak perkara yang perlu diuruskan bersama. Adeh… Mohon korang semua doakan kami agar hubungan kami ini disertakan dengan redha Allah bersamanya..

Kesimpulan

Kesimpulannya, Stand aku adalah bercinta tu tak boleh. Menyinta itu boleh tapi dengan syarat. Kalau rasa tak kuat untuk mengawal diri baik la elakkan dari rasa tu. Takde apa faedah pun. Semoga dengan terjaganya hubungan sebelum nikah akan menatijahkan hubungan yang berkekalan dan diredhai selepas nikah.





Wallahualam…

#SayNoToCouple#

2 comments:

Miss Aisy ~ said...

Alhamdulillah, all praises to Allah.
Barakallahulakuma untuk nikah nanti, dan semoga semuanya berjalan lancar.

Semoga hubungan saudara dan bakal isteri terpelihara dan mendapat keredhaanNya :)

Zulgeologist said...

Syukran d atas doanya...

Jempuyt datang naa ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang