PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Tuesday, January 29, 2013

Buat yang nak kawen n dah kawen


Bismillahirrahmanirrahim..

Macam lama je tak update kat blog aku ni. Al maklumlah orang tengah mabuk bercinta. kahkahkah… Bukan apa. Sebenarnya banyak benda yang aku kena uruskan sebelum majlis yang akan berlangsung kat perak 10hb 2 ni. Di tambah dengan bz nak masuk rumah baru kat Ampang. So ni baru ada kesempatan nak menulis.

Untuk kali ni aku nak ceritakan tentang Seminar Baitul Muslim yang di anjurkan oleh company wife aku. Detail program adalah seperti berikut (skema kejap)

Nama Program       : Seminar Baitul Muslim 2.0
Tarikh                    : 16 & 17 Februari 2013
Masa                     : 8.30 pagi – 10.00 malam
Tempat                  : Putrajaya International Convention Centre (PICC)




Kenapa kena pergi?

Seminar ni sangat bagus untuk orang yang ingin mengetahui tentang membina dan mengekalkan hubungan mengikut syariat. Penceramah pulak memang tip top. Pengisian pulak mencangkupi perhubungan sebelum nikah dan juga selepas nikah hinggalah ingin membesarkan anak2.

Ada apa dengan SBM 2.0?

Sini aku nak cerita sikit apa benda yang ada dalam seminar ni. Banyak gila weh. Aku pulak pegi elaborate lebih2 sikit. Harap kome semue tabah dan terus gigih untuk membaca sampai la terjumpa gambar aku dengan bini aku.kahkahkah... Goodluck!!

Hari Pertama (16 Feb 2013)

Cari Jodoh : Langkah 1,2,3..
Penceramah : Ust Pahrol Md Juoi

Slot ni memang amat penting. Sekarang ni orang banyak salah anggap tentang cara nak cari jodoh. Takel kat bus stop, chat kat facebook, letak surat bawah meja, ajak pergi dating, bukak akaun tagged, chat kat mirc dll lagi. So kat sini kome akan dijelaskan oleh Ust Pahrol yang femes memes tu tentang konsep dan kefahaman sebenar tentang jodoh menurut islam.

Pengurusan Jiwa
Penceramah : Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh 

Yang ni bab pengurusan jiwa. Time sebelum kawen ni memang masalah hati senang membarah. Bukan senang nak mengawalnya. Serius wa cakap lu. Sebab aku pun alami. So molek benorle kome dengor pengisian ni.


Fulus Oh Fulus
Penceramah  : Tuan Suzardi Maulan

Ni pun slot yang penting terutama buat lelaki2 hensem yang seangkatan dengan aku. Haha. Kita lelaki ni memang kena bijak merancang duit untuk persediaan sebelum mahupun pun selepas pernikahan. Slot ni akan disampaikan oleh Tuan Suzardi

Slot Sebelum Aku Menikah
Penceramah : Hilal Asyraf

Slot ni pulak untuk yang nak tahu pengalaman si Hilal Asyraf ni tentang fasa2 sebelum dia menikah.. Menarik juga nak diambil sebagai panduan. Kalau rasa tak berapa menarik. Boleh dengar aku pulak share  tentang baitul muslim aku. Tapi sila datang ke rumah aku bawak pengeras ayam panggang beserta pulut kuning. kahkahkah

Kau dan aku berbeza : I drive, U Baca Peta
Penceramah : Ustaz A. Ubaidillah Alias dan Puan Wardina Safiyyah Fadlullah
Moderator : Tuan Amin Idris

Yang ni bab nak memahami dan mengurus perbezaan antara lelaki dan perempuan. Memang berbeza dua makhluk ni. Biasa sangat terjadi masalah komunikasi anatara dua makhluk ni. Yang ni cakap lain yang tu paham  lain. Tu la pasal kena datang dengar 2 penceramah yang berbeza gender ni nak habaq apa kat hangpa..


Hari Kedua (17 Feb 2013)

Oh Mertuaku
Penceramah : Ustaz Pahrol Md Juoi

Waa… Ni bab yang amat cocok untuk aku. Haha. Ye la. Bukan senang nak membina hubungan yang baik dengan mertua. Kalau pasangan kita sayang kat kita je belum cukup. Kena buat sampai mertua pun sayang kat kita. Buat sampai kita anggap dia macam ibu bapa kandung dan diorang pun anggap kita macam anak kandung.

Rumahku Syurgaku
Penceramah : Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

Ni pulak bab nak menguruskan rumah tangga. Bukan untuk mengKURUSkan segala aspek dalam rumahtangga tu. Tapi cuba untuk menGEMUKkan aspek2 penting dalam rumah tangga termasuk bab kewangan. Juga cara2 untuk menyelasaikan konflik dalam rumahtangga.

Tarbiyatul Aulad
Penceramah : Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Yang ni kepada bapak2 n ibu2 yang ada anak mahupun yang nak ada anak. Amat baik dan sangat perlu untuk di dengar. Perkara yang harus di ingat adalah Baitul Muslim perlu berfungsi sehingga melahirkan individu2 muslim yang ditarbiyah dan bersifat  haraki dalam masyarakat. Maka tidak dapat tidak tarbiyah dari rumah adalah input yang amat penting dalam mencapai matalamat ini.

Bercinta Sampai Ke Syurga
Penceramah :  Ustaz Muhidin Mokter dan  Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Bukan senang nak memupuk rasa cinta di dalam rumah tangga. Permulaan mungkin indah. Namun di pertengahan jalan nanti kompom banyak halangan harus d tempuh. So untuk terus menyemai rasa tersebut antara suami isteri dan anak2 maka penceramah2 ni akan berkongsi pengalaman masing2 untuk d jadikan panduan.

Sharing Moment : Melentur Buluh
Penceramah :  Ibu Wirianingsih

Yang ni memang ossemmm habaq hang.. Ibu Wirianingsih ni di terbangkan dari Indonesia khas untuk kita. Istimewanya wanita ini adalah beliau Berjaya mendidik anak2 dia yang seramai 10 orang itu bukan untuk menjadi johan Maharajalawak. Tapi semua sekali berjaya di bentuk untuk menjadi Huffaz!! Allahurabbi!!.. Semoga ada manfaat untuk kita kelak.

Akhirul kalam

Pergh.. Boleh tahan panjang entry kali ni. Sampai terhakis huruf2 kat keyboard aku ni. Haha.. Cakap banyak tak guna. Sekarang masa untuk korang mendaftar.. Slik ke link ini untuk mendaftar


Kalau nak tahu lagi lanjut pulak boleh masuk ke link ini


Sekian..

Yang Benar
............................................................
(Staff ipar One Heart Creative Solution)

Di inspirasikan oleh : Isteri Tercinta.. Puan Aida Rahayu Mohd Badri  ^^

1st time joint event one heart.
Seminar Produktif Muslim
                   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang