PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, May 26, 2010

say "Booo" to mahasiswa...

Hampir seminggu tak update blog. bersawang habis blog aku ni. takpe la cuba cuci2 sikit ni.huhu. terlampau banyak perkara yang aku nak suarakan dalam blog ni. Ye la dah 6 hari tak update ada la benda yang nak dikongsi.

Tapi aku terasa macam nak bagi pandangan untuk isu yang dibangkitkan dalam slot Suara Siswa semalam. Entah sakit apa aku semalam, tiba2 je tengok program tu. sebab takde program lain yang best time tu kut.huhu. So layan je la..Isu yang dibincangkan adalah tentang kes buang bayi dan persoalan yang dibangkitkan adalah prihatinkah siswa??

jawapan tu macam subjektif.memang ada yang prihatin. ada gak yang tak prihatin. Tapi ada pulak golongan yang macam prihatin tapi sebenarnye tak prihatin.korang teka la siapa yang aku maksudkan tu..tapi dalam golongan2 ni aku rasa ada yang dominan. Siapa yang dominan? sila baca sampai habis...

Jom kita tekan butang reverse dalam gejala buang bayi ni..bermula dengan buang bayi - mengandung - berzina - meraba raba - bercinta - pergaulan bebas - kurang didikan agama. Ops cukup setakat itu..

So kurang didikan agama tu salah siapa? Mak? Ayah? Ketua Kampung? Ustaz? Cikgu? Guru Besar? Kementerian pendidikan? Jakim? Mufti? Menteri Besar? Perdana Menteri?. Wah ramai sangat orang dengan pelbagai posisi kat malaysia ni. Semua ni salah kalau masih lagi bertindak mengikut nafsu dan akal. ternyata pembanggunan material kat malaysia ni semakin maju. Semua pihak perlu memikirkan tetang misi ni. Tapi bila berbincang bab pembanggunan kerohanian hanya geng2 agama2 ni je la yang kena duk fikir. Satu jenayah kita bersama yang menyumbang kepada masalah buang bayi ni adalah penularan aktiviti tak berfaedah dalam kalangan masyarakat kita.

Mari kita lihat jenayah yang turut disumbangkan oleh golongan cerdik pandai kat malaysia ni. Siswa yang kononnya yang menjadi pemikir untuk memartabatkan bangsa. Oh satu lagi statement yang tak bagus. sebab martabat bangsa tu perlu ke kalau bangsa dimartabat tetapi agama dirembat? apa yang siswa buat untuk membangunkan kerohanian? ni jawapan dia "kami ada jugak buat forum la" "surau kat setiap kolej dah ada" " program agama pun kami buat jugak la" " Kursus kawen pun kami dah buat". Uish banyak betoi program yang mahasiswa buat kan?? Aku pun akui juga. Tapi program2 lagha buat juga. konsert pun mesti ada setiap sem. Pertandingan tarian kena buat. Karaok wajib buat. Buat kerja sampai bertepuk bertampar antara laki pompuan. Kononnya nak mewujudkan semangat kerjasama. Cet porrah...

Teringat panel ke 3 dari Universiti Malaya yang memegang exco sukan dan kebudayaan semalam yang bercakap nampak sangat hanya menggunakan fikiran. tak menggunakan akal. Geram pulak aku dengar dia cakap semalam. aku cuba recall balik apa dia cakap "kami menari ni nak released tension" "Memang ada kami yang pakai lengan pendek, baju ketat2 tapi ...(x ingat lak.hehe)" "kami bermesra bertepuk bertampar tu atas dasar kerja " macam2 lagi la kata mengikut akal yang dikatakan. Ni jawapan aku.. KEPALA HOTAK KO!! cakap macam orang takde iman je. cuba la fikir sikit tu bukan pergaulan bebas ke namanya tu? tu pun tak boleh fikir ke? geram gila aku dengar dia cakap semalam. kenapa la budak2 UM undi dia hari tu? adui...eh2 dah melalut dah aku. sori la korang menjadi mangsa.huhu

Tu la peranan siswa sebenarnya. Ternyata golongan yang mempunyai akal yang bijak. Tapi hakikatnya bertindak mengikut akal tidak dapat mengatasi kehebatan bertindak mengikut iman. So aku nak letak kat hujung ni menyatakan mahasiswa sesungguhnya tidak prihatin tentang masalah ni berdasarkan mahasiswa masih membiarkan program yang tak berfaedah menjalar dalam perbukitan ilmu itu sendiri. Aku selaku mahasiswa pun sendiri dapat melihat situasi ni kat kampus aku sendiri. tapi nasib baik aku dah habis belajar. So pandai2 la korang nanti ye mahasiswa..hehe..

sekian..wallahualam...

8 comments:

iejan behs said...

ABG IJAN PUN TGK GAK RANCANGAN TU...PERNAH JUMPA PANEL KE-3 DARI UM TU...DAN LEPAS TGK RANCGN TU TRUS TULIS DALAM BLOK PASAL ISU BUANG BAYI..TP BUKAN ISU YG ZUL KUPAS NI ABG IJAN TULIS..TP PASAL PEMBUANGAN BAYI..FREE2 BOLEH BACA..BOLEH SHARE2 PANDANGAN...

iejan behs said...

ACCTUALLY BLOG..BUKAN BLOK..HAHAHA...
www.iejanbehs.blogspot.com

Zulgeologist said...

ok abg iejan..ni syg blok sgt ni..hehe

Khairul Aiman Sahrom said...

Tgk gak rancngan tu...tp nk wat cmne, kdg2 ada panel y jwb ikut sdap mulut je..y xleh blah, ada y jawab xkne dgn soalan..so, kita y harus nilaikn sendiri..biar bpandu ilmu dan syariat..jgn ikut nafsu..

Anonymous said...

say "Booo" to mahasiswa...sungguh mengerikan kata-kata komen yg kamu berikan..
sesungguhnya masusia sntiasa lemah dgn hasutan syaitan dek keteguhan iman yg tdk dpt dipertahnkan..walupun mengetahui bhw syaitan adlh musuh utama dn ketahui bhw Allah Maha Berkuasa dn Maha Mengetahui, namun kejahatan dan keruntuhan akhlak kian semakin berleluasa..
tp jgn dilupakan kt sesama insan mstilh saling ingat mengingati dan muhasabah diri bukan menuding sesama sendiri..sentiasa berhati2 dgn setiap kata2 spy kelak ianya tdk akan memakan diri kt sndiri..
semoga kta sume sntiasa dilindungi dan dibawah rahmat-Nya dunia dan akhirat..

Everytime, you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

Insya Allah you’ll find your way

-dari hati

Zulgeologist said...

aiman : tu la..bikin tensen je..

anon : tq mengingatkan..sebenarnya tak menuding kepada org lain..tuding kat aku gak..aku pun mahasiswa..huhu

Anonymous said...

kt sbg mahasiswa dan mahasisiwi igt sesama mengingati adlh amaln yg plg baik dn bersama2 mncari keredaan dan keberkatan dlm usaha mnjd insan yg berguna dan bertakwa..
bguslah niat kamu utk mengingati sesama insan..
smg berjaya dlm perjuangan kamu..

Zulgeologist said...

anon : syukran..semoga aku ikhlas..amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang