Setelah hampir seminggu aku konvo baru sekarang aku berkesempatan untuk bercerita sikit tentang majlis konvokesyen aku. sebenarnya aku malas nak cerita sebab story nye sama je untuk semua pelajar. Sikit2 je la..
Untuk konvo kali ni aku apply cuti 2 hari 2 minggu sebelum konvo. Takut gak aku kalau tak lulus.huhu. Aku apply hari isnin n selasa tapi hari sabtu aku masih di johor. Kerja tak siap lagi. So aku stay la sana. Bertolak dari Johor pukul 8 malam. Tapi sampai pukul 3. Tak puas hati giler aku dengan servis eagle express..Zamri bekas roomate aku yang ambik pagi tu. So mesti la bawak ke UKM. So aku TERsetinggan la pagi tu. Jangan cakap kat en Danny pulak.hehe
Hari ahad tu aku jalan2 kat tapak pesta tahun ni. Tapi memang boring juga la aku tengok tahun ni. Gerai makan pun ada sikit je. Aku lepak kat Gerai ISIUKM. Petang sikit aku lepak dengan Fad. Berdua je kami. Macam kapel la pulak kan. Tapi seperti diketahui umum kami bukan Gay.haha
Malam tu aku gerak pergi rumah Yong aku kat Jalan Kebun. mak Ayah aku dah sampai kat sana. So selaku anak mithali aku pun bertindak untuk bertemu mereka.hehe. Malam tu aku dapat tahu Abah tak datang sebab tak tahan duduk lam. Aku dah agak dah pun. Anak yang memahami la katakan.hehe. Yang akan datang adalah Mak, Abang ajui dan Kakak je. 3 orang pulak kan. Pas masuk ada 2 je. So kena usaha lebih nak cari ni. Tapi pucuk di cita Manan yang datang. Manan mengomen di Fb aku yang dia ada 2 tiket lebih. Rupanya sebab family dia dapat pas VIP. Power gila Manan..Moral UP la..haha
Petang hari isnin adik2 GMUKM ada buat sambutan untuk graduan lepas sesi petang punya konvokesyen. so aku pun pergi la. Bagus juga diorang. Ramai juga yang turun kar depan DECTAR time tu. Siap dapat hadiah lagi. bagus gak diorang ni. Menghormati senior2..haha
Malam tu aku TERPAKSA setinggan dekat kolej. Bukan sengaja tau.hehe. Selasa tu aku konvo sesi pagi. Selepas agak kasak pagi tu aku pergi konvo dengan Fad. Dan cerita berikutnya adalah seperti cerita orang lain. Kumpul-Masuk DECTAR-Tunggu giliran-Naik pentas-Keluar DECTAR-Bergambar- Pulang...
Cuma petang tu untuk kos aku spesel sikit. Ada sambutan kat banggunan geology. Sampai2 terus makan satay..hehe. Tq ye semua geologist yang sambut kat situ.
P/s : Tq untuk Ica, Kak Limah, Abang Iejan dan Ofie yang bagi aku hadiah..
sekian..
Aku adalah kamu, Kamu adalah aku, Yang perlu mencontohi Baginda dan yang pasti akan kembali menemuiNYA...
PENGUMUMAN!!!
1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
Blog aku ni ossem ke tak ossem??
My top 10 entry
- Taubat?? Enjoy dulu...
- Ibrah dari labour room
- Airmata untuk Geologist
- KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)
- Study sampai muntah??
- Oh Yeah!! Hulu Selangor
- NOTA UNTUK YANG BERGELAR STUDENT
- BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.
- Isteri Curang
- Ada apa dengan geology?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment